Showing posts with label Deko Pejabat Di Rumah. Show all posts
Showing posts with label Deko Pejabat Di Rumah. Show all posts

Monday, June 28, 2010

Pejabat di rumah, impian saya dan anda juga





 Pic:Google
Teks: Masayu Ahmad

Ini antara impian saya memiliki pejabat di rumah dengan penuh dekorasi, ringkas dan padat. Satu lagi bilik atau perpustakaan yang penuh dengan buku. Sebelahnya adalah taman dengan pohon-pohon menghijau. Banyak lagi mahu celoteh, sekejap lagi ya saya sambung.

Thursday, January 7, 2010

Pejabat Di Rumah impian saya




Apa yang sudah dimiliki sudah cukup lengkap. Ini adalah motivasi saya untuk kerja lebih tekun, dan jika ianya tercapai, saya akan hadiahkan pejabat sebegini buat diri sendiri. Jika belum tercapai, maksudnya saya hanya gunakan apa yang ada sahaja dahulu.

Sunday, December 6, 2009

Lagi idea deko pejabat di rumah

Pilihan 1



Pilihan 2



Pilihan 3



Pilihan 4



Pilihan 5



Love life and life will love you back. Love people and they will love you back.
~ Arthur Rubinstein

Sunday, November 15, 2009

Deko, deko, deko lagi!

Teks: Masayu Ahmad

Antara persediaan yang perlu ada sekiranya anda ingin bekerja di rumah atau mempunyai pejabat kecil, seharusnya keperluan peralatan dan ruang perlu diambil kira.

Peralatan

Peralatan asas yang perlu ada sudah semestinya set peralatan komputer yang lengkap, kemudahan internet, telefon dan faks sekiranya perlu.

Ruang atau bilik

Pilih ruang yang mempunyai kadar privasi tinggi untuk anda, dan anda seronok untuk berada di situ. Pilih satu sudut pada mana-mana bahagian di rumah anda. Pastikan pencahayaan dan aliran udara yang segar.

Jika ada sebuah bilik yang sesuai, jadikan ia pejabat. Memudahkan anda daripada gangguan anak-anak kecil.

Kedudukan di tepi tingkap juga amat membantu anda untuk melepaskan pandangan ketika rasa penat bekerja. Suasana waktu pagi yang nyaman sangat membantu memberi mood baik untuk bekerja.

Pastikan ruang kerja sentiasa kemas, bersih dan tidak berselerak. Ambil masa 10 minit setiap hari untuk memastikan ruangan kerja berada dalam keadaan kemas sentiasa.

Rak atau kabinet buku

Bagi kerja yang mempunyai banyak kajian dan penyelidikan rak buku adalah perkara utama yang perlu ada. Selain itu juga bahan bacaan seperti buku adalah perlu menjadi kewajipan sama ada buku motivasi, bisnes atau pun fiksyen. Isi masa senggang dengan membaca dan menambah ilmu berkaitan bidang bisnes atau bidang dan kepakaran anda.

Jom kita lihat beberapa pilihan deko untuk bekerja di rumah hasil carian google.

Pilihan 1:

httpwww.officedesigngallery.com


Pilihan 2

www.the-household.com


Pilihan 3:

www.genuinestyle.net


Pilihan 4:

http://blog.silive.com


Nota 1: Saya akan umumkan sedikit masa lagi tarikh tutup peraduan dan juga penaja hadiah kali ini. Pemenang akan dipilih oleh penaja dan beberapa kriteria tertentu.

Nota 2: Saya sudah mendapatkan penaja untuk contest ke-dua yang akan berlangsung selepas tamat peraduan pertama. Ianya juga menarik, pastikan anda mendapat info dari masa ke semasa.

Thursday, October 22, 2009

Idea deko pejabat di rumah

Teks: Masayu Ahmad
Foto: interiordecorationides.blogspot.com

Selalunya kita mengambil kira dekorasi untuk rumah iaitu bahagian dapur, ruang tamu, ruang makan da ruang keluarga. Bagi mereka yang merancang atau ingin bekerja dari rumah dekorasi untuk tempat bekerja adalah perlu untuk memberi keselesaan. Bukan sahaja anda ghairah setiap kali bangun untuk bekerja, malah ianya membuatkan anda asyik bekerja kerana ruang tesebut, cantik, kemas dan selesa. Padanan perabot dan juga warna perlu diambil kira. Peralatan sokongan yang ada juga perlu disusun kemas untuk memudahkan anda semasa bekerja.

Pilihan 1



Pilihan 2



Pilihan 3



Pilihan 4

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin