Tuesday, February 15, 2011

Motivasi sokongan untuk bekerja dari rumah

Sumber: Buku Jana RM Dari Rumah, muka surat 116, 117
Penulis: Masayu Ahmad
Terbitan:  Grup Buku Karangkraf
Foto: Google image



Kebebasan untuk menetapkan jadual sendiri tidak bermakna bahawa anda  benar-benar bebas daripada semua kewajipan rutin sebagai pengusaha atau pekerja. Tetapkan tujuan syarikat dan anda. Untuk memastikan mencapai tujuan itu sangat penting jika ingin berjaya.

  • Menghadapi cabaran
Banyak cabaran yang perlu dilalui sebelum anda memulakan untuk bekerja dari rumah. Penyelidikan yang mendalam perlu dilakukan untuk memastikan anda memilih pekerjaan dan bisnes yang tepat.
  • Persediaan dilakukan berperingkat
Setelah mempunyai mempunyai modal yang cukup, penyelidikan yang memuaskan dan sudah yakin untuk bermula. Lakukan secara berperingkat, langkah demi langkah.

  • Perlu konsisten berusaha
Mengekalkan prestasi yang baik adalah salah satu cabaran yang harus dihadapi. Dengan meningkatkan jumlah persaingan bekerja dari rumah, anda perlu memiliki kemahiran, strategi perancangan dan pemasaran agar dikenali kerana keunikan. Usaha perlu diteruskan tanpa jemu.

  • Keletihan mental dan fizikal
Seorang wanita mempunyai peranan yang banyak pada satu masa, mengurus keluarga sambil bekerja kadangkala boleh membuatkan anda berasa letih secara emosional dan fizikal. Keletihan ini membuatkan anda mahu menyerah kalah. Apabila sudah berada pada tahap ini, anda perlu memberi masa dan peluang kepada diri sama ada berehat dan mencari kaedah memberi motivasi kepada diri.

  • Sentuhan motivasi setiap hari-
Baca selanjutnya dalam buku Jana RM Dari Rumah...

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin