Teks; http://www.masayuahmad.com/
Salam kasih sayang, sudah jam 3 petang, Arissa sudah lena di buai, Hakim baru sahaja saya jemput tadi. Apa menu kalia hari ini agaknya. Mak mertua sudah bagi isyarat dia mahu masak hari ini, jadi ada ruang sedikit untuk saya meneruskan 'kerja-kerja' saya, jika tidak jam 3 saya akan masak menu utama. Kemudian berselang seli selepas Asar. Katanya mahu masak ikan bakar dan kerabu mangga.
Kerabu ala kelantan
Alhamdulillah juga pilihan memasak untuk bulan puasa tidak berlemak, kebanyakan adalah bersup, berkuahkan air, tiada santan. Selang seli dengan pelbagai jenis kerabu, kerabu ala kelantan yang bahan asas perlu ada santan pekat, bawang merah (tumbuk), lada hitam (tumbuk), ikan rebus (tumbuk) kelapa goreng (tumbuk), dan asam limau dan daun kesum.
Untuk bahan utama kerabu, jika mahu kerabu timun batang, maka timun batang diracik halus dan campurlah dengan bahan asas yang saya senaraikan. Boleh tukar dengan tajuk kerabu lain, contohnya nangka muda, rebus dulu nangka muda dan hiris-hiris dan campur dengan bahan asas kerabu, maka jadilah kerabu nangka ala kelantan, boleh juga campuran timun batang dan kacang panjang. Jika mahu lagi usus lembu direbus dan dihiris halus, campurkan juga dengan bahan asas. Jadilah kerabu usus ala kelate.
Menu sihat
Menu sihat seperti sup tulang, sup sayur, tomyam, patin masak tempoyak, itulah antara lauk yang saya masak berselang seli.
Juga minuman panas teh o dan air suam, juga tamar. Itu sahaja. Untuk moreh selalu ada akok kedut, buah tanjung jala mas. Menu di Kelantan memang meriah dengan juadah lauk pauk pelbagai rupa. Alhamdulillah masak pun ala kadar dan tidak banyak, tiada lagi yang buang, semuanya cukup-cukup.
Saya terbau pulut yang ditanak mertua. Katanya tadi mahu masak nasi manis atau wajik. Alhamdulillah masih dapat merasa resipi kasih sayang mertua. Indahnya Ramadhan kali ini bukan sekadar menu makanan, saya dapat merasakan kali ini puasa saya lebih baik dari tahun sudah. Ada konsisten dalam penghayatan dan amal. Moganya saya lebih konsisten untuk 15 hari lagi.
Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/
Showing posts with label Ramdhan 2011. Show all posts

Monday, August 15, 2011
Ikan bakar, kerabu mangga menu Ramadhan 15
Thursday, August 11, 2011
Ramadhan 9,10,11, 12
Teks: http://www.masayuahmad.com/
Salam pagi Jumaat yang indah, tenang dan mendamaikan. Alhamdulillah kita sudah memasuki fasa ke dua Ramadhan untuk tahun ini. Hari ini Ramadhan ke 12, bersamaan 12 Ogos 2011. Nampaknya lebih kurang 4 catatan harian juga saya terlepas. Menu bersahur pagi ini udang goreng kunyit dan ikan tenggiri. Seperti biasa jam 4 sudah selesai panaskan lauk.
Jam 4 selesaikan dahulu urusan yang lain, kemudian jam 5 barulah kejutkan isi rumah yang lain untuk bersahur bersama. Lewatkan bersahur untuk mendapat berkat, ambil pemahaman dari sudut kesihatan, biasa penghadaman makanan berlaku lebih kurang 2 jam, jadi jika makan jam lima, makanya jam 7 baru dapat tenaga. Maksudnya kita tidak lapar dan ambil peluang ini untuk kekal cergas pada waktu pagi. Ya tak?
Fasa ke dua Ramadhan, sudah berapa juzuk al-quran sudah kita baca, berapa sasaran harian. Biar berdikit-dikit tetapi konsisten. Bukan segedebuk selepas itu terus malas. Ingatan ini khas buat diri saya sendiri.
Ketenangan Ramadhan kali ini, datang pula ujian kasih sayang Allah buat saya. Namun saya perlu yakin dengan ketetapan, dan perlu berusaha tanpa jemu agar satu masa kelak ujian ini dapat diselesaikan. Saya yakin akan kasih sayang Allah. Diberikan sedikit 'ketukan' agar saya sentiasa beringat. Ini tentunya pesan Allah kepada saya.
Salam kasih sayang
Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/

Aku yang memberi rezeki, maka mohonlah padaKu, Aku yang perlu engkau minta, maka mintalah padaKu. Mengadulah padaKu. Apa sahaja ujian, itu tandanya ada perkara lain yang akan mendatangi, bertabahlah dan berusaha tanpa jemu dan datanglah menyembahKu.Sangat sombong saya ini jika saya tidak mahu mengadu. Sangat sombong saya ini, jika tidak mensyukuri setiap rezeki yang Allah berikan. Suami yang sihat, lagi baik hati. Mertua yang pemurah lagi penuh toleransi, anak-anak yang sihat lagi menambat hati. Apa lagi, apa lagi yang saya perlukan. Bersujud dan bersyukurlah. Usaha, usaha, usaha, doa dan tawakkal, doa dan pohon dengan penuh keredhaan, agar setiap perjalanan hidup ini diserap sempurna untuk bekalan akhirat kelak. Hidup tidak kekal, mati adalah pasti, akhirat juga yang abadi.
Salam kasih sayang
Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/
Monday, August 8, 2011
Ramadhan 7 dan 8
Teks; http://www.masayuahmad.com/
Alhamdulillah hari ini sudah masuk hari ke 9 kita berpuasa bersamaan 9 Ogos 2011. Alhamdulillah juga puasa kali ini rasanya lebih baik berbanding tahun lepas. Puasa tahun lepas saya dalam keadaan mabuk-mabuk, kerja rumah banyak terbengkalai, kali ini alhamdulillah walaupun menyusu badan masih kekal cergas, juga berat badan semakin turun.
Menu berbuka Ramadhan 7 saya masak sup tulang, kerabu sare, ikan siakap goreng, ada akok, air kelapa muda. Menu berbuka semalam iaitu Ramadhan 8, saya masak sekali lagi ikan patin tempoyak, daging goreng kunyit campur brokoli dan carrot, tembikai, ada juga buah tanjung, tapai pinang, teh o panas tidak lupa kurma. Pagi tadi sahur udang goreng kunyit, tembikai, patin masak tempoyak, saya hanya makan nasi dan udang sahaja, itu sudah mencukupi. Pagi ini goreng nasi udang untuk kanak-kanak riang.
Eh, nampak macam catatan saya di atas seperti banyak lauk pula kan. Nampak memang banyak, tetapi ia citarasa berbeza setiap orang, contoh orang A hanya makan lauk A, orang B makan lauk B, jadi jika kumpul jadilah banyak.
Tip memasak semasa bulan puasa
1. Bersihkan bahan mentah terlebih dahulu dan simpan siap-siap di dalam peti sejuk. Jadi ketika hendak masak semua sudah ada, tinggal lagi hanya kupas bawang iaitu bahan asas sahaja.
3. Kisar bahan-bahan seperti cili kering dalam stok untuk satu minggu. Jika ada masakan jenis goreng-goreng hanya guna sahaja.
4. Pastikan kedudukan makanan di dalam peti tersusun, makanan yang lama dibuang, bekas biar bersih, jadi ia menjadi satu terapi apabila memasak semua bahan sudah ada dan tidak ada stok lama yang bersumbat-sumbat di dalam peti ais.
5. Jika ada satu menu utama memasak, masak awal, contohnya antara jam 3.30 hingg saya sudah siapkan dahulu jenis menu utama contohnya sup tulang, patin tempoyak, tom yam. Menu tambahan saya mula jam 6, berselang seli dengan kerja rumah yang lain, masak nasi, goreng ikan.
6. Sambil memasak terus basuh peralatan seperti periuk, mangkuk, bekas dan segala perkakas yang berkaitan. Apabila semua sudah tersejat air, simpan terus dan susun, Jadi bekas tempat letak pinggang mangkuk yang sudah dibasuh kosong. Apabila selesai berbuka, tinggal lagi pinggan kotor sahaja, jika anak-anak sudah besar, jadi mereka boleh basuh sendiir dan susun.
7. Amalkan berbuka dengan kurma, buah dan air suam. Tunaikan solat dan kemudian barulah makan makanan berat. Ini sangat membantu suri kekal bertenaga untuk menguruskan kerja rumah dan badan juga lebih sihat. Selalunya kita terus menyumbat dan melantak pelbagai makanan sehingga penuh perut dan badan sudah letih untuk meneruskan aktiviti ibadah.
Selamat berpuasa

Saturday, August 6, 2011
Catatan Ramadhan 4, 5, 6
Teks: www.masayuahmad.com
Saya tertinggal dua catatan iaitu Ramadhan ke 4 dan 5. Semalam sudah yang ke 6. Alhamdulillah semalam tiada apa-apa yang menarik. Cuma pada hari puasa ke 5, berbuka beramai-ramai. Anak-anak saudaran dari Besut pulang berbuka dengan mok dan atuk mereka. Jadi berbuka beramai-ramai.
Puasa ke 5 dan 6 semalam saya berjaya ubah suai semula cara berbuka, tidak terus makan berat tetapi seperti saranan Rasulullah, makan buah tamar, minum air dan menunaikan solar Magrib kemudian barulah menjamah makanan berat. Rasanya badan lebih ringan dan bertenaga. Puasa kali ini juga saya merasakan badan lebih sihat dan bersemangat.
Juga memastikan Arissa mendapat susu secukupnya. Saya memastikan malam hari makan 7 buah tamar dan lapan gelas air. Alhamdulillah atas rezeki bekalan susu buat Arissa masih cukup dan saya masih kekal bertenaga.
Sahur pagi tadi bersahur gaya ‘candle light dinner’ apakan tidak, sejak jam 2 pagi terputus bekalan elektrik. Jadinya jam 4 pagi saya sudah mula masak. Masak nasi menggunakan dapur lebih pantas. Panaskan kuah untuk nasi kerabu dan goreng pedas ikan siakap. Itu sahaja. Juga air teh o panas dan air suam, ini sudah minuman wajib. Jam 4.30 semua sudah siap semuanya. Kanak-kanak riang juga bangun kerana kepanasan dan nyamuk.
Jadi semua orang bersahur.
Alhamdulillah juga latihan untuk Hakim sahur semakin ok, dia marah jika tidak dikejutkan sahur. Hari ini puasa sehingga separuh hari.
Ok, saya mahu menyambung kerja menulis seperti biasa.
Dapatkan!
www.janawangdirumah.com

Wednesday, August 3, 2011
Catatan 3 Ramadhan
Teks: http://www.masayuhmad.com/
Alhamdulillah semalam saya agak lemau, hari ini sudah kembali bertenaga dan rasa semakin sihat.
Untuk hari ke 3 berpuasa Hakim belum berjaya lagi berpuasa.
"Ibu Hakim sorang je makan, Zain puasa ibu," Hakim memberitahu.
"Dah tu bila abang mahu puas," tanya saya.
Hakim tidak menjawab sebaliknya tukar topik pula. Saya meneruskan usaha saya.
"Kalau abang puasa Allah sayang abang, ibu pun sayang abang, semua orang sayang abang," pujuk saya lagi.
" Dahlah ibu, Hakim penat ni," cuba untuk mematikan topik tentang puasa.
Malam tadi, saya sekali lagi berusaha memujuk.
"Siapa nak sahur,"
"Nak, nak, nak," jawab Arif dan Aiman beriya-iya, memang semangat tapi masa kejutkan sahur, semua tak boleh buka mata.
Hakim sudah mamai, dalam keadaan minda separuh sedar. Matanya hampir lelap.
"Abang nak sahurkan esok,"
Angguk.
"Abang nak puasakan esok, kalau abang puasa ibu bagi duit raya banyak-banyak,"
Angguk lagi dua kali.
Dinihari lebih kurang jam lima pagi saya kejutkan Hakim.
"Bang-bang bangun, nak sahur dan puasakan hari ino,"
Angguk.
"Ya lah bu,"
Badan dengan mata masih tertutup, bergerak kiri dan kanan. Saya tarik perlahan. Hakim bangun.
"Mahu kencing dahulu ibu,"
Saya menamkan Hakim, kemudian berpimpin tangan ke dapur. Atuk, Mok dan ayah sudah ada di meja makan.
"Hakim nak nasi?"
Geleng
"Nak supu?"
"Nak milo je," jawapnya ringkas.
Saya membancuh milo kosong suam. Dia minu,. selesai terus ke bilik tidur sambung semula lena.
Pagi ini ketika bersiap ke sekolah,
"Abang puasa kan,"
" Ya lah bu, Hakim nak banyak-banyak duit raya macam Zain,"
Apa-apalah janji Hakim dapat mula berlatih puasa, setengah hari sudah cukup sebagai permulaan.
Lega hati saya sebagai ibu, apabila Hakim sudah makan pujukan. Jika tidak dia akan menangis, menarik muka dan membentak jika saya mula buka tajuk 'sahur' dan 'puasa'. Alhamdulillah.
Sahur hari ke -4 ringkas sahaja, tomyam campur dan ikan terubuk goreng.
Menu berbuka hari ke-3 agak banyak pula, ikan terubuk goreng, ikan bakar cicah air asam, ikan patin masak tempoyak. Ada manis taik itik dan buah tanjung. Ini lah kali pertama dalam hidup saya makan kuih taik itik, ia diperbuat daripada putih telur, gandum dan daun pandan.

Subscribe to:
Posts (Atom)