Showing posts with label Super mama. Show all posts
Showing posts with label Super mama. Show all posts

Saturday, March 17, 2012

How to be a Super Mom

TIP NUMBER ONE- SUPER HUMAN POWERS

You will need to harness super human powers. You need to see through doors, hear noises happening miles away and develop a sixth sense for problems. This skill must be able to transcend airwaves and oceans and is particularly useful if a child is on a solo holiday abroad.

TIP NUMBER TWO-ORGANISE

Your organisational skills need to be highly developed. You need to organise a schedule for all the family, ensuring that they are where they should be when they should be. Failure is not an option as it will be totally your fault and the agony of a missed swimming class will be felt by your child for an hour, but by you for a lifetime.

TIP NUMBER THREE- DRIVING

Driving- If you are not a competent driver consider taking lessons as it will make your job so much easier. Instead of taking buses laden with shopping and kids in tow you can pile it all into your car. It also makes it easier to fill your schedule as you need less time between appointments and therefore you can work at a faster rate.

Baca lagi di sini:

Friday, February 24, 2012

Cipta masa berkualiti bersama anak-anak.

Teks: www.masayuahmad.com



Sejak Januarai lalu, jadual kerja agak penuh juga setiap hari, hanya malam dan hari Sabtu sahaja saya bersama kanak-kanak riang.

Kebiasaannya dengan pelbagai aksi minta perhatian, anak-anak di bawah umur memanglah begitu. Tinggal lagi kita sebagai ibu perlu banyak sabar dan kreatif cipta aktiviti untuk memenuhi hari mereka. Juga saya kadangkala seperti kalian juga, ibu muda yang masih mempunyai anak-anak yang masih aktif dan perlukan banyak perhatian dan kasih sayang.

Sabtu kali ini, saya membawa kanak-kanak riang balik ke rumah ayah. Kali ini agak mencabar juga kerana en.suami perlu bekerja. Jam 10 pagi bertolak, jam 12 tengahari baru sampai. Biasanya hanya 40 minit sahaja.

Oleh kerana saya ada urusan di pusat bandar, aduhai tidak dijangka oleh saya hujung minggu begini trafik sangat sesak. Arissa sekejap-sekejap menangis, jadi saya berhenti sebentar menyusu, agak ok, sambung pula perjalanan. Aiman dan Arif pula dahaga, sambil itu hulurkan air. Bunyi lapar juga kedengaran, jadi ada makanan yang sudah dibawa snek coklat dan roti.

Akhirnya sampai juga di rumah ayahanda. Petang ini mahu membawa mereka ke tepi pantai atau taman permainan. Biarkan mereka main, malam nanti cepatlah 'pengsan' agar ibu boleh selesaikan urusan pakaian pula untuk seminggu.

Salam kasih sayang

Lakukan persediaan bekerja di rumah dari sekarang. Saya sudah punya masa fleksibel memasuki tahun ke-4.
www.janawangdirumah.com.

Wednesday, February 22, 2012

Tips ransang anak untuk bersarapan dan bawa bekal

Teks; www.masayuahmad.com




                                                          Gambar sumber Google.


Apa itu bento? Baca perkongsian di sini http://roszaliza.blogspot.com/2012/02/apa-itu-bento.html.

Saya juga baru berkenalan dengan cara ini dan ia sangat bagus untuk menyediakan bekal untuk anak-anak. Masalahnya sekarang ialah tidak punya masa yang cukup waktu pagi. Ok, itu terpulang kepada kita memilih jenis makanan dan mula bereksperimen. Saya mahu cuba. Jika tidak setiap hari mungkin boleh mulakan dengan 1 hari dalam seminggu ada bento.

Tuesday, February 21, 2012

Mudahkan rutin seminggu-tip suri super

Teks: www.masayuahmad.com


Kalian boleh fikir dan gambarkan apa yang terbayang dalam fikiran saya sekarang. Baik, mari kita selongkar satu persatu. Gambar di atas bukan masalah tetapi rutin yang akan membawa masalah kita kita tidak urus dengan baik. Memang benar, setiap hari pakaian selerak, pakaian kotor hasil kutipan semua ahli isi rumah untuk penggunaan sehari, iaitu dari pagi sampai malam.

Rutin urus pakaian memang tidak habis dan tidak akan habis. Tinggal sahaja lagi kita perlu cari jalan atau cara kreatif untuk urus. Apabila pulang ke rumah tidak ada pakaian kotor dalam bakul, atau awal pagi semua pakaian tersidai cantik di halaman ia adalah satu terapi untuk saya. Sudah tentu kalian juga, tambah lagi suri rumah sepenuh masa.

Ok, saya sedang merancang untuk lebih fleksibel untuk urus hal ini dan mula fokus cari penyelesainnay berdikit-dikit. Mari saya keluarkan idea tersebut dan berkongsi dengan kalian.

Urus rutin seminggu untuk anak-anak
Labelkan Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis

Setiap pagi apa yang perlu saya siapkan keperluan anak-anak awal pagi. Sudah tentu semuanya ada satu beg pakaian untuk 4 kanak-kanak. Jadi pecahannya seperti berikut.

1. 3 uniform sekolah bergosok 2 pakaian sukan-ini sudah siap digantung untuk seminggu.

2. Uniform pagi untuk Aiman dan Arif

3. Pakaian anak-anak transit. Untuk Hakim, Arif, Aiman dan Arissa. Semua ini dalam satu beg.
Untuk selesaikan rutin ini bagi seminggu- saya perlukan agihkan dalam kotak almari seperti di atas. Iaitu agihan untuk hari Ahad, Isnin, Selasa, Rabu & Khamis.
Jadi pada malam hari hanya ambil sahaja keperluan untuk satu hari dan masukkan dalam beg pada malam atau paginya. Mudah bukan.

Ini juga salah satu impian saya, ia adalah sebuah bilik terapi bukan lagi sebuah bilik yang penuh bosan yang perlu dihadap setiap hari. Ia menjadikan saya bersemangat dan rasa seronok untuk urus pakaian. Sudah tentu kalian juga.






Monday, February 13, 2012

Rutin super mama

Teks; www.masayuahmad.com


Mudahnya wanita versi siber kerana banyak sumber untuk mencerap ilmu, banyak kumpulan maya yang boleh meluah dan bersembang, banyak sumber motivasi untuk mengisi jika mental fizikal merudum. Bukan sekadar saya, malah wanita dulu-dulu seperti ibu kita, mertua dan nenek. Persamaannya mereka mempunyai rutin seperti kita perbezaannya kita lebih banyak kemudahan berbanding mereka.

Saya masih teringat kata-kata arwah mek.

"Senang wanita bekerja sekarang, tidak lemas dengan kerja rumah yang tak pernah habis. Berbanding mek, satu hari, seminggu itulah rutinya perlu berada di rumah."

Ada benarnya perkongsian arwah mek, apakan tidak jika di rumah rasanya bagai tidak menang tangan, memang urusna rumah tangga tidak pernah habis.

Juga ada benarnya kita mempunyai banyak kemudahan seperti peralatan bantu rumah tangga seperti mesin basuh, pengering pakaian dan sebagainya.

Juga mudahnya kita kerana mempunyai banyak jaringan sosial, yang mana membantu ibu-ibu berkenalan, meluah perasaan, mendapat sokongan emosi dan juga dapat bertukar idea dan ilmu.

Saturday, February 11, 2012

Ilmu suri rumah tidak akan habis sampai bila-bila

Pic: Google
Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah, ramai yang mempunyai persepsi mudah. Kerja suri rumah goyang kaki, jaga anak, jaga suami, urus rumah tangga. Mudah, tidak sesukar wanita yang bekerjaya. Siapa kata mudah? Memang sukar sebenarnya, banyak perkara yang perlu dipelajari bukan sekadar melipat kain baju, mengemop lantai dan menidurkan anak.

Perkembangan ilmu dan kemudahan internet adalah salah satu cara dan peluang yang perlu direbut suri rumah.

Awal perkahwinan

Antara perkara-perkara yang perlu diambil perhatian ialah mula belajar memasak, mengemas rumah dan mengurus rumahtangga. Banyak perkara kini boleh dipelajari dapat diperolehi daripada internet. Bukannya membuang masa dengan melayan face book semata.

Ramai suri yang berkongsi ilmu dan idea memasak. Bukan sekadar cara malah ada juga berkongsi sama tentang resipi masakan. Jika mahu lagi hadir mana-mana kursus dan bengkel masakan yang kini mudah didapati.Tinggal sahaja lagi malas atau rajin sahaja.

Ilmu kehamilan

Bermula sudah tentang penjelajahan penjagaan kehamilan, ilmu untuk menjaga dan mendidik anak-anak.
Bermula alam rahim, banyak perkara yang perlu dipelajari dan dicerap sebagai mungkin.

Apabila anak dilahirkan kelak mahu corak macam mana, versi barat atau versi timur. Mahu anak-anak hafaz al-quran atau lebih kepada kebendaan. Semua terpulang kepada peranan ibu bapa mahukan anak-anak yang bagaimana? Warna coklat, hijau, putih bersih atau apa sahaja corak.

Ilmu pendidikan

Pendidikan awal kini bukan sahaja penting malah salah satu cara persediaan awal agar anak-anak mampu berkembang dan menghadapi cabaran mendatang yang semakin sukar. Kini ibu bapa bukan sekadar menghantar, bayar dan melihat sahaja anak-anak di pusat penjagaan, tetapi perlu ambil serius pendidikan awal kanak-kanak. Bukan memberi tekanan. Tetapi pemantauan sepatutnya perkembangan anak-anak sesuai dengan usia mereka. Anak-anak tidak akan sama hobi, kesukaan, kecenderungan, kekurangan, kelebihan. Tetapi selagi bernama ibu bapa, sudah tentu tahu lebih awal mahukan anak-anak bersedia dengan masa depan mereka yang lebih baik.

Apa idealnya sebagai suri rumah

Bagi suri rumah yang sekadar suri rumah, dan tidak perlu berfikir lagi menjana pendapatan. Gunakan sebaiknya waktu yang ada untuk pengisian yang bermakna. Tidak ramai yang berpeluang menjadi suri rumah tanpa perlu lagi berfikir menjana pendapatan untuk membantu keluarga.

Tetapi kadangkala saya lihat ada juga suri rumah yang mengeluh, boringnya hidup sekadar urus rumah tangga, anak-anak. Kepenatan yang tidak penat habis. Ya, memang penat. Tetapi sekiranya ikhlas semuanya sudah ada ganjaran yang akan diberikan majikan kita. Tiada tandingannya dengan ganjaran kewangan di dunia. Walaupun tanpa wang, apalah sangat yang boleh dibuat. Tetapi akur, kadangkala betapa bertuahnya wanita yang hanya bergelar suri rumah, sudah tentu banyak pengisian yang boleh dilakukan untuk bergelar suri rumah hebat.

Hebat di mata suami, anak-anak, ahli keluarga dan masyarakat. Alangkah bertuahnya anak-anak, pulang ke sekolah, hidangan masakan ibu sudah tersedia. Belum tentu lagi anak-anak yang ditinggalkan pengasuh saban hari dapat merasai nikmatnya masakan ibu. Jika ibu pulang kerja mahu memasak, bolehlah merasa. Tetapi selalunya masakan campak-campak sahaja. Manakan tidak mahu mengurus kain baju, anak-anak, kemas rumah juga kadangkala tidak sempat.

Alangkah seronoknya suami, apabila pulang anak-anak sudah bersih dan harum. Makanan malam sudah tersedia. Jika isteri bekerja jika sempat masak jika tidak beli atau makan di luar sahaja. Jika sekadar mempunyai anak seorang mungkin, kepenatan tidak seberapa berbanding mempunyai ramai anak, kepenatannya sememangnya berganda.

Apa yang seronok sebagai suri rumah?

Memang seronok. Bukan tidak boleh bersosial, malah jika pandai banyak aktiviti yang boleh dihadiri. Bukan sekadar mengurus rumah tangga. Suri rumah boleh saja menghadiri majlis-majlis ilmu, membuat kerja amal, malah banyak cara agar masa di isi sebaiknya. Betapa bertuahnya wanita bergelar suri rumah.

Thursday, February 24, 2011

Susun rutin mengikut jam-tip suri rumah super

Teks: Masayu Ahmad
Foto: Google




Apabila membaca status di laman sosial (FB) dan blog. Rata-rata dan kebanyakan wanita bekerja, suri rumah sepenuh masa mengeluh tidak cukup masa dan situasi kelam kabut.

Pagi hari akan menguruskan anak-anak kecil, keperluan suami, bekal anak sekolah, dan sudah tentu diri sendiri adalah terakhir.

Keperluan anak kecil perlu dimandikan, siapkan bekalan untuk satu hari lampin, susu, stok makanan, pakaian dan sebagainya. Anak sekolah sudah tentu bekal makanan, pakaian yang sudah siap digosok, segala keperluan buku dan alatulis untuk jadual hari tersebut. Itu tidak termasuk menyemak kerja sekolah anak-anak. Mungkin ada ibu sibuk yang tidak sempat menyemak.

Keperluan suami, baju bergosok, sarapan pagi.

Ada yang melakukannya dengan 'budaya segera' iaitu seperti berikut:

1. Bekal anak-anak beli yang dijual dan minuman air kotak. Pengiklan mengambil kesempatan dengan membuat dua versi, satu warna untuk anak perempuan dan satu lagi warna biru untuk anak lelaki. Apa lagi ibu super sibuk menggunakan kesempatan ini membeli banyak dan dijadikan stok. Tiada lagi air tangan ibu yang mengacau minuman pagi untuk anak dan suami. Ia sudah diswastakan kepada air tangan pekerja kilang yang menproses air kotak tersebut.

2. Rumah berselerak. Saya tabik spring toing, toing, toing, jika ada ibu anak tiga yang bekerja dari jam 9 pagi pulang lewat malam masih mampu mengekalkan rumah bersih, kemas dan harum. Bagi ibu super yang tidak sempat akan megupah pula 'super bibik' yang akan mengurus rumah, membersih, mengemas, dan menguruskan hal anak-anak. Bagi yang tidak ada bibik, menunggu hujung minggu untuk mengerjakan segala urusan rumah tangga yang tertangguh. Ia tidak termasuk perkongsian masa untuk bersama anak-anak dan suami, melakukan hobi dan memasak. Segala-gala mahu dibuat, jadinya menjelang malam minggu esok hari Isnin, mood malas dan celaru mula menjelma. Akan kembali dengan rutin 'sibuk' dan 'kelam kabut' bermula isnin hingga jumaat. Begitulah seterusnya.

Ok, panduan berikut membantu kita 'ibu super' menyelesaikan satu persatu 'ribut' yang selalu melanda kaedah menyelesaikan satu persatu mengikut detik jam. Satu minit yang berlalu ada 'nilai emas' yang tidak boleh dilepaskan.

Tarikh:.........................  Hari:.............


Pagi; 4 hingga 11 pagi.

1...............................
2...............................
3...............................
4...............................

Tengahari: 11 hingga 2 petang

1...............................
2...............................
3..............................
4..............................

Petang: 2 petang hingga 7

1.................................
2................................
3...............................
4................................

Malam: 7 hingga 10

1...............................
2..............................
3.............................
4.............................


Senaraikan seberapa banyak tugas, mengikut agihan masa, pagi, tengahari, petang dan malam. Senaraikan dan lima minit terakhir anda lihat berapa banyak tugas yang anda selesai lakukan. Dan yang penting berapa intensiti kecekapan menyelesaikan tugas mengikut tempoh masa. Senaraikan seberapa banyak, tidak semestinya hanya empat seperti di atas. Di atas adalah contoh, pastikan senarai anda fleksibel dan realistik untuk diselesaikan. Ubah ia mengikut kesesuaian masa dan jenis kerja kalian.

Nota: Saya suka pandangan sebegini. Siapa lagi mahu kongsikan pandangan kalian. Pandangan ini akan tercatat dalam salah satu buku saya.:D. Terima kasih kak durra.




Pandangan 1: Durra Mohamed Jamri -http://artchetak.blogspot.com/

Komen akak ni mungkin tak berkaitan, mungkin juga ya. Pendapat akak, Kalau suami turut sama dalam pembahagian kerja rumah, rasanya tak ada wanita, bekerja atau tidak, yg terpaksa menjadi super-mom. Pembantu rumah pun mungkin tak perlu. Apa salahnya kalau sarapan pagi tu, suami yg sediakan. Sekadar sandwich atau roti bakar pun apa salahnya. Ataupun, kaum bapa tolong gosokkan baju seminggu sekali. Ni berdasarkan pengamatan sendiri, kaum bapa, mana yg kuat bersukan, balik je, terus capai kasut bola. Yg kaki online pulak, tak sempat2 nak mengadap blog atau bermain games online. Apa salahnya balik rumah, capai penyapu ke, kutip baju utk dibasuh ke, siap anak2 untuk mandi ke...



Di rumah akak, tugas kutip baju, basuh, sidai, angkat & gosok baju, tu semua tugasan suami. Satu atau dua kali seminggu akak akan mop lantai secara 'kasar'. Dua kali sebulan, suami akan mop lantai dengan lebih thorough, celah2 almari dapur, bawah sofa dsb. Begitu juga toilet. Bukan meng'kuli'kan suami. Alhamdulillah suami rela hati buat semua tu. Kalau tak, mmg tak terkejar utk kita buat semua.


Akak pulak mmg tak boleh tgk rumah bersepah. Anak2 baru berumur 5 & 3 tahun, jadi sepah tu mmg tak boleh dielakkan. Tapi, wajib, dalam sehari, 3 kali vacuum ruang tamu. Mujurlah rumah kecil, jadi tak menjadi masalah sgt. Dan oleh kerana tak perlu basuh baju, ada lah masa yg lebih utk kemas rumah. Di sinilah pentingnya suami sama2 turun padang.


Janganlah alasan bekerja utk anak isteri jadi penyebab utk elak buat kerja rumah. Apakah si isteri tak ada langsung sumbangannya.
Tapi, seriously, kalau suami rajin 'turun padang', insyaAllah kaum ibu tak terpaksa jadi wanita super. Dalam family sendiri akak biasa dengar ka...um bapa tanya, 'seluar kerja saya dah basuh tak?', 'baju bola nak pakai esok dah cuci ke belum?'. Sedangkan mesin basuh kan ada. Masukkan seluar, letak sabun dan tekan suis je pun... Kadang-kadang tu tepuk dahi jugak akak. Belum cerita bab lepas makan, pinggan sendiri je pun, main tinggal je atas meja.



Anak-anak pun kena didik kemas rumah sejak kecil. Rumah akak ni anak-anak jiran rajin datang bermain. Memang dah wajib, lepas main, SEMUA sekali kena kemas bilik mainan tu. Lepas makan pun sama, kena bawak pinggan& gelas masing-masing dah letak dalam sinki. Si kakak dah boleh suruh lap meja & basuh pinggan sendiri. Apa saja kerja rumah, yang mudah-mudah tu, kena libatkan anak-anak.




Hehe..kena buat kerahan tenaga lah bila rumah tak ada pembantu. Baru ada masa lebih untuk fokus pada bisnes online.
Pandangan 2: Elin (bagi nama penuh mengikut ic ya)- http://fareenlife.blogspot.com/

Assalamualaikum w.b.t

Saya baru sahaja mengikuti blog ini. Suka, kerana banyak yang boleh dipelajari. Saya suka betul dengan komen puan durra.

Saya juga ibu bekerja dan mempunyai tiga orang anak yang masik kecil dan semua sedang lasak. Memang kelam kabut setiap hari. Barang-barang anak perlu dikemas setiap mala. Bekal mereka saya tidak sempat buat, beli sahaja di kafe pejabat.

Waktu petang, sekiranya suami balik awal saya minta dia mandikan anak-anak. Saya pula bolehlah melunaskan kerja-kerja lain. Kemas mana yang sempat, lipat baju, cuci pinggan mangkuk, gosok baju suami dan saya. Menyapu rumah saya buat dua hari sekali, jika mahu buat semua sekali memang tidak larat. Tambahan pula, saya sekarang sedang hamil anak ke empat, tetapi kalau ada bantuan suami, insya-allah ok. Walaupun suami tidak banyak membantu, tetapi ada juga daripada tak ada langsung.

Nor Atikah Abdul Rahim (melalui FB)


Mempunyai suami yang sama-sama memberi komitmen memang satu rahmat. Alhamdulillah kalau dapat yang begitu. Kalau dapat yang sebaliknya, bagaimana pula. Semua perkara perlu diuruskan, letih memang letih yang amat. Kadang-kala rasa labu betis sudah semakin mengeras sebab dari jam 4 pagi hinggalah sampai ke malam. Lebih banyak berdiri dari duduk. Saya mempunyai tiga orang anak dan bekerja, sememangnya meletihkan.


Saya sangat tabik pada ummi yang mempunyai  tujuh orang anak, bekerja syif (petugas hospital) tetapi masih lagi sempat masak untuk anak-anak. Semua sempurna untuk sarapan, bekal ke sekolah, tengahari dan malam. Rumah pula sentiasa bersih dan kemas, ummi sahaja yang buat semua itu tanpa bantuan ayah. Tetapi dia tidak pernah mengeluh, tidak seperti aku. Anak baru tiga sudah bising-bising, kepenatan.

Friday, October 22, 2010

Impian super mama, keluhan wanita

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Salam hujung minggu, mari kita fikirkan yang indah-indah sahaja. Mari kita selongkar apa yang wanita sibuk, super sibuk mahu pada hujung minggu.


1. Bangun pagi rumah sudah bersih

2. Kain baju semua sudah berbasuh, berjemur, berlipat, tersusun dalam almari dan stok pakaian seminggu bekerja sudah siap digosok dan tersusun cantik dalam almari.

3. Hanya pandangan yang indah-indah sahaja, lantai sudah dimop, kain baju bersih, bilik air bersih dan dapur suci murni.

4. Bangun pagi dengan tenaga luar biasa mahu menyediakan sarapan, tengahari dan malam.

5. Petang hari keluar beriadah, mahu membeli belah untuk keperluan seminggu.

6. Sabtu dan Ahad, masa bersantai-santai dan berehat-rehat khusus untuk anak-anak.

Realitinya

1. Ramai yang mengambil kesempatan untuk berehat pada sabtu dan Ahad kerana keletihan.

2. Selesai tugas seminggu mahu selesaikan tugasan rumah tangga yang tidak habis-habis.

3. Sabtu adalah waktu khusus untuk selesaikan kerja rumah, petang sudah keletihan, jadinya makan diluar sahaja.

4. Pulang ke rumah masih ada saki baki kerja rumah yang perlu diuruskan.

5. Sangat bertuah bagi isteri, yang mempunyai suami ringan tulang. Jika berat tulang Sabtu Ahad adalah sama sahaja seperti hari bekerja.

6. Alangkah indahnya semua kerja rumah beres semasa hari Jumaat. Jadi Sabtu dan Ahad khusus untuk berehat semata-mata.

7. Cepatnya Sabtu dan Ahad berlalu, oh Isnin sudah melambai-lambai. Tenaga yang baru berkumpul terus hilang semangat untuk memulakan Isnin yang penuh dilema.

8. Rehat yang cukup, petang Ahad bacalah buku yang memberi motivasi dan suntikan tenaga jadi Isnin adalah permulaan yang mengembirakan.

Salam kasih sayang


http://www.janawangdirumah.com/
Bangu pagi sudah ada yang membeli, walau sedang tidur urusniaga tetap berlaku. Siapa mahu sertai saya, boleh sahaja sertai affiliate http://www.klikjer.com/.

Friday, July 23, 2010

Diari super mama- http://keloncot.blogspot.com

Nota; Ingat lagi tak saya sedang mencari lima penyertaan, berbentuk luahan, diari atau catatan harian ibu, wanita, sama ada bekerja atau suri rumah. Semasa bersiar-siar terjumpa artikel ini di http://keloncot.blogspot.com/ jadi buat tuan empunya blog, boleh memberikan nama penuh (mengikut ic), dan hantarkan alamat ke masayu2010@gmail.com

Saya masih mencari empat lagi diari harian wanita tidak kira suri rumah atau bekerjaya. Ini adalah salah satu luahan super mama, yang banyak perkara yang perlu dilakukan serentak sehari. Penat. Ya memang penat. Semua wanita mengalami dilemaa yang sama, mencari keseimbangan menjalankan tanggungjawab sebagai isteri, ibu, pekerja. Semuanya perlu berjalan lancar, setiap hari penuh dengan aktiviti dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan.

Pemilik artikel ini layak menerima buku Jana RM Dari Rumah. ;D


http://keloncot.blogspot.com/2010/07/menghadapi-bulan-puasa.html

Hari ini 20 Julai 2010 bersamaan dengan 7 Syaaban.. Sudah 7 hari di bulan Syaaban, maka selepas ini semua umat islam akan berpuasa di bulan Ramahdhan.. Di bulan Rejab dan Syaban ini saya percaya ramai yang menghabiskan puasa-puasa yang wajib diqadakan sebelum Ramadahan menjelma.. Saya pun tidak terkecuali masih ada 1-2 hari puasa yang belum diganti sebelum bermula Ramadhan..


Semalam antara hari saya mengantikan puasa, bermula bulan Rejab, hari isnin dan khamis saya sudah mula berpuasa walaupun ada juga hari yang skip.. Tetapi semalam terasa betul keletihannya, sampai rumah pukul 6.30 ptg setelah mengambil abang Uzair dan Sarah.. Baru mula hendak mengeluarkan lauk dari peti ais, si budak berdua ini pulak dalam mood yang tidak baik, merengek-rengek si Sarah di nyakat abangnya... Si abang Uzair tidak mahu mandi pula....

Mengeledah bag Sarah untuk mengeluarkan baju kotor , CD dan susu botol untuk diasingkan dan di cuci. Sambil masak ala kadar, mula memasukkan baju kotor ke dalam mesin basuh.. Si Uzair masih tak mahu mandi..

Abang Uwais mula balik ke rumah dalam pukul 7.10 malam... Dalam hati nasib baik, dia tidak banyak karenah terus mandi dan memakai baju.. Abang Uzair pulak kene paksa mandi, selepas tu baru memakai baju.. Makanan dihidangkan dalam pukul 7.30 malam untuk kami makan malam....Waktu makan cik Sarah sudah menyepahkan tempat makannya, walaupun apa yang dimakan sedikit sahaja....Selesai makan nasi, makan dessert yogurt calciyum pulak, nie antara makanan feveret mereka bertiga :P

Lebih kurang pukul 7.50 malam, ayah baru sampai rumah dan terus solat. Aku masih tak solat lagi, menyusukan Sarah pulak.. Tempat makan tak sempat nak dikemas dan biasanya ini diserahkan kepada ayah, kalau nak tunggu aku tak solat Maghriblah jawabnya.. Sambil berbaring menyusu Sarah, terasa betul penatnya berpuasa hari tersebut..

Selesai maghrib dan isyak, aku terus tidur bersama Sarah, abang Uzair dah tidur dulu, abang Uwais pulak tak tertengok ada homework ker apa.

Pukul 9.00-9.15 malam anak-anak dan aku dah ZZZZZzz ..Pukul 5 pagi aku bangun, jemur kain, basuh botol susu, mengoreng nasi lebihan semalam, buat air dan menguruskan barang2 Sarah untuk dibawa ke nursery, 6.45 pagi kene keluar rumah ke pejabat pula...

Aku mula terdetik dalam hati, esok bermula Ramadhan macam mana aku nanti, anak2 mesti kene ambil lagi awal, bulan puasa kalau paginya memang kene lebih awal sebab jammed luar biasa dan ayah pulak walaupun kuar awal tetapi kebiasaannya sampai rumah dalam pukul 7.00 malam. Kalau nak masak macam tak larat jea, nak beli kat pasar Ramadhan? tak tahu kedai mana yang best dan bersih....hmm ada idea?

Aku planning nak ambil supplement yang dicadangkan untuk berpuasa oleh N di blog addinasa, ESP dan Performance drink. Kadang-kadang aku terlupa nak makan :P dan bila badan dah letih nie mula la teringat nak makan. Selain memberi tenaga, sangat sesuai untuk ibu-ibu yang menyusu, yealah kita kan nak bagu susu badan yang berkualiti untuk anak. Kita juga nak menjaga kesihatan kita, mak sihat baru boleh menjaga anak dan keluarga.
Apa-apa pun minta dipermudahkan menjalani ibadah puasa nanti.

Nota: Peraduan buku inspirasi masih lagi berlangsung.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin