Showing posts with label Khidmat masyarakat. Show all posts
Showing posts with label Khidmat masyarakat. Show all posts

Tuesday, April 13, 2010

Ya Allah lindungi dua beradik ini.

Sumber foto: Face book

Tidak mampu untuk saya mengambarkan perasaan dengan kata-kata, melainkan perasaan sebak apabila melihat keadaan dua beradik ini. Si kecil lebih kurang usia anak saya Aiman yang besar mungkin juga sebaya Hakim. Sebagai seorang ibu, sudah tentunya rasa hiba hadir dalam diri mengenangkan dua beradik ini. Saya tidak tahu siapa asal usul dua beradik ini, tetapi ia terpampang di dada face book. Jika tuan empunya gambar ini, sudi lah kiranya menjejaki dua beradik ini dan hubungi segera rumah kebajikan. Sudah tentu ada ruang untuk kita melindungi mereka berdua.

Saya rasa jika kalian membawa catatan dan melihat blog ini, agar boleh kita panjangkan hal ini. Mungkin juga boleh membantu sekadar termampu. Mungkin juga dua beradik ini sedang teraniaya, atau apa sahaja kemungkinan. Hanya kepada Allah juga sandaran agar melindungi dua beradik ini dalam kedaifan dan serba kekurangan. Amin, amin, amin.

Friday, December 18, 2009

Dilema Su Berhenti Kerja Atau Tidak

Nota: Setelah membaca luahan Su ini, saya harap kalian semua boleh memberi sokongan dan kepada Su berupa kata-kata semangat. Bantu Su dalam dilema yang dihadapinya agar beliau mampu membuat pilihan tepat untuk diri dan keluarganya. Ini mungkin salah satu bantuan yang tidak seberapa agar Su bangkit semula dan kembali bersemangat sempena tahun baru ini. Mudah-mudahan. Sila ke sini.

Hasrat untuk berhenti kerja telah saya suarakan kepada beberapa orang kenalan dan juga ahli keluarga. Bermacam-macam pendapat yang saya terima. Rata-rata tidak bersetuju dengan hasrat saya itu. Mungkin ramai yang kurang jelas kenapa dan mengapa saya berhasrat untuk berhenti. Untuk berterus terang kepada semua orang, mungkin tidak rasanya. Ianya hanya membuka kepincangan pengurusan di pejabat saya yang juga akan memalukan saya. Paling tidakpun saya hanya berkata 'Nak duduk rumah pulak, jaga anak-anak'.


Saya senaraikan beberapa pandangan yang saya terima tentang hasrat saya berhenti kerja ni.

Dari seorang Ustazah :

Tak sayang ke? Ada kawan saya, juga nak berhenti kerja, saya tanya dia balik 'Kalau laki kau cari lain, macammana? Kalau kau bercerai macammana? Kalau laki kau mati macammana?Anak-anak kau kecil lagi. Jangan berhenti'. Termenung saya sekejap mendengar hujah seorang Ustazah. Begitu jauh pandangan negatif seorang Ustazah. Tiada nada positif untuk menasihatkan kawan. Saya jawab balik 'Ustazah, saya berfikiran positif untuk berhenti kerja ni. Kalau kita fikir negatif macam yang Ustazah cakap tu, akan negatiflah jadinya'. Pada mulanya saya fikir Ustazah ni akan mengalu-alukan hasrat saya untuk menumpukan pada rumahtangga, tapi sebaliknya.

Dari kawan-kawan :

Tak boring ke nanti duduk rumah aje. Kan dah biasa kerja. Saya jawab, 'Boring atau tidak terpulang pada kita. Banyak aktiviti kita boleh buat, bukan sekadar duduk rumah menunggu suami dan anak-anak balik atau memerhati pusingan jam'

Dari adik beradik/saudara mara :

Tidak memberi komen kerana keputusan di tangan saya. Dan mereka juga tahu situasi saya. Tapi ada juga yang cakap 'Bertahanlah kat tempat kerja tu, selagi boleh bertahan'

Dari anak-anak :

Tidak bersetuju kerana nanti kawan-kawan tanya ibu kerja apa? Jawabnya surirumah. Lagi satu nanti jadual ibu berubah. Saya kata nanti jawab dengan kawan-kawan, ibu kerja dengan abah sebab abah yang bayar 'gaji' ibu setiap bulan. Ha ha ha... anak-anakpun suka tengok ibunya berkerjaya.

Dari suami :

Abang tak kisah. Terpulang pada Su.
Secara peribadi memang saya sangat sayang kepada syarikat tempat saya bekerja sekarang. Saya sudah sebati dengan kerja-kerja di sini. Tapi bayangkan telah 10 tahun tiada kenaikan gaji langsung kepada semua kakitangan. Saya rasa benar-benar tidak dihargai oleh majikan. Ramai rakan-rakan sekerja yang telah terlebih dahulu berhenti kerja. Tiga empat tahun masa zaman gawat mungkin masih boleh bertahan. Tapi sekarang ekonomi agak memberangsangkan. Kenapa gaji masih di takuk lama.
Saya pula masih boleh bertahan sehingga ke hari ini kerana saya tak boleh berhijrah ke tempat lain. Rumah saya di sini. Dan Alhamdulillah saya juga tiada tanggungan yang berat dan masalah kewangan yang kritikal. Gaji saya hanya untuk keperluan saya. Segala perbelanjaan rumah, anak-anak, bil telefon, kereta, rumah dan segala-galanya dijelaskan suami.

Semoga Allah memberi petunjuk dan jalan kepada saya dalam membuat apa juga keputusan.

Kalian boleh terus ke blog Su.

Sunday, November 15, 2009

Project Mega blogger, Care For Kak Yong anjuran Sitisifir10

Ini adalah antara usaha murni Sitisifir10-http://sitisifir10.blogspot.com
dan sahabat-sahabatnya. Mari sama-sama membantu mengikut kemampuan kita.

Bismillah,

Ya, saya tau para blogger tak ada kelab berdaftar. Tiba2 ada keluar projek mega. Ntah AGM mana yang luluskan mende ni ek...huhu...

PENGENALAN


Kakyong72
adalah seorang blogger yang mana link ke blognya adalah : http://kakyong72.blogspot.com/ibu kepada 3 orang anak dan menetap di Ipoh

-bekerja sebagai akauntan sambilan (akauntan kah yang buatkan akaun orang itu??) dan ini adalah cara kakyong mencari rezeki.

-menjalankan bisnes online dengan mengeringkan ikan hasil tangkapan Encik Suaminya lalu menjualnya. Sila rujuk : Kakyong Shoppe

-Pada pandangan mata saya, dia mengamalkan gaya hidup yang sederhana. Dia tidak bermewah-mewah sehingga baju raya anak2nya baru2 ini pun tidak dibeli. Namun alhamdulillah, ada yang perihatin dengan keadaan Kakyong.

Sebagai blogger dia juga sangat caring dengan orang lain. Saya pasti ramai yang kenal dia kan???? Rujuk saja senarai KIV Homework (TAG) dari kawan2 di blognya.
Kepada sesiapa yang belum maklum, laptop kakyong telah rosak dan untuk memperbaikinya adalah mustahil. Yang terbaik bagi kakyong adalah membeli satu yang baru.

Tahukah kalian, apakah kesannya kepada kakyong?

kakyong tidak dapat membuat kerja part time (membuat akaun) tanpa laptop
jual beli ikan masinnya berkemungkinan terbantut

kakyong tidak muncul dengan entry terbaru (ini mungkin sekadar hobi tetapi interaksi sesama blogger sebenarnya boleh memungkinkan kakyong lebih mudah mendapat pelanggan

Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu kakyong?

Saya rasa paling cutelah, kita kumpulkan bajet untuk beli satu komputer dengan min spec. Sekadar dapat kakyong menjalankan semula kegiatan mencukupkan (bukan menambahkan) kewangan kakyong sekeluarga.

Orang yang boleh belikan komputer itu, nanti kita bincangkan siapa. Jika tak ada orang, insya ALLAH saya boleh carikan. Sekali lagi mekanisme pengumpulan dana ni juga perlu dibincangkan.

Berikut adalah fakta nombor berkaitan Project Mega Blogger ini :

Tarikh Bermula : 18 November 2009
Jumlah Sumbangan Cadangan : RM 10 seorang
Sasaran Kutipan Total : RM 1100
Jumlah Terkumpul : RM 370
Baki Sasaran : RM 730
Jumlah Penderma : 12 orang
Tarikh Akhir Sumbangan : Sehingga kutipan mencukupi

Hari Pertama
Jumlah Kutipan : RM 250
Jumlah Penderma : 10 orang

Hari Kedua (sehingga 11 am)
Jumlah Kutipan : RM 120
Jumlah Penderma : 2 orang

Fakta Menarik

Penderma RM 100 : 2 orang
Penderma RM 30 : 3 orang
Penderma RM 20 : 1 orang
Penderma RM 10 : 6 orang

Sumbangan boleh dibuat melalui bank dengan mengikut aturan berikut:
Masukkan sumbangan anda ke akaun Maybank (No akaun: 113042046831) atas nama Norhafizah Binti Madzlan.

SMSkan jumlah sumbangan & tarikh dalam tempoh 2 hari setelah sumbangan dibuat kepada sitisifir di 0199515058. Jika boleh, sertakan nama penyumbang untuk urusan rekod. Emailkan kepada sitisifir10@yahoo.com jika anda berurusan secara online.
Urusan rekod boleh dilihat di entry ini. Setiap urusan bank in akan di update dengan kadar segera insya ALLAH.

Sasaran :

Followers kakyong (270 orang ..huhu kalau ini aje darab 10 dah RM2700) - ini saya dah terjah yang mana yang boleh dikesan
Mereka yang ada dalam Kakyong's Bloggerlist
Mereka yang peduli

Cadangan kepada sasaran :
Saya akan mesej seorang2 untuk beritahu hal ini.
Sila letakkan kempen yang sama di blog masing2.
Sila kerap berkunjung ke blog saya bagi mengetahui status penjumlahan kewangan. Kita nak kumpul seadanya sahaja bukan nak sara hidup dia...huhuhu....Bila sasaran dah cukup, kita akan hentikan segera projek ini.

Faedah :
Jika anda ikhlas, adalah tu nilainya di sisi ALLAH insya ALLAH
Silaturrahim sesama kita diharapnya semakin erat

Ada cadangan ke atau kot2 ada sponsor baucer ke?? :P
Jika boleh TOLONG RAHSIAKAN dulu dari kakyong. Tapi saya dah cakap sikit2 pada adik ipar kakyong (Miela Ikan Pekasam).

Semoga dengan sedikit sumbangan dari pelbagai pihak, dapatlah kita membantu kakyong.

Tuesday, June 23, 2009

Nadia & Zakry Hilang- tolong sebarkan berita ini

Zakry dan kawannya




Nadia Natasha


Nadia



Nadia & Zakry Hilang- tolong sebarkan


Mohon Bantuan Mencari Kanak-kanak Hilang. Help us to find the missing kids to Puan Miza that I knew through yahoogroup Rnet; She is missing her two kids.
Pls help to spread the message and LET'S PRAY for the SAFETY AND WELL BEING of Nadia and Zakry.

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah
di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009.
Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun.
Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009,
last seen at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm.
Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information.

'Ya Allah, selamatkan kedua2 anak ini dari sebarang kejahatan dan kemungkaran. kembalikanlah kedua2nya dalam keadaan selamat kepada ibubapanya.. Amin..

Terima kasih.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin