Thursday, September 2, 2010

Sana sini sibuk persiapan raya

Bakal Terbit 20 September 2010


Teks: Masayu Ahmad

Sana sini sudah sibuk dengan persiapan raya. Ada yang sudah mula merancang perjalanan pulang ke kampung. Apa pun tahun ini saya beraya sederhana sahaja. Disebabkan deretan tugas yang perlu disiapkan sepanjang cuti raya dan lepa raya. Maksudnya saya berehat hanya untuk waktu solat dan melayan anak-anak sahaja.

Tahun ini juga rasanya saya tidak membuat jamuan rumah terbuka. Bukan sahaja kerana perut memboyot, malah pergerakan juga agak perlahan beberapa tempoh ini. Insya-allah jika tahun depan panjang, umur masih ada peluang lagi.

Biskut, kuih-muih juga tidak seperti selalu, semua tunjuk sahaja. Saya langsung tiada masa minat untuk membuat biskut raya tahun ini. Biasa-biasa sahaja. Tumpuan sekarang menulis, menulis dan menulis menyiapkan manuskrip.

Raya pertama insya-allah di rumah mertua, tapi sebelum itu jika berkesempatan akan berbuka juga di kampung saya. Sangat sederhana tahun ini, mungkin juga kerana keadaan saya kini. Masih banyak perkara belum selesai, mengemas juga bertahap, tidak termasuk urusan lain.

Saya juga masih berhutang dengan kalian, jika tiada aral saya akan pergi mengambil buku untuk hadiah peraduan ulasan buku. Sabar menanti ya, akan saya lunaskan satu persatu. Juga peraduan di blog satu lagi. Saya akan tamatkan selepas raya, buku sudah ada untuk dihantar. Selepas beberapa tugasan penting ini selesai saya akan umumkan siapa pemenang buku Jana RM Dari Rumah. Oh ya, terdapat juga iklan buku saya yang sudah terbit di beberapa majalah Karangkraf seperti Nur, Midi dan beberapa lagi.

Sehingga ketemu lagi

Selamat menyambut lebaran dan maaf zahir dan batin.

2 comments:

Unknown said...

buku yg bakal terbit ini berbeza ke dgn buku jana RM dari rumah...

selemat menyambut aidilfitri buat mas sekeluarga...

dan selamat menyiapkan manuskrip

Masayu Ahmad said...

kak yong

ada perbezaan dari segi contoh dan

usahawan yang sudah sukses

kalau ada 20% sahaja

yang penting sahabat2 blogger boleh mendapat komisyen dengan menyertai affiliate buku ini

nnati saya buat entri khas bagaimana mahu join

sekarang ini sudah boleh sertai www.klikjer.com untuk join affiliate

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin