Teks: Masayu Ahmad
Masih banyak senarai kerja yang tidak surut, saya hanya melihat dan menjeling sahaja. Akur dengan keadaan sekarang. Pun begitu masih berusaha melunaskan banyak perkara sebelum saya belayar ;D. Sentiasa positif, setiap cabaran untuk menyelesaikan tugasan, harus saya buat secara berdikit-dikit walaupun tidak selaju ketika semasa sihat.
Orang malas cari alasan, orang sukses berusaha cari jalan. Itu sahaja caranya. Jika tidak boleh buat berdiri, buat sambil duduk, jika tidak sambil duduk, sambil baring. Apa yang penting berdikit-dikit. Keadaan ini bersifat sementara sahaja. Esok pembantu sementara akan sampai. Rasa ringan lah sedikit, untuk urusan yang mudah-mudah. Tidaklah sehingga memenatkan anak saudara saya. Nasib baik juga ada yang mahu membantu dalam keadaan sekarang.
Saya perlu pejam mata dan menikmati perjalanan sambil menanti hari dan waktunya akan tiba. Semangat mahu menyudahkan kerja-kerja yang tertunggak tetap ada.
Masak-memasak rasanya sudah berminggu tidak memasak, mungkin sudah sebulan. Akan bersambung sehingga sebulan lagi. Malam ini rasanya mahu memasak ikan bakar dan goreng kubis. Menu ringkas sahaja. Kasihan anak-anak dan en.suami. Apa pun tetap bersyukur masih punya ruang untuk menikmati rezeki hari ini.
Saya sudah mendapat kata putus untuk bersalin dimana dan apa caranya. Setelah mendapat pandangan, pengalaman sedia ada, insya-allah inilah pilihan terbaik. Jika berkesempatan saya mahu kongsikan artikel tentang pemilihan hospital dan kaedah bersalin.
Anak pertama saya melalui pembedahan, anak ke dua dan ke tiga normal dan memilih epidural. Rasanya yang ini juga saya memilih epidural dan juga lokasi yang sama dengan anak yang ketiga. Insya-Allah, semoga dipermudahkan.
Saya biasanya melalui kontraksi lama iaitu 24 jam, jadi selepas pecah ketuban, suntikan epidural akan dilakukan. Jadi pada masa ini saya dapat berehat mengumpul tenaga, sehingga bukaan 10 cm. Biasanya dua hingga tiga kali teran, Arif dan Aiman selamat dilahirkan. Untuk Arif jahitan tidak banyak, dalam masa 10 hari tempat luka sudah elok. Begitu juga Aiman.
Namun pengalaman Aiman, saya mengalami rengat. Iaitu kesakitan seperti mahu melahirkan semula. Berlaku selepas 20 minit, selepas doktor selesai menjahit luka. Setiap kali menyusukan Aiman, rengat akan datang. Saya bergantung sepenuhnya dengan ubat penahan sakit. Alhamdulilah selepas seminggu ia semakin berkurang. Sakit rengat biasanya berlaku pada salah seorang anak. Kadangkala ada juga yang tidak pernah mengalaminya.
Saya paling suka bersalinkan Arif, hampir doktor menyarankan dibedah. Saya tetap keras hati, menyatakan pendirian, tak apa doktor kita tunggu lagi, sehingga saya berjaya bersalin normal. Kekuatan dan semangat perlu ada. Apatah lagi apabila mendapatkan dos epidural, sememangnya banyak membantu untuk berehat. Kontraksi berlangsung, tetapi kesakitan tidak dirasai. Hingga sampai masa, saya menyatakan pada nurse, rassanya bayi sudah mahu keluar. Tepat jangkaan bukaan 10 cm dan doktor siap sedia untuk proses selanjutnya.
Bersambung
4 comments:
semoga semuanya selamat ya..
rynas
terima kasih, mudah-mudahan dipermudahkan
saya jua doakan dipermudahkan bersalin nanti.... terima kasih atas nasihat mas tempohari, nampaknya agak selari dengan perancangan saya juga.
saya tidak pernah merasa epidural, semua kesakitan saya tanggung sendiri, Alhamdulillah kerana semuanya sakit tidak lama.
Mana tahu ada keajaiban uk kelahiran yg ke-4 ini Mas. :)
wan
terima kasihb wan,
saya ni rezekinya, kontraksi lama, sehari semalam, epidural sangat membantu untuk kumpul tenaga bagi proses meneran...
namun tetap doakan tempoh kontraksi pendek dan bukaan dipercepatkan tanpa perlu epidural
tetap berdebar walau anak ke 4
Post a Comment