Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts
Showing posts with label Catatan Harian. Show all posts

Wednesday, December 21, 2011

Ini kesimpulan awal tentang Cik Siti Wan Kembang

Teks: www.masayuahmad.com

                                                                 Bazar Tok Guru

Alhamdulillah saya semakin serasi dengan rutin baru, anak-anak juga berselang seli dihantar ke taska untuk memberi keserasian kepada mereka. Arissa menolak susu yang diberi dalam botol, dia hanya tunggu saya balik baru minum susu. Jadi Arissa makan dan minum air masak sahaja. Sekiranya ada urusan di luar saya akan memberikan Arissa susu sepuasnya. Pada malam hari juga sepanjang masa mengempeng sahaja dengan saya. Alhamdulillah dia lebih selesa dengan hanya susu saya sahaja, mengeleng-ngeleng dan menolak terus jika disuakan susu lain. Saya perlu menyimpan stok untuk cik mek. Jika ada urusan luar saya pastikan, masanya singkat dan bersegera pulang untuk mendapatkan Arissa.

Selesai juga persiapan sekolah Hakim, tinggal sahaja lagi pendaftaran ke tadika PASTI untuk Arif dan Aiman. Setiap hari dan jika kelapangan saya selalu berkongsi bahawa mulai Januari depan, mereka akan mula belajar dan juga siang hari terus belajar quran. Maksudnya pengisian hari mereka akan penuh, Hakim selepas pulang sekolah akan transit dan belajar mengaji, begitu juga Arif dan Aiman. Apabila pulang ke rumah semua hanya boleh berehat dan meluangkan masa bersama saya dan en.suami sahaja.

Saya cuba meningkatkan kapasiti diri menyelesaikan tugas sehingga jam 4 petang, dan selepas itu cuba untuk memberi tumpuan kepada anak-anak pula. Intensiti pembahagian tugas ini sangat perlu, kerana saya menulis, menyediakan khidmat periklanan dan juga akan datang jual buku secara online. Agihan tugas ini sudah saya kongsikan dalam satu manuskrip saya supermama ideal yang mana sudah berada di tangan editor untuk penilaian kali ke dua selepas saya membuat rombakan besar-besaran. Supermama ideal perkongsian realiti sebenar tentang ibu bekerjaya,suri rumah tangga sepenuh masa, usahawan atau apa sahaja status wanita sibuk yang perlu bijak dalam agihan tugas kerjaya, rumah tangga dan juga imbangan masa. Segalanya ada dalam manuskrip ini. Doakan perjalanan manuskrip ini dipermudahkan akan cepat diterbitkan.

Ebook terbaru masih juga dalam proses penyuntingan 90 peratus, yang mana ebook langkah demi langkah membuka butik online dan offline, saya kongsikan realiti dan juga perkongsian pemilik butik. Doakan saya segera selesai penyuntingan ebook ini dan serahkan kepada pihak penerbit untuk proses seterusnya.

Juga tugasan terbaru yang mencuri masa saya untuk menyiakan 30 kisah Islami untuk kanak-kanak dengan kadar segera. Mohon saya diberi kekuatan untuk melunaskan tanggungjawab yang sudah diberikan. Juga penyelidikan tentang homestay yang mana banyak saya kongsikan di blog www.cuti-cutikelate.blogspot. Ini juga sedang dikumpulkan info dan panduannya.

Kembali kepada tajuk asal tentang negeri Cik Siti Wan Kembang, selepas dua minggu menjalankan kutipan data dan maklumat secara agresif, sukacita saya menyatakan kejakunan saya tentang rakyat negeri ini. Pembangunan yang berselindung dan saya kira rata-ratanya mempunyai bisnes sendiri dan gigih berusaha. Di ceruk kampung tersergam rumah-rumah banglo dan juga jutawan senyap yang memang low profile. Rakyat negeri ini memang diam-diam berisi. Diam-diam gigih berusaha, mempunyai bisnes, dan juga kilang.

Jika di Bukit Bintang ada pavilion, di Kelantan juga akan ada Pavilion Tunjung yang sudah mula pecah tanah. Segalanya sudah ada di sini, juga keunikan makanan dan tradisinya. Inilah membuatkan saya mula menerima hakikat pembangunan di sini dan juga kos sara hidup yang masih rendah. Alhamdulillah atas nikmat tuhan untuk saya menumpang di negeri bertuah ini. Alhamdulillah.

Friday, December 16, 2011

Ambil nafas

Teks; www.masayuahmad.com


Alhamdulillah minda dan fizikal saya sudah bersedia dan dapat menerima perubahan jadual padat bermula bulan ini. Seawal jam 4 atau 4.30 sudah bangkit dan saya akan mula berehat jam 9 malam. Awalnya tidur? Masakan tidak rutin bermula awal pagi dan saya sangat perlu menghadiahkan kepada badan tidur dan rehat dan cukup. Setakat ini segalanya masih terurus dengan bantuan en.suami.

2011 semakin hampir meninggalkan kita dan 2012 sudah mula melambai-lambai. Seperti biasa saya gemar berkongsi dengan kalian apa yang sudah dan belum tercapai. Alhamdulillah sekarang ini, jalan-jalan sudah terbuka luas buat saya untuk mendekati dan menawan puncak. Bukan puncak sebagai keutamaan, tetapi bagaimana mengutip penglaman, onak duri dan ia sangat bererti apabila kita tiba di garisan tamat. Alhamdulillah, trek saya untuk 2011 sudah hampir tamat dan saya kira, trek baru 2012 saya sudah mulakan lebih awal sebulan. Dan sekarang sedang berada dalam momentum yang konsisten. Harapnya saya dapat bertahan dengan momentum baru ini dengan tidak buru-buru terjun sungai, atau sangat lama berehat di tepi jalan.

Salam kasih sayang
www.janawangdirumah.com

Friday, December 9, 2011

Hari yang penuh tenaga

Teks: www.masayuahmad.com

Salam pagi Sabtu bersamaan 10 Disember 2011, sudah lama saya tidak berkongsi catatan harian. Pagi ini bermula jam 4.30 saya sudah bangun melunaskan beberapa kerja dan urusan sambila ditemani Arissa. Juga pagi ini selesai nasi goreng kasih sayang untuk ahli keluarga. Urus pakaian kini sudah diambil tugas suami, memandangkan ada pertambahan tugas yang agak besar juga yang memerlukan saya mengambil ruang masa yang banyak dalam tempoh 24 jam. Jadi saya hanya tukang lipat sahaja. Terima kasih en.suami yang begitu memahami. Sangat banyak membantu saya melunaskan kerja rumah. Apakan tidak saya perlu menguruskan satu keluarga, tiga dewasan dan empat kanak-kanak riang, mengemas rumah dan menguruskan hal-hal lain. Juga keprihatinan mertua yang melihat saya begitu sibuk, jadi memasak kini bergilir. Waktu pagi saya akan berpagi-pagi memasak untuk sarapan dan tengahari. Ini juga sekarang bergilir-gilir. Rasa sangat ringan bebanan yang dipikul, alhamdulillah atas kurniaan Allah yang memberikan saya ahli keluarga yang ringan tulang dan memahami.

Lagi seronok majikan yang begitu fleksibel, ada saya cerita tentang tugasan baru saya menyediakan perkhidmatan periklanan untuk bisnes kecil. Kerja boleh di mana sahaja, hantar tugasan pada bila-bila masa, dan juga kemudahan internet dan lap top secara percuma. Ini juga rezeki sebenarnya buat saya yang datang tanpa disangka-sangka. Juga salah satunya teknik berfikir dalam minda secara separuh sedar, sejak beberapa tahun sudah, ini sudah menjadi satu kenyataan. Ia bukan semudah A, B, C yang kalian bayangkan. Saya juga bertarung dalam pelbagai dugaan dan cabaran kehidupan sebelum impian saya ini menjadi kenyataan. Apa yang penting sekarang minda separuh sedar saya sudah sudah terbayang-bayang studio SOHO idaman saya. Sudah tentu saya akan berkongsi dengan kalian tentang impian saya yang satu ini sejak beberapa tahun sudah. Doakan segala apa yang saya citakan dan usahakan ini menjadi kenyataan. Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ketepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. Kesukaran dan kesabaran itulah yang menjadikan puncak kejayaan itu nikmat yang tiada nilai. Ia sangat bermakna, semakin tinggi puncak didaki, semakit kuat semangat untuk meneruskan perjalanan.

Salam perjuangan, dalam apa sahaja yang kita usahakan, pintalah kepada majikan kita yang sebenar. Gabungkan ia dengan usaha, doa dan tawakkal dan semoga perjuangan mendapat keberkatan di duna dan akhirat. Marikan kita berjuang untuk hari dengan dengan melakukan yang terbaik dalam segala perkara.

Jadual padat bermula Disember 2011

Teks: www.masayuahmad.com

Pelbagai perkara yang berlaku sepanjang 2011, alhamdulillah semakin banyak pahit manis ditempuh, semakin mematangkan diri dalam melalui asam garam kehidupan.

Bermula Disember selain menulis saya menambah tugasan baru iaitu, menyediakan perkhidmatan periklanan untuk bisnes skala kecil. Saya sebenarnya ada menerima email dan pertanyaan untuk tugasan sebegini sejak tahun lalu.

Kebetulan pula ada peluang saya untuk membuka satu lagi cabang pendapatan dari rumah, jadi ia adalah masa yang sesuai untuk saya. Tugas baru ini juga sebenarnya dua dalam satu, kerana saya sedang mengumpul seberapa banyak kisah sukses bisnes skala kecil. Iklan bisnes kecil akan disiarkan di sebuah directory online, yang mana ia dalam fasa ke dua pengukuhan dan kini sudah mencapai 800 pelanggan. Alhamdulillah setakat ini penerimaa yang positif daripada mereka yang menggunakan perkhidmatan saya. Alhamdulillah.
Juga tentang fasa ke dua kaedah pemasaran menggunakan internet. Ia akan disiarkan di sini ya, saya berikan contoh:

http://www.xpresszoom.com/d-rose-batik-and-textiles-6
Juga, jika tahun ini diizinkan Tuhan, akan tercapailah hasrat untuk memiliki studio, atau bilik SOHO yang saya idam-idamkan sejak beberapa tahun sudah. Doakan impian itu terlaksana. Insya-Allah saya sedang berusaha dengan gigih ke arah impian tersebut.

Juga anak-anak akan mula ke sekolah, Hakim akan darjah 1, Arif dan Aiman akan ke PASTI, Arissa sekiranya saya ada tugasan di luar akan berada di pusat jagaan, iaitu tadika tempat Hakim dahulu. Semoga apa yang dirancang mendapat izin dan keberkatan daripada Allah s.w.t.

Terima kasih juga atas sokongan kalian, pembaca tetap blog ini. Pada saya kalian adalah sumber inspirasi yang menjadilan saya sentiasa berusaha dan melakukan yang terbaik.Insya-Allah.

Salam kasih sayang, dapatkan ebook panduan bekerja dari rumah www.janawangdirumah.com dan  nantikan ebook dan buah tangan terbaru daripada saya. Bila? Kita nantikan sahaja nanti.

Sunday, November 20, 2011

Apa cerita?

Teks: www.masayuahmad.com

Jam sudah ke angka sepuluh malam, hujan sudah menderu-deru menyimbah tanah. Terasa aura sejuk sudah menyelubungi. Bulan sudah menginjak ke hujung tahun, bagi kami di Pantai Timur musim tengkujuh sudah tiba. Kain-kain di jemuran sukar untuk kering. Jika hujan berlarutan dua tiga hari, makanya kain mula menimbun. Apabila satu hari matahari menyerlahkan diri, maka surirumah lah orang paling sibuk. Ulang alik menjemur pakaian, agar satu hari yang panas dimanfaatkan sepenuhnya.

Lama saya tidak bicara di sini, apabila melihat laporan trafik di email, angka yang datang ke sini paling mencecah juga ratusan pelawat. Rasa kurang senang pula melihat blog kaku tanpa entri baru. Terima kasih yang sentiasa sudi menjengah di sini. Saya di sini alhamdulillah hampir selesai menyudahkan sebuah buku dan sebuah ebook.

Esok sudah mahu menghantar manuskrip yang saya rendam, karang dan gigih menyusun semula. Manuskrip buku sudah 98% dan ebook juga 98%, hanya sedikit lagi sentuhan sebelum hanyat ke penerbit.

Bulan depan, 7.12 Arissa genap sudah 1 tahun, 20.10 yang lepas juga genap saya 32 tahun. Jika umur saya sampai 60 tahun, hanya berbaki tidak sampai 30 hayat. Itupun jika masih panjang usia, sedangkan ilmu dan amal masih compang camping sana sini.

Ada matlamat yang sudah tercapai, ada juga beberapa yang masih belum. Saya panjangkan ia ke 2012, namun masa yang berbaki akan saya saya kerjakan juga dengan gigih. Sebagai isteri, ibu dan anak, pekerja (kepada Allah dan bekerja sendiri), banyaknya yang menuntut kiri dan kanan. Saya perlu perbetulkan semula niat, walaupun kadang kala bisikan halus suka menerjah cuping telinga. Apabila kepenatan mula berganda, cepat-cepat saya istigfar dan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar. Namapun manusia, tidak lari dari sebarang kekurangan. Mahu anak perempuan, Allah bagi, comel, sihat dan tidak meragam pula, bersyukurlah saya. Mahu pulang ke kampung halaman, Allah izinkan jua, maka gunakan lah nikmat masa bersama tiga warga emas ini, sebaiknya, Alhamdulillah, terima kasih ya Allah.

Terpejam mata sebentar melihat jadual tahun hadapan yang agak padat dan semakin padat. Juga saya menambah 1 amanah baru, untuk mempercepatkan saya sampai ke destinasi Y. Doakan agar saya sukses. Hakim sudah lena tidur, Arif dan Aiman masih bermain-main di belakang. Arissa sudah nyenyak dalam buai didodoikan mok.

Selamat datang 2012 yang penuh harapan, semoga saya dapat sempurnakan tugasan 2011, dengan berbaki tidak lebih dua bulan lagi.
Terima kasih pembeli ebook www.janawangdirumah.com, bagi yang mahu buat persediaan bekerja dari rumah tidak kira sepenuh masa, atau sambilan bolehlah mendapatkan ebook ini. Insya-Allah ebook ke dua adalah kesinambungan untuk informasi bekerja dari rumah seterusnya.

Salam kasih sayang

Friday, October 14, 2011

Datang dan pergi

Kanak-kanak riang pembakar semangat ibu

Salam kasih sayang buat pembaca budiman, lama sungguh saya tidak mengemas kini blog, yang ini dan juga yang satu lagi. Alhamdullillah atas segala nikmat dan rezeki. Saya masih di sini, berjuang melunaskan manuskrip ini. Saya cuba mendaki dan mendaki, jika ada yang tersekat, saya ambil nafas sekejap. Manuskrip ini agak lebam juga saya kerjakan. Ambil masa yang agak lama juga. Saya buat rombakan yang besar juga. Moganya ia akan siap pada bulan ini juga, walau apa cara sekalipun.

Saya ingin memetik sati artikel peransang daripada buku Berfikir Gaya Trump tulisan Nazri Kadir

Kegagalan adalah pelajaran

Pada satu ketika, dua orang pembantu Thomas Edison datang menghampiri beliau dan berkata dengan nada kecewa,"Kami baru sahaja gagal dalam uji kami yang ke 700. Kami telah gagal."

Thomas Edison memandang mereka dan sambil tersenyum berkata,"Tidak sahabat-sahabatku. Kamu belum gagal."

Mereka berdua kehairanan dan bertanya kenapa. Jawab Thomas Edison, "Sebenarnya, kita telah berjaya kerana kita lebih mengetahui mengenai perkara ini lebih daripada sesiapa pun di dunia ketika ini."

Lebih pentingnya kita semakin hampir kepada jawapannya kerana kita tahu 700 perkara yang tidak harus kita lakukan. Ia bukan kerana satu kegagalan tetapi adalah satu pelajaran.

Ini adalah cara Thomas Edison melihat kegagalan. Walaupun beliau tidak menghabiskan persekolahannya tetapi setiap yang dilaluinya dianggap sebagai satu pelajaran.

Friday, September 16, 2011

Alhamdulillah,

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Assalamualaikum w.b.t, terima kasih wan ani kerana bertanya khabar, lama sungguh saya menyepi, sejak beberapa hari sebelum syawal sehinggalah ke hari ini. barulah dapat bersua di sini.
 Syawal kali saya kali pertama saya beraya belah mertua dengan semua ipar duai ada di sini.

Kemeriahan terasa dan betapa gembiranya mertua dengan kehadiran anak cucu. Malam syawal mertua sudah kurang sihat dan pagi syawal tidak dapat ke masjid, hanya berada di rumah sahaja. Kesihatannya kurang mengizinkan sehingga hari ini.

Kebetulan pula talian internet terputus disebabkan 'gigih' kanak-kanak riang menggunakan komputer sehingga tercabut dan talian internet saya 'sudah tiada hayat'. Dengan kata lain 'saya rehatkan sebentar talian internet', selain menumpukan kepada urusan rumahtangga dan tanggungjawab sekarang dan juga saya menumpukan menyelesaikan beberapa manuskrip. Ada satu manuskrip memerlukan saya memberi tumpuan dan membuat sedikit rombakan.

Saya perlu bersabar dengan keadaan sekarang, dan bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan. Pelbagai jalan diberikan agar saya berusaha, dan saya perlu bijak menggunakan masa yang ada. Selain kudrat yang ada ini untuk memberi yang terbaik buat mertua.

Terima kasih kepada pembeli ebook http://www.janawangdirumah.com/, juga pembeli buku Jana RM Dari Rumah, alhamdulillah saya sudah mula menuai hasil berdikit-dikit. Terima kasih sekali lagi. Saya panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana memberi bakat dalam penulisan dan ia memberi satu loncatan saya berada di rumah dan dapat membantu keperluan orang tua yang semakin uzur.

Seminggu sudah cukup meragut hati dan perasaan, jadi sementara nyawa dikandung badan, semoga Allah makbulkan segala doa dan usaha. Banyak yang inin dikongsikan, mungkin saya saya akan jarang bersiaran apabila 'tugas saya selesai' saya akan kembali ke sini.

Juga akan mencuba talian internet yang lebih laju dan berkuasa kuda, saya perlu berlari dan berpindah ke satu lagi fasa. Fasa ke dua saya bekerja dari rumah. Hanya sedikit sahaja lagi, juga Disember 2011 sudah tidak lama lagi akan mejengah, saya sedang memecut dengan kelajuan selaju yang boleh. Pada masa yang sama, banyak persinggahan kiri dan kanan yang memerlukan saya berhenti seketika, menarik nafas dan melunaskan beberapa perkara.

Terima kasih kerana masih sudi berkunjung ke sini, saya juga tidak sabar untuk mengumumkan apa perkembangan seterusnya.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Thursday, August 25, 2011

Ramadhan akan pulang, Syawal melambai-lambai

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Tinggal hanya beberapa hari sahaja lagi Ramadhan akan meninggalkan kita, hari ini sudah hari ke 26. Terasa baru sahaja bersahur, berbuka, bersahur, berbuka, kini sudah sampai ke penghujung. Moga Ramadhan kali ini banyak memberi kita peluang untuk berubah, bukan sekadar lapar, dahaga, tetapi pengisian yang lebih bermakna.

Bagi perantau yang akan pulang ke kampung, sudah tentu tidak sabar untuk sampai ke destinasi masing-masing. Cuaca sangat molek pagi ini, petang semalam guruh dan hujan. Pagi ini cuaca segar bugar, bunyi cengkerik menyapa. Laluan utama depan rumah masih berselang seli dengan kenderaan. Agaknya petang nanti akan bersusun-susunlah kenderaan yang akan sampai. Laluan jalan utama Kuala Kra-Kota Bharu adalah jalan yang digunakan oleh perantau dari Kuala Lumpur, Utara dan beberapa laluan utama lagi.

Selalunya menjelang musim perayaan begini, jalan akan sesak dengan kenderaan. Juga ramai nanti yang akan mengambil kesempatan ini untuk mengadakan kenduri kahwin, pertunangan dan sebagainya. Raya tahun ini meriah dalam kesederhanaan. Lebih bermakna kerana masih ada orang tua untuk dirai bersama.

Keadaan mereka nampaknya semakin uzur, namun alhamdulillah masih mampu menghabiskan puasa untuk tahun ini. Semoga orang-orang disekelilingi saya, dirahmati Allah diberi keberkatan dalam kehidupan.

Saya seperti biasa, masih dalam mood mahu mengejar KPI, semangat sekarang sedang turun naik. Ketika motivasi agak merudum saya keluarkan buku-buku motivasi untuk menghangatkan kembali aura luar dan dalam agar bangkit semula. Saya suka apabila berada dalam situas terus-menerus bersemangat menyiapkan kerja.

Fokus saya kini menyiapkan penulisan, tidak mahu memikirkan hal-hal lain. Kerana saya tidak perlu lagi sibuk-sibuk berkemas beg untuk pulang ke kampung, kan sudah berada di kampung. Tidak pelu sibuk-sibuk mengemas rumah, kerana hampir selesai mengemasnya. ;D. Saya perly fokus untuk menyelesaikan dan habiskan senarai kerja sebeluma penutup 31 Disember 2011. Insya-Allah.

Bagi yang belum memiliki buku Jana Rm Dari Rumah, di tangan saya sudah kehabisan stok, tetapi boleh teruskan pembelian di Karangkraf Mall, klik di sini untuk beli

http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

Manakala ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita klik di sini http://www.janawangdirumah.com/

Salam kasih sayang

Tuesday, August 2, 2011

Catatan ramadhan hari ke 2

Teks: www.masayuahmad.com


Hari ini agak lemau tetapi saya perlu selesaikan perkara berikut;

1. Bab 3 buku bulan Ogos

2. Editing manuskrip-hantar pada editor

3. Bungkus buku dan pos

Tiga di atas adalah tugas perlu selesai hari ini juga, walau apa cara sekalipun. Oh, ya saya mahu kongsi catatan Ramadhan semalam iaitu bersamaan 2 Ogos 2011. Menu sahur daging goreng, kerabu, manakala menu berbuka ikan patin masak tempoyak, kerabu timun ala kelate, ikan siakap goreng, teh o, nasi putih ada buah melaka dan akok. Sederhana sahaja. Nampak macam banyak kan, tetapi tak adalah banyak, ikan tempoyak untuk bapa mertua, kerabu untuk emak mertua, kami makan apa yang ada ikut selera orang tua.

Menu itu juga untuk sahur Ramadhan ke 3 pagi tadi lauk yang sama cuma mertua tambah daging goreng.

Catatan dan aktiviti untuk bulan puasa, alhamdulillah masuk trek, cumanya hari ini saya agak lemau jam 10 pagi hingga 11 pagi. Untuk memusnahkan rasa malas itu, saya teruskan menulis entri.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Monday, August 1, 2011

Cerita 1 Ramadhan

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Ini adalah catatan seorang WAHM, kadangkala bertukar sebagai SAHM. Apa itu WAHM, dan apa pula itu SAHM. Secara rinngkasnya WAHM, wanita bekerja dari rumah, SAHM, suri rumah sepenuh.

Ok, saya mahu kongsikan pengalaman 1 Ramadhan bersamaan 1 Ogos 2011, sebagai rujukan dan catatan pengalaman saya bekerja dari rumah. Sudah tentu pengalaman ini juga sangat bermakna, dan ia boleh mengambil manfaat jika dilihat dari perspektif positif.

Alhamdulllah tahun ini adalah tahun ke tiga saya bekerja dari rumah, tahun dan fasa penting. Jika tahun lepas saya hamilkan Arissa dan dua minggu pertama bula Ramadhan kami berada di Pulau Pinang, kali ini dan tahun ini dapat berpuasa dengan penuh bahagia di tempat kelahiran sendiri.

Libatkan anak-anak tentang puasa

Anak-anak saya masih di bawah umur, iaitu 6, 4, 3 dan lapan bulan. Masih hijau dan rebun. Maka sebab mereka masih rebunlah saya perlu mengasuh dan mendidik dari awal tentang puasa. Pun begitu saya bukanlag ibu yang sempurna, saya lebih suka dengan kaedah biarkan mereka bersedia, tahu dan faham. Tiada paksaan untuk berpuasa penuh.

Abang Hakim masih belum bersedia berpuasa penuh, jadi pada malam pertama saya ada memujuknya.

"Esok puasa bang, esok abang bangun sahur ya,"

Hakim diam dan menarik muka.

"Ibu ni, nanti Hakim lapar, tak boleh makan tak boleh minum,"

"Tak apalah, separuh hari sahaja,"

Hakim memasamkan muka.

"Ibu, ibu Arif nak bangun sahur," Arif lebih bersemangat berbanding abang.

"Ok, Arif tidur nanti ibu kejut bangun sahur,"

"Yalah, yalah, terus tarik selimut dan mahu tidur,"

"Iman pun nak sahur ibu, macam upin dan ipin," Aiman menyampuk.

"Yalah, yalah, nanti man bangun ya,"

Menjelang sahur, sampai ke sudah seorang pun tak bangun. ;D

Esoknya, Hakim bangun untuk ke sekolah.

"Abang nak puasa tak,"

Hakim diam.

"Minum milo je," pintanya.

Hakim minum milo sahaja, tak mahu sarapan.

Ketika saya menjemputnya pulang. Saya bertanyakan gurunya. Dia tak mahu makan, hanya makan ketika jam 12 tengahari. Walaupun masam mencuka sebelah malamnya, dia tetap ingat akan pesanan saya.

"Tak mahu puasa penuh tak apa, separuh hari pun cuku," nampaknya ia melekat.

Kalau Arif dan Aiman saya suka ulang dan ulang soalan ini.

"Puasa tu, kita tak boleh makan, tak boleh minum, dari pagi sampai petang," Aiman atau Arif akan menjawab sebijik macam gaya upin dan ipin.

Sahur pertama, air tangan mertua, udang goreng kunyit dan ikan terubuk goreng. Menu ringkas tapi memang sedap. Bersalahnya saya kerana terbangun jam 5 pagi. Itu pun dikejutkan suami.

Berbuka, saya yang masak, adillahkan berbahagi tugas. Menunya asam pedas ikan terubuk yang diletak kesum, tomato dan bendi, ikan siakap goreng, timun cina, juga 30 minit sebelum berbuka saya buat kerabu nangka. En.suami balik ada pula akok kedut dan pulut serikaya. Minum tentunya teh o panas.

Sahur ke dua tadi, saya lebih beringat, saya mahu bangun dan kali ini biar giliran saya pula. Oh, mertua lebih cekap, jam 3.30 sudah memasak, jam 4 sudah siap. Aduhai, saya bangun.

"Dah siap ma?" Saya tak mahu jadi menantu hantu.

"Tak apalah mudah jah ni, sudoh doh," Aduhai, saya sudah rasa serba salah. Tapi jawapan ma, menyedapkan hati. Nampaknya sahur dia masak, berbuka saya pula. Itu macam perjanjian melalui talian udara sahaja. Menyampaikan naluri melalui minda separuh sedah. Ma setuju, saya setuju. Arissa menangis, sambung menyusu, mandi  dan jam 5 saya pula yang menyiapkan apa yang patut.

Alhamdulillah, ramadhan kali ini saya rasa lebih tenang dan rasa lebih bermakna. Semoga puasa saya bukanlah puasa berlapar dan dahaga.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, July 31, 2011

Salam 1 Ramadhan

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Salam satu Ramadhan, akhirnya bulan penuh barakah sampai jua. Rasa tenang, rasa bertenga, rasa sangat mengebu-gebu. Insya-Allah saya perlu merangka dan mengubah sedikit jadual penulisan. Sudah masuk bulan ke lapan 2011, fasa seterusnya, perlu memecut menyiapkan mana yang tertinggal perlu dikejar semula.

Rasa agak lapang kerana kerja rumah sudah banyak disiapkan, jadi saya boleh fokus untuk menulis semula selepas banyak minggu ada sahaja urusan bersifat luar biasa datang. Insya-Allah semoga keberkatan Ramadhan ini sama-sama kita isi dengan banyak agenda yang lebih bermanfaat.

Salam ramadhan buat semua

http://www.janawangdirumah.com/

Friday, July 29, 2011

Jimat masa dan jimat tenaga sempena Ramadhan

Teks: Masayu Ahmad

Selamat menyambut Ramadhan bulan penuh keberkatan. Alhamdulillah ada juga masa saya bersiaran kembali di sini. Seminggu berada di rumah ayah, menyelesaikan beberapa perkara, juga masa untuk berehat. Saya panggil lagi sekali Kak Lah tukang urut.

Semalam sudah kembali ke rumah mertua, berdikit-dikit saya mengemas, menyelesaikan 'gunung everest' dek kerana jadual ulang alik Kota Bharu dan Bachok.

Tengahari ini berjaya juga siapkan sup sayur, perut cicah air asam, ikan goreng dan nasi putih, alhamdulillah. Untuk anak-anak menjelang bulan puasa, saya sudah mengingatkan Hakim, Arif dan Aiman, bahawa saya akan kejutkan sahur jam 5, banyak kali juga saya bagi penerangan. Boleh mula sahur bersama ibu, ayah, atuk dan mok. Bangun dan tidur semula.

Jika ditanyan

"Puasa tu apa bang?"

"Puasa tu, kita tak boleh makan, tak boleh minum dari pagi sampai petang,"

Saya kira berterima kasih kepada cerita upin dan ipin yang memudahkan pemahaman kanak-kanak dan sudah tentu memudahkan kerja ibu super sibuk seperti saya.

Kita boleh tambah lagi, bangun sahur, makan bersama-sama.

Hari ini Hakim demam, leher dan telinganya bengkak.

"Itulah abang, kalau ibu pesan lain kalin abang terus dengar, tengok sekarang telinga abang dan makin besar sebab tak nak dengar cakap ibu,"

"Ya la bu," jawab Hakim akur.

"Berapa kali ibu nak cakap?"

"Sekali," sambil mengangkat satu jari. Faham selepas ini perlu patuh dan dengar nasihat ibu, nanti telingat besar lagi ;D.


Banyak mahu bicara, tetapi 'kerja memangil-manggil pula', nanti saya sambung lagi ;D

Tuesday, July 19, 2011

Nasi berlauk, teh o panas

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang pembaca budiman, sekarang ini jam 10.01, bersamaan 20 Julai 2011, sudah tentu kalian sudah melepasi waktu puncak pagi, menghantar anak-anak ke sekolah, murseri. Saya pagi ini alhamdulillah, dari jam 4 pagi masih segar hingga kini. Arissa bangu sekejap-sekejap menemani ibu selesaikan kerja. Pakaian sudah dijemuran, sarapan hari ini nasi berlauk dan teh o panas.

Tengahari ini mungkin masak sup tulang pula. Minggu ini agak padat jadual, menerima email editor, mahu menambah beberapa bahan. Insya-Allah separuh sudah selesai, saya masih menyunting 16 muka surat lagi iaitu bersamaan 1 bab. Saya suka dikejar begini, cepat pula siap. Kalau tak suka main-main walaupun sudah ada susunan jadual kerja.

Hari ini ada sedikit urusan di luar begitu juga esok hari, semoga saya dipermudahkan. Walau di mana sahaja berada, rezeki ada di mana-mana, asal sahaja kita pandai mencari peluang dan berusaha.

Salam kasih sayang, semoga hari ini lebih baik daripada semalam

http://www.janawangdirumah.com/

Monday, July 18, 2011

Masak tempoyak ikan patin, ikan kering gelama, siap!

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, sekarang jam 1.56 tengahari bersamaan 19 Julai 2011. Hari ini saya sudah siap masak seawal jam 12 tengahari, berdesup tiga masakan mudah siap. Sebaba lagi tempoyak, saya sampaikan pada mertua boleh beli ikan patin kalau mahu masak ikan patin tempoyak.

Memang ya, dia beli, sebabnya memang dia suka masakan ini. Mertua suka masakan masam-masam, berkuah, jadinya antara menu yang boleh dikira disukainya tomyam, patin masak tempoyak, sup tulang dan apa sahaja jenis kerabu selalunya buat kerabu timun lah. Saya suka tengok dia makan bertambah, usai petang jika lapar lagi dia makan lagi. Hehe, suka saya kalau masakan saya diterima.

Kalau ayah lebih suka bersantan-santan, tapi apa yang Allah berikan kepada ayah adalah kesihatan yang baik iaitu berat ideal dan tiada penyakit kronik lain seperti sesetengah warga emas lain. Terima kasih Ya Allah. Menu ayah suka selalunya masakan berlemak, seperti gulai masak lemak, sayur lemak terung, bersama ikan goreng itu sahaja. Mudah kan, tetapi memang sukar menawan selera dia, kalau dia bertambah alhamdulillah. Tetapi ayah memang makan gaya hidup sihat, dia makan sekadarnya walau bertambah, tambahnya tidak banyak. Suka aktif ke sana sini, walaupun sakit lutut. Saya ada satu ceramah disampaikan oleh ustaz melalui radio, katanya orang yang suka bersedekah, tidak akan mendapat sakit kronik. Inilah yang saya katakan rezeki buat ayah, badannya sihat selalu. Demam tu biasalah, demam sunyi orang tua.

Sifatnya suka bersedekah, itulah yang membuatkan dia sihat. Selalunya bulan puasa antara majlis wajib diadakan menjamu orang berbuka puasa. Mesti buat ketika arwah emak ada, jika rezeki murah maka ramailah orang kampung dijemput. Itu antara memori yang selalu tersemat di fikiran saya.

Jika saudara mara datang berkunjung, sudah menjadi 'perkara rutin pula' mesti makan tengahari. Arwah emak memang sedia maklum. Apa sahaja lauk yang ada di dapur akan dimasak. Selalunya masakan kampung, ditambah pula rasa keikhlasan, itulah yang menjadi penyedap rasa masakan.

Oh, saya sudah melalut. Hari ini tidak perlu jemput Hakim, ada email dari editor saya perlu menghantar bahan segera, iaitu bahan tambahan untuk salah satu manuskrip. Saya mahu selesaikan sekarang. Salam kasih sayang, selamat menjamu selera.

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, July 17, 2011

Mendaki dan mendaki

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah untuk hari ini, jam sekarang sudah 8.36, jemur kain ada satu raga lagi, lipat kain sudah, masak sarapan pun sudah. Semak semula tugasa hari ini. Ya-ya minggu ini saya agak kelam kabut sedikit, banyak urusan yang terkendala, disebabkan beberapa kejadian penting. Kadang-kadang ia datag tanpa diundang, tetapi tenang-tenang sahaja menghadapinya.

Insya-Allah, bagi yang belum memiliki buku Jana Rm Dari Rumah, stok di tangan saya sudah tidak banyak, jadi boleh kalian segera mendapatkannnya. Saya perlu marathon menyelesaikan beberapa tugasan penting yang diminta editor, harapnya editor sabar menanti. Mahu siapkan hari ini juga.

Hari inilah baru saya dapat melepaskan lelah sebentar. Sekarang mahu teruskan menyiapkan tugasan yang tertangguh. Saya perlu bekejar masa, walaupun ada beberapa masalah kecil, hanya positif sahaja untuk menyelesaikannya dengan cara terbaik. Itulah kita manusia, sentiasa ada kelemahan, tetapi perlu sentiasa membuat penambahbaikan dalam apa sahaja yang diusahakan.

Jika ada kekurangan dari pihak saya, bermohon maaf sekali lagi. Hanya Allah jua yang terbaik.

Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/

Saturday, July 16, 2011

Teh panas pembakar semangat

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam hari Ahad bersamaan 8.52 pagi 17 Julai 2011. Saya sudah kembali ke Kota Bharu setelah lima hari di Bachok. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yang diharapkan. Apa yang tidak lancar ialah beberapa urusan penulisan tergendala. Hari ini saya perlu fokus menyiapkan kerja-kerja penulisan.

Kanak-kanak riang masih nyenyak tidur, kecuali Hakim sudah ke sekolah. Selama berada di rumah ayah, saya mengambil kesempatan mengurut badan. Urutan tradisional di sini masih murah dan berbaloi-baloi. Satu jam hanya RM20, tetapi saya tambah lagi RM5 menjadikan RM25. Satu badan terkena sentuhan Kak Lah, aduhai memang enak, rasa mahu tertidur-tidur. Biasanya dia sangat sibuk, perlu pesan dahulu. Saya suka kalau diurut waktu pagi, kerana tenaga tukang urut masih lagi bertenaga.

Jam 8 pagi Kak Lah seperti biasa, sudah datang ke rumah. Saya sudah selesai membeli sarapan dan memang sudah ternanti-nanti dengan tidak sabar. Terasa ringan satu badan, tetapi saya masih ketagih lagi. Banyak betul angin di sana sini, perlu dikeluarkan dari badan ;D.

Salam kasih sayang
http://www.janawangdirumah.com/

Wednesday, July 13, 2011

Iktibar kematian

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, selamat menjalan tugas. Beberapa hari ini tiada kesempatan untuk menjengah di sini. Saya kini berada di kampung ayah, kerana kematian bapa saudara, malam kelmarin. Semalam adalah tahlil hari pertama. Mungkin di sini untuk beberapa hari lagi. Alhamdulillah semua sudah selesai. Selepas beberapa bulan, sakit kanser tahap 4, itupun setelah pergi ke hospital. Itu adalah sebab musabab, kerana ajal semakin mendekat. Dalam dua minggu juga arwah tenat, ayah saya ketika arwah di hospital, sentiasa sahaja ke sana. Itulah khidmat adik kepada abang. Kami memanggilnya Pok Ngoh, dia adalah abang yang agak rapat.

Ketika di rumah, arwah sudah tenat, ketika saya menziarah di rumah, mensedekahkan yasin, baca dan baca. Itu sahaja khidmat saya kira semoga dipermudahkan dan doa saya sampai. Ayah siang dan malam berada di rumah pok ngoh. Tidak henti-henti membisikkan khalimah syahadah, agak pok ngoh tidak lalai dalam hari-hari terakhirnya. Malam hari juga ayah menemani pok ngoh, pulang ke rumah jam lima pagi.

Hari ini ayah mahu ziarah abangnya di Terengganu, kebetulan adik lelaki pulang semalam. Menunaikan hasrat ayah. Itulah keisitimewaan ayah, kalau soal hubungan silaturrahim dia memang suka menziarah, saudara mara, apatah lagi adik beradik. Seorang demi seorang orang-orang paling rapat dan disayanginya pergi ke rahmatullah. Juga kata-katanya yang melekat di hati saya.

"Seorang demi seorang pergi, tunggu giliran sahaja siapa yang pergi dahulu,"

Sangat dalam maksud yang disampaikan. Walau ia ayat-ayat biasa sahaja, ia boleh difahami daripada banyak aspek.

Sebagai anak, itu isyarat bahawa ayah saya sudah tua, saya perlu melayan apa sahaja hajatnya, tidak menderhaka, berbakti sehingga hujung nyawa, juga apabila berpindah alam.

Saya doakan Allah permudahkan beberapa lagi permintaan ayah. Semoga saya mampu melaksanakannya. Cepat atau lambat itu adalah kuasa Allah. Apa yang penting memastikan ayah tidak sunyi dan kebajikannya terjaga. Terima kasih Allah kerana memberi rezeki dan peluang saya pulang dan berada di Kelantan, salah satu tujuannya kerana ayah. Juga kerana mahu membantu suami, menjaga mertua. Mereka memerlukan kami. Jika bukan kami yang melakukannya, siapa lagi. 10 anak belum tentu menjaga orang tua, tetapi orang tua sepasang suami isteri memang dah tentu mampu menjaga 12 orang anak sekalipun.

Iktibar daripada tidak sempat pulang semasa arwah emak dahulu, saya tidak mahu berulang lagi. Saya sempat menatap wajah sudah tiada nafas. Memnba yasin, memandikan, mengkafan, melihat badan mayat diturunkan ke liang lahad. Berdoa dan terus berdoa semoga arwah emak dicucuri rahmat. Al-fatihah buat Rakiah Daud dan Yahya Awang Lah. Ya Allah cucuri rahmat ke atas roh mereka, ampunia  segala dosa-dosa permudahkanlah laluan mereka. Ringankan azab, jauhkanlah siksaan api neraka. Al-fatihah.

http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, July 12, 2011

Kari ikan, terung rebus cicah budu

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Salam kasih sayang, jam sekarang 3.28 bersamaan 12 Julai 2011. Barulah saya boleh melepaskan lelah, jam 2.45 jemput Hakim dari sekolah, kemudian baru makan tengahari.

Banyak lauk hari ini sampai saya tidak tahu masak apa. Ada udang, daging, tenggiri dan bawal. Sayur terung, kobis, tomato dan bendi. Jadi fikir punya fikir, masak sahaja kari bawal, campur bendi dan tomato. Terung saya rebus buat ulam cicah dengan budu yang diperah asam dan diletak cili padi. Itu menu tengahari. Keluntung kelentang di dapur, sambil intai Arissa menangis atau tidak. Arissa sekarang tidak mahu ditinggalkan seorang diri. Mujur abang Arif ada temankan.

Terima kasih kepada yang sudi membeli Jana Rm Dari Rumah, sebab tadi ada yang order buku. Jadi mata saya terus buntang mahu selesaikan sikit sahaja lagi manuskrip. Rugi jika tidur, baik sambung kerja. Malam ini kan boleh tidur lagi. Saya pujuk hati agar lebih keras menolak cabaran bantal. Tambah pula badan rasa letih, kipas mendayu-dayu member rasa angin nyaman, suasana pula sunyi petang hari.

Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ untuk beli ebook panduan bekerja di rumah untuk wanita. Lelaki juga boleh beli. ;D

Monday, July 11, 2011

Trek pendek, trek panjang

Teks: Masayu Ahmad

Apa itu trek pendek, trek panjang. Saya suka berkias-kiaskan. Insya-Allah apabila 'trek pendek' sudah hampir mahu terbit baru saya hebah-hebah, selagi ia belum ada lay out dan cover, selagi itulah saya berkias-kias.

Alhamdulillah trek pendek pagi ini sangat lancar proses penyuntingan. Banyak kali tersangkut-sangkut perjalanannya. Ada kala jalan berlubang saya mengelak, ada kala hari hujan, saya mencari tempat berteduh. Hari ini jam 8.22 pagi bersamaan 12 Julai 2011, Allah telah memudahkan hati dan momentum saya. Sudah 95% selesai. Mahu selesaikan 5 peratus lagi, proses ulang baca, sunting, ulang baca, sunting, buang, tambah, bagi mencantikkan lagi manuskrip. Insya-Allah sebelum jam 10 pagi saya mahu emailkan ia kepada editor.

Selepas jam 10 hingga 12 tengahari, saya mahu sambung pula trek panjang. Semalam, Arissa jurang sihat, banyak kali dia menangis, tidak mahu tidur. Rupanya dia mahu membuang, agaknya perut sudah selesa. Selesai 'membuang' saya mandikan, sapu minyak ubat yuyi cap limau, sapu bedak, tukar baju. Arissa kembali selesa dan kembali tidur dengan nyenyak dalam buai.

Saya sudah bekerja dari rumah kalian bila lagi?

Baca ebook http://www.janawangdirumah.com/ sebagai persediaan asas untuk bermula. Dapatkannya, sebelum harga dinaikkan. ;D

Thursday, July 7, 2011

Santai petang Jumaat, khabar gumbira ;D

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Alhamdulillah, sujud syukur. Apabila ada email daripada editor, maksudnya ia adalah berkaitan perkembangan manuskrip saya. Salah satunya, sedang dalam proses penyuntingan, maksudnya ia sudah masuk dalam senarai untuk diterbitkan. Alhamdulillah.


Wahai orang kampung, saya sangat ceria hari ini. 'Gunung Everest' sudah berjaya saya sudahkan. Tinggal lagi separuh untuk dilipat. Malam ini marathon membuat sedikit bahan tambahan, dan ada juga beberapa naskah lagi yang perlu dihantar. Moganya malam ini tenang, kerana hujan hampir turun sebentar lagi di sini.

Sujud syukur. Alhamdulillah, tiada perasaan setenang dan rasa sukacita. Selepas demam dan kepenatan beberapa hari ini, inilah rezeki saya yang Allah mahu khabarkan. Bertenang Masayu Ahmad. Mari semak semula senarai kerja. Ya, memang bersusun-susun lagi yang sedang menyahut. Justeru, disebabkan semangat sedang berkobar saya mahu masak, suapkan Arissa dan mandikan, saya mandi, solat, sujud syukur, lepas tu sambung semula marathon malam ini.

Terima kasih pembaca budiman.

http://www.janawangdirumah.com/

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin