Showing posts with label Ulasan Kelas Asas Blog. Show all posts
Showing posts with label Ulasan Kelas Asas Blog. Show all posts

Saturday, September 6, 2014

Bayar 3 bulan gaji untuk segera berpindah mengikut suami


Singgah di blog puan arkitek,
Perkahwinan ditahun akhir universiti dengan graduan perubatan, memberikan saya cabaran status baru, isteri doktor. Sedikit-sebanyak menenggelamkan posisi karier ARKITEK yang dicita-citakan sekian lama. Syukur, kami disahkan dengan berita gembira pada hari konvokesyen saya, anugerah cahaya mata dalam kandungan seawal satu bulan ketika itu. Lantas dengan itu, saya terus memadamkan rasa teruja untuk mengejar dunia berkerjaya dilapangan hutan konkrit dan batu-bata. Memberi gelaran Arkitek Keluarga, dengan moto merekabentuk kehidupan dan generasi. Setuju?
Mengikut suami bertugas ke Malaysia Timur, Sabah mengasingkan saya dengan kehidupan baru yang unik dan berbeza dari laman sendiri tanah semenanjung. Lantas saya yang sudah sarat mengandung hanya terus berehat di rumah dan menunggu hari melahirkan anak pertama. Tekad saya mahu menjadi SAHM (Stay-At-Home-Mother) dan menjadi dambaan kawan-kawan lain, yang cemburu melihat saya ibaratnya hidup hanya goyang kaki.
Ketika bayi sulong baru berumur 6bulan, saya ditawarkan mengajar sebagai pensyarah kepada pelajar-pelajar diploma senibina, di sebuah kolej swasta berdekatan tempat kerja suami. Pada masa yang sama, saya teruja menjumpai blog Arkitek bekerja hanya dirumah, Khairunisa Hamzah. Kebetulan beliau juga belajar satu Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sama dengan penasihat kajian sarjana saya di Universiti Mlaysia Sabah (UMS), Prof. Dr Abdullah Bade. Saya sangat-sangat keliru dengan keputusan saya samada kembali berkerja atau WAHM(working-at-home-mother) seperti beliau. Ia cukup menganggu tidur lena saya.
Perasaan itulah yang membuatkan saya menghubungi beliau selepas berkali-kali membaca entry ini:http://khairunnisahamzahara.blogspot.com/2013/06/letak-jawatan.html
Beliau menyarankan agar saya buat sesuatu mengikut kemampuan diri dan menjemput saya mendaftar untuk bersama dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) setelah saya mampu membuat keputusan berhenti kerja nanti. Jika saya mampu.
Kerjaya pensyarah menjadikan diri ini terasa bagaikan lilin yang membakar, apabila semangat erti hidup untuk memberi berkobar-kobar, apalagi yang diberikan itu adalah perkongsian pengalaman dan ilmu secara proaktif di lapangan senibina. Tutup sebelah mata, maka saya teruskan dilema yang dihadapi dan terus mengajar dan mendidik anak bangsa. Walaupun hakikatnya saya sedar gaji pensyarah kolej nyata tidak langsung mencapai tahap 'standard' graduan kelulusan Arkitek dan sedar cabaran yang mesti saya tempuh sebagai seorang ibu dengan misi penyusuan susu ibu penuh selama dua tahun. Suami menyahut penuh seruan memperkasakan 'breastfeeding' oleh majikannya, kementerian kesihatan Malaysia!
Akhir tahun lepas, suami dipindahkan untuk bertugas di pergunungan kinabalu. Kami terpaksa tinggal berasingan dan berpisah. Jarak pergi-balik dari puncak gunung dan kota kinabalu hanyalah 3jam tetapi dengan laluan jalanraya yang dipenuhi lereng-lereng gunung, ia bukan opsyen yang praktikal. Bagai pucuk dicita ulam mendatang, Kolej memberikan opsyen “Voluntary Surrender Scheme” (VSS) kepada semua pekerja pada bulan yang sama. Walaupun saya memilih untuk memohon VSS, tetapi Allah Maha mengetahui. Permohonan saya ditolak kerana hanya saya satu-satunya pensyarah kelulusan senibina di institusi tersebut.
Kali ini, saya diuji terpaksa membayar 3 bulan gaji sekiranya ingin segera berpindah mengikut suami. Buat kali pertama hati saya berkecamuk dan menyesal kerana BEKERJA, kerana saya selama ini sudah utuh dan yakin bahawa lubuk ketenangan dan kelapangan yang hakiki adalah satu rumah duduk tinggal bersama sekeluarga. Rumah ku, syurga ku!
Dengan izin Allah, saya menghantar notis berhenti kerja 4 bulan setelah mengetahui tawaran VSS saya ditolak. Saya berhenti elok sehingga habis semua kuliah saya sepanjang semester akademik di kolej. Sementara itu, suami jauh di pergunungan, kami hanya berjumpa di hujung minggu atau pada kelapangan yang ada. Senyum saya mengigati bagaimana kami terpaksa melalui pengalaman menyewa bilik bersama pelajar-pelajar di asrama kolej demi keselamatan bayi dan kekangan ekonomi untuk menyewa dua rumah sekaligus pada ketika itu. Sewa rumah di kota kinabalu dua kali ganda lebih mahal dari kadar sewa di kuala lumpur.
Semuanya sudah beberapa bulan berlalu, setelah mendapat berita kandungan anak kedua, semangat untuk terus berhenti bekerja kembali hidup dan harapannya agar kandungan ini juga (sekarang 5bulan) yang meneguhkan keputusan saya untuk merdekakan diri dari terus berkerja untuk orang lain. Cukuplah diri saya sendiri sebagai majikan dan saya jua sebagai pekerja. Merdeka!
Getus hati kecil ini, macamana saya akan mula menulis blog, sedangkan saya hanya pandai melakar atau melukis. Paling pandai berkhayal mencari idea. Menerawang dan entah ke mana-mana. Berpenglipulara. Itulah kerisauan suami, risau saya memikirkan cinta lain agaknya. Bila diingat-ingat kali terakhir saya menulis blog, saya sudah lupa bila. Terasa lebih muda, riang dan ceria, saya mula kembali ber'blog' hari ini.
Saya akan mencari makna disebalik perkenalan kita hari ini, makna sebuah kemerdekaan, disini bermulanya sebuah cinta.
Berkenalan dengan Afdhalila Nur
Singgah di blog:http://afdalilaabas.blogspot.com/
Kelas Asas Blog Dan Penulisan.

Tulis dari hari


Saya pernah ada blog. Itu pun dulu-dulu. Zaman belajar dan zaman mula-mula bekerja. Pada saya blogging ini satu fenomena yang menjadi ikutan dari tahun ke tahun. Walau pun blogger memang semakin ramai tetapi saya lihat individu yang ada blog sendiri boleh dikatakan agak ‘rare’ dan ‘special’ apabila berada di laman maya. Pernah dengar nama-nama seperti Broframestone, Denaihati, Joegrimjow, Ariffshah, The Other Khairul dan Cik Epal? Hmmmm...inilah beberapa blog yang selalu juga saya singgah satu ketika dahulu.
Berbalik pada blog kepunyaan saya, semuanya tidak menggunakan nama sebenar. Sebaliknya saya selesa mengekspresikan diri menggunakan nama lain. Tapi kali ini di dalam kelas maya di bawah Asas Blog bimbingan Puan Anys Idayu Zakaria kami mesti mempromosikan nama sebenar sebagai alamat blog. Maka Alhamdulillah terciptalah blog yang kini boleh dilayari jika anda menaip bibinormimdnoor.blogspot.com di ruangan alamat URL. Blog saya kali ini bertemakan wanita, cinta dan inspirasi. Tiga serangkai yang begitu dalam maksudnya. Saya sengaja gabungkan tiga perkataan ini kerana saya yakin kesemuanya saling berkait dalam hidup. Hampir empat bulan lamanya, saya mencuba untuk memberi perhatian pada blog ini demi berkongsi apa yang dirasakan dapat menjurus kepada ‘memberi’ dan menginspirasi’ pembaca.
Dan pada petang ini, secara langsung saya cuba menaip semata-mata mahu berkongsi kelebihan ilmu salah satu ebook tulisan Masayu Ahmad bertajuk Asas Belajar Blog. Suka saya katakan ebook ini hampir berjaya memahamkan saya metod sebenar dalam menguruskan blog secara lebih baik dari semalam. Saya tidak lagi ‘lost’ atau ‘blur’ tak tentu fasal walau pada mulanya ada sedikit ‘blank’ dek tidak tahu dari mana mahu bermula. Namun berkat mentor yang ‘gigih’ membantu, Puan Anys dan beberapa informasi perkongsian bersama di Closed Group saya dapat atasi ‘blogger’s block’ tersebut. Syukur kepada Allah Yang Esa yang memberi ilham.
Saya rasa ebook ini tiba tepat pada masanya bagi mereka yang mencari ilmu yang sama seperti yang saya cari. Bagusnya di sini ada peraturan yang memerlukan kita menganalisa dahulu latar belakang diri dari segi pendidikan, minat, kemahiran dan kepakaran diri sebelum memilih tajuk dan tema yang sesuai dijadikan blog. Di sini penggunaan nama sebenar dan emel yang tampak professional (menggunakan nama sebenar) perlu bagi memudahkan carian pembaca dan pelanggan kelak di carian Google. Dalam ebook ini ada juga dikongsikan kisah kejayaan, pengalaman dan tip-tip bermanfaat oleh beberapa wanita yang layak dijadikan inspirasi. Nama-nama seperti Faridah Yusof, Aishah Hussein, Ashikin Hashim dan Nik Fauziah Nik Hussin turut dikongsikan untuk tatapan pembaca. Pada saat kita membelek helaian ebook, kita akan bertemu perkataan ‘hebat’ seperti WAHM, SAHM, dan SOHO. Nak tahu maksudnya secara praktikal? Jom sertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) kerana di sini kita akan sama-sama berkongsi ilmu dalam merealisasikan blog impian, mempromosikan produk, belajar tip blogging efektif, dan belajar menghasilkan pendapatan bermula RM10 hinggalah ke RM100 sehari. In Syaa Allah…kerana Tuhan itu Maha Kaya.
Berkenalan dengan penulis, Bibi Normi
Kelas blog bisnes/ Pengurus online akademi
Singgah lagi di sini http://bibinormimdnoor.blogspot.com/2014/09/inspirasi-ebook-asas-belajar-blog.html
Pendaftaran kelas online blog dibuka setiap hari. Boleh mula daftar bagi yang sudah sedia

Wednesday, July 9, 2014

Ramai ibu mempunyai niat yang sama

Sebelum ini saya telahpun melibatkan diri di dalam perniagaan online sejak 5 tahun yang lalu. Saya mempunyai Blog Bisnes, Facebook dan juga Fanpage bisnes. Prestasi bisnes online saya ada pasang surutnya. Jika saya mendiamkan diri, tidak update di blog atau Facebook, maka jualan pun tiada. Begitulah sebaliknya.
Terus terang saya katakan di sini, bekerja di rumah secara solo, seorang diri di samping kerja-kerja di rumah yang seakan-akan tidak pernah habis memerlukan semangat dan motivasi yang sangat tinggi . Sokongan daripada suami, anak-anak dan juga keluarga terdekat amat diperlukan.
Sehingga pada awal bulan Jun 2014, saya terpanggil untuk menyertai Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR). Saya memberanikan diri untuk pm P bertanyakan apa yang perlu dan boleh saya lakukan untuk menambah pendapatan keluarga pada masa yang sama ingin menjana pendapatan dan mendidik anak-anak sendiri.
Saya diberikan 8 soalan analisa diri. Selepas itu barulah dicadangkan supaya saya mengikuti kelas penulisan dan asas blog. Saya perlu menyiapkan sebanyak 44 entri di blog baru saya iaitu Diari Surirumah Online. Di sini, mata saya terbuka luas.
Rupa-rupanya ramai wanita terutamanya ibu-ibu di Malaysia yang mempunyai niat yang sama seperti saya. Mahu melihat anak membesar depan mata sendiri dan pada masa yang sama dapat menjana pendapatan untuk keluarga dari rumah.
Saya mula menjelajah ke blog-blog guru kelas online yang lain dan juga alumni kelas-kelas online. Sungguh tidak disangka, kerja dari rumah secara online, kini telah menjadi trend terutama golongan wanita yang berpelajaran tinggi.
Telah banyak pendedahan mengenai perlunya wanita berada di rumah untuk menjaga dan mendidik anak-anak sendiri. Terasa rugi seketika kerana agak terlewat menyertai ABDR padahal saya telahpun mengikuti blog Puan Masayu Ahmad iaitu naufalsayang.blogspot.com beberapa tahun yang lepas. Apapun, saya panjatkan jutaan kesyukuran kerana masih ada ruang untuk saya bergerak bersama-sama dengan ABDR secara berjemaah.
Untuk sahabat yang masih tertanya-tanya apa itu ABDR:
Secara ringkasnya Akademi Bekerja Di Rumah ini adalah satu kumpulan sokongan atau satu kelompok khususnya para suri yang bekerja di rumah.
Kami bergabungan bersama dengan 780 blog peserta, 25 kelas dan 11 guru online yang berdedikasi.
Operasi ABDR adalah 100% secara online (atas talian) dengan menawarkan kelas online untuk menjana pendapatan dari rumah melalui platform blog dan fanpage niaga di Facebook.
Kelas online yang dijalankan adalah berbentuk tutorial. Setiap protege (peserta) akan dibekalkan Ebook belajar asas blog sebagai rujukan utama.
Protege akan dimasukkan dalam group kelas online di laman facebook dan komunikasi antara protege dan guru online adalah secara one to one (personal coaching). Nota dan tutorial bergambar juga disediakan di dalam group kelas online tersebut.
Jadual kelas online adalah fleksibel mengikut masa dan kesediaan protege sendiri untuk mula kelas.
Peserta ABDR adalah di kalangan yang mempunyai pelbagai latarbelakang pendidikan dan pengalaman.
Sekarang, setelah lebih 2 minggu saya menjadi keluarga ABDR, jumlah kenalan semakin bertambah walaupun hanya di alam maya. Kata-kata dan pengalaman mereka begitu terkesan dengan jiwa.
Jika dulu saya memperkenalkan diri sebagai surirumah yang tidak bekerja, segan untuk memberitahu tentang bisnes online yang naik turun prestasinya. Sekarang tidak lagi. Saya sudah mula memperkenalkan diri sebagai WAHM. Saya percaya dengan kata-kata dan doa serta usaha yang konsisten, matlamat saya ingin menjana pendapatan setiap hari InshaaAllah akan menjadi kenyataan.
Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada jemaah keluarga ABDR. Tahniah!
Singgah di blog: http://zabedahshafie.blogspot.com/
Berkenalan dengan puan Zabedah, Ummu Aimy ButikSpa

Sunday, May 18, 2014

Bekerja di rumah, hati mahu hati batu


Total Pageviews setakat saya menaip entry ini pada jam 9.55pm hari Ahad 18 Mei 2014 ialah 3530. Jumlah tersebut sudah cukup memberangsangkan kerana blog ini baru sahaja berusia sebulan lebih.
Pastinya ia hasil daripada jaringan Bloggers Akademi Bekerja di Rumah kerana kami saling berkongsi link blog di blog/facebook/fanpage masing-masing. Jika hanya seorang sahaja berkongsi link blog, rasanya blog saya ini tidak mampu mencapai Total Pageviews sebanyak ini. Inilah salah satukelebihan menjadi Ahli Akademi Bekerja di Rumah. Networking - Networking - Networking!
Kenapa 44 entry yang perlu pelajar ABDR siapkan?
Ia bertujuan untuk melatih dan mendisiplinkan diri agar sentiasa update blog. Bukankah kita digalakkan melakukan pengulangan sesuatu perkara itu sebanyak 40 atau 44 kali supaya ia menjadi tabiat kita? Itulah konsep yang diterapkan oleh Pengasas.
Walaupun saya tidak update blog ini setiap hari, namun saya masih update blog personal saya iaitu www.ayurashid.com. Jadi, tidak menjadi masalah kepada saya untuk mendisiplinkan diri untuk update blog. Lagi pun, blog adalah minat saya. Saya menjadikan minat saya sebagai medium untuk membina rangkaian perniagaan dan mempromosikan produk yang saya jual.
Di samping itu juga, blog adalah tempat untuk saya berkarya, kerana saya sangat meminati bidang penulisan. InsyaAllah, saya akan mengambil kelas Online Asas Penulisan pula kerana saya mempunyai matlamat untuk menghasilkan eBook dan cerpen kelak. InsyaAllah, apabila anak semakin membesar saya lebih dapat fokus kepada minat saya pula.
Dalam entry akan datang, saya akan kongsikan Review saya tentang Akademi Bekerja di Rumah. Semoga Review tersebut memberi manfaat kepada semua
Singgah di sini untuk baca lagi: http://rahayu-abdulrashid.blogspot.com/2014/05/akhirnya-entry-ke-44.html?spref=fb
Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan.
a. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog.
b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan.
c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum.
d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi.
e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih kurang 600 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog.
f. Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul.
g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog.
h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog.
Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia

Saturday, January 25, 2014

Latihan dan konsisten itu penting

Sumber:http://lennybonifacejubilee.blogspot.com/2014/01/ulasan-kelas-asas-blog.html
Alhamdulillah.
Sekali lagi, Alhamdulillah, saya telah mencapai 44 entri. Diberikan kelapangan oleh Allah dan juga digerakkan hati saya olehNya untuk berusaha pada tugasan ini. Alhamdulillah.

Saya ingin menceritakan sedikit pengalaman di dalam kelas Asas Blog ini. Kelas yang dilakukan secara online adalah sesuatu yang memang suatu kelainan bagi saya. Saya sangat suka belajar dan paling suka sekiranya ada guru mengajar di depan saya. Namun, kelas kali ini secara online. Maka, sangat mencabar daya tahan diri kita. Bayangkan, kalau ada cikgu depan mata, kita akan buat kerja kan. Jika cikgu tiada, kita tak buat kerja rumah. Senario biasa kan. Tetapi, di kelas Asas Blog ini, kita tak bertemu dengan guru pun. Tak nampak guru pun. Jadi semuanya atas nawaitu kita, kehendak kita, keazaman kita untuk menyiapkan tugasan yang diberikan oleh guru.

Jujur saya katakan, saya pun liat juga nak siapkan tugasan. Mana nak fikir tugasan, mana nak fikir bisnes Shaklee saya, mana nak fikir anak kecil saya, mana nak fikir kerja hakiki, mana nak kemas rumah... Banyak kan nak difikirkan? Tetapi akhirnya, setelah saya 'tune' pemikiran saya, saya akhirnya berjaya menyusun-atur agenda harian saya. Bukan senang ya. Bukan sehari dua punya kerja. Tetapi hari-hari kena 'tune' minda kita. Sekarang saya tengah 'tune' minda pulak untuk membuat jualan tinggi bagi bisnes Shaklee saya.

Benarlah kata lagu "Jika kau fikirkan kau boleh.." (tak ingat tajuk lagu). Tetapi itulah dia. Kita yang harus set-kan minda kita untuk mencapai kejayaan. Kita harus percaya kita boleh, dan harus berusaha mencapai kejayaan. Tak kira apa status kita di dunia ini.

Berbalik kepada kelas Asas Blog, saya ingin mengucapkan jutaan penghargaan kepada mentor/guru saya Nurzahwani Mohd Nor, atas segala tunjuk ajar yang diberikan. Hanya Allah dapat membalasnya. Mentor-mentor/guru-guru di Akademi Belajar dari Rumah, adalah guru-guru yang berdedikasi dan berusaha membantu golongan ibu-ibu, isteri-isteri, wanita-wanita untuk mencapai cita-cita mereka, untuk berjaya. Pokok pangkalnya adalah nawaitu dan kesungguhan pelajar untuk mencapai kejayaan.

Kelas Asas Blog ini adalah peluang yang keemasan untuk golongan surirumah untuk mencari pendapatan sampingan cuma dari ruangan selamat di rumah sendiri. Usah difikirkan ketakutan atau kerisauan anda dalam menyertai kelas online di Akademi Bekerja dari Rumah. In shaa Allah semua dapat diselesaikan dengan lancar. Berdoa banyak-banyak moga-moga Allah permudahkan usaha kita, wanita-wanita yang ingin bekerja dari rumah untuk membantu kewangan keluarga

Friday, January 24, 2014

Mula dari sekarang


Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.


Monday, January 20, 2014

Semua orang sibuk, jejak masa fleksibel ;)


Ulasan Pelajar Kelas Blog Bisnes - Nur Sayyidah

Ulasan Pelajar Kelas Asas Blog Bisnes

Guru Online : Anys Idayu Hj Zakaria
Protege : Nur Sayyidah Yahya  
Sumber : http://sayyidahyahya.blogspot.com/search/label/Ulasan%20Kelas


Kelas Asas Membuat Blog : Dari kaca mata saya
Hari ini merupakan hari kedua sesi persekolahan pada tahun 2014. Belum terlewat rasanya untuk saya mengucapkan selamat tahun baru. Pertambahan tahun ini bermakna usia kita juga bertambah. Mogo tahun ini kita semua menjadi seorang hamba ALLAH yang lebih baik dari semalam. Moga amalan kita makin bertambah dan kita berubah ke arah yang lebih baik. InsyaALLAH.
Sesungguhnya perancangan ALLAH adalah yang terbaik untuk kita dan kita sebagai hambaNYA haruslah berusah untuk mencapai apa yang dirancang dan berserahlah kepadaNYA. Saya merancang untuk selesaikan semua tugasan dalam kelas Belajar Asas Blog bersama cikgu Anys sebelum tahun 2014 menjelma. Tetapi malangnya saya tidak dapat selesaikan semua tugasan tersebut seperti yang dirancang. Moga saya terus diberi kekuatan untuk selesaikan semua tugasan ini.
Sesungguhnya saya tidak pernah terduga untuk menyertai kelas ini. Tapi itulah yang telah tersurat untuk saya. Perkenalan saya dengan cikgu Anys Idayu Zakaria adalah dirancang oleh ALLAH. Saya mengenali cikgu Anys di blog Akedemik bekerja di rumah. Blog ini amat menarik minat saya kerana perkataanbekerja di rumah sungguh dekat dengan hati saya. Sebab itulah impian saya…bekerja dari rumah…mogo impian ini di makbulkan oleh ALLAH.
Impian saya untuk membuat blog kerana saya begitu teruja untuk memulakan bisnes Shaklee bagi membolehkan saya mencapai impian saya untuk bekerja dari rumah. Di kelas asas membuat blog ini saya diajar tentang cara-cara untuk membina blog bermula dari awal sehingga saya berjaya menghasilkan blog walaupun saya bukanlah seorang yang mahir IT. Teknik-teknik yang digunakan amatlah mudah difahami. Sekiranya terdapat persoalan, saya boleh menghubungi cikgu Anys pada bila-bila masa. Cikgu Anys adalah seorang yang mudah mesra dan sabar melayani setiap pertanyaan saya.
Kelas ini amatlah mesra kelurga…kerana saya tidak perlu keluar tinggalkan keluarga untuk hadir ke kelas…cukup sekadar luangkan sedikit masa di depan PC. Segalanya dilakukan secara dalam talian. Sungguh mudah. Tidak dinafikan, untuk membina satu blog kita boleh belajar sendiri berpandukan internet, tetapi belajar tanpa guru amatlah berlainan dengan belajar dengan seorang guru yang mahir. Dengan adanya seorang guru kita dapat menghasilkan satu blog yang menarik dan dapat bertukar-tukar pandangan.
Kata kunci penting yang diajar oleh cikgu Anys adalah gunakan nama penuh sendiri seperti yang tertera di IC untuk hasilkan blog dan email bagi memudahkan proses penjenamaan diri. Kepada semua yang ingin membina blog untuk perniagaan ataupun sekadar untuk berkongsi ilmu, bolehlah berhubungi n cikgu Anys. Percayalah anda tidak akan rugi mempelajarinya. Semoga ilmu yang kita ada dapat dikongsikan dengan orang yang memerlukan

Saturday, January 11, 2014

Konsisten itu perlu untuk berjaya

Teks: Snh Nurulhusna
Teruja apabila didedahkan dengan dunia blog semasa di Kelas Asas Blog dan Penulisan, lantas saya mengintai untuk menempatkan diri di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif pula. Kedua-dua kelas ini kedengaran seperti serupa namun 'udara'nya berlainan sekali. Memang tidak bosan kerana kedua-duanya punyai keistimewaan yang tersendiri. Seandainya ada rezeki dan kemampuan, mahu saja saya bolot rekod mendaftar semua kelas yang ada di ABR. Tamakkan ilmu tidak mengapa rasanya!

Masih terkial-kial di Kelas Asas Blog dan Penulisan Kreatif yang dianjurkan oleh Akademi Bekerja di Rumah namun usaha tetap usaha. Saya tidak pandai menulis, dan kelas-kelas ini untuk menjadikan saya terbiasa dengan aktiviti menulis kerana sejarah telah membuktikan, orang-orang yang berjaya terdiri daripada penulis. Saya ingin berjaya, jadi teori yang mudah, hendak berjaya mesti menulis. Tulis apa? Mungkin sesuatu yang boleh menaikkan motivasi saya sendiri dan dalam masa yang sama boleh dikongsikan dengan insan lain di samping menggalakkan saya memburu ilmu. Jikalau tiada 'input' manakan pula hendak keluar 'output'nya.

Dengan menulis juga membuatkan saya berfikir beberapa kali sebelum menyasar dalam tindakan mahupun kata-kata. Syukur Alhamdulillah, salah satu ciri yang dikesan dalam kelas online ini ialah mesra pelajar dan contoh yang diberikan amat mudah difahami. Saya amat kagum kerana kebanyakan penulis yang berpengalaman dalam penulisan pun masih mendaftar untuk belajar di kelas di bawah kelolaan Cikgu Monalita Mansor.

Blog Tentang Masa ini sekadar perkongsian, jauh sekali untuk tunjuk pandai. Penulis masih lagi berkelana dan berkembara ilmu dan amalan untuk hijrah ke arah Rabbul 'Izzati. Biarlah ilmu yang sedikit ini tersebar dan menjadi saksi di akhirat kelak. Semua dengan IzinNya.
Sumber:http://tamsilankehidupan.blogspot.com/2014/01/kenapa-saya-mendaftar-di-kelas.html

Monday, January 6, 2014

Bergabung dengan surirumah lain secara online


Jujurnya sebelum ini memang saya pernah mempunyai blog sendiri tapi tiada isi kandungan yang berkualiti kerana blog yang dihasilkan dulu sekadar untuk cuba-cuba sahaja. Dulu saya sangat kagum dengan rakan-rakan yang pandai menulis dan menjadikan blog mereka cantik dengan gadget-gadget yang menarik tambahan lagi sekarang telah lahir ramai 'selebriti' blog yang popular seperti Fatin Liyana dan Hanis Zalikha. Memang sebelum ini pernah bercita-cita untuk jadi blogger popular seperti mereka tapi apakan daya tahap kepakaran dalam penulisan kreatif sangatlah lemah.

Saya juga mempunyai masalah yang sangat berat iaitu sukar untuk berkongsi kisah hidup kepada orang lain, inikan pula perlu buat karangan mengenai kisah hidup dan disiarkan diinternet untuk tatapan satu dunia serta mengharapkan lebih ramai yang akan baca kisah hidup kita.

Pada 10/10/2013 bermulalah perjalanan hidup saya sebagai penulis blog secara serius serta mempunyai hala tuju yang jelas. Pada hari tersebut saya telah mendaftarkan diri sebagai pelajar kepada cikgu dalam penulisan blog iaitu Pn. Zaila Mohamad. Kelas yang diadakan sangat flexible, tiada waktu-waktu tertentu yang ditetapkan. Kak Zaila juga merupakan cikgu yang sangat peramah dan beliau akan menjawab kesemua soalan dengan penuh komitmen. 

Pada permulaan kelas memang terlalu banyak soalan yang saya tanyakan kepada kak Zaila. Beliau juga pasti akan menjawab sehingga saya betul-betul faham. Masalah utama yang saya hadapi semestinya cara penulisan yang betul. Untuk entri yang pertama memang sangat banyak kesalahan yang saya lakukan. Kata nama diri yang sesuai pun diajar oleh kak Zaila. Cara penceritaan serta isi kandungan juga penting. Cara-cara untuk masukkan gadget-gadget utama dan sesuai dengan blog kita juga diajar. Kini saya tahu bahawa blog yang cantik tidak semestinya akan menarik minat pembaca untuk ikuti blog kita tetapi isi kandungan yang menarik dan mudah difahami itu yang penting.

Setelah mendaftar dalam kelas blog ini, secara automatiknya saya berada dalam Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR). Pada mulanya saya tidak faham apa kaitannya ABDR dengan blog. Setelah berkomunikasi dan berkenalan dengan beberapa orang ahli ABDR baru saya faham bahawa kebanyakan penulis blog yang berada dalam ABDR adalah suri rumah yang sesetengahnya pernah bekerja serta memegang jawatan tinggi dan mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah. Mereka menggunakan pelbagai medium untuk memasarkan hasil kerja mereka dan salah satu caranya adalah melalui penulisan blog. 

Di Akademi Bekerja Dari Rumah, setiap ahli akan memberi sokongan antara satu sama lain kerana tidak semua wanita yang bekerja dirumah akan dipandang tinggi oleh orang diluar sana. Diharap melalui perkongsian perjalanan hidup bekerja dari rumah melalui blog ini akan membantu dan memberi garis panduan kepada para wanita yang ingin mengambil keputusan untuk bekerja dari rumah sahaja.

Wednesday, November 13, 2013

Belajar menulis secara konsisten


Mutakhir ini, aktiviti menulis blog tidak lagi menjadi suatu perkara yang janggal. Masih lagi segar di dalam ingatan saya sekitar tahun 2008, saya langsung tidak pandai membuat blog. Pada masa itu saya mempunyai 3 orang rakan yang sudah mempunyai blog  dan sedia mengajarkan ilmu blog secara teknikal. Akhirnya blog saya terhasil juga namun blog itu hanyalah sekadar blog pinggiran. Tiada matlamat jelas, jadi blog hanya sekadar pada url sahaja.

Sebenarnya membuat blog perniagaan atau blog peribadi secara individu adalah sangat mudah untuk dilakukan mengikut tutorial yang sudah disediakan. Anda tidak perlukan guru, apatah lagi perlu membayar yuran untuk menghasilkan blog percuma.

Namun apa yang anda perlu belajar dari guru berbanding belajar melalui kesilapan adalah jauh lebih berbaloi. Anda akan dibimbing untuk memastikan kandungan blog anda adalah kandungan yang mempunyai nilai tambah serta membawa manfaat serta diajar untuk hanya memilih aplikasi-aplikasi tertentu yang penting sahaja. Ada blog yang kita hasilkan penuh berinformatif namun pelawat tidak dapat akses ke blog disebabkan terlalu banyak gajet-gajet tambahan yang melambatkan proses loading blog kita. Tiada guna blog yang cantik dan sentiasa dikemaskini tetapi sekadar menjadi blog sampah dicarian google.

Alang-alang berblog, matlamat kita ialah bagi menjadikan blog kita sumber rujukan ramai dan blog yang diminati  kerana mempunyai pelbagai informasi. Sekurang-kurangnya ilmu yang bakal diperolehi oleh pelawat blog yang diamalkan itu boleh menjadi saham akhirat untuk kita. Sebagai peniaga pula, blog ini diharapkan agar dapat menghubungkan kita dengan rakan perniagaan dan juga pelanggan.

Bagi menghasilkan sebuah blog yang berkualiti tinggi dan mampu menjana pendapatan, adalah penting bagi kita untuk menulis blog berdasarkan ilmu. Carilah guru, rujuklah pada mereka yang pakar kerana masa kita adalah sangat berharga untuk dibazirkan pada sesuatu yang sia-sia. Saya sendiri pernah mempunyai blog sebelum ini namun akhirnya berkubur kerana menulis blog tanpa ilmu dan tiada matlamat yang jelas dan ilmu yang cukup mengenai penulisan blog.

Wednesday, October 30, 2013

Bekerja sambil berniaga blog Azura Abdullah



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah. Dengan izin Allah swt akhirnya pada tanggal 31hb Oktober, 2013 berjaya juga saya siapkan tugasan 44 artikel yang diberikan Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah, Puan Masayu Ahmad selepas berkayuh keras melawan arus selama 4 bulan. Ini antara cabang persediaan saya meninggalkan kerjaya tetap menuju kerjaya baru yang telah lama saya idamkan, WAHM (Working At Home Mom). Doakanlah semuanya berjalan lancar untuk saya. Saya bermula di kala kekangan kerja di pejabat sangat keras dengan pelbagai kes yang menuntut komitmen luar biasa dari saya. Namun fleksibiliti yang ditawarkan melalui kelas di bawah bumbung Akademi Bekerja Di Rumah ini amat memahami situasi tersebut. Tiada kelas formal secara offline yang perlu saya hadiri and tiada waktu tetap yang saya perlu dial-in (seperti phone call meeting atau conference call meeting). Ianya lebih kepada satu ikatan antara Mentor dan Mentee yang sentiasa bersama tak kira waktu, "coaching" akan diberikan berdasarkan senarai tugasan yang telah ditetapkan dalam setiap modul kelas yang telah dilanggani. Sangat mudah. Itu lah yang saya cari dan saya temui di Akademi Bekerja Di Rumah.

Bukan itu sahaja, sebagai seorang jurutera di sebuah syarikat mutinasional yang mempunyai 80000 pekerja di seluruh dunia dengan pelbagai pendedahan yang saya dapat di tempat kerja saya, merantau dipelbagai pelusuk dunia, bukanlah mudah untuk seseorang atau sesuatu itu mendapat komitmen dan mengikat diri saya. Tetapi Puan Masayu Ahmad, Pengasas Akademi Bekerja Di Rumah berjaya melakukannya. Idea dan konsep Akademi Bekerja Di Rumah itu sendiri telah menarik perhatian saya. Suatu idea dan konsep yang benar-benar di luar kotak (out of the box thinking). Memahami idea dan konsepnya sahaja telah membuat saya terpikat, belum lagi terlibat. Ianya suatu idea dan konsep bisnes yang sangat menarik. Suatu idea dan konsep bisnes yang tidak mementingkan diri sendiri. Suatu idea dan konsep bisnes yang win-win. Suatu idea dan konsep bisnes yang memenuhi tuntutan sosial dan mendidik anak bangsa. Suatu idea dan konsep bisnes yang menjana ekonomi para suri dan mereka-mereka yang terkapai-kapai di luar sana. 



Saya mula berkecimpung dalam arena blogging bermula 2hb Februari, 2009 tanpa sebarang asas dengan bahasa rojak, tanpa arah. Sekadar berkongsi minat saya dalam menghasilkan barang kemas buatan tangan (handmade jewelries) bersama-sama rakan-rakan dan seterusnya menjualnya melalui blog setelah ada yang berminat dengan melihat gambar-gambar kerjatangan saya melalui blog. Saya juga terlibat dengan kerja-kerja amal bersama NGO dan turut berkongsi melalui blog lama saya www.comeybelako.blogspot.com. Terasa benar kelainannya bila berguru dengan mereka yang pakar, betullah cakap orang-orang tua, "hendak belajar perlu berguru". Jika kita boleh belajar dari pengalaman orang lain kenapa kita perlu bersusah payah melalui kesakitan dengan menongkah arus tanpa hala tuju. 

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah juga saya dapat membina jaringan sosial secara percuma. Trafik ke blog yag dijana melalui Akademi Bekerja Di Rumah juga sangat hebat. Belum pun habis tugasan, saya sudah berjaya menarik lebih 3 ribu trafik. Dengan adanya jaringan sosial percuma secara tak langsung saya mendapat promosi percuma ke atas bisnes yang saya miliki. Apalagi yang penting selain modal sosial - itu yang dapat saya bina melalui blog ini. Selain berkongsi pengalaman pahit panis, saya juga membina reputasi. Masyarakat hanya mahu berbisnes dengan mereka yang punya reputasi positif samada dari segi personal atau profesional.

Berkajang kalau hendak saya senaraikan kebaikan yang saya perolehi melalui kelas yang ditawarkan oleh Akademi Bekerja Di Rumah ini. Apa kata anda cuba sendiri? Hubungi saya melalui email: pn.azuraabdullah@gmail.com jika anda masih mencari-cari apa yang anda cari.

Bersambung lagi!

Wassalam.

Tuesday, October 29, 2013

Saya akan bersiaran di Majalah Mingguan Wanita 4 kali sebulan


Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah ini yang saya nantikan minggu ini, sudah pun berada di pasaran. Ya untuk maklumkan dulu saya bekerja sebagai wartawan di Majalah Migguan Wanita. Kerjaya pertama saya di sini sebelum berhijrah ke tempat lain. Setelah beberapa tahun berlalu, saya kembali di sini. Jangan lupa dapatkan Majalah Mingguan Wanita, ia terbit 4 kali sebulan, juga majaah ini adalah Majalah paling laris di Malaysia, ya ia no.1 paling laris. Terbitan Kumpulan Media, Karangkraf.

Alhamdulillah, saya dedikasikan ini buat guru terawla saya Sri Diah Sharudin, Nuri Supian, juga buat editor, kakanda Rosiati Elias, juga editor buku saya yang pertama Siti Zarinah.

Juga buat kalian pembaca setia blog ini, di sini saya bermula, dan di sini saya meneruskan perjuangan. Matlamat utama tahun depan lebih banyak manuskrip dan buku di pasaran. Insya-Allah.

ini pula ulasan protege saya yang terbaru, dalam kelas asas blog dan penulisan:

Sumber:http://sitinadzifah.blogspot.com/2013/10/ulasan-kelas-online.html

Pejam celik pejam celik rupanya sudah sebulan juga saya menyertai Kelas Asas Blog dan Penulisan di bawah kelolaan Puan Masayu Ahmad. Alhamdulillah, berjaya juga saya menyiapkan tugasan pertama yang diberikan. Seingat saya, saya mengetahui tentang kelas ini adalah melalui group kedai buku online network di mana saya menyertai program dropship dengan Puan Masayu Ahmad. Saya antara yang terawal juga yang diberikan peluang untuk menyertai kelas ini ketika beliau mula-mula menubuhkan kelas. Tetapi disebabkan kebimbangan yang timbul di hati saya membuatkan saya hanya menjadi pemerhati senyap sedangkan perasaan ingin turut serta membuak-buak.

Rasa seperti tidak percaya pun ada bila memikirkan kembali bagaimana saya boleh membina blog dan menulis catatan di blog hampir setiap hari memandangkan jadual saya sebagai seorang wanita berkerjaya sangat padat. Rupanya ada cara dan teknik tertentu yang boleh dilakukan bagi melatih diri supaya sentiasa konsisten dan sentiasa dihujani idea untuk menulis.

Semuanya diajar dan dibimbing oleh guru-guru kelas ini yang dijalankan 100% secara online. Pada mulanya saya tidak yakin saya dapat memberikan komitmen sepenuhnya untuk kelas ini. Bimbang kalau-kalau tidak menyiapkan tugasan dalam tempoh yang diberikan dan tidak mahu ketinggalan dalam kelas membuatkan saya takut untuk mendaftar. Disebabkan alasan itu, saya hanya memendam sahaja keinginan untuk belajar dan hanya memerhati sahaja perkembangan kelas ini.

Walaupun saya tidak menyertai kelas ini,
saya tetap mengikuti perkembangan kelas dan pelajar kelas ini. Saya membeli e-book asas penulisan blog dari Puan Masayu dan cuba membina blog sendiri. Tapi benarlah kata orang belajar dengan berguru adalah lebih senang dan tidaklah tersesat jalan. Lain hasilnya membuat sesuatu dengan bimbingan guru dengan tidak berguru. Saya juga turut membaca koleksi tulisan beliau seperti buku Jana RM Dari Rumah dan e-book Super WAHM Super Mom.

Sehinggalah pada suatu hari saya terbaca mengenai ulasan-ulasan tentang kelas asas blog ini yang ditulis oleh pelajar-pelajar beliau. Dari situlah saya mengetahui bahawa ramai juga di antara mereka yang menyertai kelas ini merupakan wanita yang berkerjaya. Rupanya mereka juga seperti saya sentiasa sibuk dengan urusan kerja dan rumahtangga. Daripada ulasan mereka barulah saya betul-betul memahami konsep kelas 100% online ini. Terasa diri ini begitu rugi kerana menunggu terlalu lama untuk berubah dan menyahut cabaran.

Kelas ini begitu flexible kerana perantaraan antara protege dan mentor hanyalah melalui medium internet. Konsepnya cukup senang iaitu boleh bertanya bila-bila masa dan di mana sahaja. In shaa Allah akan ada guru yang membantu. Perjalanan kelas pula berdasarkan e-book yang diberilan sebaik mendaftar dan bimbingan melalui group di Facebook. Cukup mudah dan flexible. Protege tidak terikat dengan waktu yang ditetapkan, terpulang kepada kita bagaimana menguruskan masa. Jika rajin dan konsisten cepatlah mendapat hasilnya.

Akhirnya, saya nekad untuk mendaftar masuk ke Kelas Puan Masayu. Ternyata kelas ini cukup santai dan saya boleh tetapkan sendiri jadual saya. Bila ada persoalan boleh diajukan bila-bila masa sahaja. Selain itu, protege yang tidak mempunyai produk akan diberikan bimbingan untuk melakukan bisnes secara dropship di mana produk akan disediakan tanpa perlu menyimpan stok.

Banyak lagi kelebihan-kelebihan yang dapat dinikmati setelah menjadi sebahagian dari ahli alumni bekerja dari rumah ini. Rakan sekelas juga ramai membolehkan kita menambahkan lagi jaringan network rakan-rakan alam maya ini. Harapan saya semoga dengan menyertai akedemi ini, saya dapat membuat persediaan untuk mula bekerja hanya dari rumah dan menjana pendapatan pasif pula pada masa akan datang

Tuesday, September 10, 2013

Jejak pelanggan- tips wahm soho


Nota; Jejak pelanggan melalui blog. Cari follower tegar, dari situ akan timbul kepercayaan. Tukar pembaca kepada blog.

Review: Kata Tak Suka Blogging...

Teks: ain akib


Jujurnya, saya tidak faham mengapa orang berblogging. Apa yang menariknya pun tak tahulah. Tambah pula sekarang banyak penggunaan bahasa singkatan yang menambahkan pening untuk membacanya. Ok, ini pemikiran saya sebelum ini, waktu minda masih diselaputi ion-ion negatif dan tidak mahu berfikir jauh, hoho.

Kasihan saya, saya silap rupanya. Hanya memandang sebelah mata dan menafikan kepentingan blog. Walhal setiap kali membuat carian di google pasti akan tertera naik alamat-alamat blog dan jaringan yang menjawab semua persoalan saya. Masih lambat perasan dan buta perasaan, maafkan saya, hehe.

Sejak menggunakan telefon pintar (smartphone), saya ada mengikuti blog beberapa penulis yang saya minati. Dengan kemudahan mobil ini, akses ke internet semakin mudah dan pantas, alhamdulillah. Pada masa yang sama akses ke mukabuku juga hanya di hujung jari dan bila-bila masa sahaja.




MULA BERBLOG

Terdetik saya untuk berblog adalah selepas beberapa kali membaca penulisan sahabat sekolah saya, Puan Khairunnisa Hamzah. Promosi yang dibuat oleh beliau pada mulanya hanya menjadi tatapan saya sehinggalah suatu ketika terdetik untuk merisik khabar. Bahasanya yang santai mengajak orang lain untuk turut sama belajar dalam Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis dengan panduan daripadanya membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencuba. Saya mempunyai minat untuk menulis walaupun tiada arah tuju yang tetap, jadi saya mendaftarkan diri untuk kelas ini.

Setelah 'bertemu' dengan Nisa di mukabuku dan hingga saat ini, alhamdulillah, Allah memberi Nisa kekuatan untuk tidak jemu menabur ilmu dan dengan sabar melayan kerenah protege-protegenya yang pelbagai, ;). Saya dipandu sedikit demi sedikit dan langkah demi langkah. Kami di follow up dari semasa ke semasa. Alhamdulillah, perkongsian bersama dengan rakan lain dalam kelas ini juga membantu, :). Alhamdulillah, Allah beri juga saya kekuatan untuk terus menulis berkongsi rasa di sini.


UNTUNGNYA?

Blog membolehkan kita mempunyai ruang sendiri bagi meraih pembaca dengan akses yang lebih luas berbanding mukabuku. Tidak dinafikan bahawa ruang ini mampu menjadi platform yang lebih baik dan konsisten dalam kita menawarkan khidmat/produk/ilmu kepada orang ramai. Kalau nak tahu, cubalah! Sesiapa juga mampu belajar! Klik sahaja di Kelas Belajar Asas Membuat Blog dan Menulis, :). 

Walaupun saya masih dalam proses menawarkan khidmat mengedit video, pada masa yang sama saya dapat melatih diri untuk menulis dan menyampaikan apa yang saya harap, buah ilmu. Jujurnya, saya berharap ilmu yang dikongsi ini menjadi saham saya di akhirat dan sebagai pelaksanaan tanggungjawab saya sebagai khalifahNya, :).

Moga Allah, Ya Mujeeb, berkati dan bimbing kami sentiasa, ameen.. 

Monday, August 19, 2013

Pagi bugar, semangat terhebat

Teks: Masayu Ahmad

Alhamdulillah, pagi ini rutin bermula seperti biasa. Aiman dan Arif belu lagi ke PASTI. Disebabkan pok sid tertingal kunci di dalam kereta, maka en.suami perlu hantar Hakim ke sekolah.

Beberaoa tugasan lagi untuk hari ini selain momentum untuk siapkan manuskrip. Insya-Allah. Alhamdulillah kami sudha mula menerima pendaftaran demi pendaftaran.

Ulasan dari puan Asmah, dari kelas guru online Anys Idayu,
ULASAN KELAS BLOG
Bismillahirahmanirahim.

Asalamualaikum w.b.t dan Salam sejahtera kepada pembaca yang budiman.Seperti biasa saya memohon maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan dalam penulisan ini.Kadang-kadang saya juga tak percaya saya mesti menulis karangan lagi macam zamam persekolahan dulu selepas lebih 20 tahun meninggalkan zaman persekolahan sejak 1988.

Allah tiba-tiba beri saya peluang untuk mendaftarkan diri untuk Kelas Asas Blog dengan Puan Anys Idayu Bt Zakaria.Ada banyak kelas macan ni sebenarnya tapi saya tertarik dengan Puan Anys ni sebab beliau sangat rajin mempromosikan kelebihannya jika kita ada blog,ada fanpage dan ada kedai online sendiri.Boleh dikatakan hari- hari saya membaca di fb saya.Betullah kata orang, promosi penting dalam perniagaan....semakin kerap jenama kita disebut-sebut semakin berkembang perniagaan kita.Puan Anys dah buktikan saya memang tertarik untuk belajar dan terus mendaftar walaupun sebenarnya tak tahu lagi macam mana pengisiaannya.

Selepas mendaftar nak mula buat email baru dengan gmail, baru saya sedar sebenarnya saya ni memang zero. Saya hanya tahu berkaitan kerjasaya saja. Buat kertas kerja untuk profil syarikat, buat surat, akaun dan buat buku latihan sendiri saja.Tapi Alhamdulilah Puan Anys sangat sabar mengajar saya hingga saya dapat memiliki blog sendiri iaitu Panduan Matematik Untuk Kanak-kanak.Dari segi penulisan boleh nampak dari berjalan macam kura-kura sampai tak berani angkat muka takut salah pijak, asyik tengok kaki saja. Kini Alhamdulilah dan boleh mengarang catatan harian,panduan kesihatan,panduan matematik dan motivasi diri. Bukan perasan pulak, saya masih belajar memperbaiki diri dalam penulisan saya.Mudah-mudahan suatu hari boleh menjadi inspirasi kepada yang memerlukan ilmu.Insyaallah amin.

Alhamdulilah dapat buat juga kedai online saya Asmahsunnah online.com.Semua Puan Anys Yang mengajar saya .Walaupun masih belajar tapi saya berpuashati dengan apa yang telah ditakdirkan untuk saya, syukur alhamdulilah.Mudah-mudahan suatu hari saya dapat terus menggunakan ilmu ini untuk mengembangkan lagi perniagaan saya insyaallah.

Walaupun masih belajar saya tetap yakin jika saya terus berusaha insyaalah suatu hari saya akan berjaya.Mungkin rezeki saya tak datang bergolek-golek lagi tetapi walau sesukar manapun, apa juga halangannya,walau rezeki tu masih jauh saya tetap yakin bila dah pandai nanti saya akan dapat apa yang saya cita-citakan.Mudah-mudahan Allah permudahkan dan sentiasa bekalkan saya kesabaran dan semangat yang berterusan .Walaupun saya sudah ada bisnes sendiri, tetapi cabaran baru dengan online sangat memberi saya semangat baru untuk terus berusaha.Mudah-mudahan akan banyak lagi ilmu yang dapat saya pelajari selepas ini.

Saya berterima kepada Puan AnysIdayu Zakaria, yang mengajar saya serta ahli-ahli kumpulan yang kita kenali melalui facebook. Ikatan ukhwah yang terjalin menjadikan kita boleh berkongsi ilmu yang bermanfaat.Terimakasih pada Allah yang menghadiahkan saya peluang untuk menyahut cabaran ini.Mudah-mudahan kita semua di rahmati dan diberkati Allah selama-lamanya.amin
Baca lagi di pautan di bawah ;)


Sumber asal di sini ya

http://asmahmdisa.blogspot.com/2013/08/bismillahirahmanirahim.html?spref=fb

Dua kelas masih berlangsung

1. Asas blog dan penulisan

2. Aasa blog dan fan page untuk bisnes

Saya masih lagi memerlukan suri yang komited untuk mengisi jawatan berikut.

1. Pembantu Kelas
2. Guru Online
3. Pengurus Online

Monday, July 1, 2013

saya kurang mahir dengan 'dunia online'- Murni

Perkongsian malam ini dari blog puan Murni Zuriati, dari kelas asas blog dan penulisan, guru online Nisa Nua. Alhamdulillah, terima kasih Allah.

Kelas Asas Blog - I am Blessed!!
Alhamdulillah... Syukur saya panjatkan ke hadrat Ilahi... 

2013 ialah tahun kelima saya dalam bisnes. Tahun gilang - gemilang secara peribadinya buat saya. 3 tahun pertama saya bertapak dan membina momentum bersama suami. Pelbagai dugaan hebat harus kami tempuhi kerana pada waktu itu kerana segalanya bergantung kepada temujanji. Semuanya 'offline'. Pernah kami pergi ke Kuala Lumpur dari Johor Bahru untuk memenuhi permintaan seorang rakan yang ingin mendapat penerangan tentang bisnes. Namun, setibanya di sana, beliau sendiri membatalkan temujanji atas alasan banyak kerja sekolah hendak disiapkan. Kadangkala terpaksa juga kami redah saja untuk berjumpa dengan teman-teman lama. Terpaksalah berbual dalam 2 ke 3 jam sebelum bercerita tentang hajat sebenar (yang belum tentu diterima). Segalanya menuntut masa dan kos. Apatah lagi ketika itu saya masih lagi bekerja. Bil telefon mencecah hingga RM300 sebulan, duit minyak lagi, duit belanja prospek makan lagi, tapi bonus??? RM 2000 ke RM 4000 sahaja.

Tahun ke 4 (2012) berniaga, segalanya sudah menjadi lebih mudah. Media sosial 'Facebook' telah wujud. Dalam Smart Tycoon Group (STG) pula kami diajar mengenai teknik 'online' bisnes yang luarbiasa hebat iaitu 'Spiritual Online Marketing'. Pada tahun itulah rangkaian kami mula berkembang. Jumlah jualan kumpulan kami (CAT) telah meningkat mendadak dari RM150, 000 setahun kepada RM2.4 juta!!! Pendapatan tahunan pula meningkat 6 kali ganda dari tahun sebelumnya. Yang paling saya suka, kami dapat semua itu dengan kos yang jauh lebih rendah!!! Bil telefon? Tidak mencecah RM100 pun..
Benarlah kata mentor saya, mentor Ariffin Shah,

" Ilmu itu hanya akan datang kepada kita apabila kita bersedia untuk menerimanya"

Tahun 2013 ini, saya pasti kerjaya saya ini akan lebih bersinar. Setelah saya membina rangkaian perniagaan, Allah datangkan 2 orang guru lagi kepada saya, Cikgu Khairunnisa Hamzah dan Sifu Masayu Ahmad. Dua insan ini bersedia berkongsi ilmu yang sangat mahal mengenai asas blog secara percuma kepada saya!! Terima kasih Allah. Siapakah mereka ini?

Pn Khairunnisa adalah seorang rakan saya, yang dulunya seorang arkitek di jabatan kerajaan. Kini, beliau sudah boleh memilih untuk berkarya dari rumah, bergerak sebagai arkitek secara 'free lance' dan pada masa yang sama menulis blog untuk berkongsi pengalaman dan ilmu dengan rakan-rakan lain. Sifu Masayu Ahmad pula, bekas wartawan Karangkraf dan kini bergiat sebagai penulis bebas sepenuh masa. Setiap komen dari beliau jelas menampakkan profesionalisme beliau. I can't explain how blessed I am to be guided by them.

Saya sebenarnya kurang mahir dan kurang minat mengenai ilmu 'online'. Namun, saya tiada pilihan lain selain melangkah ke dunia tanpa sempadan sekiranya saya ingin berkongsi dengan lebih ramai orang yang mempunyai impian untuk berjaya. Melalui Kelas Asas Blog, laluan terbuka luas untuk saya meneroka lebih banyak peluang dalam dunia online dan yang beruntungnya saya, saya tidak perlu 'google' sendiri (memang saya tidak akan buat!) untuk menghasilkan blog, tetapi saya ada guru yang sedia menunjukkan jalan.

Selain guru, saya dapat berkenalan dengan lebih ramai personaliti usahawan lain. Bukan calang-calang orang, tapi sanggup merendahkan diri dan mengosongkan cawan minda untuk menerima ilmu asas ini. Bila kenal lebih ramai orang, minda saya jadi lebih terbuka. Lebih segar dengan idea-idea baru. I feel like I have been lifted to the next level!! Saya kini boleh merangka hala tuju yang lebih maksima saya dan rakan niaga dalam rangkaian saya. Again, thank you Allah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin