Wednesday, September 1, 2010

Nantikan kelahiran E-book sulung selepas Aidilfitri


Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, akhirnya akan terbit juga ebook sulung saya. Apa yang pasti banyak kali ditangguhkan disebabkan beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan.

Penyertaan kalian juga ada di dalam ebook ini. Ingat tak peraduan yang pernah saya buat satu masa dahulu. Ramai suri yang menghantar penyertaan pertandingan buku inspirasi yang sudah saya sunting semula artikel dimasukkan dalam ebook ini. Juga contoh-contoh usahawan yang boleh dijadikan panduan untuk yang baru bergelar usahawan.

Ebook ini adalah usahasama dengan saudara Suhaimy Abu Bakar, atau Shuth, pemilik WangCyber.com. Beliau mengendalikan seminar bagaimana menjana pendapatan melalui ebook. Jadi ini salah satu ruang untuk saya berkarya dan menambah pendapatan. Insya-Allah.

Saya menghadiri seminar sekitar Julai 2009 jika tidak salah, kemudian sepatutnya disiarkan selepas Hari Raya Aidilfitri 2009, tetapi kemudian barulah semalam pengesahan semula sudah siap dan akan diterbitkan selepas Aidilfitri 2010.

Apa yang saya mahu kongsikan?

Tidak mudah untuk senang, perlu banyak sabar, komitmen berterusan. Bercakap soal manuskrip saya kerap patah hati kerana banyak kali manuskrip saya ditunda-tunda. Kadangkala buat semula pun ada. Sekarang ini alhamdulillah, tidak perlu ditunda-tunda, pihak penerbit pula asyik bertanya bila manuskrip sudah siap? Saya pula yang tidak sempat.

Jika dulu saya perlu menunggu bagai bulan jatuh ke riba, mahu tunggu bulan jatuh, alahai sedih, kecewa. Tetapi alhamdulillah, sekarang ini saya hanya perlu menulis, menulis dan menulis, sunting, sunting dan sunting, terus hantar, tidak perlu tunggu-tunggu lagi.

Komitmen luar biasa.

Dalam apa-apa kerja sekalipun tidak boleh main separuh jalan, buat suka-suka. Kena buat sungguh-sungguh. Kerana apa? Kerana ia adalah karier. Ia adalah bidang yang kita dalami, suka buat dan mahukan perkembangan konsisten. Sesuai dengan peningkatan umur, maka karier juga perlu sentiasa meningkat.

Apa sasarannya?

Sasaran saya sangat tinggi, tetapi setakat ini apa yang saya mahu kongsi, sekiranya buku atau ebook saya sudah benar-benar terbit dan dapat memenuhi kehendak pasaran itulah kepuasan yang tidak terhingga. Juga, saya perlu mengejar sasaran saya yang saya letak peratusannya berbeza setiap tahun. Insya-Allah, akan saya usahakan sehingga menjadi realiti ;D

Jangan toleh lagi ke belakang, kiri dan kanan. Usah lihat siapa hebat di depan anda, usaha takut siapa pesaing, terus melangkah sehingga kalian menggengam puncaknya.

Salam kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

2 comments:

Wan Anie said...

tidak sabat rasanya nak tengok e-book mas, berapa agaknya harga yer.... boleh affiliate ker nanti? jgn lupa saya nak jadi yg pertama dptkannya Mas!

Masayu Ahmad said...

wan

insya-allah wan,

ya memang boleh wan, kalau wan dah daftar di www.klikjer.com

memang boleh dapat komisyen jualan, terus dapat beli dan jual kat blog wan..setiap org boleh dapat hasil komisyen,

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin