Showing posts with label catatan berpantang. Show all posts
Showing posts with label catatan berpantang. Show all posts

Monday, December 20, 2010

14 hari, lagi 30

Teks: Masayu Ahmad


Sudah 14 hari, sekejap masa berlalu, tetapi lama lagi mahu habis, lagi 30 hari.

Menu dan rawatan sepanjang 2 minggu pantang.

Menu: Biskut, kopi, susu kambing, milo panas.

Lauk: Ikan bilis lada hitam, sayur sawi ikan bilis, ikan bakar, lada hitam tumbuk, sup ayam organik

Rawatan: Habiskan ubatan hospital, spirulina untuk buang toksin dan memudahkan pelawasan

Luka: Sapu manjakani (yang diasah atau ditumbuk hancur), jus pegaga, gamat healin (warna merah)

Rutin harian: Mandi rebusan (daun serai wangi), sapu minyak panas, bengkung,

Penyusuan ekslusif setiap sejam, si puteri kuat menyusu- Mempercepatkan pengecutan peranakan.

Monday, December 13, 2010

7 hari sudah

Teks: Masayu Ahmad

Sekejap sahaja hari ini sudah seminggu melahirkan si puteri. Seminggu juga berjaga siang dan malam.Si kecik suka sangat berjaga malam. Siang tidur malam berjaga. Setiap 10 atau 15 minit akan menyusu. Badannya nampak kecil tetapi berat mendahului semua abang-abang, 3.4 kg.

Saya masih berhutang entri saat kelahiran si puteri. Nanti ya. Antara menu pilihan setakat ini seperti berikut.

Pagi: Roti atau biskut. Minuman susu kambing campur kopi radix, atau air suam.

Tengahari: Nasi putih ikan bakar, sawi masak bersama lada hitam, ikan bilis, bawang putih. Hari ini dapat makan sup ayam. ;D

Malam: Kalau lapar sangat baru makan nasi, kebanyakannya adalah makan biskut atau roti bersama minuman panas.

Rawatan: Habiskan sepenuhnya ubatan yang dibekalkan doktor. Saya tidak mengalami perinium dan tiada episiotomi. Jahitan sedikit sahaja pada saluran bayi keluar. Jadi walau dua tiga hari, alhamdulillah selesa untuk duduk dan bangun. Tidak menganggu pergerakan. Pun begitu tetap juga menjaga pergerakan. Dalaman perlu jaga sepenuhnya.

Set HPA, saya ambil dahulu spirulina untuk membuang toksin dalam badan mencuci usus. Juga memudahkan penghadaman setiap pagi. Selang seli juga mengambil buah epal dan oren. Saya utamakan pemakanan seimbang, tetapi untuk makanan yang boleh mendatangkan mudarat atau alergi, saya tidak makan.;D

Tunggu lagi dua minggu agar bahagian luka baik sepenuhnya, saya akan memulakan sauna di rumah. Setiap hari selama 20 minit sahaj. Esok sudah boleh mula makan gamat HPA.

Alhamdulilah badan rasa sihat dan cergas walau malam adalah waktu kritikal saya berjaga, kerana si puteri suka bangun menyusu.

Setiap hari memang mandi air rebusan serai wangi dan pandan wangi. Memangs segar, sebelum berstoking sapu minyak panas daun serai wangi, meresap dan segar.

Thursday, December 9, 2010

Menu pantang

Hari pertama pantang (7.12.2010)

Selepas selesai bersalin, minum air suam segelas. Selepas sejam berehat minum kopi panas.
Makan malam, roti kosong dan milo panas.

Malam minum air suam.

Rawatan: Mandi air panas (masih di hospital). Sapu seluruh badan dengan minyak panas, bermula pada kaki, paha, perut sehingga lengan).Pakai stoking panjang. Rambut ikat kemas atau sanggul.

Ambil masa untuk tidur dan berehat.

Hari ke dua (8.12.2010.

Sarapan: Milo panas, biskut sayur.

Rawatan: Mandi air panas, sapu minyak panas dan krim but-but seluruh badan.

Menu tengahari: Nasi putih, ikan bakar, lada hitam, sayur sawi.

Petang: Susu kambing panas. Biskut.

Malam: Ikan bakar, lada hitam, nasi putih

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin