Teks: Masayu Ahmad
Kadangkala rutin yang sama ssetiap hari menyebabkan emosi dan sikap kita berubah-rubah. Hari ini rajin, esok belem tentu bersemangat. Hari ini rumah kemas 24 jam, esok belum tentu berada dalam keadaan sama.
Rumah berbau wangi
Kita suka sangat jika masukd ke rumah dalam keadaan berbau wangi. Memang ya, ia adalah terapi yang sungguh mempesona. Bayangkan kita melangkah masuk ke sebuah resort dan hotel.
Melangkah masuk, dengan susunan kemas perabot, bau yang wangi. Saya ada membuat penyuntingan buku aromaterapi. Salah satu cara yang boleh digunakan ialah, mengambil daun pandan hiris halus-halus. Letak dalam bekas biarkan kering di situ.
Juga boleh di isi dalam bekas pasu kaca dibuat hiasan dan aroma pandan akan merebak ke seluruh rumah.
Salah satu cara lagi ialah daun serai wangi, ambil seberapa banyak dan hiris halus-halus. Boleh menghalau lipas dan serangga yang halus secara tidak langsung.
Ubah suai kedudukan perabot
Tidak perlu bertukar perabot baru setiap kali mahu menyambut perayaan. Hanya tukar kedudukan dan cat dinding sahaja. Pilih warna minima. Buang segala jenis perhiasan remeh temeh yang memenuhkan ruang rumah dan dinding rumah anda. Biar ia kelihatan kosong. Minimakan barang perhiasan, suasana akan lapang selapangnya. Ia akan mengembalikan emosi yang malas dan kembali bertenaga.
Hobi baru dan lama diubahsuai
Antara hobi saya sudah semestinya membaca dan pelbagai koleksi buku. Angan-angan untuk mempunyai mini perpustakaan masih tidak kesampaian. Juga taman penuh dengan herba, pohon hijau yang menyejukkan mata memandang. Pastinya kalian juga ada hobi yang boleh membangkitkan nafsu untuk sentiasa bertenaga walau berada di rumah.
Buang jauh sikap, bangun pagi sudah menghadap facebook, dan meluahkan perkataan yang sia-sia. Sama-sama kita jadi suri yang bernilai buat suami dan anak-anak.
Salam kasih sayang.
www.masayuahmad.com
3 comments:
betul tu..saya pun suka sgt masuk rumah yg berbau wangi :)
selamat hari raya untuk ayu dan keluarga
betul mas, bila tengok sama aje setiap hari bosan juga
zarin
terima kasih, selamat hari raya juga dari saya sekeluarga...
wan
suka yang berbau wangi, kadang2 tak sempat nak mewangikan rumah ;D
Post a Comment