Teks: Masayu Ahmad
Bagaimana mahu konsisten menulis di blog? Ok, saya kongsikan beberapa cara untuk menulis di blog. Terdapat banyak cara saya kongsikan dahulu yang mudah-mudah. Tidaklah hanya kalian mengambil entri blog orang lain dan menampalkan di blog sendiri. Kalau sesekali ok juga, tetapi kali ini mahu perbanyakkan entri sendiri.
1. Catatan harian
Ok, boleh kongsikan segala catatan harian yang berupa motivasi, rutin harian dan juga pengalaman. Tetapi satu sahaja sangat digallakkan elak menulis bertujuan mengeji orang lain, mengumpat, tidak suka orang itu, tidak suka orang ini. Orang itu begitu orang ini begini. Ini mencerminkan sikap kita yang sebenar. Apabila kita menulis tentang perkara negatif, ia sedikit sebanyak mengambarkan personaliti penulis itu sendiri. Kadangkala menulis dalam keadaan emosi, juga sangat bahaya, tetapi jika ia memberikan pengajaran tidak salah.
Satu rutin yang lebih kurang sama setiap hari ialah rutin di rumah, di pejabat dan juga kesukaan kalian. Jangan berlebih-lebih, tetapi jika dibaca ia boleh memberi inspirasi. Contohnya susah payah untuk memberikan pendidikan awal terbaik buat anak. Anda kongsikan sedikit setiap hari, ia bermanfaat walaupun hanya sedikit tip.
2. Tidak semua perkara anda boleh kuasai, sebaliknya mula fokus pada satu atau dua perkara yang menarik untuk dikongsi. Contohnya blog Zaila Mohamad, berkongsi tentang tip bisnes dan juga dekorasi rumah. Ia dua perkara menarik untuk dikongsi. Banyak artikel yang boleh digali dengan hanya fokus tentang dua perkara ini dan ditambah satu lagi adalah catatan harian tentang rutin, anak-anak, keluarga dan kerjaya (dikira satu kategori).
3. Banyakkan membaca
Apa minat kalian? Memasak, berkebun, melancong, pilih satu topik yang menarik untuk dikongsi. Contohnya blog kak chik, selain gemar berkongsi catatan harian, menu pilihan juga topik utama ialah tentang aurat dan dakwah. Ia sudah sinonim dengan kak chik. Contoh lain, jika kalian ke sini, apa lagi, sudah tentu tentang panduan bekerja di rumah. Blog saya satu lagi khusus informasi kesihatan dan kecantikan. Cuba cari satu bidang dan kembangkan. Bacalah artikel atau buku-buku yang berkait rapat denga kerjaya, bidang atau bisnes yang kalian lakukan. Selain menambah ilmu, ia juga boleh dikongsi. Selagi kita berkongsi, lebih banyak yang kita dapat.
No comments:
Post a Comment