Showing posts with label Bisnes dari rumah. Show all posts
Showing posts with label Bisnes dari rumah. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Memulakan bisnes dari rumah

Teks: Masayu Ahmad



Memulakan bisnes bunyinya agak serius, tetapi memulakan bisnes sambilan dari rumah nampak lebih santai. Anda banyak idea tetapi tidak satu pun yang benar-benar membuatkan anda mahu serius.

Satu rumah satu produk

Saya hanya ingin mengambil contoh terdekat di persekitaran saya sahaja. Sejak berpindah ke sini 3 tahun yang sudah, keakraban kejiranan di sini tidak dapat saya nafikan. Semenjak saya aktif pula dengan pasukan aerobik taman, maka hubungan makin mesra dan rapat.

Saya tidak keseorangan berstatus suri rumah, malah ramai juga teman-teman lain yang sudah bergelar suri rumah terdahulu daripada saya. Mereka tidaklah hanya diam sahaja di rumah, malah aktif pula melakukan pelbagai jualan sampingan walaupun berada di rumah.

Dari jualan tudung hinggalah kepada kuih muih. Antara produk yang ada perfume, kain sutera, karipap frozen, rawatan saraf, produk cosway, produk HPA, jualan langsung dan penjagaan anak-anak. Betapa banyak idea yang boleh kita pilih mengikut minat.

Kebanyakannya melakukan secara sambilan dan ianya salah satu cara untuk mendapatkan wang sampingan dan menggunakan masa lapang sebaiknya.

Satu individu satu produk

Cuba lihat persekitaran anda dan rutin harian. Begitu banyak pilihan idea bisnes yang boleh anda mulakan. Cuba fikirkan apa yang paling anda minat atau hobi yang anda gemar.

Anda gemar sekali membeli dan mengumpul koleksi cadar. Pelbagai corak dan gaya. Daripada cadar juga anda boleh dapatkan idea untuk menjual. Sudah ada juga agensi jualan langsung yang menjual cadar, jadi anda boleh menjadi agen jualan.

Sama ada jual kepada rakan-rakan, jiran tetangga dan luaskan pasaran kepada pengguna lain dengan menjual secara online.

Begitu juga halnya dengan pakaian dewasa, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, kelengkapan ibadah dan pelbagai lagi.

Senaraikan apa jenis idea yang ada dalam perhatian dan tulis senarai tersebut sebelum anda memilih idea mana yang lebih menarik minat anda.


Kajian

Sebelum memulakan produk atau perkhidmatan anda perlu membuat kajian terlebih dahulu. Kajian boleh juga berupa mencuba dahulu secara suka-suka atau sambilan. Dalam kajian tersebut anda boleh mengenal pasti kelemahan dan kebaikan sesuatu produk atau perkhidmatan yang akan anda tawarkan.

Kajian produk dan perkhidmatan membantu anda mengetahui kelemahan dan mampu membuat perancangan yang lebih sistematik.

Contohnya barang yang anda pos kepada kakak anda tidak sampai pada tempoh yang ditetapkan. Dari situ anda boleh menilai dan mencari syarikat penghantaran yang selamat dan sesuai.

Mula bertanyakan mereka yang sudah biasa berjinak dengan penghantaran secara pos. Bertanyakan tip dan idea untuk memberi keyakinan kepada pelanggan sistem jualan anda adalah selamat.

Sumber

Sumber barangan secara borong adalah salah satu perkara terpenting. Apabila kehabisan stok mudah untuk anda menyediakannya. Tidak boleh bergantung kepada satu sumber sahaja. Anda perlu mencari beberapa sumber untuk memudahkan anda mendapatkan bekalan jika kehabisan stok atau bekalan.

Pelanggan yang cerewet tidak suka mendengar istilah tiada stok. Gantikan ayat yang lebih wajar dengan memberitahu pelanggan, anda akan cuba mencari stok yang dingini dalam tempoh waktu tertentu.

Sekiranya tidak ada dan sememangnya habis, anda boleh mengantikan pilihan alternatif kepada pelanggan. Ini salah satu cara berhemah dan mengikat pelanggan untuk terus kekal menjadi pelanggan. Anda perlu jujur dengan pelanggan mengatakan stok sememangnya sudah habis dan ada pilihan baru yang tidak kurang juga kualiti.

Pelanggan

Siapa pelanggan sasaran, jika anda menjual lampin sudah tentunya ibu-ibu yang mempunyai anak-anak kecil. Jika menjual kain ela dan tudung sudah tentunya wanita bekerjaya atau suri rumah yang mempunyai kuasa wang.




Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian
 




Belajar Quran interaktif

Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran, Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak  Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia.

Harga pakej RM120 akan berakhir 31 Disember 2012. Harga baru mulai 2013 adalah RM199, dapatkan segera daripada kami pengedar esklusif online. Tidak terdapat di kedai buku fizikal, dapatkan terus dari kami.

Belajar Quran interaktif
Kaedah mudah belajar membaca al-quran yang terkini. Karya asli pertama di Malaysia yang diiktiraf dan diluluskan oleh Lembaga Pengawalan Perlesenan Percetakan Al-Quran,
 Kementerian Keselamatan Dalam Negeri.

Pakej ini mengandungi tiga buah buku, tiga CD interaktif dan sekeping penanda buku infotajwid. Menepati kehendak Korikulum Pendidikan Islam Kementerian Pelajaran Malaysia

Belajar quran dan tajwid, terbitan DBP, kami pengedar esklusif online. RM120, pos percuma, sesuai untuk kanak-kanak, dewasa dan warga emas.


Bayar di sini untuk tempahan dan pembelian



http://e-iqra-belajarqurandantajwid.blogspot.com/

Tuesday, May 22, 2012

Panduan memilih produk & perkhidmatan-tips wahm & soho

Teks: Masayu Ahmad


-Internet adalah platform terbaik untuk memulakan bisnes dari rumah, tidak perlu bersemuka dengan pelanggan dan cari sasaran pelanggan seramai yang mungkin.

-Buat kajian terhadap pasaran online- Cari sasaran pelanggan berdasarkan jenis produk. Contohnya pakaian kanak-kanak, sasaran pelanggan sudah tentu wanita,ibu yang mempunyai anak-anak kecil dan kuasa wang.

-Kata kunci produk 'pakaian kanak-kanak' boleh dikembangkan kepada jual produk kreatif seperti hadiah untuk kanak-kanak baru lahir, pakaian musim raya, pakaian mandi, pakaian tidur, pakaian sosial dan banyak lagi. Guna kaedah kata kunci ini dan kembangkan untuk memilih salah satu produk.

-Jadikan 'produk unik' berbanding pesaing. Ramai yang menjual produk barangan kanak-kanak atau pakaian kanak-kanak. Apa yang membandingkan kita dengan pesaing, mungkin dari segi khidmat pelangan, mungkin jenama, urusan penghantaran yang cepat dan banyak lagi. Banyakkan membuat perbandingan dan kajian produk jualan kita dengan pesaiang. Senaraikan, dari situ dapat melihat kelemahan dan kelebihan produk.


Lebih banyak tips dalam buku Jana RM Dari Rumah, dapatkan harga promosi dari Mall Karangkraf RM12.75 sahaja.

Klik di sini untuk membeli http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Monday, May 7, 2012

10 idea bisnes? Untuk Wahm dan SOHO.

Teks: Masayu Ahmad


Ok, pagi ini apabila melihat email, ada soalan dari pembaca blog bertanya.
Setakat ni saya tidak mengalami masalah anak kecil sebab anak saya yang kecil usianya 5 tahun.  Masalah saya ialah tak tahu nak buat biz apa, stress apabila fikirkannya. Bantulah saya.

Saya kongsi lima idea bisnes untuk wahm dan soho. Mari kita lihat sesuai atau tidak untuk kalian.

1. Jual batik secara online

Kalau mahu jual hubungi : Suhaimi Ali, 019-9618404


2. Jual makanan unik contohnya serunding:

                                    Sumber:http://www.xpresszoom.com/serundingzaliha

3. Jual songket.

4. Jual produk kecantikan, aromaterapi

Hubungi: Abdul Rahman
Abdul Rahman :016-7208046, +6019-916 4764, +6013,3838 098

5. Rawatan bekam dari rumah

                                                  Sumber:http://www.xpresszoom.com/bekamhajirazali
Haji Razali, menawarkan perkhidmatan hanya dari rumah. Saya menampakkan peluang ini kepada suri-suri kerana tidak ramai wanita yang mempunyai kemahiran ini dan permintaannya sangat tinggi. Tinggal lagi hanya kalian hadiri kursus bekam dan mulakan operasin hanya dari rumah.

Lima idea bisnes lagi, nanti saya sambung ya.

Saturday, March 24, 2012

Panduan bekerja di rumah

Rancang kalender kerja

Sebagaiman bekerja makan gaji, bekerja sendiri juga mempunyai disiplin yang berkaitan. Walaupun anda tidak terikat dengan mana-mana majikan. Namun anda masih terikat dengan masa yang akan bergerak walaupun anda sedang berehat. Dalam tempoh berapa lama anda mahukan usaha anda mengeluarkan hasil. Mungkin enam bulan, 1 tahun atau beberapa tahun kemudian.

Mungkin pada tahun pertama pendapatan kurang lumayan tetapi ianya perlu berganda menjelang tahun berikut.

Tahun pertama anda bekerja sendiri, anda perlu bekerja keras agar segala dalam perancangan berjalan dengan sebaiknya. Anda akan hadapi berbagai halangan dan cabaran. Sediakan perancangan A, B dan C.

Dalam setahun sudah ada 12 bulan, dalam kalender sudah dinyatakan cuti-cuti perayaan dan cuti umum. Sebelum bercuti anda perlu menyiapakan kerja pada tempoh yang ditetapkan dan mengikut masa yang anda boleh siapkan.

Percutian

Gunakan masa ini sebagai ganjaran selepas anda penat bekerja. Jika tahun pertama pendapatan anda adalah belum daripada matlamat, berpada-pada dengan sederhana. Gunakan percutian bersama keluarga dengan menggunakan bajet yang sederhana.

Anda masih lagi dalam mood mengejar matlamat dan belum sampai lagi ke destinasi. Usah berlebihan dalam percutian kerana masih banyak perkara yang belum diselesaikan.

Percutian yang bermakna apabila apa yang sudah anda usahakan berjaya dan sudah tercapai dengan apa yang disasarkan.

Masa kerja

Jangan lakukan kerja separuh jalan, lakukan sehingga selesai. Itulah ayat inspirasi yang diluahkan daripada salah seorang peserta rancangan The Biggest Loser yang terkeluar semalam.

Setelah keluar dari kepompong lama tidak berjaya menurunkan berat badan, akhirnya peserta tersebut berjaya melakukannya. Keyakinan bertambah apa yang diusahakan untuk menurunkan berat badan bukan usaha yang sia-sia. Malah dia kini semakin sihat dan bersemangat untuk meneruskan perjuangan dalam kehidupan.

Begitu juga ketika masa bekerja. Kita tidak akan melakukan perkara-perkara yang sia-sia hari ini dengan melakukan kerja hanya separuh jalan. Mulakan dan tamatkan ia. Hasilnya pasti ada.


Rehat

Masa kerja kita perlu bekerja manakala jika tiba masa rehat itulah waktunya memberi ganjaran kepada tubuh badan agar mampu memulihkan tenaga, minda dan fizikal. Tidur awal dan bangun awal adalah salah satu cara untuk mengembalikan semula tenaga yang hilang.

Bersama keluarga

Kualiti bersama keluarga adalah keutamaan. Bekerja sendiri ataupun bekerja makan gaji keluarga adalah perkara yang penting dalam kehidupan.

Apa tujuan anda bekerja dan mencari pendapatan. Sudah tentunya untuk memberi kebahagian dan sara hidup kepada keluarga. Bataskan waktu sibuk dan tentukan masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

Sunday, January 29, 2012

15 tips kuasai pemasaran- Dr. Azizan Osman

Salam Kejayaan & Kekayaan Masayu, 

15 Idea "Bagaimana Meningkatkan Pendapatan Anda DUA KALI GANDA Dan Menarik Lebih Ramai Pelanggan Dalam Masa Yang Singkat!"
 
Perniagaan anda boleh hidup atau "mati" bergantung kepada kemampuan jualannya! 
Anda mungkin mempunyai produk atau perkhidmatan terbaik dan paling "power" di dunia atau anda mungkin boleh buat kek yang paling hebat di seluruh galaksi, tapi jika tiada orang yang membeli atau tidak ramai orang yang datang untuk membeli kek anda, ia mungkin akan menyebabkan perniagaan dan pendapatan anda hanya "nyawa-nyawa" ikan.
Untuk meningkatkan jualan, anda perlukan strategi pemasaran yang bagus. Anda perlu belajar bagaimana menarik perhatian orang ramai atau pelanggan kepada anda atau perniagaan anda serta membuat mereka gembira untuk membeli daripada anda.

Sebagai perunding strategi pemasaran sejak tahun 2001, saya telah berjaya membantu ramai usahawan mengubah senario perniagaan mereka dan pada masa yang sama mengubah kehidupan mereka daripada "biasa-biasa" kepada "luar biasa" dengan menggunakan strategi pemasaran serta idea pemasaran yang mudah. 

Idea yang saya berikan ini adalah sebagai "PERMULAAN" untuk anda belajar menjadi pakar pemasaran untuk perniagaan anda sendiri.

Bila saya kata yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan kepada anda, ia adalah benar!

Bila saya kata yang sekiranya anda kuasai pemasaran, anda akan menarik "ramai gila" pelanggan yang "berkejaran" untuk menggunakan produk atau perkhidmatan anda juga, ia adalah benar!

Itulah yang berlaku kepada saya dan ramai pelanggan korporat atau individu yang telah menggunakan teknik-teknik pemasaran yang saya ajarkan. Apatah lagi bila anda akan belajar "live" daripada saya dalam Klinik Usahawan Dr. Azizan Osman - Seminar Marketing Power saya nanti.
Ini adalah senarai 15 idea pemasaran luar biasa, anda tidak akan tahu keberkesannya sehingga anda mencuba:-
50) Kongsikan apa yang anda tahu dengan orang lain: Apa yang anda tahu tentang perniagaan anda kadang-kadang merupakan maklumat yang sangat bernilai kepada orang lain. Tetapi bukanlah maklumat rahsia perniagaan anda, tetapi maklumat umum atau informasi yang mungkin berguna kepada orang lain. Berikannya secara percuma. Tuliskan artikel di blog, laman web atau laman sosial anda seperti FACEBOOK, kongsikan kepada orang lain tentang apa yang anda tahu tentang bidang yang anda lakukan.
Contohnya, jika anda di dalam bidang takaful atau insuran, kongsikan kepada orang lain tentang asas perancangan kewangan yang betul, kesilapan ramai pelanggan anda sebelum ini dan bagaimana untuk merancang plan pencen mereka atau mungkin pelan kewangan pendidikan anak-anak mereka.
Jangan risau jika ada orang lain yang akan meniru anda, anda ada ilmu dan pengalaman yang tersendiri, orang lain belum tentu mempunyai ilmu atau pengalaman yang sama.
49) Mencipta suasana yang sesuai dengan tema semasa: Ini adalah teknik yang digunakan biasanya di pusat membeli-belah. Jadikan tema semasa sebagai dekor atau cara anda berpakaian untuk melayan pelanggan. Contohnya, tahun baru cina, anda mungkin memakai baju "cheong-sam" serta memberikan hadiah limau mandarin kepada pelanggan anda. Jika bulan ramadhan, anda berikan hadiah kurma atau voucher berbuka puasa kepada pelanggan anda. Kadang-kadang anda boleh melihat kepada trend filem yang terkenal dan laris di panggung wayang dan jadikan ianya tema kepada suasana perniagaan anda. 
Contohnya, jika anda membuka kedai runcit dan ketika itu ditayangkan filem "Harry Potter" di panggung wayang, anda mungkin boleh hias sedikit kedai anda mengikut konsep filem tersebut dan anda mungkin boleh memakai skaf kepada seperti tukang sihir di dalam filem "Harry Potter" pada hari tertentu dan ini akan menarik ramai anak-anak yang akan "menarik" ibu-bapa mereka untuk ke kedai agar dapat melihat anda. Apa lagi? Bila mereka dah datang ke kedai anda, tawarkanlah sesuatu kepada mereka, mungkin pembelian harga istimewa?
Atau anda boleh dapatkan sedikit mainan "Transformers" dan hadiahkan kepada anak-anak pelanggan anda apabila anda menziarahi mereka. Bila pelanggan gembira dengan anda, mereka akan beli apa sahaja yang anda tawarkan!

48) Berikan kad diskaun atau voucher percuma: Ini adalah cara paling mudah dan murah untuk membuat pelanggan setia kepada anda. Contohnya anda mempunyai perniagaan mencuci kereta, berikan tawaran setiap 6 kali mencuci di kedai anda, mereka akan mendapat 1 kali percuma! Ini juga cara anda untuk menunjukkan yang anda menghargai mereka.

47) Perkhidmatan pelanggan yang luar biasa : Ingat, tidak ada yang lebih hebat daripada kata-kata positif daripada pelanggan. Perkhidmatan pelanggan yang hebat adalah senjata yang paling "power" dalam menghadapi persaingan dalam perniagaan. Jangan anggap disebabkan anda masih berniaga kecil-kecilan dan anda tidak perlu senyum dengan pelanggan, menjawab telefon dengan cepat sebelum 3 kali bunyi telefon, melayan pelanggan dengan mesra dan tenang. Jika anda tidak dapat lakukannya ketika perniagaan anda masih kecil, sampai bila pun perniagaan anda tidak akan menjadi besar!

46) Lancarkan pertandingan atau cabutan bertuah: Cara yang paling mudah untuk anda mendapatkan "database" pelanggan dan dapatkan maklumat pelanggan agar dapat digunakan tawaran kempen pemasaran di masa depan. Gunakan sistem SMS, blog, laman web, FACEBOOK atau siarkan dalam akhbar untuk memaklumkan kepada mereka tentang kempen anda. Anda boleh pelajari semua teknik ini dengan lebih terperinci di dalam program "Seminar Marketing Power" saya nanti.

45) Tambah maklumat baru di laman web anda: Anda sebenarnya tidak perlu bimbang tentang strategi SEO (Search Engine Optimization) untuk meningkatkan ranking laman web anda dalam enjin carian seperti Google dan Yahoo. Apa yang anda perlu lakukan adalah sentiasa menambah informasi terkini atau aktiviti terkini setiap minggu atau sekerap yang mungkin. Anda akan terperanjat melihat ranking laman web anda meningkat dalam masa yang singkat.

44) Blog: Sekiranya anda merasakan yang anda tidak mahir menulis untuk laman web, apa kata gunakan Blog. Ia adalah cara percuma dan mudah untuk anda berkongsi kepakaran anda. Blog yang bagus akan membuatkan anda popular dan mempunyai pengikut dalam bidang kepakaran anda. Teknologi blogging yang paling banyak digunakan hari ini adalah seperti Blogger atau WordPress kerana ianya adalah percuma.

43) Maksimakan penggunaan kad perniagaan anda: Adakah anda biasa menerima kad perniagaan yang hanya menulis nama seperti "Ali bin Ahmad, pengurus, Syarikat Ali Bersaudara....?" Tapi anda tidak tahu apakah perniagaan Ali bin Ahmad? Gunakan kad perniagaan anda untuk menyampaikan maklumat atau mesej tentang apakah jenis perniagaan anda atau apakah kepakaran anda supaya mudah untuk pelanggan merujuk kepada anda bila diperlukan nanti.
Tips tambahan: Biasakan memberi 2 keping kad perniagaan apabila memperkenalkan diri kepada orang lain dan katakan yang anda sengaja berikan 2 kad untuk mereka berikan kepada orang lain yang mungkin perlukan perkhidmatan anda. Ini adalah cara pemasaran yang paling mudah dan berkesan kerana orang lain yang akan menolong mempromosikan perniagaan anda.

42) Maksimakan jenama (Branding) menggunakan alatulis perniagaan anda : Letakkan nama syarikat atau perniagaan anda serta kepakaran anda di atas semua kepala surat (Letter Head), sampul surat (Envelope), Kad Hari Raya, Sampul Duit Raya, T-Shirt atau uniform syarikat anda atau di alatulis seperti pen yang tertera jenama syarikat anda. Ia cara mudah untuk menyampaikan mesej kepada orang lain tentang perniagaan anda dan anda dilihat seperti syarikat "besar punya".

41) Rakamkan video anda di YouTube: Mendiang Steve Jobs, CEO kepada syarikat gergasi Apple INC, menggunakan YouTube setiap kali Apple melancarkan produk baru mereka dan ianya mendapat liputan yang paling meluas dengan kos yang paling rendah. Jangan lupa untuk linkkan video anda dengan laman web anda serta kongsikan di laman sosial anda seperti FACEBOOK.

40) Melaburlah untuk mendapatkan kredibiliti daripada pihak ketiga : Sekiranya ada cara untuk anda mendapatkan akreditasi atau kelayakan professional di dalam industri yang anda ceburi, pastikan yang anda melabur untuk mendapatkannya. Ia mungkin tidak murah tetapi sebagai pelaburan jangka panjang, ia akan membantu menambah nilai perniagaan anda serta meningkatkan kelayakan kepakaran anda. 

39) Mempromosi ketika pelanggan sedang menunggu atau sedang menunggu di talian:Sekiranya anda perlu meminta pelanggan menunggu atau menunggu di talian telefon sebelum ianya disambungkan kepada pihak yang berkenaan, pastikan yang mereka yang sedang menunggu diberikan bahan bacaan yang membantu mempromosikan perniagaan anda. Sekiranya di talian, pastikan mereka mendengar rakaman yang mempromosikan produk atau perkhidmatan anda dan bukannya hanya mendengar lagu-lagu atau muzik yang tidak membantu menambah nilai perniagaan anda.

38) Berikan hadiah percuma yang lain dari yang lain: Hadiah pen yang dicetak dengan logo syarikat mungkin membosankan dan orang mudah dilupakan. Apakata cuba berikan sesuatu yang berbeza, seperti seluar dalam yang berlogokan syarikat anda contohnya, atau topi santa claus berlogo, atau mungkin sabun yang mempunyai logo syarikat anda yang buat mereka mandi "bersama-sama" anda setiap hari?

37) Minta dan gunakan testimonial pelanggan: Manusia lebih yakin bila mereka membaca pengalaman orang lain yang mendapat pengalaman yang bagus menggunakan produk atau perkhidmatan anda. 

36) Berikan jaminan wang dikembalikan: Sekiranya anda yakin dan percaya dengan produk atau perkhidmatan anda, berikan jaminan anda. Tawarkan pemulangan wang jika mereka tidak berpuashati dengan apa yang anda berikan kepada mereka. Anda akan menarik lebih ramai orang untuk mencuba produk atau perkhidmatan anda dan biasanya mereka tidak akan meminta wang untuk dipulangkan sekiranya ianya bagus untuk mereka.
Demi Kejayaan Perniagaan Anda,
Dr. Azizan Osman
Mentor Kekayaan & Kejayaan
P.S: 35 Tips Percuma seterusnya akan menyusul 5 hari lagi.

Wednesday, March 24, 2010

http://www.kelasonline.portalniaga.com/

Dalam saya berlegar-legar mencari berkaitan kursus atau kemahiran untuk menjual produk secara online saya menemui laman web ini. Iaitu menawarkan perkhidmatan kepada bakal usahawan yang ingin atau mempunyai kedai online.

Sangat penting untuk menjadi usahawan online tidak sekadar minat sahaja, tetapi perlu mencari ilmu dan kemahiran yang lain. Ada satu lagi kursus kemahiran seperti ini yang dianjurkan TeamFlabize, saya masih berkira-kira untuk hadir untuk sesi tersebut, masih mencari masa dan ruang.

Berikut adalah info yang asal daripada laman web penganjur dan disiarkan di sini atas dasar mahu lebih ramai wanita atau surirumah dapat manfaat. Terim kasih.


http://www.kelasonline.portalniaga.com/

Siapa yang perlu menyertai kelas pembelajaran ini?


Laman 'Shopping Cart' ini diperlukan oleh para peniaga atau sesiapa sahaja yang ingin berniaga secara Online!. Oleh kerana sistem yang ringkas dan mudah difahami, kami yakin pengguna daripada golongan 'Zero Knowledge' berkaitan pengurusan laman web juga mampu untuk menguruskannya. Jika anda salah seorang yang ingin menceburi bidang perniagaan internet, sudah tentu anda lah yang memerlukannya!..

Kenapa anda perlukan laman 'Shopping Cart'?

Laman 'Shopping Cart' adalah pemudah kepada urusan jual beli secara online di mana anda boleh memasukkan seberapa banyak kategori dan produk ke dalam Laman 'Shoping Cart' anda. Selain daripada itu, pelanggan juga mudah berurusan apabila hanya setiap 'Klik' mereka mampu membuat tempahan kepada anda. Pengurusan data yang tersedia juga memudahkan anda untuk menyemak setiap tempahan pelanggan dari semasa ke semasa. Ditambah pula dengan sistem penghantaran email secara automatik kepada pelanggan yang membuat tempahan yang boleh mengandungi maklumat pembelajaran atau ucapan terima kasih daripada anda!.


Kelebihan perkhidmatan yang kami tawarkan?

Ingin kami tegaskan di sini bahawa kami tidak menjual produk atau sistem laman 'Shoping Cart' kerana 'script' tersebut boleh didapati secara percuma, namun tidak berguna walaupun percuma jika kita tidak tahu menggunakannya. Dengan inisiatif yang ada kami menawarkan perkhidmatan pembelajaran secara online kepada anda untuk membangunkan dan menguruskan laman 'Shopping Cart' anda sendiri tanpa perlu bergantung kepada mana-mana Webmaster kerana kami yang akan menjadikan anda seorang Webmaster!. Kelebihan dalam setiap perkhidmatan yang kami berikan adalah berdasarkan bantuan dan tunjuk ajar daripada 10 Orang tenaga pengajar yang merupakan peniaga secara online yang aktif dan mempunyai pengalaman luas dalam bidang perniagaan online!.


Kelebihan kepada anda?

Setiap orang berkeinginan untuk memiliki laman 'Shopping Cart' atau laman web sendiri. Namun apa yang membataskan anda adalah kos yang tinggi serta kemahiran dan keupayaan untuk menguruskannya dengan sendiri. Di sini kami memberikan anda keupayaan yang diperlukan dan memberikan anda lebih keyakinan untuk memiliki dan menguruskannya sendiri!. Perkhidmatan yang kami berikan dalam bentuk pembelajaran secara Online bukanlah sekadar pakej yang anda langgani tetapi sehingga anda yakin untuk memiliki alamat domain (anda.com dll) dan hosting sendiri! kerana itu adalah matlamat perkhidmatan kami kepada anda...

Selain daripada itu, kami menemukan anda dengan para peserta lain dari seluruh negara yang telah menceburi bidang perniagaan secara Online dan dapat bertukar pendapat serta memberikan anda ilham untuk membangunkan sesebuah perniagaan Online.

Monday, March 22, 2010

Bisnes dari rumah?

Sekiranya suri-suri sekalian mahu mencari informasi berkaitan dengan bisnes dari rumah, apa jenis maklumat yang ingin kalian tahu.

Kongsi bersama saya, agar mudah saya membuat penyelidikan dan tapisan berkaitan informasi bisnes dari rumah.

Friday, February 19, 2010

Are you a “high energy” person?

Are you a “high energy” person?


Starting and running a business requires considerable energy and the ability to focus on your objectives. Long hours will be required which, if you are already employed full time, quickly takes its toll. A high-energy level is a must.

If you know in your heart that you’re a ball of fire, but just can’t get off the couch in the evening, you might want to look into your diet and exercise programs. Note at what times of day you are at your best. Some of us are “morning people” anda others are “night people.” A morning person migtht not do well running a business that requires late hours anda conversely, a night person should not consider an early morning delivery business

-By Robert Sullivan-
Rujukan: Muka surat 11, judul The small business start-up guide, tulisan Robert Sullivan


Ulasan

Saya rasa saya waktu produktif saya adalah fleksibel, jika mahu produktif awal pagi maka malam hari perlu tidur awal. Sekiranya mahu lancar menulis malam hari, maka siang hari perlu ada istirehat dan tidur sebentar waktu tengahari. Bagaimana dengan kalian?


Boleh juga mengikut pandangan dan cara bekerja yang disarankan dan digariskan Islam, sudah ada pengurusan waktu yang sesuai mengikut waktu solat, waktu rehat. Juga saranan malam hari untuk beribadat dan siang hari untuk bekerja (saya perlu semak semula nota tentang petikan ayat berkaitan ini).


Antara lain, sekiranya sudah berstatus usahawan masih perlu ada keseimbangan dalam segala segi. Rehat, riadah, keluarga, diri sendiri. Pada masa yang sama mereka yang memiliki kekuatan minda dan fizikal adalah mereka yang sesuai dan sanggup menghadapi dunia bisnes yang penuh cabaran. Apapun persediaan adalah kunci utama selain strategi dan perancangan yang tepat.

Jika ada kelapangan akan saya ulas lagi tentang petikan ini.

Friday, November 27, 2009

Memborong terus dari China

ARKIB : 26/11/2009

Oleh MOHD. RIDZWAN IMAN
mega@utusan.com.my

SIAPA sahaja boleh menceburi perniagaan import dan menjadi saudagar borong? Biar betul..! Kedengarannya seperti memerlukan modal yang besar, mempunyai kapal pengangkut, pengalaman berniaga di negara orang dan lain-lain faktor yang menggerunkan sesiapa sahaja menceburinya terutama peniaga-peniaga kecil.

“Memang benar, kini sesiapa sahaja boleh menjadi pemborong dan tidak semestinya berbekalkan modal jutaan ringgit,” kata Shahabudden Jalil Kamarul Jaman, Pengurus Anzac Consultancy (Anzac) yang merupakan syarikat penganjur kursus memborong dari China.

Menurut beliau, perniagaan borong atau mengimport dari negara luar seperti China, Vietnam atau India telah lama dilakukan oleh peniaga bukan bumiputera tetapi ia masih agak baru khususnya di kalangan orang Melayu.

Katanya, ketiga-tiga negara ini menjadi pilihan di kalangan pemborong kerana menawarkan rangkaian produk yang pelbagai dan mampu memenuhi permintaan pasaran.

“Paling penting negara-negara ini menawarkan sumber pada harga yang cukup kompetitif, lebih-lebih lagi kepada pemborong berskala kecil dan yang baru hendak bermula,” katanya.

Beliau telah tujuh tahun mengendalikan kursus memborong barangan dari China dan setakat ini telah membawa lebih 500 pemborong Melayu yang kebanyakan telah menjadi pemborong berjaya.

Menurut Shahabudeen Jalil, senario pasaran borong semakin berubah apabila semakin ramai usahawan Melayu berusaha membebaskan diri daripada terus bergantung kepada orang tengah.

“Ramai yang cuba berusaha mendapatkan terus dari sumber yang secara tidak langsung boleh meningkatkan margin keuntungan mereka.

“Cara terbaik ialah dengan menjadi pemborong dan berurusan terus dengan pembekal bagi memberi ruang lebih luas untuk tawar menawar harga,” katanya.

Dalam hal ini katanya, peniaga Melayu memang diakui berkebolehan dari segi pemasaran tetapi kurang pengalaman dalam meneroka pasaran borong terutama luar negara yang nyata jauh lebih murah.

Justeru bagi yang baru mula meneroka pasaran borong, China adalah tempatnya kerana negara itu merupakan hab atau destinasi pemborong terbesar di dunia.

“Bukan setakat Malaysia, malah pemborong dari negara-negara Asean lain seperti Indonesia, Brunei dan Filipina datang ke sini. Malah sejak kebelakangan destinasi borong seperti Guangzhou, Shenzen dan Yiwu menjadi tumpuan peniaga-peniaga Afrika,” katanya.

Usahawan bumiputera

Beliau ditemui ketika menganjurkan rombongan usahawan bumiputera ke Guangzhou anjuran Anzac Consulting dengan kerjasama Mega, Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Trip empat hari tiga malam itu membabitkan 40 usahawan bumiputera yang rata-ratanya berminat menerokai pasaran borong di wilayah selatan China itu.

Para peserta telah dibawa ke beberapa pusat memborong terbesar di bandar raya itu termasuk plaza barangan tekstil, aksesori wanita, pakaian kanak-kanak, plaza beg tangan, hiasan dalaman dan sebagainya..

Selain kesibukan mengunjungi plaza borong, jadual turut diselitkan dengan lawatan ke beberapa tempat tumpuan pelancong termasuk Masjid Huaiseng iaitu antara masjid tertua di China, di samping berkunjung ke Makam Saad Abi Waqas iaitu bapa saudara Rasulullah SAW dan pasar malam Beijing Lu.

Menurut Shahabudeen Jalil, selepas membuat pembelian para peserta tidak perlu khuatir mengenai kerja-kerja pembungkusan dan penghantaran kerana beliau turut menawarkan khidmat tersebut.

“Barangan yang dibeli akan diisi dalam kotak dan akan dimuatkan dalam kontena secara berkongsi untuk pengangkutan laut.

“Begitu juga dengan masalah komunikasi di mana kami menyediakan beberapa penterjemah bagi membantu urusan jual beli kerana rata-rata peniaga di China tidak boleh berbahasa Inggeris,” katanya.

Dalam pada itu kata Shahabudden Jalil, sebelum menyertai trip para peserta digalakkan mengikuti kursus sehari memborong dari China anjuran syarikatnya bagi memberi kefahaman jelas mengenai peluang-peluang perniagaan di negara itu.

“Peserta trip yang telah mengikuti kursus kebiasaannya boleh membuat keputusan perniagaan lebih cepat dan tepat kerana mereka telah mempunyai maklumat dan bersedia untuk memborong barang yang diingini sahaja,” katanya.

Ditanya, mengapa usahawan perlu mengikuti rombongan perniagaan anjurannya dan tidak disarankan pergi sendiri untuk memborong di China, Shahabudeen berkata, peniaga yang pergi sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak terdedah kepada penipuan oleh peniaga di negara itu.

“Kita dimaklumkan ramai peniaga dari Malaysia termasuk di kalangan berbangsa Cina tertipu apabila berurusan secara sendiri kerana masalah bahasa dan sebagainya,” katanya.

Lagi pun katanya, Anzac mempunyai wakil di beberapa bandar di China yang mampu menguruskan para pesertanya yang mempunyai masalah berurusan di negara itu, termasuk memeriksa sama ada syarikat yang mereka berurusan itu benar-benar wujud atau tidak.

Katanya, kadar bayaran yang dikenakan oleh syarikatnya juga berpatutan kerana ia bukan saja meliputi tiket penerbangan, tempat tinggal, makan dan pengangkutan sepanjang lawatan ke plaza-plaza borong bahkan turut dibawa melawat ke beberapa destinasi tumpuan pelancong.

Sementara itu ketua rombongan Anzac ke Guangzou baru-baru ini, Mohamad Firdous Kamarul Jaman, 19, berkata, kelebihan mengikuti rombongan mereka ialah peserta akan dibawa terus ke tempat memborong dan bukannya kedai biasa.

“Kadang kala orang tempatan pun tidak membeli di situ,” katanya.

Dalam aturcara lawatan, peserta akan dibawa melawat plaza memborong beg tangan, kasut, kain, hiasan dalaman, pakaian dewasa dan kanak-kanak, jam tangan, barangan elektronik dan aksesori wanita.

“Bagaimanapun, jika ada peserta yang ingin membeli barangan yang tidak mengikuti aturcara, mereka juga boleh berbuat demikian,” katanya.

Beliau berkata, peserta yang telah mengikuti rombongan dan ingin mendapatkan bantuan syarikatnya untuk mendapatkan visa dan tempahan hotel bagi lawatan seterusnya juga akan dibantu.

Maklumat lanjut mengenai jadual lawatan boleh diperoleh dengan melawat laman web http://www.kursusborongchina.com/. Untuk tempahan dan maklumat lanjut, hubungan Firdous di talian 017-2517515.

Mendalami ilmu memborong

ARKIB : 26/11/2009,http://www.utusan.com.my

Oleh SITI ZALEHA JORIMAI

MEMBORONG barangan dari negara luar sememangnya mampu menjimatkan kos peniaga kerana mereka tidak lagi perlu bergantung kepada orang tengah.

Maka perniagaan memborong dari China, Vietnam dan India semakin mendapat sambutan masyarakat peniaga masa kini tetapi berapa ramaikah daripadanya yang benar-benar berjaya?

Menurut seorang pengusaha kedai aksesori, mengimport barangan daripada China sememangnya mampu menjimatkan kos tetapi kebarangkalian untuk ditipu sangat tinggi jika ia dilakukan tanpa ilmu dan mempunyai rakan perniagaan di negara itu.

"Saya tahu ramai daripada rakan-rakan saya yang telah gulung tikar apabila penghantaran barangan asli hanya berlaku untuk kali pertama dan kedua berurusan.

"Kemudian, satu kontena barangan palsu terpaksa mereka terima yang menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit," katanya yang enggan dikenali sambil menasihatkan agar semua peniaga berhati-hati dalam berurusan dengan peniaga dari negara luar.

Jika dilihat kepada senario itu, bagaimana pula kita, terutama usahawan kecil mampu menceburi perniagaan import ini?

Menurut Shahabudden Jalil Kamarul Jaman, Pengurus Anzac Consultancy yang merupakan syarikat penganjur kursus memborong dari China, perkara tersebut sememangnya sering terjadi kepada peniaga yang baru.

"Mereka seharusnya mempunyai ilmu dan paling penting mempunyai rakan perniagaan atau kakitangan warga tempatan untuk membantu dalam urusan mengimport barangan ini," katanya yang mempunyai tujuh tahun pengalaman mengendalikan urusan memborong dari China.

Beliau berkata, itulah sebab utama syarikatnya menganjurkan kursus memborong daripada China kepada orang ramai agar segala maklumat diperoleh oleh para peniaga sebelum mereka pergi sendiri ke negara itu.

"Melalui kursus ini, peserta akan didedahkan dengan perkara-perkara yang perlu diambil perhatian untuk mengurangkan kos perbelanjaan seperti urusan penginapan, penggunaan pengangkutan awam, caj panggilan telefon serta beberapa perkara lain.

mengelak ditipu

"Mereka juga akan diajar bagaimana mendapatkan harga yang murah dan mengelakkan daripada ditipu ketika berurusan terutamanya bagi mereka yang pertama kali menjejakkan kaki ke sana," katanya.

"Selepas mengikuti kursus, peniaga boleh pergi sendiri atau mengikuti trip kami buat pertama kali untuk membiasakan diri," katanya.

Beliau berkata, selain daripada risiko ditipu, peniaga yang tidak mempunyai maklumat lengkap kerana tidak menyertai mana-mana kursus juga akan membuang masa yang banyak ketika berada di negara itu dalam usaha mencari tempat memborong terbaik.

Katanya, ada usahawan yang membuang masa mereka kerana pergi ke bandar-bandar yang tidak mempunyai pusat memborong perniagaan seperti pergi ke bandar raya Beijing.

"Dengan pergi melalui rombongan kami juga, usahawan-usahawan juga dapat meluaskan rangkaian atau rakan perniagaan," katanya sambil menambah kursus seharinya mengenakan bayaran sebanyak RM325.

Di dalam kursus ini, pelbagai maklumat diberikan mengenai perniagaan borong di China termasuk diadakan satu sesi bagaimana pengusaha boleh menceburi perniagaan Internet secara mudah.

Usahawan juga dimaklumkan bagaimana untuk membawa balik barangan dibeli di China dengan kos lebih murah, termasuk menggunakan pengangkutan laut.

Kursus memborong di China itu merupakan anjuran bersama syarikatnya dengan sisipan Mega akhbar Utusan Malaysia.

Shahabudeen Jalil memberitahu, tujuan kursus itu diadakan bukanlah untuk mencari keuntungan semata-mata tetapi lebih membantu orang Melayu melibatkan diri dalam perniagaan terutamanya dalam aktiviti borong.

Ujarnya, bilangan pemborong Melayu masih kecil dan jauh ketinggalan jika dibandingkan dengan kaum lain yang sudah jauh ke depan menguasai ekonomi negara.

Tuesday, October 13, 2009

Hobi kepada pendapatan

Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://www.dynamicmetromoms.com

Saya akan kongsikan 6 wanita yang mempunyai cara tersendiri dalam melakukan hobi sebagai sumber pendapatan sampingan.

Kategori wanita berkerjaya

Kisah 1

Kakitangan kerajaan, hanya melakukan secara sambilan dan suka-suka. Ianya menjana pendapatan yang lumayan. Mengadakan bengkel dan berkongsi ilmu yang dimiliki.

Kisah 2

Seorang jurutera di syarikat swasta. Melakukan bisnes online secara suka-suka. Juga menjana pendapatan. Tetapi wanita ini masih mahu meneruskan karier dan pada masa yang sama bisnesnya begitu mendapat sambutan.

Kisah 3

Wanita yang melakukan jualan tudung bawal online. Juga melakukannya sekadar sambilan sahaja. Namun bisnes nya juga mendapat sambutan kerana strategi yang digunakan.

Wanita berstatus surirumah sepenuh masa

Kisah 4

Suri rumah sepenuh masa yang hanya menjual karipap frozen sebagai hasil sampingan untuk memenuhi ruang kosong dengan status surirumah.

Kisah 5

Wanita ini berniaga pakaian dan juga barangan lain di rumahnya. Ianya boleh diibaratkan sebagai butik di rumah. Tidak mahir dalam soal pemasaran internet. Boleh dikategorikan sebagai bisnes offline atau secara konvensional sahaja.

Kisah 6

Menumpukan sepenuh perhatian kepada keluarga, pada masa yang sama mula membuka peluang meraih pendapatan daripada masalah wanita bekerjaya. Menyediakan perkhidmatan mengasuh anak-anak dan transit. Ini juga contoh wanita yang belum terdedah dalam kemudahan internet. Kaedah ini juga boleh dikembangkan dengan meningkat kemahiran dan ilmu dengan mengambil kursus-kursus yang pendidikan awal kanak-kanak.

Ini adalah wanita-wanita yang saya kenali dan berada di lingkungan saya. Bagaimana pula dengan anda? Sudah tentunya anda juga mempunyai teman-teman yang sudahpun menjana pendapatan hanya di rumah atau dengan melakukan secara sambilan sahaja. Ini adalah kisah benar dan bukan cerita rekaan. Saya akan kongsikan berkenaan operasi mereka satu persatu, sebagai panduan dan persediaan untuk anda bekerja di rumah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin