Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google
Selesa dan mendamaikan kalau dapat bilik berpantang seperti di atas. Rasa tenang sahaja. Saya menggunakan apa yang ada sahaja, katil ibu, katil bayi, sofa untuk menyusu dan kotak barangan bayi. Berdikit-dikit mula mengemas.
Pergerakan saya seolah semacam siput sahaja. Buat sedikit, harapnya dapat siapkan semuanya sebelum mulakan perjalanan untuk kelahiran. Bahagian bawah sudah terasa sakit-sakit. Apa pun saya sudah bersedia fizikal dan mental.
Untuk beberapa hari ini saya memang banyak berehat, melupakan terus aktiviti penulisan, kerja rumah tangga dan rutin yang lain. Cuba juga berusaha membuat berdikit-dikit. Tinggal beberapa bungkusan buku sahaja lagi belum saya selesaikan, mohon kalian bersabar ya. Yang lain alhamdulillah sudah ramai yang menerimanya. Mohon maaf atas kelewatan ini, tidak dapat tidak saya akur dengan kudrat yang ada. Apabila berkeadaan ini saya tidak akan menekan diri, tetapi cuba juga selesaikan sedikit-sedikit. ;D
Hari ini mahu bersihkan lagi stor dan bilik berpantang, saya rasa sudah dekat sangat-sangat harinya. Beg pakaian untk saya dan bayi juga belum berkemas lagi, harap hari ini mampu saya selesaikan. Tidak mahu bertangguh takut apa-apa yang berlaku.
Kali ini, saya dibantu oleh anak saudara yang sulung. Membantu saya dalam soal urusan rumah tangga. Juga kakak yang sulung akan ke sini menemani saya seminggu dua. Insya-Allah selepas itu saya sudah boleh uruskan diri sendiri.
Terima kasih buat en.suami yang berpenat lelah dalam beberapa minggu ini. Semua kerja rumah diuruskan. Kasihan pula melihat anak-anak, asyik makan makanan dari kedai. Tidak mengapa, ini hanya sementara sahaja. Lagi dua bulan semua akan kembali dalam keadaan dan rutin biasa.
Saya terbawa-bawa juga dengan keadaan senarai kerja yang masih banyak, seolah-olah tidak mahu surut. Tawakal dan berserah sahaja dengan keadaan sekarang. Biasanya untuk tiga kehamilan saya masih aktif sehingga saat akhir bersalin, tetapi yang ini naik lemak pula. Pergerakannya agak terbatas dan perlahan. Mungkin faktor usia. Tetapi emosi dan mental saya masih kekal fokus untuk bertenang dan masih dalam keadaan terkawal. Jika ada perkara atau urusan yang tidak sedap mata memandang, saya buat tidak tahu sahaja, jika saya fikir boleh bawa mudarat kesihatan pula.
Moga kanak-kanak riang semakin ceria dan sihat. Inilah sindrom anak-anak saya setiap kali ibu mahu melahirkan. Seolah-olah memberi isyarat, semua sekali mahukan perhatian lebih. Alahai.
Apa pun doakan agar saya tetap berada dalam keadaan terbaik untuk berjuang.
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/
5 comments:
K.Mas pun expecting jugakah? Ucapan tahniah yg kelewatan dari Hanz...
Hanz pun baru sesangat..
K.Mas nanti nk email K.Mas, nak tanya on something...
hanz
terima kasih, silakan email, kak mas bantu setakat termampu
moga selamat semuanya....
pengalamab mengandung berbeza2 utk setiap anak, anak pertama dan kedua mungkin masih cergas, ketiga mungkin perlahan sedikit, ke-4 dan seterusnya tak tahu lah macamana...
perut sarat dan jaga anak2 semua sendiri memang meletihkan... bagus jika ada pembantu
wan
betul tu wan, memang tahap cergas tu makin perlahan,untuk anak2 yang seterusnya...
tp kan saya sekarang lebih selesa pula tak ada pembantu,
buku yang saya sedang tulis ni banyak bagi dorongan pula mcm mana nk manage rumah tangga tanpa pembantu
cuma waktu2 sibuk tahap dewa kita teringin pembantu, selepas segala selesai, tak ada pembantu pun tak apa
hehhe eksen pula saya
mas,
semoga dipermudahkan saat bersalin nanti..
bila agaknya due.. atau sudah menghampiri due date...
Post a Comment