Monday, July 9, 2012

Ya Allah permudahkanlah urusan

Teks & foto: Masayu Ahmad


Alhamdulillah dengan izinya hari ini berjalan dengan baik. Seperti saya rancang beberapa minggu sudah, kini abang Hakim sudah pun memulakan sesi baru mengaji quran, tajwid, sirah, akhlak, arab, jawi pada waktu malam iaitu bermula jam 6 petang hingga 9 malam. Juga sesi jemaah maghrib dan isyak (ini yang paling saya suka).

Kini saya ada dua sesi menghantar anak, iaitu pagi dan petang. Tetapi malam ini, ayah akan mulakan menjemput Hakim untuk malam-malam seterusnya. Jam enam petang saya perlu masak, dan menyuapkan
 Hakim, dan kemudian terus pecut.

Tadi ketika mendaftar saya pesan kepada Hakim

"Ibu dah serahkan abang pada ustzah, suka hatilah ustazah nak pukul kaki abang, kalau abang tak nak belajar, tak nak dengar cakap.

"Abang ada masa enam bulan dari sekarang untuk khatam ok," saya menyatakan dengan jelas depan Hakim dan ustazah, apa yang saya mahu dan saya doa. Semoga Hakim dapat menghabiskan selesaikan sebelum akhir tahun ini. Kerana tahun berikutnya akan menyusul Aiman dan Arif. 

Tidak saya hantarkan Arif dan Aiman bersama, kerana mereka sudah letih jam 9 pagi hingga 5 petang di PASTI.Malam ini Aiman dan Arif sudah mula semula sesi ke masjid, nanti akan jemput pulang abang Hakim.



Dengan lafaz bismillahir rahman nirrahim

Ya Allah permudahkan anak-anak ini menerima dan mencerap ilmu,
 Ya Allah jadikan anak-anak ini sebaik-baik anak, sebaik-baik khalifah, 
Ya Allah jadikan anak ini sebagai satu amanah yang telah aku sempurnakan, 

Ya Allah permudahkan aku dalam mendidik anak-anak ini, 
Ya Allah lengkapkan lah anak-anak ini ilmu dunia dan bertamba-tambah lagi akhirat,
 Ya Allah jadikan anak-anak ini sebagai jambatan aku untuk ke syurga, 

Ya Allah jadikan Naufal Hakim anak yang mendengar kata,
 Ya Allah jadikan Naufal Hakim seorang anak yang tenang dan sabar, 

Ya Allah jadikan aku seorang ibu yang penyabar,
 Ya Allah jadikan aku ibu yang dapat menyempurnakan amanah Mu, 
Ya Allah cukupkanlah rezeki naufal hakim untuk belajar agamu dan ilmu-ilmu lain yang maha luas,

Ya Allah ampuni aku dengan sedikit amalan banyakkanya permintaan, 
Ya Allah ampunilah aku, permudakanlah urusan,

Ya Allah berikanlah rezeki yang cukup lagi barakah, amin-amin,amin

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin