Wednesday, July 4, 2012

Supermak lagi dan lagi!

Teks: Masayu Ahmad


Salam kasih dan sayang. Hari ini Arissa demam lagi, akan tetapi ketika saya sibuk-sibuk mahu menghantar Arif dan Aiman. Melonjak-lonjak kakinya mahu pergi juga. Jadi Arissa ke PASTI juga.

Usai siap semua, terus pula menjemput tukang urut kak lah, sebelum itu satu jam badan saya diurut. Habis semua sakit-sakit badan hilang. Alhamdulillah.

Bawa balik Kak Lah ke rumah, mertua kurang sihat dua minggu kebelakangan ini, sekejap demam, ok, demam lagi, sakit belakang, sakit urat.

Ketika mereka berurut, saya gegas mengemas dan memasak untuk tengahari. Jam 12 hantar Kak Lah. Singgah sekejap tepi jalan, pisang goreng, keropok goreng dan air kelapa. Saya sudah kelaparan, sambil memandu pulang, enaknya menikmati sejuk dan segar air kelapa muda.

Sampai di rumah, mertua maklumkan Hakim pulang jalan kaki, aduhai,aduhai abang, ini kes ketiga. Rupanya dia sudah sampai seberang jalan, tetapi meneruskan perjalanan hingga jumpa tempat yang sesuai untuk melintas.

Sakit jantung sekejap.

Ok, saya tidak mahu marah-marah.

"Abang dah makan, sudah mandi?"

Saya bawa Hakim, mandikan sejukkan badan, kemudian suruh dia solat zuhur dahulu. Saya mandi dan solat. Selesai di situ, saya bawakan sepinggan nasi berlauk gulai telur itik dan udang. Suap dan suap.

Selesai semua.

"Abang jangan buat lagi, bahaya, nanti kalau hilang macam mana? Tunggu sampai Pok Sid datang."

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin