Tuesday, February 15, 2011

Cuaca segar bugar

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Cuaca redup selepas hujan, sejuk dan segar. Titik hujan masih melekat di daun pisang. Nafas alam menyejukkan persekitaran, redup mata memandang. Momentum bugar, tenaga luar biasa datang. Si puteri setia menemankan ibu. Diam sesekali terdengar suara menegur-negur.

Ibu kekal fokus di skrin lap top, moganya idea datang mencurah, selaju curahan hujan awal tengahari. Sejuk, redup, segar. Itu memberi satu aura yang luar biasa. Alhamdulillah atas nikmat ini.

Momentum baru sudah datang. Tenaga juga semakin bersemangat. Moganya kali ini selesai dengan baik segala urusan. Sesekali tiga hero datang menerpa. Mencuri dan menarik perhatian. Sekali sekala terdengar suara gelak ketawa. Sesekali kedengaran suara menangis. Tidak pernah sunyi, suara hero memecah hening tenang.

Kenderaan masih lalu lalang, kesibukan cuti sempena tarikh besar junjungan terpuji Muhammad s.a.w. Alhamdulillah, cukup segala. Maka perlu ibu bekerja dengan tekun agar impian tercapai.

Salam maulidur rasul walau di mana sahaja kalian berada.

2 comments:

Pija Madzlan said...

suami saya kata tahun ni rahmat betul...awal2 tahun lg dah hujan begini....tak rasa lagi kemaraunya

Masayu Ahmad said...

salam sitisifir

alhamdulillah, memang sedap cuaca begini

rasa segar saja sepanjang hari..;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin