Pic: Google
Sama macam saya empat kanak-kanak riang, bezakanya Arissa yang baby atas dukung ;D
Teks: Masayu AhmadMasih lagi mencari rentak rutin baru. Nampaknya jika mahu menulis dengan laju, saya perlu menyiapkan awal pagi sebelum kanak-kanak dan bayi riang bangun. Selepas jam 11, susunan kerja penuh hingga mata lelap jam 10 malam. Saya mencari semangat untuk memulakan jadual penulisan jam 4, 5, 6 pagi. Belum berjaya lagi setakat ini. Walhal Arissa sudah mula gerakkan ibu seawal jam 4 pagi. Tak apa kita cuba lagi hingga berjaya. Sejak lahir rutin Arissa memang sudah bermula 4 pagi untuk menyusu. Tapi sebab letih ibu lena juga ;P.
Arissa kuat menyusu, tetapi badannya lambat untuk naik berat. Tak apa, ibu sabar menanti Arissa montel. Kalau ore kelate panggil ' cek mek haluh', ;D.
Jam tiga perlu ambil Hakim di tadika. Nampaknya sudah banyak peningkatan, sebabnya sudah banyak tertinggal. Hakim perlu berlari laju sebelum sekolah tahun depan. Ibu puas hati melihat perkembangan Hakim setakat ini. Setiap kali Hakim mandi, dia menyanyi atau mengulang-ulang apa yang dia belajar di sekolah.
Jadualnya tidak padat, tetapi saya pastikan Hakim cukup tidur pagi bangund dengan badan yang segar dan cergas untuk mudah fokus di sekolah. Perjalanan ke sekolah Hakim hanya 3 minit saya naik kereta. Memang dekat, cepat sampai, cepat balik. Petang sesi main badminton, main bola, main keliling rumah dengan Aiman dan Arif. Arif akan mula tadika tahun depan. Saya perlu berlari laju semula, menyelesaikan banyak tugas tertangguh dan sudah berganda kuasa tiga. Semoga dipermudahkan. Amin.
No comments:
Post a Comment