Showing posts with label Kanak-Kanak Riang. Show all posts
Showing posts with label Kanak-Kanak Riang. Show all posts

Monday, June 11, 2012

Aura pagi

Teks: Masayu Ahmad


"Aiman comel, bangun, bangun, sudah pagi," ibu memulkan sesi kejut mengejut.

"Tak nak pergi sekolah, tak nak pergi sekolah," sambil pejam mata.

"Tak boleh man, kena pergi sekolah, budak pandai kena pergi sekolah," pujuk ibu lagi.

"Tak nak lah ibu, Aiman nak tinggal dengan atuk."

Ibu angkat dan peluk Aiman.

"Tak nak pergi sekolah ibu," sambil pejam mata, badan sudah dalam dokongan ibu.

"Iman kena pergi sekolah, semalam sudah janji mahu pergi sekolah,"pujuk lagi.

"Tak nak mandi."

"Ok, ok, tak payah pergi sekolah, tapi kena mandi dulu,"pujuk ibu lagi.

Aiman akur, buang pakaian dan kemudian ibu angkat Aiman ke bilik mandi. Sekali lagi adegan mengada-ngada.

"Nak mandi dengan air panas."

"Yelah, yelah."

Usai air panas dan sejuk bercampur. Aiman sudah ok, berendam dalam besen biru. Ibu biarkan Aiman sambung menyusu Arissa. Setiap hari begitulah abang Aiman.

"Ibu, ibu, nak basuh kepala." Aiman jerit panggil nama ibu.

"Ya, ya, ya." Ibu bergegas kembali kepada Aiman. Jirus air, gosok sabun dan bilas.
Usai selesai naik ke atas.

"Tak nak pakai baju sekolah."

"Tak apa, nanti Aiman ikut ibu pergi kerja."

Aiman pakai baju sekolah. Kadang-kadang mood angin, dia pakai dan kembali berbogel.

Ibu biarkan Aiman seketika. Arissa sudah siap dan wangi, semua beg sudah masuk dalam kereta. Sekarang giliran Arif pula untuk dikejutkan. Akan berlaku adegan yang sama.

Semuanya akan selesai selepas enjin kereta dihidupkan. Aiman akan gegas pakai baju.

"Ibu, ibu tunggu. Jangan tinggal Aiman!"

Sampai di PASTI. Lagi sekali drama swasta bersambung.

Tetapi apabila jejak sahaja kaki ke tanah. Aiman dan Arif akan laju sahaja masuk kelas.

Alahai anak. Tidak sah waktu pagi kalau ibu tak mandi dua kali. Sepanjang tempoh ini, Arissa paling mudah untuk diuruskan. Usai mandi, makan, menyusu dan berpakaian, dia akan mula lambai tangan kepada atuk dan mok.

"Bai, bai." Arissa dah nak ke sekolah.



Saya memang comel

                                                  Setiap hari saya nangis sebab nak dokong dengan ibu
                                                          Saya suka ibu peluk saya setiap hari.
Aiman suka sekolah, cuma Aiman mahu manja-manja.

Salam kasih sayang

http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom

Monday, November 22, 2010

Berdepan dengan pelbagai gelagat kanak-kanak riang

Teks: Masayu Ahmad

Aiman, batuknya sudah semakin ok. Dua hari ini memberi madu, untuk membung kahak di dalam badannya. Alhamdulillah masuk hari ke tiga selepas menggunakan madu, Aiman hari ini sudah sihat sepenuhnya. Aiman tidak suka makan antibiotik, nasib baik madu dia suka.

Aiman pagi dan malam asyik merengek dan mahu ibu, ibu, ibu. Tidur dengan ibu, mandi mahu ibu buat dan tidak boleh berenggang. Tetapi jika en.ayah sudah pulang, ringan sedikit. Aiman sudah beralih arah perhatian.

Arif

"Arif tak pandai."
"Arif tak larat."
"Arif demam."
"Ibu buat lah sendiri, Arif tak boleh." (ini cara Arif mahu menarik perhatian)

Hakim
"Ibu buat untuk Hakim."
"Ibu mandikan Hakim."

Ketiga-tiganya dalam sindrom menarik perhatian dan mahu bermanja-manja dengan kadar luar biasa.

Biasanya akan menangis-nangis.

Apa saya perlu lakukan.

1. Untuk tidak mudah naik angin, biarkan sahaja. Ini perkara biasa bagi anak-anak kecil.
2. Semuanya menggunakan taktik menangis dan menangis. Saya biarkan sahaja. Apabila reda, semuanya akan datang, berhenti menangis sendiri dan memohon maaf.

Ini ayat biasa yang akan kedengaran apabila ibu sudah tidak layan godaan menarik perhatian yang tidak berjaya.

"Ibu Hakim minta maaf, janji tak buat lagi."
"Bu, man tak maaf, man tak buat lagi.

Arif dia akan menangis sambil berkata.
"Arif minta maaf, janji tak buat lagi." Sambil mandi dan menangis. Capai sabun, bersihkan badan dan mula pakai baju.

Hah boleh pun. Ibu saja buat muka selamba. Kalau ibu naik angin, habis semua emosi konsisten tidak layan situasi yang sama setiap hari. Alah bisa tegal biasa. Masih mood memujuk-mujuk.

Ibu: Nanti ibu ke hospital, keluarkan baby dalam perut. Nanti duduk dengan kakak wani (anak saudara), jangan nangis. Nanti ibu balik.

Kanak-kanak riang: Tak boleh, nak ikut ibu pergi hospital.

Ibu: Sekejap aje, nanti ibu balik bawak baby.

Kanak-kanak riang: Tak boleh, nak ikut ibu jugak!

;D

Monday, October 11, 2010

Nikmati pagi indah dengan nilai kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Salam pagi Selasa bersamaan 12 Oktober 2010. Masa terus cemburu pada saya, mahu terus meninggalkan saya. Apa pun saya tetap berusaha agar kpi saya cemerlang untuk tahun ini. Hanya saya dan Dia sahaja yang tahu.

Kritikal sungguh masa yang ada, bayi semakin aktif menendang-nendang. Sabar dulu dik jangan keluar dahulu. Banyak perkara lagi ibu belum selesaikan. Ada sedikit kontraksi gurauan dari orang dalam perut. Aduhai, moganya keluar pada tarikh tahun baru 2011. Jangan tahun ini. Saya seboleh mungkin memecut dengan laju berkejaran masa. Harapnya yang dikendong dapat, dan tidak ada pula yang keciciran.

Sakit belakang akan mula terasa apabila saya duduk terlalu lama fokus untuk menulis dan menyunting manuskrip. Sampai kadangkala terlupa yang saya mengandung, tidak boleh duduk lama-lama. ;D.

Biasanya kalau saya bertukar posisi kurang selesa. Arif akan datang dan membelakangi.

"Ibu sakit? Meh Arif urut." Perlahan-lahan diurut dan ditumbuk. Arif memang pandai mengambil hati. Tumbukan perlahan dan ulangannnya memang terasa. Gumpalan tangan comel ini meresap ke naluri saya. Penuh kasih sayang.

Aiman.

"Ibu sakit ya, meh, meh Iman tolong." ;D

Rutin sekarang juga Aiman  sudah pandai membuang sendiri lamping pakai buang yang dipakai.

"Iman buang ya bu, nanti sepah-sepah ibu marah.'

Hakim

" Iman jangan ganggu ibu, ibu sakit tu."

Atau pun mengadu pada saya.

"Ibu, tengok Iman dan Arif sepah-sepah."

"Tegur, jangan sepah-sepah." Arah ibu.

Mula bercekak pinggang, arahan tegas akan dikeluarkan.

"Aiman, Arif, jangan sepah-sepah, nanti ibu marah. Buang sekarang!"

" Ye lah," serentak jawapan Arif dan Aiman. Lalu membuang pakaian kotor yang dipakai dalam raga atau kembali mengutup mainan dan simpan.

Susah mahu pisahkan tidur

Paling ketara dan kesukaran saya sendiri adalah berpisah tidur dengan anak-anak. Biasanya saya sudah menidurkan mereka di bilik berasingan. Aiman baring atas lengan kanan, Arif lengan kiri, Hakim lena sambil memeluk tangan saya atau tapak tangan saya perlu ada di bawah pipinya. Dapat hujung pun tak apa asalkan bersentuhan. Jika semua lena, saya akan bangun berubah tempat tidur di bilik lain. Bangun atau tersedar jam dua atau empat pagi, masing-masing sudah bergelimpangan di celah ketiak hujung kaki, ada yang memeluk erat pinggang. Apakan daya, hajat tak sampai.

Sebelum tidur, mereka tidak mahu lena selagi saya sendiri yang tidak menidurkan. Ikut sahaja. Masih berusaha memisahkan tempat tidur, dan masih belum berjaya. Kalau saya bertegas kedengaran pula tangisan yang panjang di luar bilik. Kita pula yang tidak sampai hati. Biarkan dahulu, saya juga yang tidak bertegas, anak-anak masih perlukan sentuhan ibu, saya juga jenis yang tidak sampai hati. Biarlah dahulu, sehingga sampai masanya.;D

Oh, sekarang ini masih bergelimpangan tidur. Semalam Hakim dan Arif bersusah payah menarik toto dari tingkat atas turun ke bawah. Kerana saya kembali bekerja di bawah. Bilik bawah hanya ada satu katil. Bangun pagi semua sudah berada atas katil, ;D. Habis sakit satu badan dihempap kanak-kanak riang.

Mereka masih tidur lena, saya meneruskan kembara menyiapak manuskrip. Sarapan belum buat, hanya mahu beli roti canai dan buat kari ikan buat kanak-kanak riang.


Rai kasih sayang yang tiada nilai, kerana ia mungkin akan dibawa pergi satu hari nanti.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, October 10, 2010

Salam pagi Isnin, 11 Oktober 2010


Teks: Masayu Ahmad
Pic;Google

Salam kasih sayang buat pengunjung blog ini di pagi Isnin yang tenang. Kalian sudah sarapan? Saya sudah, hirup dua cawan kopi. Dua cawan! Bersama roti lapik telur mata, letak kicap. Memang sedap. Mulanya mahu secawan. Rasa tak cukup, tambah lagi satu. Kanak-kanak riang masih lena. Tidurlah nak, sebelum bermula rutin baru Disemberi 2010.

Sekarang ini saya masih beri kebebasan kepada anak-anak bermain sepuas mungkin. Nampaknya Aiman sangat lah produktif dan cepat belajar. Hakim masih dengan kemaruk ultraman dan Ben 10, tetapi selalu diingatkan dan dipantau apa yang dibuat. Arif lebih fleksibel, kalau bosan belajar dengan Aiman, dia akan bersama Hakim di atas.

Selepas pulang bercuti, tv kami rosak, jadi sepanjang beberapa minggu ini saya menampakkan beberapa perubahan. Lebih baik tidak ada tv, atau hanya mengantikan dengan cd berbentuk pendidikan cd mengaji sahaja. Saya sudah membuat tinjauan semasa Pesta Buku 2010, sudah ada senarai yang perlu saya buat menjelang Pesta Buku 2011, Insya-Allah. Ia semestinya memudahkan saya dan memberikan manfaat kepada anak-anak. Arif dan Aiman boleh memberi tumpuan untuk tempoh yang lama, berbanding Hakim dia cepat bosan dan dia seperti saya.

Perlu pelbagai, tetapi dia lebih kepada otak penggunaan

Fungsi otak kanan

  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
 

Fungsi otak kiri


  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat

  • Menyimpan data dan fakta

  • Menganalisis

  • Memahami logik, bahasa dan matematik
 
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan
 
Hakim-Otak Kanan
 
Sangat suka aktiviti penyelesaian masalah, contohny dia memilih jenis permainan yang mencabar, kemudian boleh menyelesaikannya. Suka akan bentuk permainan yang kreatif. Tidak suka aktiviti yang sama yang mudah jemu.
 
Arif- Otak Kiri
Boleh menumpukan sesuatu perkara dengan penuh tumpuan dan dalam tempoh yang lama.
 
Aiman- Otak Kanan
Aiman nampak lebih seimbang, boleh mencerap dengan cepat apa yang diajar. Juga cepat bosan jika diajar perkara yang sama. Sama seperti Hakim, kerana kedua-duanya kidal.

Thursday, July 29, 2010

Alif atas aa

Teks: Masayu Ahmad

Hakim: Ibu, ibu tengok ni

Hakim: Jim di atas ja, alif atas aa, ba di atas ba, ta di atas ta. Menunjuk huruf-huruf ke arah saya dan mula mengeja.

 Hakim mengambil buku kecil yang tercatat huruf-huruf belajar mengaji dan separuhnya sudah terkoyak.

Ibu: Oh terima kasih Hakim. Nanti ibu belikan buku yang baru.

Ibu peluk Hakim rasa terharu sangat. Rupanya dalam buat-buat tak dengar, dia dengar sebenarnya. Sekarang ini saya biarkan sahaja video mengaji dan mengeja dari youtube untuk budak-budak ini. Pagi dan petang siang dan malam. Sebagai latihan permulaan, tiada siaran tv selama sebulan. Disebabkan diorang tidak suka diajar secara tradisional. Maksudnya suka di depan pc sahaja. Aiman sudah laju mengingati huruf-huruf. Alhamdulillah. Hakim kekal konsisten perlu dibaca berulang-ulang surah-surah lazim semasa tidur. Nampakya suda ada peningkatan. Biar sedikit tetapi konsisten. :D

Cara ini lebih berjaya berbanding menghafal mengikut turutan. Maksudnya sama seperti mengenal A, B, C, teruskan sahaja dari mana-mana huruf, iaitu huruf lain bukan secara turutan. Lebih mudah untuk mengenal bukan menghafal.

Kalau membaca, bukan sekadar baca tetapi baca dan faham. Dua perkara berbeza.

Kebanyakan masa juga saya tidak punya waktu untuk menumpu sepenuh perhatian, disebabkan berkejar masa dan situasi semasa yang banyak berehat.

Semalam siaran tv dibuka semula. Nampaknya mereka sudah tidak suka menonton lagi, menonton sekejap sudah lari untuk aktiviti lain. Saya akan tambah lagi aktiviti. Mulai tahun hadapan akan dihantar ke tempat yang lebih formal, insya-Allah. Saya lebih gemarkan pendidikan awal yang mengimbangi antara agama dan ilmu moden yang lain. Kanak-kanak yang cepat mencerap hafazan, insya-allah akan mudah mengikuti pembelajaran yang lain. Saya masih mencuba dan mempraktik beberapa pendekatan. Tidak mahu memaksan anak-anak, walaupun hati ini di seru-seru. Tetapi saya faham tidak boleh mendesak, pilih dan buat mengikut penyeseuaian semasa anak-anak. Pilihan di tangan kita dan setiap ibu punya pendapat sendiri. Insya-Allah.

http://www.masayuahmad.com/

Monday, July 19, 2010

Aktiviti kanak-kanak riang

Teks: Masayu Ahmad

Banyak cara dan pendekatan untuk mendidik anak-anak di rumah. Sudah tentulah ada imbangan antara ilmu akhirat dan ilmu dunia. Laman web dan juga blog ibu-ibu yang memberi informasi dan perkongsian pengalaman sudah tentu salah satu cara untuk kita mengambil dan mencerap apa cara terbaik untuk anak masing-masing.

Saya sendiri juga dalam proses melatih dan mencari pendekatan yang sesuai untuk Hakim, Arif dan Aiman. Paling mencabar adalah Hakim, kerana dia tidak mahu fokus dan berlama-lamaan belajar sesuatu perkara. Tetapi saya tahu, Hakim seperti saya cepat dan mudah bosan dalam sesuatu perkara. Mula mencari perkara baru atau suasana baru. Apabila saya ubah kedudukan bilik bekerja, mereka turut seronok. Sudah tidak boleh dipisahkan, di mana ibu, di situlah lokasi kanak-kanak riang bertiga. ;D

Dalam beberapa minggu ini sudah banyak perubahan pada Hakim. Aiman sangat cepat, pada usia 2 tahun 5 bulan, Aiman sudah mengingati alif hingga ya. Begitu juga Arif sudah juga ingat dan mengenal alif hingga ya. Walaupun tidak sehabat anak-anak orang lain, usia tiga hingga 4 tahun sudah banyak menghafaz ayat-ayat lazim. Insya-Allah saya masih lagi cuba memberi terbaik pada anak-anak. Hakim al-Fatihah sudah laju, begitu juga ayat-ayat pilihan tertentu, perlu sama-sama membaca barulah boleh diikut dan disambung.

Beberapa pendekatan yang saya lihat beri banyak ruang untuk belajar

Tidak ada siaran tv

Saya rasa kali ini sudah menjejaki 3 minggu siaran tv ditutup terus. Jika tidak anak-anak tidak mahu belajar. Biarlah dia fokus dengan komputer berbanding tv. Apatah tidak suka sangat dengan aksi ultraman, bukan satu, tetapi banyak jenis ultraman. Ultraman gaya, ultraman kosmos, entah apa-apa lagi namanya.

 Bukan sahaja ketagih, tetapi aksi-aksi juga buat saya cukup risau. Saya asyik-asyik terfikir apa cara lagi yang boleh dilakukan membuang ketagih mereka. Pada mulanya hanya sekadar sebentar, tetapi menjadi ketagih, aksi dan watak. Oh, sangat risau.

Ulangan bacaan Alif, ba ta sangat mujarab

Mereka akan mendengar dan menyanyi, ulang dan ulang. Ya lah kadang kala saya sendiri tidak sempat, tetapi pastikan juga setiap hari ada ulangan al-quran. Kelas tahfiz, insya-allah saya akan sambung semula buat Hakim, Arif dan Aiman. Selain sangat suka mendengar  mereka berzikir munjat dalam pelat, surah pilihan dan ayat-ayat Al-quran, saya dapat merasakan mereka secara tidak langsung mudah untuk menerima ilmu yang lain. Saya tidak meletakkan standard pencapaian, cukup sekadar setiap hari ada sentuhan dan pemantauan.


Perubahan Hakim

Semasa menghadiri satu seminar bulan lima dahulu, antara petua yang diberi penceramah untuk anak-anak yang aktif, lasak, dan banyak keletah (bukan nakalnya, ibu-ibu jangan sesekali menyebut anak nakal, doa ibu sangat mujarab), gosok di ubun-ubun kepala, baca Ya-Syafiq, Ya- Syafiq setiap malam ketika menidurkan anak.

Alhamdulillah, sekarang Hakim boleh lihat perubahannya, bangun pagi sudah tahu apa yang ibu suruh, mandi, makan dan buat kerja sekolah. Ayat-ayatnya juga sudah menyejukkan hati,

"Saya sayang ibu," datang peluk-peluk, jika sudah tahu ibu sudah mula naik angin. Terus sejuk.

 "Baiklah" atau " yalah-yalah," apabila di suruh.

"Hakim mandi ya bu,"

Hanya kadangkala sahaja memang suka mengusik-usik Arif dan Aiman. Itu sudah lazim kanak-kanak, jika diam tidak meriah pula.

Itulah cabaran, bukan sekadar suri rumah, tetapi bertindak juga sebagai guru. Sebagai ibu perlu menerokai ilmu yang luasnya tanpa sempadan. Melihat pula perkembangan anak-anak hari ini yang begitu cepat dan sangat bijak. Melihatkan kanak-kanak lain yang sudah maju, cepat membaca, menghafal al-quran dan surah. Sangat cemburu, tetapi walau apa cara pun tetap berusaha dan berusaha agar anak-anak terdidik dengan ilmu agama/ akhirat dan ilmu dunia.  Menmandangkan saya yang serba kekurangan ini, haruslah berusaha lebih memandangkan amanah ini bukanlah satu amanah yang mudah. Apapun tetap berusaha mencari pendekatan yang terbaik buat anak-anak.

Satu artikel yang saya baca, sudah lupa nama web tersebut. Melatih anak-anak solat lima waktu sebelum usia lima tahun dan sebelum usia tujuh tahun sudah dibiasakan dengan mengajak anak qiamulail bersama-sama iaitu solat malam, tahajud dan sebagainya. Maghrib dan isyak nampaknya sudah tidak ada masalah, memandangkan sudah dibawa si ayah ke masjid dan surau. Cumanya subuh, sudah boleh bermula untuk Hakim. Melentur buluh biar dari rebun. Mahu istiqamah buat anak-anak, sudah tentu ibu bapa sendiri yang perlu istiqamah terlebih dahulu. Betapa masih ceteknya amalan, semoga hamba ini diampunkan dosa-dosanya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Tuesday, July 13, 2010

Aktiviti kanak-kanak riang

Teks & foto: Masayu Ahmad

Banyak aktiviti yang boleh dilakukan untuk anak-anak yang masih kecil. Selain perlu kreatif, saya perlu sentiasa ubah suai mengikut mood dan perkembangan. Kanak-kanak juga seperti kita mahukan suasana segar, perkara baru. Tidak mahu perkara yang sama yang membosankan.

Biasanya saya mengabungkan tiga aktiviti berlainan setiap hari. Itu jika ibu dalam keadaan mood rajin, jika tidak kanak-kanak riang yang reka sendiri. ;D

Selalunya apabila saya sedang bekerja, kanak-kanak riang datang. Jadi saya dahulukan mereka, masa ini boleh lah buat kerja rumah yang lain. Selalunya starfall.com lah selalu mereka hadap.


A B C ini sudah digunakan sejak Hakim kecil lagi. Sangat berkesan untuk aktiviti mengenal huruf tanpa turutan seperti biasa. Mereka boleh melakukan akitiviti sambil mengingat. Sama ada dibuat jambatan, susunan panjang, petak dan banyak lagi.
Buku ini saya beli dengan harga RM0.50 sen sahaja semasa Pesta Buku Antarabangsa, sangat murah dan berbaloi-baloi. Saya beli untuk stok setahun.
Kedudukan meja ini sentiasa berubah-ubah sama ada di bilik, ruang tamu atau di dapur. Juga pelbagai fungsi boleh digunakan juga sebagai meja makan kanak-kanak riang.

Thursday, April 1, 2010

Hero terjunan tirus, luka berdarah

Hakim membuat terjunan luar biasa, lalu tidak sempat mengelak keningnya berdarah. Ibu tersenyum sahaja, melihat anak teruna meraung-raung, dahinya bercucuran darah. Ibu bertukar 'juru rawat super', mengambil 'diaper' yang masih baru letak pada, dahi Hakim. Alahai anak-anak, senyap seketika aksi 'ninja'. Diaper lebih banyak daya serap dari tisu, jadi suka suki saya sahaja buat rawatan.;D

Sekejap sahaja suasana senyap sunyi kerana hero terbaring sahaja.

"Hakim kuar, dah tak larat," kata hero dengan suara manja-manja orang sakit.

Seketika Hero sudah tidak sakit, melihat di tangan ibu ada sesuatu.



Hero kembali riang dan tidak menangis selepas ibu keluarkan kamera. Merah di dahi bertanda untuk hero kesayangan ibu. Sila abaikan Aiman, apabila malam menjelma, Aiman lebih suka berbogel, hanya berseluar sahaja. Inilah buah hati, nikmat kehidupan saya kini.

Monday, February 22, 2010

Operasi bilik gelap

Aiman usia 2 tahun 1 bulan  dua  hari (14012010)

Kanak-kanak riang kembali ke bilik operasi mereka. Bilik setor yang gelap. Mari kita ikuti perbualan ringkas tiga beradik.


Arif (no.2): Atim takut (kedengaran suara menangis-nangis mengada-ngada)

Hakim (no.1): Janganlah takut, abang kan ada. Jangan takut ya. (ibu sangat pasti ini adalah ayat-ayat yang ditiru dalam mana-mana skrip kartun tv)

Aiman (no.3): Atim atut-atut (juga mengadu takut gaya mengada-ngada konon takut)


Selepas lima minit berbual dan beroperasi, mereka keluar dari bilik gelap tersebut.

Arif usia 3 tahun 2 hari (14022010)

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin