Thursday, September 23, 2010

Dapatkan komisyen dengan jualan ebook saya, di blog anda

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, secara peribadi saya hampir melepasi kpi kerja sebelum menjelang Januari 2011. Tinggal lagi September, Oktober, November dan Disember. Tahun hadapan standardnya lebih tinggi, kebanyakan kerja saya adalah tertumpu kepada pendapatan pasif. Bermula Disember 2010, barulah saya akan memulakan pendapatan aktif.

Jika anda masih tidak faham atau tidak tahu apa itu pendapatan pasif dan pendapatan aktif. Ada diterangkan di dalam buku Jana RM Dari Rumah. Fikiran sekarang asyik memikirkan soal kerja sahaja. Perut yang makin memboyot, pergerakan makin perlahan, senarai kerja makin panjang. Moganya dapat dilunaskan walau apa cara sekalipun.
Kepala saya sudah agak berat dan hidung mula tersumbat. Mahu dapatkan lebih vitamin C, pergi jauh badan tidak sihat. Saya perlu gagahkan semangat untuk selesaikan kerja mengikut komitmen yang sudah dibuat.

Oh, ya ebook saya akan mula dijual secara rasmi mungkin minggu depan atau awal bulan depan. Tinggal sedikit sahaja lagi beberapa perkara, sebelum mula dijual. Harga adalah pada harga yang mampu kalian miliki. Jika mahu tambah pendapatan sertai dengan menyertai affiliate di www.klikjer.com. Boleh mula daftar sekarang. Jika anda tidak mampu menulis ebook, jadi ambil sahaja komisyen daripada jualan ebook tersebut.

Sekiranya saya ada menulis tentang panduan bekerja di rumah, info atau berkaitan SAHM, WAHM dan SOHO, kalian diberi kebenaran mengambil artikel saya. Tetapi perlu letakkan teks oleh: Masayu Ahmad dan boleh siarkan artikel di bawahnya. Paragraf akhir boleh letak ebook dan pautan affiliate yang sudah didaftar melalui www.klikjer.com.
Sambil berkongsi artikel, boleh juga tambah pendapatan. Kalian akan dibekalkan dengan banner, iklan dan apa sahaja yang kalian mahu letak di blog masing-masing.

4 comments:

Wan Anie said...

saya dah lama daftar klikjer tu mas, tapi belum ada perkembangan positif mana tahu dengan ebook jana wang di rumah ini.

Masayu Ahmad said...

wan

perlu ada cara juga nak pasarkan ebook yang dah ada tu,

saya alhamdulillah dapat juga komisyen walau tak banyak..

ada satu ebook yang boleh dibaca percuma macam mana nak dapatkan komisyen melalui pemasaran affiliate ebook, tulisan jamal, saya masih belum berkesempatan untuk berkongsi di sini.

Unknown said...

kakyong masih tak berani cara nak pasrkan ebook ni dgn betul.. hari tu pernah mencuba.. tp mungkin x dpt guide yg betul.. akhirnya kakyong jd malas nak aktif dgn affiliate.. tp tgk bbrp rakan blog mcm seronok jer mjual ebook..

Masayu Ahmad said...

kak yong

sangat setuju, penjualan melalui affiliate mengambil masa untuk jana pendapatan dan perlu ada cara yang betul

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin