Sunday, September 19, 2010

Bersiaran dari dapur

Teks: Masayu Ahmad

Banyak kerja perlu dibuat dalam satu masa, jadinya kali ini saya bekerja dari dapur. Lima dalam satu, menulis, mengemas, basuh pakaian (mesin yang uruskan), jemur pakaian dan urus anak-anak. Rasa pergerakan sangat perlahan, tetapi saya teruskan juga. Jika bertangguh banyak pula yang takkan selesai.

Pagi ini bersarapan nasi kerabu dan sudah siap-siap bungkus nasi berlauk untuk dua anak teruna. Saya teruja menyiapkan banyak perkara. Perlu siapkan juga, tidak boleh mengharapkan orang lain hanya kepada diri sendiri sahaja.

Dengan perut semakin memboyot saya tidak boleh bertannguh lagi. Apakan tidak jika tidak selesai, alamak sakit mata saya nanti melihat senarai tugas yang tidak selesai. ;D

Untuk mengembalikan mood agar konsisten bekerja, saya mahu up date sahaja di sini. Jika saya tulis malas, maka makin malaslah saya. Kalau saya kata perlu buat dan siapkan, dengan sendirinya aura mahu selesaikan kerja buat saya sentiasa beringat, kerja perlu siap walau apa cara sekalipun. ;D

Selamat bertugas ya buat semua sama ada suri rumah mahupun wanita yang bekerja di luar rumah. Wanita yang bekerja dari rumah, juga sama sibuknya. Walau lemau mahu mengemas, mahu atau tidak perlu diselesaikan juga. Kelebihannya tidak limau melangkah ke pejabat dan kembali menempuh jalan sesak sahaja.

Selamat bertugas dan menguruskan rumah tangga.

http://www.masayuahmad.com/

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin