Pic: Google
Salam kasih sayang buat pembaca budiman. Hari ini terasa lapang sedikit, selepas menyiapkan tugasan yang banyak kali juga saya tagguhkan. Malam ini bermula pula tugasan untuk menyiapkan buku ke dua saya bersama Oasis. Memanglah kan tak siap-siap juga, padahal sudah pun mencapai 70 % siap. Saya kena pulun lagi sebelum balik raya berbaki beberapa hari sahaja lagi. Jika siap sebelum itu, saya hanya melakukan tugas penyuntingan sepanjang musim perayaan. Balik ke sini sudah siap-siap boleh dihantar ke editor dan bersambung pula buku ke tiga. Memang tidak boleh bertangguh tapi itulah kan, mood saya asyik turun naik. Mahu atau tidak saya perlu selesaikan juga sebelum bersalin. Faham-faham sahajalah kalau sudah ada anak kecil ;D. Pertarungan saya dalam tempoh empat bulan ini, akan saya kerjakan manuskrip saya sehingga lunyai. Kerja sampai pengsan ;P. Lepas tu nak bersalin, bersalinlah dengan tenang.
Tahun depan juga ada sisi perancangan penting dalam jadual karier penulisan saya. Insya-Allah. Dalam pantang mahu atau tidak pun saya perlu mengumpul kekuatan membuat penyelidikan dan mengumpul bahan. Alhamdulillah atas rezeki Allah, ilham yang tidak pernah padam. Buku ke dua dan ke tiga ini adalah kesinambungan daripada buku pertama. Apa lagi yang perlu dilakukan selepas persediaan asas, sudah tentunya memilih bisnes. Juga garapan khas untuk wanita-wanita super sibuk bagaimana menguruskan kerjaya, rumahtangga, diri sendiri, anak-anak tetapi tetap juga mahu cemerlang. Nantikan sahaja ya.
Oh ya, sangat teringin untuk makan puding karamel. Di dapur masik ada santan, daun pandan dan agar-agar. Rasa mahu buat agar-agar santan, tetapi teringin pula puding karamel. Jadinya sekejap lagi saya mahu buat salah satu menu pencuci mulut di atas
Oh ya, jika tiada aral nantikan ebook sulung saya yang akan diterbitkan selepas raya. Alhamdulillah akhirnya terbit juga ebook ini, setelah setahun menanti. Nanti akan berada di http://www.klikjer.com/. Nantikan ya.
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, hati-hati memandu. Maaf zahir dan batin atas segala salah silap saya sepanjang tempoh kita berkenalan di dunia blog. Sehingga berjumpa lagi ;D
Salam kasih sayang
2 comments:
Mas, bunyinya macam xde post entry lagi sebelum raya.. dah siap ucap selamat hari raya tu... :D
baru haritu saya masak puding roti caramel, mcama puding caramel juga tapi lebih pejal...
wan
itulah wan, takut nanti tak berkesempatan pula, baik ucap siap2
hari ini saja saya bersenang lenang, esok mula marathon semula siapkan manuskrip
semalam lagi nak buat puding caramel, tak terbuat juga akbiat keletihan
Post a Comment