Thursday, September 23, 2010

Tip motivasi bekerja dari rumah

Buat apa yang kita suka

Sangat mudah untuk meniru orang lain tetapi belum tentu mudah untuk sukses sebagaimana orang lain. Minat cara kerja, kemahuan, tekad, disiplin adalah tidak sama untuk setiap orang.

Apabila memilih bekerja dari bisnes dari rumah, tetapkan dengan jelas apa minat, kemahuan, pengalaman dan daya usaha kalian. Anda melihat begitu banyak peluang, mahu direbut tetapi bisnes anda masih kurang berdaya maju berbanding teman pesaing.

Terokai diri sendiri

Apabila membuat penilaian, persediaan bekerja dari rumah faham dan tahu dahulu apa bakat, kemahuan diri dan daya saing paling menyerlah dalam diri kalian. Jika saya diberi peluang untuk menjual insuran belum tentu saya boleh buat, kerana kurangnya pengalaman, pendedahan dan sudah tentunya minat.

Minat boleh dipupuk, tetapi pengalaman yang ada dalam diri adalah salah satu cara bagaimana kita mengenalpasti apa ingin dilakukan.

Tidak dapat mendapat pendapatan

Ini isu kritikal kerana tujuan utama berhenti kerja selain kerana imbangan rumah tangga dan kerjaya, anda perlu mensasarkan pendapatan setelah bekerja sendiri. Itulah sebabnya banyak kali saya tekankan, bermula secara sambilan sebelum sepenuh masa. Persediaan kewangan sekurang-kurangnya untuk tempoh dua tahun adalah menjadi keutamaan sebelum kalian menghantar notis meletak jawatan.

Jangan bazirkan masa

Saya sangat sedih sebenarnya banyak suri rumah yang menyatakan boringnya, tiada ada perkara yang boleh dibuat, masa dibazirkan dengan bermain game di facebook, membiarkan masa tidak terisi. Sangat banyak sebenarnya perkara yang boleh dibuat. Apabila ada suri rumah yang kehilangan momentum begini, perkara pertama yang boleh dibuat adalah memulakan langkah mencatat apa perkara yang perlu diselesaikan dan diuruskans setiap hari. Ke dua mula mencari artikel motivasi yang boleh mencetus kembali semangat dan usaha dari bawah. Ke tiga senaraikan semula apa hobi yang boleh dilakukan yang boleh mengisi masa lapang. Ke empat cari idea kreatif hobi boleh disalurkan menjadi pendapatan tambahan. Tipu jika anda tiada ada, hanya alasan malas sahaja yang membantutkan usaha. Keluarlah dari kepompong zon selesa, masih banyak perkara yang boleh dilakukan.

2 comments:

Unknown said...

dulu kakyong selalu jd xleh tidur mlm bila x de jualan terhasil dlm 2-3 minggu..
la ni kakyong alih perhatian dgn buat kerja2 menjahit @ layan anak2 belajar...

Masayu Ahmad said...

kak yong

moga kekal fokus dan tidak mudah putus asa, terus usaha agar rezeki menjadi milik kak yong sekeluarga

turun naik pendapatan adalah perkara biasa untuk pemula bekerja dari rumah

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin