Showing posts with label Catatan 2012. Show all posts
Showing posts with label Catatan 2012. Show all posts

Monday, June 18, 2012

Semangat mengebu-gebu

Teks: Masayu Ahmad

Salam kasih dan sayang. Alhamdulillah untuk segala perjalanan usia hingga hari ini. Sukanya saya kerana masih di sini, masih diberi kesedaran untuk mencari ilmu dan berkongsi ilmu. Masih ada ibu bapa yang boleh diingati jasanya, dan tempat untuk berkasih sayang.

Sukanya saya, kerana Allah masih beri ujian-ujian kecil agar segera saya kembali memohon dan meminta kepadanya. Sukanya saya, kerana selalu diberi kelapangan dada dan hati yang tenang.

Memang benar apabila kita mula rasa resah gelisah, kembalilah mengadu kepada empunya pencipta, ia lebih berbaloi-baloi

Ah Soo lagi

Semalam saya terserempak dengan Ah Soo lagi, kali ini nampak dia menganyuh basikal dan menghala ke lorong kecil. Pakaiannya masih yang sama dan basikalnya nampak tiada barang-barang kutipan seperti biasa. Saya sangat ingin mendekati dan berbual dengan dia. Mungkin satu hari nanti.

Saya pernah terserempak dengan Ah Soo pada malam, saya singgah di Wakaf Che Yeh, pada masa itu saya agak tergesa-gesa, jadi tidak sempat untuk berbual dan berkenalan. Mungkin lain kali saya akan ambil kesempatan seperti itu.

Promosi e-iqra Pra Ramadhan RM100 sahaja (harga asal RM120 termasuk kos pos)


Klik di sini untuk pembelian

Wednesday, June 6, 2012

Alhamdulillah untuk hari ini ;D


Teks: Masayu Ahmad

Terima kasih Allah atas rasa tenang, terima kasih Allah atas rasa syukur masih diberi lanjut usia, kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan. Moganya Allah kembalikan saya dengan keadaan sudah meninggalkan amal dan sedekah jariah yang banyak. Banyak, yang boleh membantu saya di sana.

Esok mahu pulang ke rumah ayah, sudah dua minggu tidak pulang. Kebetulan ada kenduri sebelah rumah. Sudah lama tidak makan gulai kenduri. Sejak balik bermewah-mewah dengan makanan Kelantan. Sekarang ini, di negeri Cik Siti Wan Kembang, jalan di mana-mana pun sesak. Memang begini musim cuti sekolah, bukan di sini sahaja, di negeri lain juga.

Bersambung ;D

Saturday, June 2, 2012

Melepas lelah



Teks: Masayu Ahmad

29, 30,31, 1 Julai 2012 dapat sekejap keluar mengambil angin luar. Ketika Kota Bharu mengalami kesesakan jalan raya, kami sekeluarga menjejaki Kuala Lumpur. Lebih kurang 1 tahun enam bulan, kami sudah meninggalkan Kuala Lumpur. Tempoh itu juga bersamaan usia Arissa.

Bertolak awal pagi jam 9 pagi dan sampai malam hari. Usai sampai di penginapan Hotel Quality, ia berada di zon bandaraya Kuala Lumpur. Malam hari tidak ke mana sekadar melepaskan penat.

Jendela kamar memperlihatkan panaroma Kuala Lumpur waktu malam. Quality Hotel ini banyak juga terpalit catatan wartawan muda ketika dahulu. Ketika saya mulai berhijrah dari Penang dan mula mencari pengalamar kerja di kota metropolitan. Majlis pelancaran, minggu setiausaha adalah contoh aktiviti tahunan di hotel ini. Saya seringkali singgah atas dasar tugasan sebagai wartawan.

Kini, kembali dengan anak empat, dan selepas setahun sudah, rasanya sekejap sahaja masa berlalu. Wajah malam kota raya, saya lihat dan cerna dari kaca mata penulis.

Walau malam sudah berlabuh, anak kota masih gigih bekerja. Ada yang baru bergerak pulang, ada yang menjadikan malam sumber pencarian.

Kenderaan bergerak perlahan di pelbagai arah, itu sudah rutin, jalan sesak waktu pagi dan menjelang petang hingga ke malam. Saya memang tidak suka jalana raya sesak, mungkin kalian juga setuju dengan saya juga.

Namun, jika tidak ada pilihan terperangkap dalam kesesakan itu perlu diharungi juga demi kelangsungan kehidupan.

Raih rezeki di bumi bertuah

Apabila melihat wajah-wajah asing yang kian ramai di Kuala Lumpur, muka sepet, warna kulit gelap, hidung mancung dan berbagai rupa dan bangsa lagi. Lihat pula pada papan tanda kedai makan, restoran bakso, nasi beriyani, itu sudah cukup menggambarkan ramainya pendatang berizin dan tanpa izin meraih rezeki di bumi bertuah.

Meriah pula dengan acara beli belah di sogo dan Jalan Tar. Berbondong-bondong warga kita menghabis wang di dompet. Belanja dan belanja dengan meriah.

Kita yang berbelanja, warga luar yang kaya.




Saturday, March 24, 2012

Bawa Aiman pula


Disebabkan kerja sekarang banyak tugasan luar, makanya tiga kanak-kanak ini boleh ikut ibu. Semalam ke Bachok dan Tok Bali. Apabila sampai di destinasi, Aiman berkata, "wow cantiknya ibu."


Dua hari lepas bawa Hakim ke Pantai Cahaya Bulan. Sebenarnya saya mencari lokasi yang sesuai untuk bawa anak-anak, juga termasuk lokasi untu 'memerah otak' menyiapkan manuskrip. Mahu cari lokasi melepaskan lelah dan bersantai bersama kanak-kanak riang.

Apa yang bagusnya memang banyak pilihan tepi pantai, tepi sungai Kelantan yang membuatkan hati saya aduhai,aduhai. Saya akan kembara lagi dan berkongsi lebih banyak tempat menarik. Jadi kalain boleh singgah di blog http://cuti-cutikelate.blogspot.com/2012/03/kandiez-sunrise-chalet.html untuk melihat lebih banyak info dan lokasi menarik jika kalian mahu bercuti di Kelantan. 

Sebelum balik singgah dahulu minum air kelapa muda. Aiman kata, mahu ikut ibu lagi, memang best pergi tempat kerja ibu.



Thursday, February 16, 2012

Salam pagi Jumaat 17 Februari 2012

Teks:www.masayuahmad.com


Alhamdulillah masih lagi diberi ruang untuk berkhidmat, menambah amal dan memperbaiki diri. Sebaiknya saya hari ini lebih baik dari semalam,

Semalam petang Khamis bertungkus lumus mengerjakan timbunan kain baju, mengemas rumah, mengemas dapur. Semua selesai jam 9 malam, saya mandi kali ke dua solat Isyak dan kami anak beranak bertolak ke rumah tok ayah aka ayah saya.

Pagi ini saya rutin seperti biasa, kalau ke rumah ayah saya bercuti memasak ;D. Menyambung rutin kerja, dan rasanya mahu masa yang lebih berkualiti dengan anak-anak.

Semalam semasa mahu tidur ada dua topik yang saya ingin tulis:

1. Susun rutin mudah urus pakaian anak-anak untuk seminggu.

2. Sedia sarapan mudah dan sihat untuk anak-anak

Saya tulis di sini sebagai ingatan saya.

Monday, February 13, 2012

Selamat pagi Malaysia

Teks:www.masayuahmad.com

                                           http://www.facebook.com/CutiCutiKelantan

Salam kasih sayang, hari ini rutin sebagaimana biasa, bangun seperti biasa awal pagi, urus Hakim ke sekolah, dukung Aiman dan mandikan, bangunkan Arif mandikan. Saya agak keletihan pagi ini, pun begitu nasib baik dibantu mertua dan en.suami.

Semalam saya sudah siap masakkan gulai ayam Kelantan. Dinihari tadi sudah bau masakan panas dari dapur. Mertua sudah siap masakkan nasi, masak lauk, jerang air. Arissa disuapkan mok pagi ini.

Apa tidak dua hari yang lepas, saya di wad kecemasan membawa si kecil Arissa, patutnya ditahan, tetapi dr, beri pilihan boleh pulang tetapi pastikan diberi ubat. Alhamdulillah sudah selesai disitu. Hari ini Arissa sudah bangun dengan riang. Semalam juga separuh hari menguruskan urusan ayahanda. Sudah hampir selesai, saya juga lega.

Pagi ini agaknya saya keletihan, akan hadiahkan diri sendiri urutan tradisional sentuhan kak lah.

Salam kasih sayang, kitalah wanita yang penuh semangat, walau apa cabarannya tetapi dilakukan dengan hati ikhlas.

Sunday, February 5, 2012

Tips SOHO, WAHM

Teks: www.masayuahmad.com
Mulakan persediaan bekerja di rumah www.janawangdirumah.com

Salam pagi Isnin bersamaan 6 Februari 2012. Sungguh cepat masa berlalu minggu pertama untuk Februari sudah pun habis. Di sesetengah negeri, ramai yang mengambil kesempatan untuk bercuti panjang. Saya tidak ke mana-mana, hari Sabtu anak-anak tidak sihat iaitu Aiman dan Arif.

Jam 5 petang hari Sabtu saya bawa Arif ke Hospital USM Kubang Kerian, seharian Arif muntah dan muntah. Badan sudah lesu, sudah tiada tenaga. Jam 8 malam barulah dimasukkan air.
Ketika menantikan Arif, saya perlu juga mengawal Hakim. Kali ini bawa bersama juga buku latihan dan sebatang pen. Hakim memang suka diberi upah, saya bagi RM1, kemas pula tulisannya. Ish, ish, saya tambah lagi 20 sen, maka laju pula Hakim menyiapkan kerja. Sambil itu memantau Arif yang masih lemah.

Kemudian jam 1 pagi saya pulang ke rumah mengambil barang-barang keperluan. Pada masa yang sama untuk menghantar Hakim pulang. Jam 3 pagi Arif ditolak ke wad peadetrik. Jam 5 pagi masih memberi maklumat kepada doktor yang bertugas. Jam 6 pagi kepala saya sudah pusiang. Saya gagahkan dulu untul solat. Usai solat ada sedikit kesegaran.

Usai ke wad, ada penjaja menjual pelbagai jenis sarapan. Saya beli nasi berlauk ayam goreng untuk Arif dan nasi daging goreng untuk saya. Usai sarapan Arif lelap. Itulah anak ibu sudah mahu makan dan sudah minum, jika sebelum itu lebih 12 jam dia tidak makan dan minum. Hanya minum dan dikeluarkan semula. Arif nyenyak tidur, saya berbisik, ibu balik sekejap, nanti ayah sampai. Arif mengangguk-angguk.

Kasihan Arisa. Sampai sahaja di rumah, Arif menyusu sambil memejamkan mata, tanda nikmatnya dapat meneguk susu ibu. Arissa memang penyabar, tidak menangis dan merengek. Diteguk dan diteguk. Kemudian saya keluar semula jam 2 petang kerana ada temujanji dengan pelanggan. Kali ini saya bawak Aiman bersama. Aiman banyak beri kerjasama, usai siap mengambil gambar kedai kek. Saya pulang ke rumah. Memasak nasi dan kemudian mengemas rumah. Usai Asar pecut semula ke hospital. Arif sudah boleh pulang. Hati sudah lega. Aiman masih dibawa.

Jam 9 malam kami bergerak pulang. Aiman, Arif, Ibu dan Ayah berhenti tepi  jalan pekena teh tarik dan roti jalan. Itulah hujung minggu dan cuti kami. Hari ini semua sudah sihat dan pergi sekolah. Ibu hari ini memulakan tugas seperti biasa.

Iklan


                                               Sumber:http://www.xpresszoom.com/bekamhajirazali-2

Saturday, January 28, 2012

Selagi mana kita berusaha, Allah pasti memberi rezeki

Teks: www.masayuahmad.com

Salam pagi Ahad yang semangat. Bermula sudah rutin bekerja. Usai jam 6 hingga 8.30 selesai sudah urusan anak-anak. Jika Ahad, Selasa dan Khamis sudah masak untuk sarapan esoknya, contoh gulai ayam atau gulai ikan Kelantan. Jadi pagi saya hanya pecut, masak nasi, masak air.

Lipat kain, separuh 'gunung everest' sudah selesai, mandikan Aiman, Aiman tidur semula. Selesaikan Hakim, semak segala keperluan sekolah, juga sekarang hanya bawa air sahaja untuk bekal. Dibantu en.suami, Hakim ke sekolah, selesai dahulu di situ.

Selesaikan Arif, mandikan Arissa suapak sarapan. Saya pecut lagi semua keperluan anak-anak masuk dalam kereta. Kemudian pecut kemas remas 5 minit. Giliran saya untuk bersiap. Layan dahulu kerenah Aiman waktu pagi, semua selesai. Sekarang jam 9.48 buat temujanji dan sudahkan beberapa senarai untuk hari ini.

Itu sahaja rutin super duper wanita bekerja dari rumah dan juga di luar rumah. Terapkan keikhlasan dan niatkan hanya kerana Allah dan ia pastinya memberi kita semangat juang untuk hari ini.

                                                 http://www.xpresszoom.com/serundingzaliha-2

Serunding keluaran Zaliha Ismail,dihasilkan secara tradisional. Terdapat tiga pilihan iaitu serunding ayam, daging dan ikan. Menurut puan Zaliha, penghasilan serunding ini sudah berada di pasaran selama 30 tahun. Beliau mewarisi bisnes penghasilans serunding dari nenek dan emak. 
Pelanggan boleh terus ke kedai milik beliau dan boleh menghubungi terus no telefon 013-9130009 untuk tempahan serunding. 
Serunding dihasilkan setiap hari dan ia adalah sedap dan berkualiti. Selain itu, jika kedai milik puan Zaliha.

Wednesday, January 4, 2012

Nasi putih dan gulai ayam kasih sayang

Teks; www.masayuahmad.com


Alhamdulillah hari ini badan rasa cergas dan saya lebih cekap mengurus kanak-kanak riang awal pagi. Hari ke tiga masih berjaya saya siapkan bekal anak-anak, gulai ayam kasih. Hari pertama nasi dan roti, hari ke dua nasi goreng dan roti telur. Harapnya berkekalan momentum memasak untuk bekal anak-anak. Walau penat rasa berbaloi anak-anak setiap hari minta makan itu dan ini. Saya cuba lunaskan, agar mereka sentiasa bersemangat ke sekolah dan membawa aura kasih sayang saya terus dalam makanan yang dimasak setiap hari.

 Aiman dan Arif kepenatan, bangun agak lambat 6.30 baru saya kejutkan. En.suami mandikan anak-anak, kemudian giliran saya pakaikan baju Hakim, Arif dan Aiman. Usai solat subuh, Hakim dihantar en.suami, Arif dan Aiman minum susu dan dihantar oleh saya sendiri. Kemudian saya pecut kerana jam 9 sudah ada temujanji dengan pelanggan. Alhamdulillah dipermudahkan urusan hari ini.

Tuesday, January 3, 2012

Hari ke 2 persekolahan

4 Januari 2012

Alhamdulillah, rutin agak ketat awal pagi, saya berjaya juga siapkan bekal untuk anak-anak. Semalam nasi
putih dan ayam goreng, serta biskut. Hari ini nasi goreng dan roti telur.

Arif dan Aiman seronok pergi tadika, nampak keletihan jam lapan semua sudah terlelap. Aiman di ruang tamu dan Arif di sofa. Aduhai anak-anak ibu. Puncak pagi seawal jam lima Arissa sudah bangunkan saya, susukan dia dan kemudian mandikan. Sebelum itu masak dulu nasi. Kemudian pecut pula siapkan semua beg, beg Hakim, Arif dan Aiman dan kelengkapan seharian untuk mereka di transit termasuk Arissa. Kemudian usai solat subuh, ayah uruskan mereka bertiga. Saya kung kang kung kang di dapur. Alhamdulillah siap juga. Usai Hakim dihantar en.suami ke sekolah, kemudian saya siapkan pula Aiman dan Arif, Arissa sudah lena dalam buai.
Tenaga sudah habis, barulah saya urus diri sendiri pula. Arif dan Aiman sudah siap sedia dalam kereta, tinggal lagi bawa masuk Arissa dan barang keperluan. Selepas menghantar mereka bertiga saya di sini menyiapkan entri, dan juga siapkan iklan. Petang nanti ada temujanji. Insya-Allah.

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin