Tuesday, November 10, 2009

Udang masak lemak cili padi, budu, ulaman



Teks: Masayu Ahmad
Foto: www.saltnturmeric.com

Selepas balik kampung dua hari yang lepas, badan agak lesu. Mungkin juga penangan berjalan jauh. Walaupun bukan saya yang memandu. Biasanya perlulah menyegerakan urusan mengemas rumah serta menyudahkan kain baju yang belum dibasuh.

Mood memasak pun lari. Semalam hanya masak sambal udang dan telur dadar sahaja buat en.suami. Kasihan makan pun ala kadar. Sarapan pagi pun saya macam tak larat. Jadi tidak menyediakan apa-apa hidanganlah semalam dan hari ini. Teruk betul saya.

Hari ini sudah rasa semakin bertenaga semula. Menu malam ini rasanya ok sedikit berbanding semalam, udang masak lemak cili padi, budu, ulaman dan ikan goreng. Sarapan pagi esok sudah kena buatlah, sudah seminggu bercuti. Kasihan juga tengok si dia makan roti bakar dan kopi sahaja.

Ayah sudah ceria

Dua hari yang lepas ayahanda sudah kembali ke rumah. Setelah jarinya selamat dipotong dan dikebumikan di sebelah arwah emak. Sempena genap 1 tahun emak meninggalkan kami, ayah mengirimkan jarinya yang di tanam sebelah kubur emak.

Ayah ceria kerana tidak lagi terperap di dalam suasana hospital yang menyebabkan dia pun turut sama dalam keadaan kurang ceria. Suasanan ceria dengan kunjungan jiran tetangga, saudara-mara sedikit sebanyak memberi terapi kepada ayah.

Saya melihatkan suasana wad banyak mempengaruhi emosi pesakit. Sesetengahnya seperti sakit tidak boleh disembuhkan lagi. Apabila sakit seolah-olah sudah tidak hari esok yang gembira lagi. Keadaan itulah menyebabkan kadangkala seseorang pesakit sukar dan mengambil masa untuk pulih.

Pengaruh suasana sekeliling turut mempengaruhi pada emosi dan fizikal. Melihatkan ayah pada minggu pertama amatlah ceria, kerana di kelilingi oleh pesakit yang ceria, suka berjenaka dan suka berborak. Beberapa hari berikutnya beberapa pesakit yang ceria tadi sudah pulang ke rumah digantikan dengan pesakit-pesakit yang lain. Pesakit-pesakit yang baru ini lebih banyak kerenah dan emosinya mudah tersentuh. Nasib baik ayah tidak berada lama di wad dan kehadiran anak cucu sedikit sebanyak menceriakan ayah.

Kembali dengan rutin biasa

Urusan kerja rumah masih ada yang belum beres, jadinya mood saya untuk dua hari ini agak slow sedikit. Masuk hari ke tiga, saya tidak boleh bermalas-malasan lagi. Perlu siap sedia untuk kembali berperang. Banyak tugasan tertangguh selama berada di kampung. Saya tidak membawa apa-apa bahan untuk dibuat di rumah. Blog pun saya tidak tengok walaupun ada kelapangan untuk berbuat demikian. Saya gunakan masa itu untuk menziarah tetangga sekeliling sambil berbual dan bertanya khabar. Bukan setiap hari boleh berbuat begitu. Paling saya gemar ialah juadah Kelantan. Tambahan pula musim hujan, sungguhlah seronok berada di Kelantan pada masa ini.

Di sebabkan rumah saya berada di kawasan tinggi, walaupun hujan lebat beberapa minggu tidak pernah dinaiki air atau banjir. Air akan mengalir ke sungai dan kawasan rendah. Banyak memori sebenarnya jika musim hujan kunjung tiba. Daripada soal makan dan memasak sehinggalah banjir. Sangat seronok suasana sejuk dan nyaman.

Kebetulan sepupu dari Bachok membawa buah tangga berupa ubi satu plastik besar. Jadinya saya buat cek mek molek untuk percubaan kali pertama. Nasib baik menjadi. Saya bawa juga ubi ke sini satu plastik kecil. Tengok kerajinan, dan rasanya mahu buat lagi cek mek molek.

Kuih-kuih sarapan pagi di kampung saya masih lagi murah. 5 biji satu ringgit dan saiznya masih besar seperti dahulu. Alahai betapa seronok tinggal di kampung. Beli lima ringgit sudah banyak macam-macam jenis kuih.

Juga nanti akan saya cerita tentang Kak Ana penjual kuih, sangatlah rajin dan setiap pagi membawa bakul berisi kuih muih dan nasi sarapan pagi. Bagaiman kita sebagai wanita yang ada banyak kemudahan perlu mengambil inspirasi dan motivasi dari Kak Ana. Mungkin jika saya balik lain kali saya akan ambil gambar Kak Ana bersama basikal dan kuih-muih jualannya. Saya akan tulis artikel khas tentang Kak Ana penjual kuih.

Salam sayang

www.masayu-ahmad.com
www.masayuahmad.blogspot.com

8 comments:

Pija Madzlan said...

di Jerteh dah 3 Rm 1 kuihnya...

UstazCahaya said...

Saya pun sukakan suasana hujan,teringat zaman kanak2 riang dulu. Time hujan ni, makan apa pun enak.

Oh, kat tempat saya ni pun yang jual kueh tu nama dia kak ana. Mak kak ana ni, dapat beli Hilux lagi. jual kuih je tu:-) Agaknya, kat satu malaysia ni ramai kak ana yang jual kueh kot:-)

Oh ya, nampaknya akak dah ok sket la sekarang ni, Insya Allah saya akan email akak dalam masa terdekat tentang projek JV aritu'

Masayu Ahmad said...

Sitisifir10

Maksudnya Jerteh dah sama taraf Kuala Lumpur

Masayu Ahmad said...

UstazCahaya

Kalau masa hujan macam ni memang suka sangat ingat memori masa kecil-kecil dulu. Macam-macam ada kat kampung. Walaupun tinggal di KL, jiwa saya tetap kampung.

Boleh saja email, nanti saya tengok.

pn.masayu@gmail.com

Unknown said...

moga your dad fully recover soon.

lama tak buat cek mek. hujan2 makan sedap ni.

Masayu Ahmad said...

ComeyBelako

Terima kasih, semakin beransur pulih.

Penangan buat cek mek masa di kampung, semalam ketagih buat lagi:D

Pija Madzlan said...

:) bukandah sama tara tapi'perasan' dah sama taraf dengan KL

Masayu Ahmad said...

tak apa, mula-mula perasan, lama-lama jadi kenyataan ;D

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin