Showing posts with label Tips WAHM. Show all posts
Showing posts with label Tips WAHM. Show all posts

Monday, September 19, 2011

Warga emas sunyi, adakah ibu bapa kita salah seorang daripada mereka?

Teks: www.masayuahmad.com

Salam kasih sayang, lama sudah saya tidak berkongsi apa-apa panduan kali ini. Ketika sebulan Ramadhan Allah telah memberi kelapangan masa untuk saya. Usai Ramadhan saya bertarung untuk menggunakan masa sebaiknya. Ada beberapa urus rumah tangga yang perlu saya selesaikan sebelum mengimbangi dengan kerja-kerja penulisan.

Ada entri sebelum ada beberapa perkara yang perlu anda tangani jika bekerja dari rumah, antaranya ialah urus rumah tangga, urus anak-anak, dan urus karier atau bisnes. Ok satu lagi perkara yang jarang saya kongsikan ialah bagaiman mengurus warga emas. Sangat penting apabila kita bekerja dari rumah, menjaga kebajikan orang tua adalah satu lagi isu penting yang perlu diambil perhatian.

Sudah tentu kalian ada terbaca di berita harian baru-baru ini, tentang berikut:

Sindrom ‘Empty Nest’ sedih berjauhan daripada anak meningkat

KUALA LUMPUR: Kira-kira 23 peratus atau 538,000 daripada 2.4 juta warga emas di negara ini mengalami sindrom ‘Empty Nest’ iaitu rasa kesunyian dan sedih akibat tinggal bersendirian di kawasan luar bandar dan berjauhan daripada anak-anak.
Perak mencatatkan jumlah kes sedemikian yang paling tinggi membabitkan 68,437 orang, diikuti Johor 68,087 dan Sarawak 62,804.
Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Dr Anjli Doshi-Gandhi, berkata peningkatan kes sindrom ‘Empty Nest’ perlu diberi perhatian kerana ia juga dikenal pasti punca kepada masalah mental dan tekanan yang kebiasaannya melanda warga emas wanita.

“Sindrom ini terjadi apabila anak-anak berhijrah ke tempat yang lebih membangun sama ada untuk mencari pekerjaan selari dengan kepesatan ekonomi, melanjutkan pelajaran ataupun sudah berkahwin.

“Justeru, ibu bapa rasa kekosongan, rasa seperti tidak diperlukan sehingga mendorong mereka mengalami kesan sampingan seperti kemurungan dengan kajian menunjukkan 41.2 peratus daripada mereka mengalami gangguan kepada kesihatan fizikal dan mental,” katanya kepada Berita Harian.

Dr Anjli berkata, penemuan itu adalah berdasarkan hasil Kajian Penduduk Keluarga Malaysia (KPKM) kali ke-4 oleh LPPKN serta dipadankan dengan hasil Banci Penduduk dan Perumahan 2010.
Kajian itu membabitkan 18,875 rumah dengan menemubual 11,401 penghuni, termasuk 1,081 warga emas.

Bagi membendung sindrom ini, katanya, LPPKN menganjurkan pelbagai program nilai kekeluargaan di bawah Dasar Keluarga Negara (DKN) dan Pelan Tindakan DKN yang diluluskan kerajaan Disember tahun lalu.

“Ia termasuk dengan menambah Pusat Anjung Interaksi Rekreasi Intervensi dan Sokongan (AIRIS) sebagai tempat kaunseling, terapi dan sokongan psikososial kepada keluarga dan komuniti setempat di Bertam, Pulau Pinang, tahun ini,” katanya.

Pusat AIRIS pertama dibina di Selayang, Selangor dan Seremban 2, Negeri Sembilan bagi keluarga dan warga emas menghabiskan masa mereka dengan menyertai pelbagai program komuniti yang disediakan di situ.

“Melalui program itu, kita mengajar warga emas cara hidup yang aktif, amalkan pemikiran positif, memenuhi masa mereka dengan aktiviti kemasyarakatan, bercampur dengan jiran tetangga dan banyakkan beribadah.

“Kita juga memberi kaunseling kepada mereka bahawa kitaran hidup seperti ini di mana ibu bapa warga emas ditinggalkan sendiri kerana anak mempunyai kehidupan masing-masing adalah perkara biasa dan tidak perlu dirisaukan dan harus bersedia untuk menghadapinya,“ katanya.

Pada masa sama, beliau menasihatkan anak-anak supaya tidak lepas tangan mengenai sindrom itu dengan turut memainkan peranan meluangkan masa untuk ibu bapa supaya mereka rasa lebih dihargai.

“Anak-anak seharusnya mengambil peluang dan masa selagi ibu bapa mereka masih hidup dengan menjaga ataupun pulang ke kampung untuk meluangkan masa bersama mereka,” katanya.

Kajian itu juga mendapati kira-kira 55 peratus daripada warga emas terbabit menyatakan rasa tidak kisah jika ditempatkan ke Pusat Jagaan Orang Tua untuk mengisi masa lapang mereka.

Friday, November 5, 2010

Zon khas untuk anak-anak- tip elak gangguan ketika bekerja

Teks: Masayu Ahmad

Ok, saya suka membaca teori dan mempraktik dengan cara berbeza. Banyak ibu iaitu suri rumah, wanita bekerja dari rumah yang mengadu tidak dapat fokus membuat kerja kerana gangguan anak-anak kecil. Ada beberapa artikel yang saya tulis dalam buku Jana RM Dari Rumah. Saya kongsikan lagi beberapa penemuan terbar saya, untuk mengelakkan anak-anak menganggu ketika bekerja. Jadi selepas ini, tiada alasan lagi bahawa kalian tidak mampu menangani anak-anak di rumah. Masa bersama anak-anak adalah rezeki yang patut digunakan sepenuhnya, kerana tidak ramai wanita bekerjaya berpeluang bersama anak-anak 24 jam, 7 hari dan 12 bulan. Syukuri dengan nikmat ini. Ok, mari kita telusuri beberapa panduan berikut, semoga bermanfaat.

Zon khas untuk anak-anak

Zon khas ini berupa bilik tidur, bilik permainan, bilik kreativiti. Jadikan bilik ini menyebabkan anak-anak suka dan kusyuk, sehingga tidak mahu keluar bilik.

Ok, dulu saya meletakkan barang-barang anak-anak satu bilik dengan bilik kerja saya. Ia sebenarnya satu suasana yang bagus juga, tetapi lama-kelamaan saya akui ia menganggu ketika saya sedang fokus bekerja.

Saya mula beralih bilik atas, dan kemudiannya melengkapkan bilik tersebut, sebuah komputer meja belajar kanak-kanak riang dan katil. Memang mujarab, ketiga-tiganya leka bermain sehinggalah merasa lapar. Apabila turun ke bawah sudah ada menu yang menanti. Jadi saya kekal fokus di ruang saya sendiri tanpa gangguan oleh kanak-kanak riang.

Pastikan anak-anak kenyang

Apabila anak-anak penat belajar, bermain dan apa sahaja, akan tiba masanya mencari makanan untuk dimakan. Tetapkan jadual makan yang sama setiap hari. Jadi apabila penat bermain, belajar, disuapkan nasi waktu tengahari (jam 12), kemuncaknya mereka akan menonton dan berada dalam situasi kekeyangan. Petang hari sudah ada menu minum petang. Sediakan awal dan mereka pasti tidak akan menganggu. Apabila kepenatan dan kekeyangan, proses menganggu adalah berada dalam keadaan terkawal.


Jarakkan bilik bekerja dengan bilik aktiviti anak-anak

Ruang mereka sekarang adalah di atas, manakala saya berada di bawah. Sayas sudah merasa aman kerana sudah tiada gangguan, hanya gangguang kecil yang masih boleh ditangani.

Simpan permainan dan keluarkan mengikut

Asingkan jenis permainan mengikut hari dan kreativiti. Contoh Isnin hari melukis (set A), hari Selasa membaca (Set B), membina kreativiti ( Set C), mainan bola sahaja (Set D), kereta (Set E)

Simpan jenis permainan dan agihkan dalam kotak berbeza. Keluarkan mengikut hari yang anda tentukan sendiri dan tanya kepada anak-anak apa aktiviti yang mereka mahu. Keluarkan satu kotak sahaja untuk sehari, selesai bermain disiplinkan anak-anak untuk menyimpan kembali. Jadi masalah mainan berselerak sudah selesai dan anda sendiri tidak pening kepala melihat rumah permainan bersepah-sepah dengan permainan si kecil.

http://www.janawangdirumah.com/

Salam kasih sayang, usahakan untuk mencari penyelesaiaan masalah bukan fokus kepada masalah. Selamat bercuti dan berhujung minggu.

Wednesday, October 6, 2010

pengurusan masa untuk supermama

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Hari ini bersamaan 7 Oktober 2010, maksudnya selangkah lagi menikmati hari sibuk. Sibuk? Sibuk yang terurus. Kebetulan dalam bulan ini saya banyak membaca buku pengurusna masa dan analisa pengagihan masa terbaik untuk ibu-ibu supersibuk.

Secara tidak langsung mempengaruhi juga rutin harian saya. Hari ini belum pun jam 8 pagi sudah selesai segala.

Saya ingin memetik paragraf berikut, muka surat 133, buku Jana RM Dari Rumah

Mempunyai jadual kerja yang fleksibel, tetapi kadangkala anda seolah-olah tidak mampu mendisplinkan diri menyiapkan kerja tepat masanya.

Setelah menetapkan jam kerja, anda sudah merancang untuk menyelesaikannya, tetapi kekangan awal anak-anak kecil mula mengambil kesempatan meminta perhatian.

Contohnya awal pagi adalah waktu paling produktif untuk bekerja, tetapi gangguan anak kecil kadangkala membuatkan anda terpaksa membatalkan dahulu untuk menelefon prospek pelanggan.

Suara si kecil boleh mengurangkan kredibiliti sebagai seorang usahawan profesional. Contohnya berurusan dengan pelanggan melalui telefon, namun suasana masih belum dalam keadaan terkawal, kedengaran suara si kecil menangis dan anak-anak meminta perhatian. Sudah tentu ini memberi gambaran yang kurang baik pada pendengaran bakal pelanggan dan majikan.

Analisa;

1. Siapakan segala kerja rumah tangga sebelum anak-anak kecil bangun dari tidur.

2. Setkan temujanji untuk menelefon pelanggan atau majikan ketika anak-anak tidur atau ketika mereka sedang asyik dengan aktiviti.

3. Tentukan masa dari awal untuk menelefon dan menerima panggilan.

4. Letak jauh telefon untuk kegunaan kerja atau bisnes dari gangguan anak-anak kecil.

Tempah dan beli buku Jana RM Dari Rumah:
http://nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/
http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, May 18, 2010

Jom bersama saya kembali cergas, cergas, cergas

Teks: Masayu Ahmad

Mari kita semak semula jadual prestasi sebelum berakhir Jun 2010.

1. Senaraikan matlamat.

2. Semak kembali apa yang sudah, sedang dan akan disiapkan.

3. Letak tarikh akhir dalam setiap matlamat. Matlamat jangka pendek dan matlamat jangka panjang.

4. Siapkan senarai tugasan, seminar, aktiviti, apa sahaja yang berkaitan pekerjaan dan bisnes.

5. Agihkan dalam kalender bulanan, mingguan dan harian.

6. Tandakans selesai bagi kerja yang selesai, ulas kenapa belum selesai. Segerakan selesai jika kerja tersebut membabitkan produktiviti dan prestasi.

7. Mari mulakan sekarang bersama saya. Siapa mahu kongsikan senarai kerja begini, silakan ya. ;D

Apa seronok dan tidak seronok kerja sendiri

Teks: Masayu Ahmad


Dalam buku Jana RM Dari Rumah, saya berkali-kali menyarankan agar melakukan penyelidikan terlebih dahulu sebelum bermula, melakukan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Kerana apa, kerana apabila anda tidak bersedia, anda akan kecewa. Banyak cabaran yang memerlukan persediaan mental dan fizikal. Tetapi jika kalian berani terjun berani mati, anda adalah boleh dikategorikan mereka yang berani gagal.

Tidak kisah jika gagal dahulu sebelum menikmati kejayaan. Apa yang penting perlu konsisten dengan prinsip mahu meneruskan walau apa sahaja terjadi. Tetapi tidak semua orang yang boleh dan berupaya berani gagal.

Sokongan padu

Saya ada menerima email daripada salah seorang waniat bekerjaya. Saya sangat tertarik apa yang sedang dilakukannya, cuma apabila dia menerima pandangan saya, sudah pasti saya menyarankan bermula secara sambilan dan apabila sudah kukuh baru sepenuh masa.

Tetapi dalam situasi beliau, sekiranya beliau yakin dan boleh melakukannya apabila berhenti kerja, boleh abaikan saranan saya. Nanti saya serta pautan blog beliau. Dalam kesibukan saya masih teringat-ingat email beliau. Nanti saya semak kembali email yang dihantar.

Apabila suri menerima sokongan padu daripada suami tidak kira kewangan, semangat atau apa sahaja boleh sahaja teruskan usaha. Tambahan pula jika bersatu hati dalam keputusan.

Sekiranya suami masih kurang memberi kepercayaan, dengan kata lain masih memerlukan sokongan kewangan daripada isteri, persediaan teliti adalah perlu.

Apa yang seronok berada di rumah

Sudah tentu boleh mengatur jadual lebih fleksibel. Ketika anak sakit, diri sendiri kurang sihat boleh sahaja mengambil cuti atau berehat tanpa halangan. Namun anda masih perlu bersedia untuk menyiapkan kerja sekiranya sudah ada komitmen dengan majikan atau mereka yang memberi kerja.

Jika bekerja lebih, lebihlah ganjarannya. Jika kurang usaha, maka sedikitlah hasilnya. Semuanya ditentukan oleh kalian sendiri dan sudah tentu majikan sebenar kita.

Penghargaan buat en.suami

Dalam kesihatan yang tidak menentu saya ingin mengucapkan terima kasih buat en.suami yang menguruskan rumah tangga dengan cemerlangnya. Semalam ayam goreng kicap sungguh sedap sekali. Pagi ini saya gagahkan diri menggoreng perapan ayam berempah yang sudah dibuat semalam oleh en.suami. Disebabkan sekarang en.suami suka membaca blog ini, jadi ini sahajalah cara untuk mengucapkan terima kasih. Harapnyanya keadaan saya ini adalah dalam tempoh fasa pertama saya. Saya mahu cergas, cergas, cergas. ;D. Agar  anak-anak kembali dapat menikmati hasil air tangan pagi dan petang.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Wednesday, April 21, 2010

Analisis persediaan bekerja dari rumah

Teks & Olahan: Masayu Ahmad

Berikut adalah dua pandangan daripada dua sahabat kita. Mari kita analisis sama-sama apa persediaan asas sebelum bermula sebagai isteri atau wanita bekerja dari rumah.

Wan Anie- http://www.comellote.com/

Setiap apa yang kita hendak lakukan tidak kira bekerja di rumah atau berhenti terus dari kerja hanya untuk menguruskan anak-anak sendiri di rumah perlu pada perancangan
Senaraikan beberapa faktor yang perlu diambilkira.

1. Hutang

Sanget perlu untuk menguruskan hutang sebaiknya. Andai kata kita berhenti kerja, mungkin hutang tidak akan habis juga. Sangat bagus jika ada perancangan untuk berhenti kerja dalam masa dua tahun dan hutang habis dalam jangka masa tersebut.

2. Minat

Apa sahaja yang perlu dilakukan mesti dengan minat pasti berhasil dan perlu ditambah dengan usaha. Kenalpasti dan mulakan dari kecilan.


nelcyndana -http://mylovelyprogeny.blogspot.com/


Salam,

Mungkin saya boleh berkongsi sedikit pengalaman sendiri. Saya juga mengalama dilema yang sama sebelum membuat keputusan berhenti kerja dari makan gaji dengan kerajaan.

Kewangan adalah isu utama. Cara mengatasi perlu ada persediaan dan perancangan. Secara ringkas sebelum menghantar notis berhenti kerja perlu ada rizab kecemasan yang cukup untuk keluarga sekurang-kurangnya 12 bulan. Sudah cukup, kalau boleh ambil cuti tanpa gaji selama setahun sebagai tempoh percubaan. Dalam tempoh tersebut, usaha sungguh-sungguh bagi menjayakan bisnes. Dalam masa yang sama usaha kurangkan perbelanjaan seperti makan di rumah, pakai lampin kain, menyusu penuh anak-anak

Ulasan,
 
Berikut adalah langkah demi langkah
 
1. Persediaan kewangan- buat penyelarasan semula perbelanjaan, sumber pendapatan, hutang piutang. Adakan tabung rizab perbelanjaan selepas berhenti kerja sekurang-kurangnya 24 bulan atau dua tahun. Ini memastikan anda stabil menerima pendapatan sendiri dalam tempoh tersebut.
 
2. Senarai seberapa banyak atau 10 jenis kerja atau bisnes yang akan dilakukan. Mula fokus kepada 1 hingga 3 sahaja dahulu.
 
3. Lakukan secara sambilan sebelum sepenuh masa. Jika suda ada pendapatan daripada pendapatan sambilan, boleh mula serius untuk dua tahun pertama selepas berhenti kerja.
 
4. Persediaan mental dan fizikal. Anda perlu bersedia dengan penuh jiwa raga, ambil peluang dan teruskan usaha sekiranya mahu berada di rumah dan kembali menguruskan anak-anak. Kejiranan, ahli keluarga dan persekitaran boleh memberi pengaruh positif dan negatif, jadi sangat perlu bersedia mental dan fizikal.
 
Nota; Siapa lagi suri mahu lontarkan pandangan, saya alu-alukan. Moga semakin ramai yang ingin memeriahkan rumah dengan status Pengurus Rumah Tangga Profesional. Salam sukses penuh kasih sayang.

Saya mahu bekerja dari rumah. Tetapi bagaimana?

Teks: Masayu Ahmad

Saya menerima email dan juga bertanya secara langsung di blog ini bagaimana mahu bekerja dari rumah. Bagaimana cara, bagaimana mahu mula. Dua soalan di bawah ini juga adalah pertanyaan ikhlas dua orang wanita yang mahu kembali ke rumah dan mengurus rumah tangga. Mari terokasi satu persatu masalah yang dikemukakan.

alicesona19 said...
Mungkin kalau suami berpendapatan tinggi ok kot. Kalau gaji kita yang lebih tinggi dari dia bagaiman mahu berhenti. Ditambah hutang-piutang keliling pinggang rasanya impian nak tinggal di rumah macam ayu masih jauh lagi untuk saya. Mungkin apabila hutang-hutang dah berjaya dibasmi bolehlah nak berhenti kerja. Balik kampung tanam jagung makan kangkung….;D
nzms said...

Saya baru pertama kali singgah di blog Ayu. Macam aashaku juga, rasa macam baca kisah sendiri. Saya baru tidak sampai lima tahu bekerja, tetapi dah banyak kali terfikir mahu berhenti sebab hendak uruskan anak-anak. Saya nak sangat bekerja sendiri dari rumah, tetapi saya tidak tahu macam mana nak bermula. Sekarang gaji saya lebih besar dari suami, hutang keliling pinggang. Saya kerja kerajaan, jadi kalau nak berhenti perlu fakir panjang. Harap ayu boleh bagi idea bagaimana mahu bermula kerja dari rumah.
Ulasan: Saya buka dahulu kepada sesiapa sahaja yang ingin melontarkan idea dan buah fikiran untuk membantu dua orang suri ini. Nanti saya ulas untuk selanjutnya ya. Mari sama-sama berkongsi pandangan.

Monday, April 12, 2010

Tip urus kerja, catat segala urusan harian

Teks: Masayu Ahmad


Antara waktu puncak setiap pagi ialah, menyelesaikan banyak tugas serentak iaitu persediaan anak-anak ke sekolah, siapkan diri sendiri juga menyediakan sarapan. Bagi suri rumah pula perlu mengemas, memasak, menguruskan pakaian kotor.

Cuba catat kerja rumah seperti berikut

Urus rumah tangga
1. Menyediakan sarapan
2. Memasak untuk tengahari
3. Mengemas dapur
4. Mengurus pakaian kotor, melipat, menyimpan, mengosok
5. Menyapu lantai
6. Membersih bilik air

Anak-anak

1. Mandi
2. Menyediakan makanan
3. Belajar bersama
4. Melayan apa sahaja aktiviti anak menangis, mahu tidur, cebok dan sebagainya

Kerja
1. Berapa peruntukan kerja harian
2. Jika mengurus bisnes, urus stok, menerima tempahan, khidmat pelanggan, membungkus dan menghantar produk

Diri sendiri
1. Berehat
2. Hobi
3. Ibadah mengaji, solat, tazkirah
4. Bersosial di internet, face book, blog, mencari informasi

Catatkan apa sahaja aktiviti dan letak berapa peruntukan masa untuk setiap aktiviti.

Thursday, April 1, 2010

Stesen kerja saya

Diari putih yang sudah berbogel itu, sangat penting jika hilang bikin jiwa lara. Itu adalah catatan dan senarai kerja harian yang 'wajib' saya langsaikan.
Ingat tak entri saya kehilangan sebuah beg yang mengandungi 20 buah buku. Kini saya menerima kembali lebih 20 buah buku itu diganti dengan buku-buku yang lain. Sungguh besar kasih sayang Allah dan rezeki itu jika kita lihat datang bersama ujian dan kembali bersama hikmah yang tidak terduga. Alhamdulillah.

Ini susunan meja terkini untuk mood marathon yang baru.


Akses internet dengan kelajuan yang tinggi untuk saya melakukan penyelidikan maya. Sistem suara yang bagus sangat penting untuk halwa telinga mendengar lagu motivasi dan surah-surah pilihan untuk menenangkan jiwa semasa bekerja.

Dua susunan ini perlu saya baca, hadam dan khatam. Ini adalah input penting dalam proses penulisan. Timbunan ini akan berubah mengikut pilihan projek setiap bulan.




Di belakang saya, ada sofa untuk saya meregangkan urat, bersebelahan dengannya, katil bujang untuk menidurkan Aiman waktu tengahari (kadang-kadang dengan ibunya sekali nyenyak). Arif beraksi, foto dirakam oleh hero terjunan tirus yang kembali beraksi dengan kamera pula.


Untuk sekian kali ini adalah kali ke enam saya mengubah lagi kedudukan meja kerja. Setiap kali mahu menyambung tugas, saya rasa ada sekatan atau dengan kata lain idea saya lambat. Untuk itu saya mahu mengubah lagi kedudukan.

Sudah dua bilik dan dua ruang yang berlainan saya mengubah. Kali ke enam ini saya mahu abadikan, sehingga saya mengubah kembali ke tingkat atas.


Variasi dan pelbagai

Saya boleh dikategorikan cepat bosan dengan suasana yang sama, persekitaran yang sama. Jadi mengubah-ngubah memberi mood baru dalam suasana kerja.

Disebabkan ada sedikit masalah tekniknal, buat sementara waktu saya kekal di bilik bawah. Mungkin bulan hadapan mahu kembali ke tingkat atas.

Semalam berpesan kepada en.suami, apabila beliau pulang dari aktiviti badminton saya pesan agar pindahkan meja kerja saya. Jika saya terjaga, saya mahu suasana baru.

Kononnya malam tadi saya mahu marathon menyiapkan kerja, alih-alih terlelap bersama Arif dan Hakim hingga pagi. Saya bangun dan terus mengemas kini meja kerja yang baru.

Walaupun sedikit sahaja berubah kedudukan, mood kerja saya yang sudah ‘lari’ semalam, hari ini kembali dengan penuh semangat.

Berikut adalah contoh persediaan peralatan asas untuk kerja saya. Bidang saya adalah penulisan dan penyuntingan jadi senarai ini membantu bagi mereka dalam kategori yang sama. Jika bidang kalian adalah memasak, sudah tentu peralatan dapur adalah keutamaan yang penting.


1. Set komputer
2. Akses internet dengan kelajuan yang tinggi
3. Printer
4. Telefon- untuk urusan rasmi
5. Buku-buku rujukan dan penyelididkan
6. Buku catatan harian- senaraikan tugas harian dan tandakan yang sudah selesai
7. Diari hitam-digunakan untuk menghadiri mesyuarat, perbincangan penting.
8. Sistem audio yang membantu menyegarkan minda, apabila mood sudah kucar-kacir jadi saya suka mendengar secara langsung surah yasin, atau nasyid yang memberi semangat kepada jiwa.
9. Buku motivasi-jika jiwa saya sudah dilanda malas atau sudah dikacau oleh bahana kata-kata negative, saya perluakan rawatan segera dengan mencari buku yang paling tinggi sentuhan motivasi untuk merawat segera jiwa ‘kacau’.
10. Sokongan balik tabir. Sokongan dan dorongan yang paling penting adalah en.suami, yang sudi mengikut apa sahaja kemahuan dan melayan kerenah saya ini. Kadangkala sangat sedih dan kadangkala sangat terharu. Sedih kerana saya masih tidak sedar diuntung, masih perlu melengkapkan ilmu-ilmu seorang isteri terbaik buat suami. Terharu kerana en.suami sudi membeli apa sahaja keperluan saya, menjaga anak-anak ketika saya keluar dan memberi sokongan padu dalam apa sahaja yang saya perlukan. Dialah suami terbaik untuk saya.

Wednesday, March 17, 2010

Cabaran bekerja di rumah dan solusi

Teks: Masayu Ahmad

1. Anak-anak kecil.
Anak-anak kecil kadangkala suka membuat permintaan untuk menarik perhatian. Ketika anda sibuk mereka juga sibuk agar anda dapat menemani mereka makan, bermain, menonton, belajar dan tidur.

2. Jiran tetangga.
Kadangkala apabila berada di rumah, ramai yang faham situasi anda surirumah, tidak kerja lain selain urusan rumahtangga dan anak-anak. Sebaliknya anda sedang 'berperang' pelbagai tugasan daripada majikan.

3. Tetamu 'segera'.
Tetamu adalah rezeki, jadi sibuk bagaimanapun, anda perlu melayan tetamu sebaik-baiknya. Urus dan layan tetamu seperti anda tidak ada apa-apa urusan yang sibuk. Selepas tetamu pulang, teruskan bekerja keras. Menjaga hati tetamu agar tidak berkecil hati apabila mendapat layan acuh tidak acuh daripada tuan rumah.

4. Tugas 'serentak' bersama kerja rumah tangga.'

Beberapa tugas serentak bersama urusan kerja rumah perlu diselesaikan. Buat mengikut putaran masa, walaupun anda tahu anda tidak cukup masa 24 jam, lalui dan selesaikan satu persatu. Bertenang dan cuba tulis pada sehelai kertas. Senaraikan satu persatu, apabila selesai tandakan. Apabila anda lihat hampit separuh selesai, anda semakin bersemangat untuk selesaikan kesemuanya dengan kadar segera.

Saya sekarang ada 9 tugas berstatus segera, saya sibuk, tetapi masih berpura-pura tidak sibuk. Ini cara untuk tidak kelam kabut dan lebih serabut kerana banyak tugas belum selesai. Bertenang tarik nafas dan ambil masa anda (saya lah tu ;D)

5. Pengaruh tv, internet, laman sosial (Face book),

Saya sudah lama tidak menonton tv, sejak Disember 2009 hingga saat ini 18 Mac 2010, tv sudah tidak memberi pengaruh kepada saya. Internet digunakan untuk mencari maklumat manakala laman sosial digunakan untuk berhubung dengan teman lama. Jika tidak mahu asyik, saya segera keluar daripada status laman sosial (face book)

Salam penuh kasih sayang.

http://www.masayuahmad.com/

Langkah demi langkah bekerja dari rumah.

Teks: Masayu Ahmad

Ramai yang masih keliru bagaimana cara untuk bekerja dari rumah. Berikut beberapa soalan yang saya terima daripada kenalan maya yang berminat untuk bekerja dari rumah.

1. Bagaiman mahu mulakan, keliru dan tidak nampak peluang?
2. Apa program yang sesuai untuk diikuti?
3. Apa jenis kursus dan kemahiran yang perlu diikuti?

Terdapat dua jenis peluang iaitu:

1. Bekerja-Contoh penulis, penterjemah, membuat laman web.

2. Bisnes- Bisnes skala kecil, jual secara online, jual secara konvensional.

Peluang lain:

1. Pemasaran Internet
2. MLM

Kesesuaian menceburi peluang bekerja dari rumah adalah tidak sama bagi setiap orang. Pemilihan bekerja atau bisnes adalah berdasarkan minat, pengalaman, latar belakang pendidikan dan juga kemahiran.

Macammana pula jika minat tetapi tidak ada kemahiran?

Di Malaysia kini terdapat banyak program atau kursus yang percuma atau berbayar untuk mengasah kemahiran anda. Contoh yang paling mudah, jika anda berminat untuk menjual kek, biskut, boleh ikuti mana-mana kursus jangka pendek yang ditawarkan secara individu atau mereka yang mempunyai kepakaran berkaitan.

Guna sepenuhnya akses internet untuk membina jaringan di kalangan surirumah dan mereka bekerja dari rumah. Daripada kelompok tersebut anda menemui banyak idea, pandangan dan juga sahabat yang mempunyai minat yang sama.

Salam penuh kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Wednesday, March 10, 2010

Surat Pilihan daripada Puan M

Salaam Cik Mas,



Saya M, berumur 27 tahun, sudah berkeluarga dan mempunyai seorang anak. Buat masa sekarang, saya adalah seorang SAHM bercita-cita untuk menjadi WAHM. Tujuan saya mengirim emel ini kepada
Cik Mas kerana ingin meminta pendapat Cik Mas. Sebelum itu, terima kasih Cik Mas kerana blog naufalsayang amat menarik khususnya untuk orang-orang seperti saya.

Maafkan saya andainya saya mencuri masa Cik Mas dan harapan saya agar Cik Mas sudi meluangkan sedikit masa untuk emel saya ini. Saya ceritakan sedikit perihal diri saya dan berharap Cik Mas sudi memberi
pendapat dan bantuan buat saya.

Asalnya pada awal perkahwinan, saya berhenti bekerja kerana hendak mengikut suami yang bertugas di Sabah, dan saya bercadang untuk memohon menjadi guru, melalui program KPLI atau GSTT. Tetapi sebulan selepas berkahwin, saya mengandung dan permohonan KPLI saya tidak lulus manakala untuk memohon GSTT, wanita mengandung tidak diterima jadi saya tangguhkan dahulu niat saya. Kini, anak saya berumur hampir 6 bulan dan saya berasa berat hati untuk meninggalkan anak bersama pengasuh. Tambahan pula, saya ‘breastfeed’ anak saya jadi peluang untuk kembali bekerja terbatas dan saya perlu tunggu lagi. Suami saya pun berat hati jika saya hendak kembali bekerja memandangkan kebelakangan ini macam-macam kes kanak-kanak yang merisaukan kami untuk menghantar anak kepada pengasuh.


Saya tinggal di kawasan yang agak pedalaman. Pada pandangan saya, masyarakat di sini hidup mereka amat daif, kais pagi makan pagi. Asalnya saya berminat juga hendak memulakan perniagaan makanan kecil-kecilan tetapi tidak mendapat sambutan memandangkan masyarakat di sini lebih cenderung makan makanan yang dimasak sendiri oleh mereka. Jadi niat saya mati disitu sahaja.


Saya cuba mencari pula peluang lain. Memandangkan ‘line broadband’ di sini boleh tahan, sekali sekala dapat juga saya ‘loading’ blog sendiri dan ‘site’ lain-lain . Saya mengambil keputusan untuk cuba
perniagaan kecil-kecilan di internet. Baru lagi bermula secara serius. Akan tetapi setakat ini, perniagaan saya belum lagi mendatangkan hasil.


Saya terus berfikir lagi. Apa lagi yang boleh saya lakukan. Saya terfikir mungkin saya boleh mencari kerja-kerja berkaitan penulisan atau terjemahan bahasa inggeris ke bahasa melayu tapi saya tidak tahu
kepada siapa saya harus memohon. Inilah yang menyebabkan saya rasa terpanggil untuk menghantar emel kepada Cik Mas bagi meminta pandangan.

Selain itu, saya juga ingin meminta buah fikiran Cik Mas tentang bagaimana untuk mengatasi masalah motivasi untuk berada dirumah sebagai SAHM atau WAHM. Sebenarnya, ibubapa saya amat kurang setuju dengan niat saya dan suami. Mereka bimbangkan ekonomi kami sekeluarga dan mereka juga berasa amat kecewa memandangkan saya lulusan universiti. Kecewa juga rasanya kerana saya kini sedang mengecewakan
ibubapa saya. Itulah antara sebab saya ingin mencari peluang pekerjaan selain perniagaan yang boleh saya lakukan dari rumah.


Harapan saya semoga saya tidak mengganggu Cik Mas dan semoga Cik Mas sudi memberi pendapat dan membantu saya. Terima kasih Cik Mas kerana sudi meluangkan masa membaca emel saya yang panjang lebar ini.

Nota:

Puan M (saya namakan M sahaja ya), ini mahu berkongsi dan mendapat pandangan. Bukan M sahaja yang masih keliru untuk bermula, malah ramai lagi di luar sana. Sebelum saya menyatakan ulasan saya, jadi saya mohon pandangan suri-suri sekalian.

Mohon beri pandangan kepada 'situasi M' ini. Sekurang-kurangnya setiap pandangan mampu memberi sinar dan jalan. Pandangan 10 orang lebih baik daripada seorang. Idea 10 orang lebih baik daripada idea seorang. Mari kita sama-sama berkongsi pandangan dengan persoalan Puan M ini.

Sunday, February 21, 2010

Persediaan asas sebelum bekerja dari rumah

Teks: Masayu Ahmad

1. Penyelidikan iaitu senarai pekerjaan dan bisnes pilihan.

2. Senaraikan dan buat perbandingan.

3. Pilih kerja yang mempunyai keserasian, minat, ada kaitan dengan pengalaman, pendidikan dan kemahiran.

4. Penyelarasan semula segala sumber pendapatan, perbelanjaan dan hutang-piutang.

5. Tentukan tarikh anda akan bermula, setahun atau dua tahun lagi.

6. Selepas menetapkan tarikh mula membuat persiapan asas, langkah demi langkah.

7. Sekiranya ingin memulakan bisnes, pilih bisnes dengan modal yang minima.

8. Sekiranya memilih pekerjaan, mulakan secara sambilan, bertahap, konsisten dan sehingga anda sudah selesa untuk bermula dari rumah.

Saturday, February 13, 2010

Mengurus limpahan maklumat

Teks: Masayu Ahmad


Sekiranya anda dalam proses membuat penyelidikan tentang bisnes dan pekerjaan yang ingin dilakukan di rumah, anda menghadapi timbunan maklumat. Tenggelam dan kemudiannya menyebabkan kelemasan.

Disebabkan lemas sudah tidak tahu mencapai pautan yang selamat. Panduan berikut membantu anda agar terus konsisten membuat penyelidikan tetapi tidak mengalami masalah timbunan maklumat.


1. Tetapkan pendirian bidang apa mahu diterokai, contohnya bisnes online dan bidang masakan.

2. Jadi anda hanya mencari maklumat dua perkara tersebut sahaja, jika menemui perkara baru, sisihkan seketika atau himpunkan sahaja dalam satu file. Jangan sesekali sentuh atau baca sehingga anda benar-benar kelapangan

3. Mencari idea dan peluang baru memerlukan anda menangkap data, membaca, memahami dan melakukan latihan demi latihan.

4. Cari ikon, pakar rujuk dalam bidang yang sama. Jika ada bidang lain yang menarik perhatian kembali kepada niat asal apa matlamat akhir anda dalam pencarian matlumat tersebut.

5. Elakkan menyimpan atau muat turun ebuku percuma seberapa banyak yang anda mahu tetapi ianya hanya sekadar hiasan semata.

Contohnya anda membeli set cadar melebih apa yang diperlukan. Anda berjaya membuat pembelian lima cadar kerana harga runtuh, tetapi hanya menggunakan dua sahaja. Tiga lagi bukan sahaja mengambil ruang penyimpanan tetapi sudah berlaku pembaziran. Pilih dan ambil apa yang perlu sahaja dahulu.

Monday, January 25, 2010

Panduan memulakan usaha di rumah



Teks: Masayu Ahmad

Tiada istilah kaya cepat sekelip mana


Banyak program kini yang cuba memujuk sesiapa sahaja yang ingin menjana pendapatan cepat, mudah dan wang besar. Tiada jalan singkat, usaha mudah dan kejayaan sekelip mata. Semuanya memerlukan usaha, ketekunan, minat, semangat, cintakan ilmu baru, doa dan tawakal. Tanyalah mana-mana ikon yang sudah berjaya sekalipun tiada yang mudah.

Biasanya mereka yang cepat membuka mata, mahu jalan yang singkat akan kembali dengan kekecewaan dan sikap putus asa. Jika berusaha dan berusaha lagi, masih ada kegagalan, perlu kembali semula ke landasan asal, muhasabah kembali apa yang sudah dan telah dilakukan. Mengapa doa belum dimakbulkan.

Kadang-kadangkala disebabkan keterujaan luar biasa, masing-masing terburu-buru tanpa usul periksa. Itulah lumrah, terkejar-kejar mahu cepat dan mudah sahaja.

Panduan memulakan usaha di rumah
• Kenalpasti kemahiran, minat, hobi.

• Cari ikon yang sudah berjaya mengikut bidang contohnya dalam bidang masakan, jahitan, sulaman, bisnes online dan sebagainya. Ikut cara ikon tersebut berusaha.

• Berusaha berada dalam jaringan yang mempunyai minat yang sama\

• Kuasai pengurusan cekap rumahtangga.

• Kuasai pengurusan masa 24 jam.

• Buat senarai kerja harian (to do list, pada malam hari sebelum hari berikutnya.

• Maksimakan setiap jam pengunaan masa.

• Pastikan ada kualiti rehat yang secukupnya, walaupun anda surirumah anda masih dikira bekerja. Mengurus rumahtangga bukan tugas yang mudah.

• Mohon cuti pada suami, tetapkan 1 atau dua hari dalam sebulan.

• Gunakan hari cuti anda untuk rehat di salun, jumpa kawan lama atau apa sahaja untuk pulihkan tenaga dan merehatkan minda.

• Mulakan hari anda setiap hari dengan niat, ini adalah hari terbaik daripada semalam.

Salam penuh kasih sayang. ;D

Thursday, January 14, 2010

Tips urus kerja rumah dengan cekap


Urus pakaian bersih


Urus pakain kotor


Baju mahu kemas, segak bergaya, jadi perlu digosok




Rumah perlu sentiasa bersih, jadi nak kena mop


Bilik air juga perlu bersih dan wangi


Kalau bekerja di rumah, masak adalah rutin, untuk sarapan, pagi dan malam


Masa luang untuk anak-anak perlu ada.
Hakim selalu tegur," Ibu sudah-sudahlah kerja, teman Hakim tengok tv,"


Bilik tidur perlu kemas sentiasa, cantik dan kemas. Kalau boleh tidak mahu selerak.


Ruang tamu juga mahu kemas sentiasa. Tidak ada maknanya kalau selerak, tamu datang tak di undang terus kelam kabut mengemas, tidak ke sudah jadi kes haru biru.

Teks: Masayu Ahmad

Memegang status surirumah sememangnya anugerah yang tidak ternilai. Kerana itulah hanya wanita yang benar-benar bersedia sahaja mahu dan ingin berada di rumah. 24 jam, 7 hari seminggu, kerja tidak pernah selesai.

Tidak dinafikan ramai wanita bekerjaya hebat menguruskan hal ini, walau sibuk dengan kekangan kerja. Sudah pasti ada formula hebat untuk mengimbangi antara tugasan di rumah dan tugasan kerjaya.
Cuba senaraikan seperti di atas, memang tidak menang tangan dibuatnya jika mahu urus secara serentak. Setiap surirumah perlu kreatif dalam agihan masa dan senarai kerja harian. Jika saya ada tertinggal lagi, bantu saya untuk tambah senarai kerja rumah seperti di atas.

Ruang idaman suri, jom cuci mata lagi


Teks: Masayu Ahmad

Ini juga bagi saya ruangan yang perlu diambil perhatian dan sangat penting untuk mengekalkan ruang rumah bersih dan kemas. Jika kita lihat di negara-negara luar, mempunyai mesin pengering adalah satu kemestian. Tetapi di Malaysia yang beriklim panas, hujan sekali sekala, masih menggunakan sinaran matahari untuk mengeringkan kain-kain.



Secara praktikal saya merasakan ruangan ini adalah satu ruang yang perlu diambil perhatian jika mahu urus rumah dengan lebih cepat. Kita mahukan mesin yang boleh memberi penjimat masa semaksima yang boleh. Jika biasa urus kain-kain kotor, kumpul, basuh, jemur, asing, lipat dan kemas. Berapa proses yang kita lakukan sepanjang hari tanpa henti, tetapi tidak pula habis-habis kerjanya.


Jadi ini adalah pembantu jimat masa yang paling praktikal hanya urus dalam masa 1 jam jika sudah pakar. Satu jam sahaja, untuk memastikan segalanya tenang, ceria dan kemas sentiasa. Saya juga masih meningkatkan ilmu kemahiran ini.

Ada tiga ruang untuk setiap wanita di Malaysia, satu ruang mesin basuh, satu ruang jemur, satu ruang timbunan kain yang perlu diurus sebelum disimpan di kabinet pakaian. Betapa saya perlu juga meningkatkan kemahiran ini jika tidak mahu rumah bersepah-sepah denga timbunan pakaiayang tidak pernah habis.

Pilihan 1



Pilihan 2



Pilihan 3


Pilihan 4


Pilihan 5


Pilihan 6

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin