Friday, November 12, 2010

Tetapkan pendirian-mahu berada di rumah

Teks: Masayu Ahmad

Kembali bersiaran, cuti yang memang cuti sungguh-sungguh. Saya mengambil masa ini untuk beristirehat, makan tidur, menonton, bergusti dengan kanak-kanak riang

Kali ini saya menginap di homestay yang sama, memandangkan tuan empunya homestay yang baik hati memberikan harga yang sangat berpatutan. Ya, memang benar, saya ke Penang, makan, tidur dan rehat. Hasilnya mencanak-canak idea di dalam fikiran mahu meluah-luah. Saya senaraikan dulu beberapa topik yang ingin saya kembangkan sebagai artikel kelak.

1. Pengurusan disiplin wanita bergelar suri rumah dan bekerja dari rumah
2. Jihad sebagai wanita
3. Pengurusan kewangan, persediaan sebelum berhenti kerja
4. Pilihan bekerja atau bisnes
5. Mulakan secara sambilan atau sepenuh masa
6. Mengekalkan motivasi bekerja di rumah
7. Cara mendapatkan sokongan bekerja di rumah
8. Cara menangani kegagalan menjana pendapatan


Saya cadangkan lapan di atas, bantu saya, kalian boleh memilih tajuk mana yang ingin saya sentuk lebih kerap dan mahukan tajuk mana diulang banyak kali, atau didahulukan sebelum saya bersalin ;D

8 comments:

Unknown said...

mas,
kakyong skrg ni adalah dlm dilema.. mungkin akan kembali bekerja..
susah benar nampaknya utk mencari ruang menjana pendapatan dr rumah.. dan kewangan keluarga juga sudah di tahap kritikal...

tp kakyong suka jika mas dpt perincikan cara utk mendptkan sokongan terutama dr suami yg lebih suka dgr ckp mak dia dr cadangan isteri...

Zaila Mohamad said...

Salam, buku dah terima Jumaat lepas, insya Allah akan habiskan dengan kadar segera;-)

Saya ingin kak banyakkan topik no. 8 sebab ramai para wanita yg buat biznes tapi hanya sampai separuh jalan sahaja, tak ramai yang boleh mengembangkan biz mereka ke tahap yg lebih tinggi, apa silapnya ya??

Anonymous said...

kalu boleh saya nak isu :

*Pengurusan kewangan, persediaan
sebelum berhenti kerja

*Mulakan secara sambilan atau
sepenuh masa

di dahulukan dan di ulang.

rozana ana said...

selamat bercuti..

saya sekarang menjadi surirumah sepenuh masa. sebelum ni biasa bekerja tapi fikirkan anak2 ambik keputusan untuk berada dirumah. masalahnye saya kurang keyakinan dan mudah terasa apabila sesetengah orang tidak setuju dengan keputusan ini..lagipun saya pemegang ijazah.
kalau boleh saya nak mintak sedikit sebanyak motivasi untuk menjadi surirumah yang mempunyai semangat dan keyakinan yang tinggi...

Masayu Ahmad said...

salam kak yong,

harapnya kak yong terus tabah dalam apa jua cabaran, baca buku saya nanti ulang dan ulang,

jika kewangan kurang mengizinkan, tidak salah kembali bekerja untuk mengumpul modal dan memulihkan kembali kewangan keluarga

ada saya tulis dalam buku Jana RM dari rumah, insya-allah saya akan cuba masukkan dan ulangan artikel yang berkaitan

Masayu Ahmad said...

salam zaila

ok, semoga buku tersebut bermanfaat,

insya-allah akan saya perincikan kelak artikel untuk fasa-fasa pengembangan bisnes, berdasarkan usahawan-usahawan yang sudah sukses

Masayu Ahmad said...

Puan Anon

Terima kasih meninggalkan jejak dan memberi pandangan, insya-allah yang saya usahakan untuk manfaat bersama

Masayu Ahmad said...

rozana ana

ya keputusan inilah yang menyebabkan ramai yang serba salah tentang penerimaan masyarakat

namun tetap pendirian, puan tidak keseorang dalam hal ini..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin