Teks: Masayu Ahmad
Apa khabar suri sekelian, harapnya masing-masing sedang dan akan menyelesaika tugas hari ini dengan cemerlangnya. Saya mood bersantai-santai dan akan memulakan sesi marathon menyiapkan manuskrip. Pagi, petang, siang dan malam hanyalah manuskrip sahaja tatapan saya. Ya ke, macam tidak meriah sahaja kehidupan!
Memang tetap meriah kerana dikelilingi anak-anak.Pagi tadi membeli lagi sarapan, malam tadi siap juga menu kari ikan tongkol. Hakim dan Aiman kalau masak kari, mahunya bertambah-tambah nasi. Tetapi jika kari yang dibeli dikedai, makannya tidak bertambah. Mahu atau tidak, perlu jugalah saya memasak kari untuk kanak-kanak riang.
Aiman makin kemaruk dengan starfall.com
Al-kisahnya saya sudah ada pc utama untuk kerja saya. Selalunya gangguan kanak-kanak riang berebut dengan saya mahu menggunakan pc yang sama. Jadi beralah lagi. Ingat tak dahulu saya menyatakan sudah beralih ke tingkat atas. Sejak bulan puasa, berubah lagi kedudukan. Saya menggunakan laptop, manakala kanak-kanak riang menggunakan pc tersebut. Alih-alih sudah berubah bilik itu untuk Hakim sepenuhnya.
Meja belajar (yang bulat berwarna biru), barang permainan di dalam kotak dan katil bujang sudah dipindahkan sepenuhnya. Tinggal sedikit lagi, saya mahu menyediakan kotak khas untuk buku-buku Hakim. Sekarang ini mereka bertiga secara berjemaah suka berada dalam bilik itu. Jadi saya boleh fokus berada di bawah tanpa gangguan.
Sejak bulan puasa juga, Aiman suka berkongsi dengan Arif belajar di starfall.com. Si kecik ini yang berusia 2 tahun 7 bulan ini sudah mahir menggunakan tetikus pc, klik sana sini. Apalagi berebut pula dengan saya. Jika si Hakim dan Arif meninggalkan pc utama, maka Aiman lah punya.
Pagi-pagi sudah mintakan saya bukakan untuknya starfall. Ikut sahajalah ;D. Sementara ada lagi beberapa bulan mereka semua akan berada di tadika.Ada juga rasa kasihan untuk Aiman, tidak sampai hati pula. Sekejap sahaja nak, dua bulan sahaja ibu ambil masa untuk berehat. Nanti kembali berada di rumah bersama baby baru.;D
No comments:
Post a Comment