Jikalau dilakukan waktu siang satu salam saja dan jika dilakukan waktu malam dua salam. Bilangan solat tasbih adalah 4 rakaat. Diperintahkan bagi kita untuk mengerjakannya setiap hari sekali, kalau tidak sanggup, satu kali dalam satu jumaat, atau satu kali dalam sebulan, ataupun satu kali dalam setahun, jika tidak sanggup juga, satu kali dalam seumur hidup!
Bacaan tasbih itu ialah :
Lafaz Niat Solat Sunnat Tasbih
Sahaja aku sembahyang sunnat tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala
Caranya ialah :
1. Setelah membaca doa iftitah dibaca tasbih 15 kali.
2. Setelah membaca fatihah dan surah 10 kali.
3. Ketika rukuk dan setelah membaca tasbih rukuk, dibaca 10 kali.
4. Semasa I'tidal dan setelah bacaan I'tidal 10 kali.
5. Sujud pertama dan setelah membaca tasbih sujud, dibaca 10 kali
6. Semasa duduk di antara dua sujud setelah membaca doa yang biasa di dalamnya, dibaca 10 kali
7. Sujud kedua dan setelah membaca tasbih sujud, 10 kali.
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
"Ya Allah, Ya Tuhanku, aku bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan aku dari golongan yang menerima nasihat, orang-orang yang bertaubat, dan keazaman ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon orang yang suka kepada kebaikan dan beribadah seperti ibadat orang-orang yang warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu, jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara, dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci Engkau Pencipta Cahaya kebenaran.
Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau Maha Berkuasa."
1. Al-Ma'thurat adalah wirid dan doa harian yang diamalkan oleh Rasulullah S.a.w. Baginda adalah orang yang paling mengetahui betapa besarnnya ganjaran yang diperolehi dari amalan doa dan wirid tersebut.
2. Wirid, doa, zikir dan istigfar dalam Al-Ma;Thurat ini akan memantapkan jiwa disamping memiliki keutamaan dalam segala aspek kehidupan. Mendidik hati agar sentiasa merindui kepada Ilahi dan member kelapangan hidup dan kesihatan jasmani.
3. Bagi seorang muslim masanya tidak berlalu begitu sahaja. Dikala pagi dan petang ia sentiasa bertasbih, istigfar, tahmid dan berdoa kepada Allah dengan zikir ma'thur (yang berasal dari Nabi S.a.w)
4. Jika sesiapa yang mengamalkan zikir ini akan merasakan perbezaannya dengan hari-hari yang tidak dimulakan zikir Al-Ma'thurat. Begitulah kekuatan doa-doa dan wirid dalam Al-Mathurat ini sebagai senjata mukmin.
5.Al-Mathurat boleh dibaca pada waktu pagi dan petang mengikut ruang waktu yang tersedia bagi seseorang. Wirid dan doa yang terkumpul didalamnya berdasarkan nash sahih dan berdasarkan amalan Rasullullah s.a.w. Naskah disusun dengan teliti oleg As-Syahid Imam Al-Banna bagi memudahkan kaum muslimim mengamalkannya secaa teratur.
Bersambung.
Rujukan: Al-Ma'Thurat- Kumpulan Doa Nabi S.a.w
Penerbit: Al-Falah
Kredit: http://shima-ku.blogspot.com Sambil saya merayau-rayau. Saya terjumpa entri ini yang menarik perhatian untuk dikongsi.
Solat boleh dilakukan oleh semua orang. Selain sebagai tuntutan agama, amalan solat juga boleh member kita manfaat senaman minda dan jasmani, juga member kita jiwa yang tenang dan sabar. Pergerakan solat yang dilakukan berulang kali setiap hari mampu dan menghindar dari segala penyakit jasmani seperti lemah jantung, darah tinggi, sakit sendi, sakit tulang, sakit mata dan berbagai penyakit fizikal yang lain.
1. POSISI PERTAMA Berdiri lurus dan kedua tangan di angkat ke atas.
FAEDAH Badan rasa mudah menanggung berat badan kerana beratnya terletak sama rata kepada dua kaki. Belakang lurus membuatkan badan tidak bongkok. Fikiran dapat dikawal dan lebih focus. Pandangan mata ke tempat sujud , otot-otot atas dan bawah bahagian belakang terasa tenang dan rehat. Pusat otak yang atas dan bawah bersatu.
2. POSISI KEDUA Berdiri betul serta membaca Al-Fatihah dan Surah
FAEDAH Menimbulkan konsentrasi minda. Merehatkan kaki serta bahagian belakang, menimbulkan rasa rendah diri, khusyuk dan tawaduk. Dalam bacaan, hampir semuanya bunyi dalam bahasa arab dituturkan, menggerakkan dan menyelerakkan semua getaran dari 99 nama Allah dalam keadaan yang terkawal dan sempurna ke seluruh badan, fikiran dan jiwa. Getaran vokal panjang a,i,u merangsang hati, kelenjar gondok (thyroid), kelenjar pineal, ritunitary, kelenjar adrenal dan paru-paru, membersihkan dan mempertingkatkan perjalanan semua anggota tersebut.
3.POSISI KETIGA Rukuk
FAEDAH Merenggangkan otot-otot bahagian bawah belakang, paha dan betis. Darah dipam ke badan atas. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini akan mempertingkatkan lagi peribadi, menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin.
4.POSISI KEEMPAT Iktidal- berdiri lurus selepas rukuk
FAEDAH Darah yang baru bergerak masuk ke dalam semasa gaya rukuk kembali ke keadaan asalnya dengan membawa bahan tidak berguna iaitu sisa-sisa tubuh. Badan mendapat balik kerehatan dan melepaskan ketegangan.
5.POSISI KELIMA Sujud
FAEDAH Lutut terbentuk sudut tepat membangunkan otot perut dan mengelakkan perut buncit. Menambah aliran darah ke bahagian atas badan, khususnya bahagian kepala (termasuk mata, telinga dan hidung) serta paru-paru. ‘Mental toxin’ minda dibersihkan oleh darah. Menyesuaikan dan mewajarkan kedudukan janin wanita hamil. Membetulkan alat peranakan wanita. Mengurangkan tekanan darah tinggi, menambah keanjalan sendi-sendi. Menghapuskan egoism dan keangkuhan. Meningkatkan kesabaran dan tawakal kepada Allah. Meninggikan maqam roh dan menimbulkan tenaga jiwa yang tinggi ke seluruh badan. Kedudukan sujud ini adalah pati ibadat solat.
6.POSISI KEENAM Duduk di antara dua sujud
FAEDAH Tumit kaki kanan melentur serta berat kaki sebahagian badan terletak di atasnya. Posisi ini membantu mengeluarkan racun (toksin) dari hati jasmani dan menggerakkan tindakan otot pada usus besar. Wanita membiarkan kedua kaki mereka bertapak tegak ke atas, di bawah badan mereka. Posisi tubuh badan memberikan kerehatan selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan perut ke bawah.
7.POSISI KETUJUH Sujud kedua
FAEDAH Memberikan pernafasan, peredaran darah dan nafas serta sistem urat saraf. Memberikan keringanan pada badan kebahagiaan emosi. Pengoksidaan seluruh badan lebih sempurna. Sistem urat saraf jadi lebih seimbang.
8.POSISI KELAPAN Bangun semula dari sujud
FAEDAH Peredaran darah kembali ke bahagian atas tubuh. Posisi ini membantu mengeluarkan keracunan (toksin) dari hati dan mengerakkan tindakan otot pada usus besar posisi tubuh. Ini memberikan kerehatan yang selesa dan gerakan ini membantu penghadaman dengan menekan kandungan-kandungan dalam perut ke bawah.
Surah Al-Waqi’ah adalah surah yang ke -56 di dalam Al-Quran, terletak pada juzuk ke 27 dan terdiri dari 96 ayat. Dinamakan Al-Waqi’ah kerana di ambil dari lafal Al-Waqi’ah yang terdapat pada ayat pertama surah ini, yang ertinya kiamat.
Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.” Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady) Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.” Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”
Guna kod html ini, copy and paste letak di blog anda, sambil bekerja boleh mendengar surah ini sentiasa.
Sila ke sini untuk dapatkan coding html
http://www.youtube.com/watch?v=GoTxaUb9Lt8
Jika tidak dapat, boleh email pada saya pn.masayu@gmail.com
Barangsiapa yang membaca YASSIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah SALAAMUN QAULAMMIR RABBIN RAHIM,"diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insyallah dengan izin yang maha esa dan maha kuasa,semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini: 1) YA-ALLAH YA-RAHIM, Ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku.
2) YA-ALLAH YA-RAHMAN, Kurniakan aku isteri,suami,anak-anak yang dan mencintai islam.
3) YA-ALLAH YA-RAZZAK, Kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik dan berjaya didunia dan akhirat.
4) YA-ALLAH YA-JABBAR, Makbulkan penghantar maklumat yang aku dapat ini
5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR, Jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq dan miskin.
6) YA-ALLAH YA-WADUUD, Kurniakan aku dan seluruh umat muhammad yang beriman kesihatan zahir batin.
7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM, Makbulkanlah semua hajatku, dan AMINNNNN. Petikan: http://tazkirah.wordpress
Kelebihan Surah Yassin
RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud: “Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan”, iaitu:
Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut. Jika terpenjara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati al-Quran itu ialah Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca al-Quran sebanyak 10 kali.
Sabda Rasulullah s.a.w lagi, “Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya”.
Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.
Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya: “Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya di tangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.” (Surah Al-Ahzab:71) Petikan:http://dinulislam.wordpress.com
Manfaatkan Surah Yassin
Ayat 1 - 9 : Untuk keselamatan diri
Ayat 9 : Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir. Dr kata janganlah digunakan utk elak Kastam. Tu dah niat lain.
Ayat 12 : Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini di hafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Ayat 13 - 35 : Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.
Ayat 22 - 23 : Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.
Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut & juga utk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah or aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.
Ayat 30 : Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).
Ayat 32 : Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik. Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t. Kita umat Muhammad & kita orang Islam
Ayat 33 - 35 : Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur
Ayat 36 : Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.
Ayat 37 : Adalah untuk menetapkan aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.
Ayat 38 : Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 39 : Mengisahkan ilmu falak.
Ayat 40 : Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.
Ayat 41 : Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.
Ayat 44 : Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.
Ayat 45 - 48 : Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.
Ayat 49 : Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya. Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba Tiupan 11 - Hancur Tiupan 111 - Semua orang di hidupkan semula dan hadir dipadang Mahsyar.
Ayat 50 : Setiap orang akan dihisap mengikut amalannya.
Ayat 58 : Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.
Ayat 76 : Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan & jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa.Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.
Ayat 78 - 79 : Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan .Untuk doa ayat 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?. Juga bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah berikan ayat ini.
Ayat 79 : Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk."
Ayat 82 : Untuk Hajat - Jika berhajat sesuatu bacalah 100x . Dibaca pada air dan minum selama 40 hari boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut pastu baca pada air 100x & berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran adalah: Buah Zaiton - Elok untuk kulit Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga) Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang menjadi penawar ubat yang mujarab Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah, tidak boleh beranak.
Seelok-eloknya dibaca :
1. Selepas sembahyang subuh 2. 3 Jumaat berturut-turut 3. Ayat 1 - Yassin baca 7x 4. Ayat 38 - 12x 5. Ayat 58 - 7x 6. Ayat 82 - 14x 7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x. 8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al- Fatihah. 9. Perlu yakin, isyallah dgn berkat Allah ianya termakbul. Wallahualam.