Teks: Masayu Ahmad
Salam ceria salam ketenangan. Sungguh terasa keterujaan menyiapkan kerja yang berjela-jela serta urusan rumah tangga yang tidak akan pernah sudah untuk dikerjakan. Pagi ini selesai membeli sarapan nasi lemak untuk saya dan suami, roti canai dan bihun untuk anak-anak.
Alamdulillah permulaan pagi yang cukup baik untuk diisi. Dalam fikiran saya satu persatu senarai yang perlu diselesaikan. Kelapangan fikiran sangat membantu untuk saya segera menyelesaikannya. Sambil menemankan Hakim bersarapan roti canai, saya menyiapkan entri ini.
Mari kita semak apa yang perlu diselesaikan hari ini sama-sama. Ini khusus untuk suri rumah dan wanita bekerja dari rumah.
Urusan rumah tangga
1. Urusan pakaian kotor
2. Kemas rumah
3. Sarapan pagi, menu tengahari dan minum petang
Urusan anak-anak
1. Aktiviti, sama ada belajar membaca, menulis, bermain
Urusan kerja (senarai kerja saya hari ini)
1. Senarai segera-siapkan manuskrip, pos pesanan buku, proposal
2 comments:
bagus sungguh mas ber'multi-tasking', sambil teman anak bersarapan, sambil tulis entri.
Bukan senang sebenarnya jadi WAHM/SAHM ni, lebih lagi bila terpaksa menguruskan kerja bersama anak2 di depan mata, betul kan mas?
syahida
memang wajib lakukan banyak tugas serentak, tapi kadangkala perlu tengok mood juga ;D
Post a Comment