Perhatian untuk semua wanita
Badai yang mendatang dalam rumah tangga kadangkala
begitu meruntun jiwa. Walau telah mencurah sepenuh tenaga dan keringat namun
rumah tangga aman damai serta mawadah yang mendambakan masih juga belum kunjung
tiba. Di mana salah silapnya?
Sedarlah wahai wanita sekalian. Inilah masanya anda
menilai diri. Cukup sempurnakah anda sebagai isteri? Atau jujurnya anda
mencintai suami setengah hati? Setengah hati lagi masih dipenuhi tuntutan dunia
yang mahukan anda menjadi srikandi? Gapailah cinta suamimu. Dakaplah
anak-anakmu sepenuh jiwa. Jadilah isteri, ibu dan Muslimah Solehah yang
didambakan para suami.
Antara tip menarik
-Membincangkan perkara-perkara yang selalu dianggap
remeh oleh isteri tetapi sebenarnya boleh mendatangkan barah dalam rumah
tangga.
-Tip berguna untuk memaut suami dan cara-cara
menjadi isteri ideal di mata suami.
-Kaedah berkesan dalam menangani badai rumah tangga
-Buku ini juga sarat dengan hadis-hadis nabi, kisah
para sahabat dan petikan pujangga dalam mendidik wanita solehah.
Petikan mukasurat 68,69
Sebaik-baik wanita adalah wanita Ansar. Rasa malu
tidak menghalang mereka untuk bertanya tentang agama dan untuk memahaminya-
Saiditina Aisyah
Seorang doktor sakit puan yang terkenal (dia telah
berkahwin lebih dari sekali). Ketika gagal, dia juga terjerat dalam jerat
kupu-kupu malam, dia ketagih sentuhan mereka.
Dia menyatakan tidak ada lagi istilah isteri dalam
hidupnya. Baginya isterinya hanya inginkan surat perjanjian bertulis yang boleh
menjamin masa depannya secara kebendaan. Isteri sepanjang hidupnya sentiasa
memerah keringat suami tanpa mahu memberikan air kehidupan kepada suami.
Dia menyebut sebab-sebab yang membuat dia lari
daripada isterinya dengan mengatakan
“Aku pulang dari hospital setelah seharian bekerja, untuk mendapatkan isteriku dengan baju tidurnya. Malangnya rambutnya tidak terurus rapi, bau bawang merah dan putih tercium kuat dari tubuhnya.Dia letakkan makanan di atas meja makan sebagai tugas wajibnya. Dia berbicara kepadaku tentang masalah kewangan keluarga. Dia berbicara kepadaku tentang masalah kewangan keluarga. Ketika malam menjelang, aku pulang dari klinik untuk mendapatkan isteriku malangnya dia telah tertidur lena dengan baju tidurnya juga.”
No comments:
Post a Comment