Teks: Masayu Ahmad
Hari ini bertarikh 26 November 2010, catatan yang begitu membuatkan rasa tenang menyelubungi dan membuatkan bibir mengukur senyuman. Sesi bersama pakar dan perbincangan hampir setengah jam tadi banyak memberi info dan juga mengekalkan tekad keputusan saya.
Terima kasih buat en.suami yang menemani, alhamdulillah ini hadiah hari lahir khas buat sempena kelahirannya. Harapnya ini adalah permulaan tahun baru yang lebih tenang dan ceria. Juga ada satu lagi perkhabaran yang masih dinanti-nantikan.
Apa lagi yang saya mahukan sudah lengkap kini, segala doa saya dimakbulkan. Seterusnya saya perlu berusaha meningkatkan kapasiti usaha menyelesaikan tugasan yang tertunggak. Semena-mena ada kekuatan baru yang lahir dalam diri.
Apa lagi yang saya mahu. Harusnya lebih bersyukur dengan anugerah ini. Segala limpahan rahmat dan kasih sayang Allah dapat saya rasakan. Saya malu sendiri, banyak dosa, amalan yang compang-camping sana sini. Minta itu dan ini, sedangkan saya masih lagi muslimah dan ibu yang masih banyak yang perlu ditambah iman dan amal.
Alhamdulillah, nikmat dan rahmat atas kasih sayang Allah. Kejutan, kebetulan, doa yang dimakbulkan. Apa pun saya masih kekal fokus untuk ke medan juang. Fokus dengan akal dan mental, fokus menjaga kesihatan, fokus kekal tenang sehingga tarikh keramat itu datang.
Persediaan berbaki 5 peratus sahaja lagi. Alhamdulillah kata putus sudah diambil, dan saya telah membuat keputusan setelah meneliti banyak faktor dan juga gerak hati. Tidak boleh terlalu gembira dengan perkhabaran, suka-suka membawa duka. Sebaiknya, tawakkal dan doa tetap diteruskan agar dipermudahkan sehingga akhirnya.
Salam kasih sayang
Ada beberapa fasa yang perlu dilalui:
1. Fasa kehamilan (fasa 1, fasa 2, fasa 3)
2. Persediaan bersalin
3. Persediaan berpantang
4. Fasa berpantang 40 hari
5. Fasa berpantang 100 hari
Sekarang saya berada di penghujung persediaan bersalin, dan fasa persediaan berpantang. Nanti saya kongsikan.
No comments:
Post a Comment