Showing posts with label Resort. Show all posts
Showing posts with label Resort. Show all posts

Thursday, June 3, 2010

Villa Danialla Resort di Tok Bali Pasir Putih









Teks: Masayu Ahmad
Sumber:Villa Danialla Beadh Resort

Sebenarnya sebagai anak jati Kelantan, saya masih kurang menerokai keunikan dan keindahan negeri sendiri. Padahal sangat banyak tempat menarik untuk disinggah dan dinikmati. Tidak perlu ke tempat lain kalau mahu mencari inspirasi. Memandangkan balik pun kadang-kadang, jadi kesempatan hanya berada di kampung saya dan kampung suami. Pun begitu tidak berkesempatan lagi meneroka banyak tempat penginapan yang murah, ekslusif. Rupanya sangat banyak, hanya saya sahaja yang tidak ambil tahu.

Rakan saya yang bekerja di Kelantan mengatakan sangat banyak pilihan, hotel, resort, chalet dan kebanyakan adala berlokasikan tepi pantai. Naik rabun biji mata saya apabila melihat begitu banyak resort yang menawan hati. Sudah tentunya sebagai penulis saya sukakan tempat begini, selain menikmati ketenangan alam, sangat mengujakan menyiapkan kerja dalam suasana begini. Saya akan kongsikan satu persatu.

Mari kita selongkar salah satu resort yang berada di Tok Bali yang terkenal dengan jambatan tinggi. Tok Bali adalah tempat pelabuhan kapal-kapa atau bot-bot nelayan yang berkapasiti besar. Mempunyai pesisir pantai yang putih dan bersih. Berada dalam daerah Pasir Putih dan bersebelahan dengan Daerah Bachok. Iaitu kalau di Bachok terkenal dengan Pantai Irama (kampung arwah ibu), jika berjalan mengikut pesisir pantai akan sampailah ke kampung saya. Tidak berapa pasti berapa hari berapa malam kalau berjalan kaki. Tetapi kalau menaiki kenderaan lebih kurang 45 minit sahaja. ;D

Anda mahu menjadi penulis?

Walaupun saya sudah lama dalam bidang ini lebih kurang 9 tahun, tetapi bidang dan industri buku saya masih setahun jagung. Saya masih lagi budak belajar yang sedang merangkak, belajar dan terus belajar. Apabila ada yang mahu belajar dan mahu menjadi protege, saya rasa masih kurang layak. Kerana ilmu saya sangat cetek dan masih belum pro.

Tetapi jika ada yang benar-benar bersungguh, saya bersedia memberi pandangan. Tetapi kalian perlu bersedia juga dengan pandangan pedas dan kritikan saya. Kerana dalam bidang ini kita perlu ada hati batu dan tidak lut. Kalau kita mudah lemah dan patah semangat, sangat mudah untuk kita berasa kecewa. Bagi yang ingin meneruskan cita-cita sebagai penulis, asahlah tajam-tajam parang kalian. Insya-allah sekiranya bersungguh-sungguh kalian akan berjaya.

Apa istimewa jadi penulis bebas

Sudah tentu boleh bekerja walau di mana sahaja berada. Dan berpeluang ke mana tempat yang kita suka dan tidak perlu memikirkan suasanan jalan raya yang sesak. Kita boleh lari ke tempat pilihan dan citarasa sendiri untuk berinspirasi. Tetapi pandangan bermenung bawah pokok sambil menunggu ilham, saya sangat tidak setuju. Semuanya perlu ada perancangan dan persediaan.

Begitu juga dengan pandangan 'writer block' bagi saya ini terpulang kepada penulis itu sendiri. Saya menulis berdasarkan jadual kerja yang fleksibel, kadangkala boleh bekerja melebihi 12 jam dengan tekanan terkawal. Iaitu katakanlah editor mahu suntingan manuskrip cepat, maka saya secara secara semulajadi boleh pula tidur hanya 3 hingga 4 jam sahaja. Di sini persediaan mental perlu ada, kerana membuat suntingan perlu kepekaan dan ketelitian.

Perlu belajar bersabar

Apabila kalian sudah menghantar manuskrip tidak semestinya bulan seterunsya sudah boleh diterbitkan. Mungkin ada rezeki cepat, kadangkala bertukar penerbit dan mengambil masa beberapa tahu. Ini berdasarkan pengalaman sendirir. Namun Jana RM Dari Rumah adalah rezeki saya, kerana saya berjaya menyiapkannya dalam tempoh sebulan sahaja. Ahamdulila buku ini sangat cepat proses terbitnya. Berbanding buku-buku saya yang lain masih menanti dan selalu ditukar jadual penerbitan. Apabila menghadapai situasi ini, saya terus sahaja menulis tanpa henti, yang itu saya serahkan rezeki kepada Allah s.w.t.

Terus berjalan dan berjuang

Apabila kalian menetapkan satu-satu perjalanan, memlih bidang kerjaya atau bisnes. Usah mudah putus asa, teruskan berjalan. Ambil setiap perkara yang berlaku sebagai iktibar dan cuba berusaha dan gandakan keyakinan bahawa pasti akan berjaya.

Manuskrip pertama

Saya masih ingat manuskrip pertama saya, iaitu sebuah novel, ketika itu masih bekerja di Karangkraf. Apabila menghantar manuskrip, hati saya berbunga ria dan mengebu-gebu. Menanti, hari, bertukar bulan dan tahun, masih tiada perkhabaran daripada editor. Saya ada menghubungi dan bertanya khabar dengan nada yang tidak ada perasaan mahu mendesak pihak satu lagi, setelah dua tahu menanti, saya baru mendapat kembali manuskrip tersebut. Apabila saya baca, selidik, dan membuat kajian semula, saya bersyukur karya tersebut tidak diterbitkan. Kerana apa? Kerana sanggatlah buruk manuskripnya. Saya ketawakan diri sendiri, kerana ilmu masih cetek sudah mahu gesa-gesa menerbitkan karya. Saya bermula semula, menghadiri bengkel, kajian dan penyelidikan berterusan.

Sehinggalah terbit Jana RM Dari Rumah, rasa mahu menitis air mata saya melihat hasil buku ini sudah dibuat atur letak (lay out). Apabila editor, memberikan naskah yang sudah siap, menggigil tanga saya menandatangan buku tersebut. Namun saya masih kontrol Ayu dalam keadaan itu. Saya sangat bersyukur, kerana Allah telah memakbulkan doa.

Jadi perjuangan seterusnya sudah tentu, mahu melihat lebih banyak buku atau karya saya dicetak dan berada di pasaran. Perjuangan ini bermula semula dan pendakian yang baru sedang saya usahakan. Doakan saya.

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Saturday, March 20, 2010

Jom rehat dan santai

Jom kita meneroka lagi keindahan banyak tempat menarik di Malaysia. Tak sempat pergi, cuci mata dahulu.
Sumber:http://www.shangri-la.com/en/property/penang/rasasayangresort

Friday, February 5, 2010

Teluk Dalam Resort








Teluk Dalam Beach Resort is located in the west coast of Peninsular Malaysia in an island off Perak. The resort can be reached via Lumut, a small town in Perak in the west coast of Peninsular Malaysia which is also the gateway to Pangkor Island. By road, Perak is 3 hours drive from Kuala Lumpur, the capital city of Malaysia and from Lumut, you need to take the Ferry to Pangkor Island which takes approximately 30 minutes. Pangkor Island in the west coast of Peninsular Malaysia is also easily accessible by air from Kuala Lumpur and other state in Malaysia.



Teluk Dalam Beach Resort in the west coast of Peninsular Malaysia nestled in 40 acres of mostly landscaped gardens in a secluded cove at the northern tip of Pangkor Island. Paradise by the sea, Teluk Dalam Beach Resort in the west coast of Peninsular Malaysia complements the natural beauty of this unspoiled island.


Keterangan lanjut di sini

http://www.tasohlakeresort.com.my

http://www.tasohlakeresort.com.my/












Tasoh Lake Resort & Retreat (TLRR) is situated at Timah Tasoh dam in Perlis. The ecotourism concept of TLRR is situated on a 39 acre piece of land with exceptionally beautiful panoramic natural views of Timah Tasoh lake,Nakawan Range, Cabang Hill and Manik Hill. TLRR is about 12 km from Kangar and 15 km from Padang Besar.

Not only a holiday resort, TLRR also provide numerous activities for families, organizations, groups and participants.

The recreational activities provided in TLRR is to help build the mental and physical strength of participants and also improve the productivity and motivation work force in an organization.






Monday, February 1, 2010

Bercanda di avillion

Avillion Hotel terletak hanya 55 km (34 batu) dari dari Lapangan Terbang Port Dickson, dan hanya 110 km (68 batu) dari dari pusat bandar. Kesemua 250 bilik di hotel 5-bintang ini direka untuk memenuhi keperluan tetamu. Antara beberapa ciri bilik yang anda akan nikmati termasuk bilik tidak merokok, pendingin hawa, jubah mandi, akhbar harian, meja, pengering rambut, papan seterika.

Dengan perkhidmatan bilik 24 jam, kedai, lif, kedai kopi, bar/pub, perkhidmatan dobi/cucian kering, hotel Port Dickson ini pasti menjadikan perjalanan setiap tetamu menyeronokkan. Bersantailah di hujung hari anda dengan pilihan urut, kolam renang (kanak-kanak), jakuzi, kelab kanak-kanak, kemudahan gim/kecergasan - antara kemudahan sukan dan kegiatan waktu lapang yang hebat di hotel ini. Keselesaan dan kemudahan merupakan mercu tanda Avillion Hotel. Sila masukkan tarikh anda di borang tempahan dalam talian kami yang selamat untuk membuat tempahan di Avillion Hotel Port Dickson.


The Legend Water Chalets

http://www.legendwaterchalets.com.my/index.htm
Legend water chalets is located along the coastal stretch of Port Dickson in Negeri Sembilan on the west coast of Malaysia.

The Resort consists of 280 unique sea front resort rooms and 112 service suites facing the Straits of Malacca.








LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin