Teks: Masayu Ahmad
Apakah caranya untuk mengekalkan motivasi suri rumah? Saya sendiri dalam dan sentiasa berada dalam keadaan turun naik. Situasi sekarang saya berada dalam mood super motivasi. Apakan tidaknya, banyak berita yang membuatkan saya tersenyum hari ini, tidak semua boleh disampaikan di sini. Apa sahaja yang berlaku, sejak bulan puasa sehingga sekarang banyak membantu untuk saya kekal konsisten berusaha.
Pernahkan saya merudum. Ya, pernah. Saya juga sebagaimana suri lain, tidak dapat tidak akan merasa juga perasaan merudum, malas dan tidak bertenaga.
Antara dilema wanita atau suri rumah yang tidak akan pernah habis.
Rutin sama yang membosankan
Bangun pagi, menyediakan sarapan, mengemas rumah, mengurus anak-anak. Waktu pagi adalah puncak kritikal bagi sesiapa sahaja sama ada suri rumah atau wanita bekerjaya.
Apa tindakannya.
Ubah rutin yang sama, mulakan dengan mendengar motivasi di tv (jangan amalkan selalu takut melekat hingga ke tengahari).
Siram pokok-pokok dan bercakap dengan tanaman hijau. Saya dalam mood angan-angan ingin membeli beberapa pasu pokok untuk halaman depan (masih dalam angan-angan).
Baca buku motivasi
Setiap kali saya mendesak diri menyiapkan manuskrip atau projek baru, saya baca, baca, baca dan baca buku tersebut (buku panduan penulisan). Alhamdulillah, saya kembali dengan momentum.
Jika kalian masih dalam persediaan bekerja dari rumah jadikan buku Jana RM Dari Rumah sebagai buku panduan. Baca, baca dan baca hingga lunyai. Bukan sekali tetapi sampai puas hati.
Rehat jika penat
Anda letih, banyak kerja di rumah juga di pejabat. Berehatlah, kasihan tubuh dan mental kerana didesak. Tidur awal dan bangun awal. Rasakan tenaga baru untuk permulaan baru. Jadikan setiap hari adalah tahun baru dengan semangat yang berkobar-kobar.
No comments:
Post a Comment