Teks: Masayu Ahmad
Masa dah tak banyak yang ada, namun tetap positif saya akan melaluinya dengan tenang. Minggu ini masih bergelumang dengan banyak tugas yang setia beratur untuk tindakan segera. Pun begitu, minggu ini akan saya ke Pulau Pinang bersama en.kekanda dan kanak-kanak riang. Sebenarnya agak berat hati kerana kerja masih banyak.
Tetapi saya perlukan udara baru suasana baru, agar momentum kerja lebih laju. Usai balik dari Penang, akan pulang ke kampung. Sebetulnya destinasi ke Penang dan balik Kelantan sudah tidak ada perancangan. Tetapi memandangkan perut yang memboyot ini, apa-apa pun lebih baik sentiasa berada di sisi en.suami.
Lagi pula pada malam hari saya sudah tidak daya melayan kanak-kanak riang bertiga yang lasak. Jika en.suami ada, boleh saya bersenang lenang untuk berehat menikmati penghujung hari. Memasak juga sudah diswastakan. Banyak kali makan di kedai, atau beli sahaja.
Saya masih menantikan beberapa perkhabaran mendebarkan hujung tahun. Bulan Disember adalah percaturan yang paling klimaks sebelum bermula Januarai 2011. Harapnya apa yang didoa dan dipohon menjadi kenyataan. Langkah sudah ada sebelah, hanya satu langkah lagi. Apa pun kita tunggu sahaja hujung bulan 12 nanti. Apa akan jadi, ya atau tidak. Suasana baru, udara baru, hijrah baru.
Akaun klikjer.com saya sudah konsisten menjana pendapatan. Beberapa bulan ini sudah mula konsisten mencecah tiga angka. Apa pun saya doakan agar ia terus konsisten.
Siapa yang belum lagi mendaftar, boleh mula mendaftar http://www.klikjer.com/. Nanti saya bantu bagaimana untuk konsisten menulis di blog dan menarik trafik. Untuk panduan hari ini, saya kongsikan tiga.
1. Buang gajet yang tidak perlu. Blog adalah jenis saluran produk informasi. Jadi minimakan hiasan yang tidak perlu yang melambatkan blog kalian untuk disingah dan dibaca. Contohnya aneka bungaan sebagai latar, muzik, hiasan bling-bling, pautan yang tidak perlu, gajet muzik atau apa sahaja hiasan yang tidak membantu. Pilih dua warna atau tiga warna. Tumpukan kepada idea penulisan, rutin harian sebagaimana yang telah saya kongsikan sebelum ini.
2. Guna bahasa penuh ketika menulis. Ia sangat membantu penulisan kalian dari masa ke semasa. Terdapat dua jenis penulisan Bahasa Melayu Rendah dan Bahasa Melayu Tinggi. Tetapi mulakan dahulu dengan menulis cara berhemah. Walaupun kadangkala ia nampak formal, manalah tahu ia latihan awal untuk kalian berjinak-jinak dalam bidang penulisan. Tidak perlu menggunakan ayat bombastik, sekadar ayat luahan biasa, tetapi menjaga ejaan penuh, itu sahaja.
Mari jana pendapatan tanpa had, bangun pagi kalian sudah nampak akaun anda sudah melaporkan ada wang masuk. Ia benar, bukan khayalan. Kerana saya hanya menjana melalui http://www.klikjer.com/ sahaja. Saya tidak ada akaun nufnang, tetapi fokus kepada affiliate http://www.klikjer.com/. Saya sudah, kalian bila lagi?
Mari sama-sama berkongsi pendapatan.
http://www.janawangdirumah.com/
1 comment:
kakyong dah daftar ke akaun klikjer .. tp bgmn sebenarnya supaya boleh mahsyuk..
masih baru & masih belajar lagi kaedah2 nya...
Post a Comment