Monday, November 15, 2010

Menghitung hari

Teks: Masayu Ahmad


Situasi sekarang duduk salah, baring serba tak kena dan berdiri lama mudah letih. Apa pun saya tetap bersyukut menikmati pengalaman kehamilan kali ke empat. Ia tertanya berbeza daripada tiga yang lepas. Mungkin juga sebab usia, saya sekarang cepat letih dan mahu baring sahaja. Tetapi tidak boleh begitu kerana tidak baik untuk kesihatan.

Menyiapkan satu-satu kerja saya rasakan satu keadaan yang amat perlahan. Masih ada berbaki yang belum selesai, ada beberapa buku yang belum dibungkus untuk dipos. Harapnya kalian bersabar, lebih kurang 4 orang lagi yang belum mendapatnya. Saya bermohon maaf, tetapi lebih kurang 8 hingga 10 orang sudah menerimanya.

Saya cuba lagi dalam minggu ini, tidak pernah-pernah saya berada dalam keadaan sebegini. Biasanya masih kekal aktif walau ke penghujung hari untuk kelahiran. Setiap kehamilan sangat berbeza. Kerja rumah tangga langsung tidak bersentuh, nasib baik en.kekanda sangat memahami.

Cabarannya, saya perlu menahan mata dan keinginan sendiri, menahan apabila melihat ada yang tidak terurus tetapi tidak mampu melaksanakannya. Buat setakat termampu, nanti tekanan pula, ;D. Keadaan ini sementara cuma, saya hanya perlu bertahan dan bersabar sahaja dahulu. Apabila keadaan sudah kembali pulih, insya-allah semuanya akan kembali seperti biasa. Tidak ada istilah super mama pada masa ini, kerana super sudah hilang tenaga. Menikmati saat-saat akhir untuk bertarung dan menerima satu lagi kedatangan ahli. Mengikut perkiraannya lagi 6 minggu, tetapi saya rasa akan belayar awal dari masa jangkaan. Apa pun doakan agar saya mampu bertahan dan berjuang.

Mohon maaf sekiranya ada kesilapan saya secara sedar atau tidak sepanjang perkenalan kita di alam maya. Juga doakan agar saya dipermudahkan.

Salam kasih sayang

2 comments:

Wan Anie said...

moga selamat semuanya Mas....

take care dan selamat hari raya, balik kelate dok?

Masayu Ahmad said...

wan

terima kasih wan, buku wan juga belum dipos lagi :D, masih berbungkus di situ

itulah dalam dilema lagi, balik ke dok ni, tp keadaan memang amat tidak selesa sekarang untuk berjalan jauh..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin