Sunday, July 15, 2012

Wanita bekerja, bolehkah? Wanita bekerja mengikut pandangan Islam


Sumber: Buku Wanita Juga Boleh Berbisnes, Berguru Dengan Khadijah

Wanita Bekerja Menurut Pandangan Islam

Dewasa ini, semakin ramai wanita yang menjalankan aktiviti di luar rumah untuk bekerja. Ada yang beralasan mencari nafkah, mengejar kesenangan, menjaga nama, mendapat status sosial dalam kalangan masyarakat, perjuangan dan sebagainya. Anehnya ramai pula para wanita yang mengeluh ketika menghadapi perlbagai gangguan dan halangan sama ada dari segi fizikal dan emosi.

Antaranya cuti bersalin, yang terlalu singkat, syif bekerja siangan dan malam bahkan gangguan seksual. Lalu bagaimana Islam memandang permasalah ini?

A. Wanita bekerja, bolehkah?

Allah s.w.t telah menciptakan lelaki dan wanita sama jika diukur dari sudut insaniah. Lelaki dan wanita diciptakan memiliki ciri-ciri khas kemanusian yang tidak berbeza antara satu sama lain. Kedua-duanya dikurniakan potensi hidup sama seperti keperluan jasmani, naluri dan akal.

Allah juga telah membebankan hukum yang sama, terhadap lelaki dan wanita apabila hukum itu ditujukan untuk manusia secara umum. Misalnya kewajipan solat, puasa, zakat, haji, menuntut ilmu, mengembangkan dakwah, amar makruf, nahi mungkar. Semua ini diwajibkan kepada lelaki dan wanita tanpa ada perbezaan. Hal ini disebabkan semua kewajipan tersebut dibebankan kepada manusia seluruhnya dan semata-mata kerana sifat kemanusiaan yang ada pada kedua-duanya tanpa mengambil kira seseorang lelaki mahupun wanita.
Kurma Badam RM25 termasuk pos (daftar)
pn.masayu@gmail.com

Namun apabila sesuatu hukum ditetapkan khusus untuk jenis manusia tertentu (lelaki sahaja atau wanita sahaja), akan terjadi pembebanan hukum yang berbeza antara lelaki dan wanita.
Misalnya kewajipan mencari nafkah (bekerja) hanya dibebankan kepada lelaki kerana perkara ini berkaitan dengan tanggungjawabnya sebagai ketua rumahtangga.
Islam menetapkan bahawa ketua keluarga adalah tugas utama dan tanggunngjawab lelaki. Oleh itu, wanita tidak dibebani tugas (kewajipan) mencari nafkah, sama ada untuk dirinya sendiri mahupun untuk keluarga.

Justeru, wanita berhak mendapat nafkah daripada suaminya (jika wanita tersebut telah berkahwin) atau daripada walinya (jika belum berkahwin). Bahkan sekalipun tidak ada lagi orang yang bertanggungjawab terhadap nafkahnya, Islam memberikan jalan lain untuk menjamin kesejahteraan iaitu dengan membebankan tanggungjawab nafkah wanita tersebut kepada Daulah (baitulmal). Bukan dengan cara mewajibkan wanita bekerja.

Jika begitu, adakah wanita dibenarkan bekerja? Masih perlukah dia mencari nafkah dengan bekerja?

Bersambung....;D, saya mahu jemur kain dulu ya

Kalau tak sabar, baca selanjutnya di muka surat 78, 79

RM16

Beli di sini

No comments:

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin