Tuesday, January 7, 2020

Hakim Tingkatan 2 2019


Hanya mak mengenal anak.

Dari jauh pun ibu dah nampak abe Hakim.

Kalau rindu, intai intai page sekolah.



Tingkatan 2


Hari pertama tingkatan 3, 2020

Arif Tingkatan 1 2020

Alhamdulillah Allah makbulkan impian bersekolah di sini. Hari ujian bertulis adalah hari kematian Tok Ayah.
Arif hanya bersama Tok Ayah hingga jam 8 pagi sahaja.
Kita sambung 5 tahun lagi perjuangan di sini, insya Allah. Sesi kedua pada 9 haribulan ibu datang mengiringi Arif. Pagi setengah jam lebih awal sudah sampai.
Airmata, kasih sayang, usaha, perjuangan, letih semuanya sudah berbayar. Moga setiap ilmu kelak sebagai balasan segala didikan guru guru dan pergorbanan mereka. Kekallah diri Arif sekarang yang suka merendah diri.
Semoga dipermudahkan setiap pendakian perjalanan ilmu. Libang libu hati ibu seorang lagi akan keluar sarang, berbaki dua minggu.
Awal tahun kami berbincang mahu sekolah A atau sekolah B. Berbincang dari hati ke hati. Jika sekolah A boleh fokus yang ini, sekolah B fokus yang ini.
Rezekinya di sini. Allah Maha mengabulkan doa. Saat kesedihan diberikan khabar bahagia.










1 Januari 2017

Hari pertama kakak ke sekolah


Hakim Tingkatan 1 2018




Tingkatan 1 Naufal Arif 2020

Selesai pendaftaran abe Arif semalam. Selalu dia boleh kawal emosi. Masa ibu mahu balik dan bersalam mata sudah merah. Menitik juga air jernih. Arif jarang jauh dan berenggang dengan ibu.
Balik rumah semua rasa sunyi sepi. Ibu sudah mula teringatkan anak.
Semoga dipermudahkan untuk perjuangan ilmu. Doa yang baik baik sahaja. Insya Allah.
Ibu tak ada nak pesan apa, sebab sepanjang di rumah sudah banyak pesan. Kami banyak diam. Bermain emosi. Wajah ceria Arif bertukar muram usai kami menyebut sudah mahu pulang.
Abe Hakim sempat melefon dari sekolah. Nyata, dia juga mulai rindukan teman baik dan teman gaduh. Dekat disayang jauh merindu.
Jumaat dan Sabtu sudah penuh untuk sesi ziarah anak anak.

Mendaftar masuk 7.1.2019

Genap sebulan pemergian Tok Ayah




Hakim Tingkatan 1 2018




Abe Hakim minggu suaikenal Tingkatan 1, 2018

Arissa Tahun 4

Hari pertama sekolah kakak letih teruk. Arissa dia punya stamina lemah sikit. Nak pula kelas di tingkat 3.
"Cha tok dea make ibu, sapa jah kantin budok budok dah penuh. Cha tok duduk die dale kelas perut cha berdenting denting. Lapar ibu." Adu Arissa.
"Ok, ok mulai esok keno make dulu dan bawak bekal. Salah ibu tu, smale lorat."
Senget bahu bawa beg. Bertuah abe Aiman tak ditolong adik. Hari ketiga sudah mulai dapat rentak.
"Hari ni ok doh ibu, tapi letih sikit."
"Tak apo doh tu lama lama nanti biasa. Kena kuat semangat, nanti kena peluh hari minggu. Kakak kurang stamina ni. Buku skoloh jange bawa lebih pada jadual. Nanti berat beg."

Aiman

Ada orang teresak esak menangis. Ingatkan sakit ke apa. Ok, rupanya..
"Sayo rindu Arif." Adu Aiman sambil terhincut hincut badan menangis.
Lelaki mana nak tunjuk dia rindukan. Semalam sahaja ibu pecut sekejap konon hantar barang.
Ok, dapat lihat senyum anak pun sudah ok.
Seronok hari ini baca ibu bapa berkongsi cerita pendaftaran sekolah menengah. Jauh beza kita dahulu, semua urus sendiri.
Zaman kini, hantar anak sekolah suasana seperti daftar Universiti. Tapi itulahkan saat masuk sahaja kita dapat rasa keseronokan suasana ilmu.
Masa paling seronok adalah zaman belajar. Jika diulang inilah momen yang paling kita mahu kenang.
Siang hari Aiman agak keras dengan adik adik. Akan tetapi sejak Team A berkurang dua orang jadi sifat abang long kawasan tu terpaksa dikurangkan. Kalau tidak Ammar ugut tak mahu teman tidur. Jadi Ammar dah naik pangkat 'adik kawasan'. Jangan suka suka sakat lagi ya.
Kalau tak asyik menangis Ammar kena sakat.
"Jange brani brani buli sayo lagi." Tegas Ammar sambil cekak pinggang.
"K, kkkkk... Ammar nok gulo gulo brapo, sepuluh, dua puluh."

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin