Mukasurat 150,151
Buku: Mencintai suami jangan separuh hati
-Wanita ideal adalah yang mahu mengorbankan
waktunya, kerjayanya, hartanya dan semua hal yang berharga demi ketenangan di
syurga kecilnya (keluarganya)
-Wanita ideal adalah isteri cerdas yang menyukai
pembaharuan, benci perkara sekadar hal yang rutin. Dia sukakan pembaharuan
dalam penampilannya, dalam tutur katanyam gayanya, dalam menghias rumah, cara
hidupnya, sehingga dia nampak seperti pengantin baru pada setiap masa.
-Wanita ideal adalah yang menjaga kesihatannya,
kesegaran badannya dan tidak banyak penyakit. Seorang lelaki memang sukakan
wanita sihat. Isteri nampak seperti selalu sakit, posisinya menjadi semakin
mengecil di mata suami.
-Wanita ideal adalah yang begitu bervariasi dalam
berhias untuk suami. Sehingga ketika suami memandang isteri, dia selalu
kelihatan sedap dipandang dan harum baunya.
- Wanita yang ideal adalah seorang yang peka
sehingga dia boleh mengetahui waktu-waktu di mana suami merasa selesa untuk
berbincang dengannya. Ketika itu dia boleh menceritakan hal-hal yang membuat
suaminya senang dan dapat memetik manfaat. Juga boleh mengetahui waktu-waktu di
mana suami merasa tidak selesa, sehingga isteri menahan lidahnya agar rasa jemu
tidak merebak ke hati suaminya.
-Wanita ideal adalah yang dapat menjaga poket
suaminya. Dia tidak membelanjakan satu sen pun kecuali dengan betul dan tidak
membelengu suami dengan jutang kerana sikap suka bermewah-mewah.
No comments:
Post a Comment