Tuesday, July 31, 2012

Perjuangan diteruskan


Salam kasih sayang, jam sekarang 6.31 pagi, alhamdulillah untuk kesihatan hari ini. Mari kita sama-sama mulakan langkah hari ini dengan rasa syukur dan teruskan dengan tidak menoleh ke belakang lagi.

Banyak betul aktiviti padat minggu ini, antaranya kesihatan ayah yang tidak mengizinkan, alhamdulillah semalam sudah keluar wad. Pada hari Khamis minggu lalu selepas saya pulang ke rumah mertua, kakak di rantau panjang mengambil giliran menjaga ayah. Demam berlarutan kebah kemudian demam lagi, saya balik juga bawa ayah ke klinik untuk rawatan.

Dua hari lepas, sewaktu 10 minit mahu berbuka puasa, kakak telefon dengan nada yang sudah bercampur suara menangis. Balik segera, ayah muntah darah. Aduhai, aduhai saya sudah tidak keruan. Mundar mandir tidak tahu mahu berbuat apa. Kakak juga mengambil langkag bijak, anak sepupu tolong hantarkan dahulu ke wad kecemasan. Jika tunggu saya lambat juga nanti sampai ke hospitl. Mertua pesan agar saya berbuka dahlu, usai solat saya terus pecut ke hospital.

Badan ayah sangat lemah, begini juga tahun lepas. Banyaknya muntah darah, ayah menangis-nangis. Keadaannya sama seperti anak kecil. Saya mengurut-ngurut dada ayah dan belakang, suruh istigfar banyak-banyak. Dia meneceritakan doktor sudah memasukkan wayar melalui mulut untuk mengesan muntah darah dari dalam perut, tetapi ayah cepat-cepat cabut kerana tidak selesa dan tidak boleh bernafas dengan baik.

Nurse menemui saya agar memujuk ayah untuk lakukan sekali lagi. Ok, saya katakan biarkan ayah bertenang dahulu. Berbincang dengan ayah.

"Tak apalah, tak perlu masukkan wayar, kalau nak mati, mati juga."

Saya juga setuju begitu, sama pula fikiran kami. Keputusan sudah dibuat jadi, saya tenangkan ayah. Ayah mahu minum 100 plus, saya bersegera mencarikan air untuknya. Sementara itu dua orang saudara datang melawat. Keadaan ayah sudah semakin ok.

Saya menelefin semua adik-beradik, ayah bercakap sendiri dengan mereka, mahu semua pulang. Jam 10 malam, saya dimasukkan ke wad. Menjelang 1.50 pagi keadaan sudah semakin ok, ayah sudah nampak stabil.

"Pergilah balik dulu, rehat di rumah. Esok ayah mahu makan nasi lembik diracik ikan rebus." Itu psan ayah. Saya balik ke rumah dan esok jam 10 pagi kembali ke wad. 

Alhamdulillah semalam juga ayah sudah boleh keluar wad, anak-anak yang lain juga sudah sampai.

Hari ini saya sudah lega, rutin berjalan seperti biasa. Terima kasih kawan-kawan yang mendoakan.

Jemput singgah di sini, sudah mula beroperasi


atau di sini



No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin