Friday, February 25, 2011

Mengenalpasti pembelajaran sesuai untuk anak-anak

" Boboy main bola, beh, beh, beh."

" Itik ikut ibu, i, i, i"

"Abu ada ayam, a, a, a"


Itulah nyanyian Hakim setiap kali di dalam bilik air, di ruang tamu di mana sahaja. Apa yang dibelajar di sekolah di ulang-ulang. Aiman dan Arif juga akna terikut-ikut sama, subjek baru yang dipelajari si abang apabila pulang dari sekolah.

Minggu lepas Hakim sudah mendapat buku yang ke 3, alhamdulillah sudah mendapat rentak laju membaca. Dua suku kata sudah lancar. Sebenarnya semua sudah ada direndam di dalam kepalanya. Pembelajaran adalah secara tidak langsung. Iaitu secara santai dan diulang-ulang tanpa tekanan. Jika saya mengunakan kaedah duduk dan buat. Lima hingga 10 minit adalah masa yang paling lama diambil Hakim. Dia bukan seorang yang tegar fokus pada satu-satu perkara.

Suka matematik

Buku yang saya beli semasa Pesta Buku tahun lepas juga sudah digunakan dengan konsisten. Paling nyata dia suka membuat latihan matematik. Separuh buku dikerjakan secara kusyuk tanpa perlu disuruh-suruh. Memang ya, dia suka matematik. Cuma untuk menulis, memang Hakim lebih suka saya berada di sebelah.

Cara melatih anak untuk ibu super sibuk

Cari kaedah fleksibel, santai dan tidak membuat ibu bapa stress mengajar anak-anak. Boleh pelbagaikan cara. Disebabkan mereka sudah menguasai dan mengenal huruf dan bunyi secara fonik, ia sangat membantu untuk cepat faham dan mudah membaca. Ini adalah contoh Hakim. Saya melihatkan perkembangan ini pada Aiman dan Arif. Mungkin selesai kesibukan saya, saya uruskan pula Arif, sebolehnya mahu dia cepat membaca seawal 4 tahun. Itu sasaran sahaja, tetapi tidak meletakkan harapan tinggi kerana saya tidak mahu saya dan anak-anak stress.

Mudahnya kerana semua suka buku. Hakim di mana-mana dia bawa buku kerana sudah biasa melihat saya sentiasa bersama buku. Jadi tidak perlu dipaksa-paksa, ia adalah kaedah lihat dan tiru.
Ayat-ayat lazim sudah semakin lancar, begitu juga tentang solat. Alhamdulillah setiap kali balik, saya nampak peningkatan yang baik tentang solat. Di sini begitu banyak pusat pengajian tahfiz, hati terasa lapang. Saya akan usahakan satu persatu, tidak akan terlalu mendesak, tetapi penambahbaikan berterusan dan konsisten. Semoga anak-anak senang dan mudah faham mendalami apa sahaja ilmu untuk kebaikan dunia dan akhirat.

1 comment:

Ely Hasrul said...

betol tu mas, sy pon suka kaedah yg tak paksa2, kalau ikutkan sy lebeh suka sami berguling2 main pasir kt playgorund haha. sami mmg suka membaca, mengira & melukis. masalah besar dia terlalu excited dan suka merosakkan buku. jadi hampir tiap kali abis sesi membaca masuk sesi bergaduh pula sbb dia xmo kemas dan suka mrosakkan buku atau mbuang pencil sume.. zzzzz mcm mana tuuu???

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin