Wednesday, February 23, 2011

Daftar sudah

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google

                                                  Gambar di atas sekadar hiasan sahaja.


Selesai sudah mendaftar Hakim. Saya puas hati persekitaran sekolah dan juga pencapaian sekolah. Hanya ada tiga kelas sahaja. Maksudnya tidak terlalu ramai dan sesak. Perjalanan ke sekolah hanya tiga minit sahaja.

Mungkin ada perubahan jadual kerja saya dalam bulan depan. Jika benar, nanti saya akan kongsikan.
Satu hari siang saya belum berjaya untuk menulis dengan pantas. Cumanya saya perlu menggunakan sepenuhnya masa emas pada jam 4, 5, 6 dinihari. Itu sahaja waktu kerja paling produktif. Saya masih mencari dan mencuri masa yang lain. Alahai 24 jam sehari memang tidak terasa. Begitu pantas dan tercungap-cungap.


Saya akan menyelesaikan juga manuskrip yang satu ini 28.Februari 2010. Dan akan bersambung manuskrip baru untuk Mac 2011. Doakan saya dipermudahkan. Sebetulnya manuskrip di tangan saya ini sepatutnya sudah berada di tangan editor sebelum bulan puasa lagi. Tengok berada lama perlu direndam. Saya masih dan berusaha meningkatkan produktiviti dan prestasi penulisan. Setiap kali anak-anak sudah tidur itulah masa emas saya untuk menulis. Tiada masa untuk lepak-lepak dan bersenang lenang.

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin