Showing posts with label Dunia Wartawan. Show all posts
Showing posts with label Dunia Wartawan. Show all posts

Monday, May 2, 2011

Pagi, pagi dan pagi

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Selamat pagi Malaysia, salam penuh kasih sayang. Macam penceramah motivasi lah pulak. Saya bukan pakar atau penceramah motivasi. Tetapi penulis yang suka berkongsi kisah kasih sayang dan mencari inspirasi agar terus berusaha lebih gigih untuk melepasi hari-hari dengan penuh semangat. Siapa yang suka ke sini, angkat key board. ;D

Ok, sudah melalut. Minggu pertama bulan Mei, bermula manuskrip baru dan cuba menyempurnakan manuskrip bulan April. Juga Jumaat ini akan ke Kl, Sabtu ada pertemuan penulis dan penerbit di Karangkraf pagi hingga petang. Jika ada masa, saya akan berlari sekejap menemui rakan-rakan lama di editorial majalah seperti di Mingguan Wanita, Pa & Ma dan rakan-rakan yang lain. Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat bermain. Segala-gala yang ada sekarang adalah bermula di Karangkraf. Bermula sejak di Jalan Rahim Kajai, Tun Dr. Ismail. Saya suka mengembalikan ingatan nostalgia di situ. Apatah lagi bermula dengan budak hingusan yang tiada tahu menahu selok belok Kuala Lumpur.

Mari imbas kembali. Saya pernah Kuala Lumpur ketika darjah enam mengikuti rombongan sekolah. Selepas itu tidak pernah sama sekali. Sehinggalah kali ke dua perlu menjalani latihan praktikal di Karangkraf. Hari ke dua perlu meyelesaikan tugasan di sebuah hospital pakar damansara dan hari berikutnya di Vistana Hotel. Mak ai, jalan pun saya tak tahu, inikan pula mahu naik bas. Mahu atau tidak, tugasan perlu selesai juga.

Makanya, seperti mana wartawan kedet, bertanyalah jalan kepada wartawan senior yang lain. Bernasib baik. Lukis peta, naik bas nombor berapa turun di mana. Semua dicatat. Masa itu mana ada istilah google aje macam sekarang.

Ketika hari pertama saya bertugas sebagai wartawan melapor diri di editorial Mingguan Wanita, perlu juga ke majlis pelancaran album Ferhad (artis), pagi melapor, jam 10 terus gerak. Nasib baik menumpang senior yang lain. Pandai-pandailah bawa diri kan.

Ketika saya mengemas dan membelek semula majalah, setiap artikel dan laporan yang disiarkan ada banyak pengalaman manis di sebalik tabir ketika melakukan tugasan. Saya simpan ia sebagai kenangan dan mengasuh saya banyak perkara agar tegar dan berusaha gigih dalam menyelesaikan satu-satu tugasan.

Menulis buku juga sama seperti menyelesaikan tugasan. Juga boleh menemuramah dan menemui inividu yang kita mahu, bezanya adalah boleh sahaja menemuramah melalui email. Banyak mudahnya, tetapi ada juga memerlukan saya turun padang.

Arissa sudah menangis, nanti saya sambung ya ;D

Tuesday, May 11, 2010

Apabila ada peluang di depan mata, kejar dan rebut sehingga berjaya

Teks: Masayu Ahmad


Jika dilihat kembali liku-liku dan pengalaman dalam bidang dan karier sebagai penulis, banyak membuatkan saya sangat sayang segala pengalaman yang saya kecapi. Apa kan tidak saya sebenarnya sudah di kelilingi ramai yang sudah berjaya. Ya, nama besar seperti Dr. Tuah Iskandar, Syarifah Abu Salem adalah antara nama penulis yang sudah berjaya.

Ketika saya masih bekerja di Karangkraf, pada masa tersebut pejabat masih di Lorong Rahim Kajai, saya menimba pengalaman sebagai wartawan muda. Saya masih ingat ketika setiap kali disuruh Kak Nuri mengutip artikel dengan Dr. Tuah, ya beliau juga pada masa tersebut masih bekerja di Karangkraf. Suka bergurau dan juga mudah diajak bersembang. Ketika saya mengalami konflik kehidupan saya suka merujuk beliau, dan banyak mendapat khidmat nasihat secara percuma sahaja. Apabila terserempak selalunya, beliau akan bertanya, sudah selesai atau belum. Ada juga hampir 100 peratus saya mengikut pandangannya, dan memang jadi.

Ketika saya menjaga ruangan cerpen dan karya kreatif di Mingguan Wanita, selalu berborak dengan Kak Wan (kini editor Maskulin), kami bersebelahan meja. Antara intipati kami ialah, nama sahaja penulis, menulis novel pun tidak pernah ada dalam matlamat.

Begitulah, setiap kali saya menerima cerpen dan membuat tapisan, saya ada beberapa senarai penulis, apabila membaca karya mereka saya sudah mengangak berkualiti atau sebaliknya. Selalunya ada yang saya terbangkan dalam bakul sampah sahaja. Sungguh kejam.

Editor buku Alaf, sering menyuruh kami menulis novel. Tetapi kebanyakan penulis (wartawan majalah) memang ada impian, tetapi menjadikan kenyataan hanya mereka yang bersungguh-sungguh sahaja. Tetapi memang kebanyakan sudah tahu antara yang menerima royalty berpuluh ribu setiap tahun adalah Kak Pah ( Syarifah Abu Salem) dan beberapa orang lagi. Mereka sememangnya prolific atau kata lain konsisten dalam menulis novel.

Juga ketika saya hadir ke perasmian Ramlee Awang Murshid, ketika itu perasmian lima novel serentak. Saya masih menyimpan kelima-lima novel tersebut. Beliau juga antara penulis tersohor dalam genre penyiasatan, dan royaltinya sangat lumayan mencecah 500 ribu sepanjang karier beliau dalam penulisan. Situasi ini semua berlaku di depan mata saya dan sebenarnya bermula satu semangat mahu menulis juga. Mungkin pada mulanya adalah kerana RM, tetapi menulis juga memerlukan anda sanggup berjuang dan menjiwai perjalanan sebagai penulis.

Manuskrip pertama saya, masih lagi saya simpan. Ia sudah berusia lapan tahun. Ya bukan masa yang singkat lapan tahun. Ketika menyiapkan dan menghantar manuskrip tersebut mata saya bersinar terang. Mahu lihat novel sendiri di rak-rak buku sebaris karya popular lain. Saya menyimpan angan-angan, satu tahun satu novel, lima tahun lima novel.

Walaupun saya sudah berada di bidang ini, ia bukan satu loncatan. Selepas manuskrip pertama ditolak, saya simpan sebentar dan membuat pekasam. Saya kembali baca, saya tergelak seorang diri. Betapa banyak kurangnya novel tersebut. Saya masih memeramnya sehingga satu masa nanti saya mahu mengemas kini semula novel tersebut. Ia adalah hasil pertama dan langkah pertama.

Sekitar 2006 saya kembali mencari ruang dan mahu bermula semula, jadi atau tidak saya mahu menulis buku atau novel. Saya perlu pastikan ia benar-benar menjadi kenyataan. 2007 saya mula menghadiri bengkel dan mana-mana kursus dalam penulisan buku. Ternyata ilmu saya tentang buku memang masih cetek. Antara buku yang saya suka baca berulang kali ialah Wang Besar Dengan Menulis, karya……(lupa, nanti saya ingat semula)

Saya hadir seminar penulisan yang tepat dan saya membeli buku tersebut selepas selesai sesi seminar dengan penulis tersebut. Setiap kali ke pasaraya tempat utama saya tuju hanyalah kedai buku, MPH, Popular Book Store. Setiap kali singgah, setiap kali itulah angan-angan panjang saya bermula. Hampir setiap hari saya berada dalam aura mahu pastikan buku saya akan berada di pasaran juga.


Bersambung….

Thursday, January 7, 2010

Suka tak baca Majalah Nur



Masa saya kerja di Karangkraf dulu, majalah masih belum banyak dan saya bermula dengan Kosmik, kemudian Mingguan Wanita dan Rapi.

Banyak kenangan manis selama bekerja di sana, pada masa tersebut pejabat editorial masih di Lorong Rahim Kajai, Taman Tun Ismail. Apabila ke Taman Tun atau sekitarnya banyak memori manis sepanjang saya bergelar wartawan. Sangat sikit kenangan pahit, rasanya tidak ada. Semuanya manis-manis belaka, itu belum lagi kenangan kelakar semasa buat praktikal.

Masa saya masih bertugas di sana, sudah ada 25 majalah, saya sebutkan beberapa sahaja ya, Mingguan Wanita, Keluarga, Nona dan Nur antara majalah kelahiran awal, berkonsepkan muslimah dan wanita berkarier yang bertudung.

Sebelum itu, Kak Lela, orang yang diamanahkan menyiapkan Majalah Nur. Kami anak-anak dara wartawan yang mudah bergetah, Kak Jaja - http://jajalife.blogspot.com/(kini wartawan nona), G (http://www.nazira.biz/), Ita (kini majalah Rapi) dan saya masa tu masih di Mingguan wanita dikerah sebagai model majalah Nur.

Biasalah kami kan poyo dan masih gedik, kalau bab posing, memanglah selalu juga jadi model tak bertauliah. Haha :D.

Majalah Nur keluaran yang pertama masih dalam kotak simpanan saya. Sangat saya rindukan kenangan remaja, muda-muda silam. Kami hanya model gambar hiasan sahaja, tetapi banyak juga kena posing, ambil masa setengah hari juga. Tak kisahlah kami kan masih poyo masa tu. :D

Sunday, December 13, 2009

Lebih banyak artikel inspirasi & motivasi khas untuk anda



Teks: Masayu Ahmad

Masih ada beberapa lagi peserta yang belum saya siarkan jawapan dan penyertaan mereka. Hujung minggu ini dipenuhi dengan aktiviti menghadiri kenduri. Dua har juga saya gantung kuali.

Badan rasa letih, tetapi malam ini perlu basuh semua pakaian, memandangkan esok satu hari bekalan air tidak ada. Selamat kembali bekerja kepada suri yang berstatus bekerjaya, manakala surirumah sepenuh masa perlu memastikan jadual kerja harian lancar sebagaimana biasa. Suri yang bekerja di rumah, masih memerlukan stamina agar urusan rumahtangga, anak-anak dan kerja semua beres.

Saya masih banyak buku yang mahu diterokai dan dinikmati. Nantikan artikel yang lebih menarik khusus untuk anda suri pilihan.






Peraduan yang kedua akan berlangsung sempena kedatang tahun baru. Nantikan kehadirannya,pastikan anda mengetahui maklumat peraduan dari masa ke semasa. Lebih banyak buku-buku inspirasi yang boleh anda miliki.

Memandangkan masih ramai lag wanita yang bekerjaya yang memerlukan juga ransangan motivasi agar kekal hebat untuk mengimbangi kerjaya dan rumah tangga. Saya juga akan memasukkan artikel yang bersesuaian untuk wanita bekerjaya, surirumah dan suri bekerja di rumah. Apapun status anda, anda masih memerlukan suntikan semangat agar setiap hari yang dijalani anda kekal aktif dan bertenaga.

Salam penuh kasih sayang

www.masayuahmad.blogspot.com

Jemput juga ke blog saya yang ini, lebih banyak panduan kesihatan dan kecantikan sempena kedatangangan tahun baru.

Pembabitan saya dalam bidang kewartawanan banyak menumpukan penulisan dalam bidang kesihatan dan kecantikan. Ianya bermula dengan Dewan Kosmik, majalah yang memberi fokus utama dan sains, teknologi dan kesihatan. Kemudiannya di mingguan wanita antara ruang tetap saya adalah Kelab Diet dan Cantik Di Mata Cantik Di Hati. Kemudiannya saya bertugas di Majalah Rapi, majalah ini sepenuhnya memberi fokus kepada kesihatan dan kecantikan.

Ianya terus melekat di jiwa dan saya masih terus menerokai bidang kesihatan dan kecantikan. Dalam pada masa yang saya mula menemui cinta baru dalam penulisan, artikel berkenaan wanita bekerja di rumah.

Kini saya mula mengimbangi kedua-dua minat penulisan saya dalam dua bidang ini. Sudah tentunya ingin berkongsi dan memberi inspirasi kepada lebih ramai wanita yang mempunyai minat yang sama seperti saya.

Friday, December 11, 2009

Mengimbas memori lalu



Teks: Masayu Ahmad
Foto:http://atlasnetwork.org/toolkit/wp-content/uploads/letter-writing.jpg

Sejak aktif berbuku muka FB (abaikan kesalahan ayat ini), saya kembali menjejaki teman-teman lama. Sudah tentunya teman-teman di alam persekolahan, universiti dan alam kerjaya. Ada tiga alam yang saya paling seronok dan hidup riang gembira, alam sekolah menengah ketika di Tingkatan enam bawah dan atas, Universiti terutama semasa tahun akhir (jurusan kewartawanan)dan semasa bekerja di Karangkraf, kemudiannya saya berhijrah ke sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Setiap fasa dalam peringkat pernghijrahan penuh dengan warna warni kehidupan. Saya akan tumpukan dua lagi kategori yang tidak pernah dan jarang saya ceritakan sebelum ini, iaitu semasa di universiti dan semasa bekerja sebagai wartawan.

Kehidupan saya diwarnai dengan pelbagai perkara yang penuh motivasi dan semangat. Peringkat sebelum saya berhenti kerja adalah fasa penting bagaimana saya mula mencari semula identiti diri dengan kata lain apa yang paling membahagiakan saya.

Kekosongan yang dirasakan itu berlaku selama beberapa tahun juga. Hinggalah pada satu peringkat ianya sudah kemuncak, dan sudah sampai masanya saya kembali dengan diri saya yang sebenar(agak mendalam juga bahasa ini).

Kini kehidupan saya penuh terisi dengan, apatah lagi sangat bersyukur bersama individu yang sentiasa menyokong setiap keputusan yang diambil. Sudah tentunya saya kembali kepada apa yang saya inginkan dalam kehidupan dan keputusan paling bernilai yang pernah saya buat.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin