Ok, dah lama tak mencoret dari hati ke hati kan. Alhamdulillah tak lama lagi Ramadahan akan menjelma. Ini tahun ke dua dapat berpuasa bersama orang tua. Jika dipanjangkan umur moga puasa kali ini lebih baik berbanding tahun-tahun terdahulu.
Tinggal tiga hari lagi, bagaikan tidak cukup masa, saya perlu kemaskan rumah di sini dan rumah di sana. Pada masa yang sama perlu bereskan senarai buku, juga uruskan kanak-kanak riang. Saya buat giliran dengan kakak, seminggu saya, seminggu dia, seminggu saya dan seminggu. Moga kali ini saya dapat temankan ayahanda, Tahun sebelumnya puteri arora ada sebagai tukang masak ayah.
Cabaran untuk saya adalah menyediakan masakan terbaik. Walaupun ayah tidak makan banyak, cukuplah sekadar saya mampu memenuhi rasa sunyi di bulan puasa. Arif, Aiman dan Arissa akan bersama saya.
Hakim dan en.suami di rumah mertua. Pesan saya, nanti selesaikanlah urusan basuh-membasuh periuk belangga, pinggan mangkuk. Kalau ma tidak sihat, beli ajelah. Akan tetapi perlu akur mertua suka masak. Namun tidak risau kerana setiap malam pun memang en.suami bereskan apa sahaja selesai makan. Tinggalnya saya akan turun kembali 'tambah nilai' kemas lagi apa yang patut. Kalau tidak turun maksudnya rehat sahaja dan masih mengadap komputer.
jual menjual
Jika puasa sebegini, sinonim juga colek pada waktu malam selepas terawih. Biasanya colek buah, keropok, kerang dan beberapa lagi. Kemeriahan terasa pada awal malam ketika berbondong-bondong ramai jemaah ke masjid. Usai selesai terawih mereka akan singgah di mana gerai-gerai kecil berjualan colek. Memang meriah dan seronok suasana begini.
mentor surirumah
Semasa menghadiri salah satu sesi seminar, saya berkenalan dengan seorang suri ummah yang sungguh budiman. Beberapa kali ajakan ke rumahnya terpaksa saya tangguh. Dia adalah belakang tabir seorang yang berjaya. Pertemuan ini masih tertangguh dek kerana kesibukan saya. Masih rasa terharu atas ajakannya, yang pasti banyak ilmu yang perlu saya kutip dan serap. Bila ada peluang bertemu dengan insan sebegini, rsa bahagia sekali, perbincangan santai juga ada isinya.
mentor bisnes
Saya berdikit-dikit mengambil ilmu dari mentor ini, yang pasti saya ada banyak info yang segar dan baru. Biasnaya ada banyak di buku-buku inspirasi, kali ini sudah tentu saya yang mencatat sendiri. Apabila sudah tiba masa kelak, insya-allah akan saya bukukan. Catatan ini adalah himpunan yang mengumpul catatan seterusnya dan ia akan berulang kali dibaca dan semoga memberi manfaat kepada kalian juga.
Antara inputnya-bisnes kecil, jutawan senyap yang tahu secara fizikal bisnesnya tetapi tidak ramai yang tahu rahsianya, ;D
Salam kasih sayang, sudi-sudilah bertandang ke sini, ini dunia baru saya
No comments:
Post a Comment