Saturday, September 4, 2010

Suasana meriah

Teks: Masayu Ahmad

Meriah dalam FB dengan status balik kampung. Saya, walau mood raya, tetapi persiapan ala kadar. Petang ini baru mahu carikan baju melayu untuk anak-anak. Alahai memang mood beli belah pun lari dalam keadaan berbadan dua ni. Cari berdikit-dikit, sebab tak mahu bersesak dalam orang ramai. Biasanya akan cari di PKNS Shah Alam tetapi hari ini cuba cari di tempat lain pula.

Semalam berjaya juga siapkan menu nasi kerabu dan daging goreng kunyit. Alhamdulillah, dalam terkedek-kedek mak buyung di dapur, dibantu en.suami.

Bagi yang sudah memulakan perjalanan pulang ke kampung, hati-hati memandu di jalan raya.

2 comments:

Wan Anie said...

beraya di mana mas, bila balik?

saya pun masih belum beli baju melayu anak2, baju kurung da ada, ibu ni pun belum ada baju baru....

Masayu Ahmad said...

wan

raya di kelate, sehari sebelum raya..

tahun ni paling lambat buat persiapan..biasanya sebulan sebelum puasa dah siap..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin