Friday, July 20, 2012

Petang hari sebelum 1 Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad


Alhamdulillah, beberapa jam lagi singgah sudah bulan yang mula, bulan penuh keberkatan, bulan yang dinanti-nantikan sepanjang tahun. Sekejap sahaja, baru sahaja rasa berpuasa, berhari raya, hujung tahun dan tahun baru. Kini sudah berlalu awal tahun, pertengahan tahun, puasa, raya dan hujung tahun lagi untuk 2012

Jika diamati masa berlalu begitu pantas, 24 jam sekarang sama sahaja dengan 1jam. Memang laju, jadi apa yang perlu kita sibuk-sibukkan perkara yang tidak perlu. Ok, jadi sekarang mari kita duduk bersila dan ambil sehelai kertas. Tulis semula apa matlamat dunia dan akhirat. Mati sekejap sahaja lagi, menanti bila-bila masa.

Mari kita semak balik, tentunya ingatan ini untuk saya dan kalian juga.

Petang sebelum 1 Ramadhan

Sepatutnya saya pulang hari ini ke rumah ayah, tetapi bantuan Allah ada di mana-mana, urusan di sini masih banyak belum selesai. Kebetulan pula abang, kakak ipar, adik lelaki dan isteri pulang menemani ayah. Mereka dari Kedah dan Kuala Lumpur, jadi bolehlah saya bertenang-tenang semula menyusun dan menyelesaikan satu persatu.

Masih ada 20 hingga 30 judul buku yang belum saya kongsi, insya-Allah berdikit-dikit. Semalam rasa mahu pengsan, melihat banyaknya kerja perluu saya siapkan, mahu kemas kain baju, mengemas dapur, rumah, mahu alihkan almari, lihat pula senarai kerja. Rasa mahu pengsan, tetapi saya bertahan dan bersabar, apabila kepenatan saya baring sebentar sebelah Arissa. Kemudian terjaga lagi, sambung kerja, tidur semula, terjaga lagi. Memang bagus sebenarnya, Allah memberi peluang kepada saya agar tahu keupyaan diri.

Disiplin
Bulan ini harapnya dapat disiplin tidur awal dan bangun awal. Jika dapat ikut rentak ini sangat bagus untuk disiplin diri dalam agihan rumahtangga, urusan penulisan dan kedai buku online. Allah berikan saya peluang secara berperingkat, tidak diberi semua sekaligus, nanti tidak mampu pula saya uruskan dengan baik.

Alhamdulillah atas sambutan yang begitu baik, terima kasih tidak terhingga.

Masayu Ahmad
http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom




No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin