Teks; Masayu Ahmad
Alhamdulillah hari ini saya lebih sihat dan bertenaga berbanding semalam. Malam tadi cuba memulakan semula jadual tidur, tidur awal bangun awal. Semalam memasak juga untuk en.suami yang pulang lewat. Ikan tongkol sambal pedas. Anak-anak juga berselera makan.
Dari pagi sampai petang saya tidak lakukan kerja rumah. Kebetulan Sabtu dan Ahad sudah mengemas. Jadi hari ini kembali rutin biasa. Rasanya saya tidak boleh berjaga hingga awal pagi lagi, perlu juga memaksa diri tidur awal. Tenaga dan kesihatan tidak sebagaimana waktu muda (macam lah dah tua), tambahan pula keadaan sekarang. Jadi tidur awal lebih mujarab.
Insya-Allah selesai urusan rumah tangga, kembali ke trek untuk menyiapkan kerja-kerja saya.
Ok, saya mahu berkongsi cara kerja sebagai penulis bebas sepenuh masa. Menulis buku adalah berada dalam kategori menjana pendapatan pasif. Iaitu kerja sekali, pendapatan berulang kali. Maksudnya sekali buku diterbitkan, akan diulang cetak sehingga sepanjang hayat penulis.
Jadi saya berusaha bukan satu atau dua buku, sasarannya sangat tinggi. Jika semakin bertambah koleksi saya di sebelah ini, maka itulah apa yang sedang saya usahakan. Menulis,menulis, menulis sepanjang hayat.
Menulis sebagai ibadah dan perjuangan
Bukan sekadar menulis semberono, suka-suka mahu mendapatkan duit, tetapi inilah antara perjuangan saya mahu berkongsi agar dapat memberi manfaat atas bakat yang ada.
Berhubung dengan dunia buku
Dunia buku sangat menyeronokkan, apatah lagi dapat mengenali ramai teman-teman yang lama dan juga baru. Penerbit, barisan penulis baru dan lama, juga mereka yang terlibat dalam dunia buku. Saya anggap saya masih baru bertatih dalam penulisan buku, walaupun bermula sebagai wartawan sudah lapan tahun. Setiap hari adalah hari baru dan perlu meneroka dan mencerap seberapa banyak yang boleh ilmu baru.
Apa pilihan?
Banyak pilihan, jika pandai mencari peluang boleh sahaja menjadi penulis majalah iaitu penulis tamu. Ia dikira bayaran honorium. Saya pernah mengendalikan ruangan ini satu masa dahulu.
Editor sambilan
Jika mempunyai keupayaan, pengalaman dan pengetahuan yang luas, boleh menjadi editor sambilan. Banyak penerbit kini sudah menawarkan pekerjaan editor sambilan.
Penulis sambilan
Sudah ramai profesional yang melakukan dua kerja. Mempunyai kerja tetap dan pada masa yang sama masih mampu mencuri ruang menulis buku atau menjadi penulis bebas.
Penulis bebas sepenuh masa
Ini mengambil masa untuk mendapat pendapatan selesa. Tidak dinafikan di negara ini sudah mempunyai ramai penulis sepenuh masa yang hidup mewah hanya atas wang royalti. Bukan mudah dan ia perlu ada usaha berterusan, strategi yang betul dan pandai mengambil peluang. Bukan sekadar penulis buku, penulis novel, skrip dan apa sahaja berkaitan dengan bidang penerbitan ia adalah satu bidang yang menarik untuk diceburi.
4 comments:
agak2 saya boleh jadi penulis tak? hehe
semakin banyak pengalaman yang dikutip menjadikan seseorang itu lebih matang, walaupun banyak cabaran, itulah yang boleh dikongsi untuk menjadi panduan bagi yang lain.
wan anie
sesiapa pun boleh, asalkan rajin berusaha ;D
K.Masayu, saya pernah buat 2 buku (3 actually tapi yang satu tu saya rasa tidak dibukukan walaupun saya dapat paymentnya) tapi lepas tu saya rasa macam serik mungkin sbb ada dateline...lagipula saya suka bahasa santai dalam penulisan jadi tak sesuai dibukukan sangat..(agaknyalah :))
siti sifir
kalau betul mahu masuk bidang ini (bidang apa pun), hati kena kering, perlu buat sungguh2
dalam penerbitan, perlu tahu hak-hak penulis, kaedah penulis, penerbit mana, dan banyak lagi
setiap penerbit tidak sama polisi dan peraturannya, jadi perlu peka tentang ini sebelum pilih penerbit
buku sekarang juga banyak guna bahasa santai, tidak terlalu akademi...
masih banyak peluang dan ruang jika mahu jadi penulis..
saya juga masih bertatih...
Post a Comment