Salam kasih sayang, hari ini sudah Khamis, penghujung hari bekerja. Tetapi bagi kita mak-mak yang bekerja dari rumah, atau usahawan sepenuh masa, perlu melawan arus mencari masa terbaik untuk keluarga, bisnes dan diri sendiri.
Amat kritikal bagi saya apabila menjelang hari cuti.
Ibu nak mee goreng. Ibu nak nasi lemak. Ibu nasi gulai kari. Usai selesai masak sarapan, bekejar pula masak tengahari, memasak, urus kain baju, urus anak kecil, anak besar. Itu mahu ini, ini mahu itu. Boleh pusing jadinya. Jadi hari cuti bagi orang lain tidak bagi yang mengusahakan kerja atau bisnes sendiri.
Bagaimana mencari hari cuti untuk diri. Baik, berikut adalah beberapa saranan.
1. Cuti terlebih dahulu sebelum orang lain cuti.
Apa maksudnya. Maksudnya, sebelum Ahad dan Sabtu bermula, anda rehat dahulu hari sebelum atau selepasnya. Contohnya pilih hari Jumaat sebagai cuti, hari Khamis selesaikan mana-mana longgokan kain, kemas rumah, bilik air, iaitu ruang atau kerja yang memerlukan sentuhan seminggu. Hari Jumaat berpagi-pagi mengeluarkan peluh di taman, makan di restoran kegemaran, jumpa kawan-kawan usahawan, pergi spa, pergi berurut dan sebagainya. Pilih terapi terbaik untuk diri.
2. Rancang masakan untuk hari cuti
Sangat penting mencari masa terbaik untuk bersama ahli keluarga. Pada msa cutilah kita dapat bersama anak-anak sepenuhnya. Jangan pula anak-anak terpaksa mencari aktiviti sendiri, kerana ibu masih tunggang langgang di dapur, atau masik sibuk di depan komputer.
Caranya berpagi-pagi, bangun sebelum anak-anak bangun. Pilih menu yang menjimatkan masa pada hari cuti. Contohnya nasi ayam, menu pagi dan tengahari. Malam hari sekali sekala boleh makan di luar. Siapkan terus juga makanan untuk selang seli, atau menu untuk petang hari. Kerana pada hari cuti anak-anak selalu lapar.
3. Masa terbaik bersama keluarga
Pilihlah aktiviti terbaik yang dapat dilakukan bersama keluarga, banyak yang boleh dilakukan.
4. Usai hari cuti kembali bekerja seperti biasa, anak-anak gembira menikmati hari bersama ibu mereka. Tidaklah kita sibuk sepanjang masa, sudah tentu matlamat utama kita adalah fleksibel, masih jana pendapatan tetapi keluarga tidak diabaikan.
Tiga buku berikut adalah pilihan untuk minggu ini
Klik di sini untuk membeli
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=430914143597865&set=a.430835156939097.91614.325713544117926&type=3&theater
Klik untuk membeli
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=430835286939084&set=a.430835156939097.91614.325713544117926&type=3&theater
Semoga tiga buku ini dapat dijadikan bahan bacaan untuk hari minggu kalian.
Promosi 11 hingga 30 Julai, pembelian RM50 dan ke atas, pos adalah percuma :D
Salam kasih sayang
http://www.facebook.com/KedaiBukuOnlineDotCom
No comments:
Post a Comment