Showing posts with label Motivasi Wanita. Show all posts
Showing posts with label Motivasi Wanita. Show all posts

Monday, April 16, 2012

Setiap orang ada satu kisah

Teks: Masayu Ahmad


Setiap orang ada satu kisah, kisah saya begitu, kisah si A begini, kisah si polan begitu. Cerita duka gembira, sedih, kecewa.

Jika kita dengar atau baca kisah-kisah orang berjaya, mereka juga ada kisah atau sisi hidup yang mana merasa gembira, duka, saat-saat dilanda musibah. Jika kita baca pula kisah orang yang tidak berjaya, mereka juga merasai perkara yang sama ada waktu sedih, gembira, duka. Jadi apa bezanya? Tiada yang berbeza kerana kita semua hamba Allah yang sudah ada percaturan kisahnya.

Tinggal lagi jangan kita memilih untuk terus pilu, mengapa menerima dugaan begini, begini, begini.

Ada satu kata-kata yang menarik perhatian saya. Saya lupa baca di mana. Lebih kurang begini ayatnya.

"Jika kita menjadi orang lain, maka kita tidak tahu mereka mengalami nasib lebih malang daripada yang kita alami."

Jadi lebih baik diri sendiri dan berbahagialah dengan aturan kehidupan, tetapi pilihan tepisan yang membuatkan kita sentiasa bersyukur setiap hari walau apa keadaannya,.

Jadi kesimpulannya:

Berbahagialah kita kerana kita sudah menyandang surirumah sepenuh masa

Lagi bahagia dan bersyukur kerana kita pandai menjana kewangan walau berada di rumah

Lagi dan lagi bahagia apabila banyak peluang baru untuk kita tambah rezeki

Lagi bahagia dan lagi besyukur apabila kita bergelar surirumah, ada banyak pilihan dan peluang menjana pendapatan dan dapat pula mengurus keluarga

Salam kasih sayang

www.janawangdirumah.com

Monday, July 11, 2011

Yang dikejar dapat yang dikendong tak tercicir ;D

Teks: http://www.masayuahmad.com/


Sangat penting kita tidak melihat pandangan orang lain sebagai menutup segala idea yang kita miliki. Saya suka melihat apa-apa perkara sekalipun dari sudut positif. Ya positif.

Yang dikejar dapat yang dikendong tak tercicir (asalnya yang dikejar tak dapat yang dikendong tercicir), buat apa kejar perkara yang sah-sah tak dapat, jadi usahakanlah perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri kita sendiri.

Orang tamak selalu untung

Saya selalu pegang kata-kata di atas. Saya tamak membaca mana-mana informasi yang berkaitan perkara yang sedang saya tulis. Saya tamak untuk membawa kisah-kisah kejayaan luar biasa. Saya tamak untuk menulis, menulis, menulis.

Saya tamak dan memang tamak, agar saya bekerja dengan kelajuan yang lebih pantas. Saya rugi apabila tidak menggunakan masa sebaiknya. Saya rugi apabila anak-anak sudah tidur saya perlu bangun sepantas kilat untuk menyelsaikan kerja.

Bersambung: Aiman mahu air oren ;D

Thursday, July 7, 2011

Jumaat yang segar

Teks: http://www.masayuahmad.com/

Terima kasih Allah atas anugerah hari ini, nikmat kesihatan, nikmat kasih sayang, nikmat ketenangan. Alhamdulillah, pagi ini berjalan lancar. Semalam kononya mahu berjaga, tetapi tidak pula, sambil mendodoikan Arissa dengan saya sekali lelap sama.

Hati lapang raga kain sudah kosong, hati senang semua kain sudah berlipat, hati riang rumah sudah kemas, hati seronok anak-anak semua sudah berbau harum, kecuali abang Aiman seorang lambat mandi pagi.

Jadi, mari Masayu Ahmad, kita selesaikan satu persatu 'to do list' untuk hari ini. Selesaikan hari ini juga! Jangan bertanguh lagi.

Saya ingin berkongsi kata-kata peransang Dr. Irfan Khairi dalam bukunya, Nota Jutawan Nota Motovasi

Kejayaan demi kejayaan

Pernah dengar isitilah 'Success breeds succes"? Ia bermaksud, apabila anda berjaya, kejayaan yang akan datang adalah lebh mudah.

Kejayaan yang pertama adalah paling sukar, tetapi, sekali anda mencapai kejayaan dan matlamat anda yang pertama, kejayaan yang akan datang menjadi lebih mudah untuk dicapai.

Ini terjadi kepada setiap orang yang berjaya. Apabila berada di atas, ditambahkan dengan usaha, kejayaan yang seterusnya menjadi lebih mudah.

Thursday, June 30, 2011

Terapi buat wanita


Teks: http://www.masayuahmad.com/

Petang Khamis, maksudnya esok di sini sudah Jumaat. Lega sudah apabila melihat raga hijau berwarna hijau sudah kosong. Kain semua sudah siap dicuci. Sebahagian sudah dilipat, hanya tinggal pakaian kanak-kanak riang. Mala mini boleh sambung melipat dan menyudahkannya. Hari Jumaat tidak mahu fikir lagi tentang kain baju yang kotor.


Kadangkala ia meninggalkan ‘satu perasaan pelik’ kepada en.suami, mengapa perlu basuh pakaian setiap hari. Sedangkan pada saya, melihat pakaian kotor sudah berbasuh, berjemur, berlipat dan raga kosong adalah satu terapi. Ia terapi pada wanita.

Sudah tentu bagi wanita bekerja di luar rumah, cuti sabtu dan ahad itulah hari untuk menyudahkan gunung pakaian, atau berbakul-bakul pakaian yang sudah dicuci malam hari bersedia untuk dilipat. Memang menggeliat juga melihat pakaian yang begitu banyak.

Terapi juga bagi saya apabila melihat anak-anak sudah siap mandi berpakaian dan berbau harum.

“Hakim dan siap sabun ibu,” sambil meloncat-loncat keriangan, mandi dengan air batang paip bersumberkan air perigi. Berjujus air mandi jatuh yang melekat pada tubuh.

Ibu tahu itu loya buruk Hakim, lalu saya sekali lagi mengambil sabun dan menyapu ke seluruh badan anak sudah makin membesar. Semakin keras kepak lengan, sudah ada otot-otot yang sudah menimbul. Oh, anak ini sudah semakin membesar. Sungguh pantas masa berlalu. Rasanya baru melahirkan, menyuap, memandikan. Mungkin sikit masa lagi apabila sudah baligh tangan saya tidak lagi akan menyapu badan Hakim dan menemani mandi.

Rahsia air tangan

Barangkali saya akan rindukan saat sebegini. Saat waktu pagi, tengahari dan petang, memujuk dan kadangkala agak keras juga suara supaya cepat mandi.

Cuba kira berapa kali setiap hari kita memandikan anak-anak, terutama anak-anak yang masih bawah umur 7 tahun ke bawah. Jangan berpagi-pagi mengejar ‘punch card’ makanya kita membawa anak ke pusat jagaan atau pengasuh, dengan tidak bermandi. Juga rasa gembira apabila mengambil anak yang sudah mandi dan siap berpakaian malam. Tiga kali sehari pengasuh memandi dan membersihkan anak kecil kita.

Adakah hanya hujung minggu sahaja masa diperuntukkan untuk memandikan anak. Itu pun mungkin berbolak balik dengan suami, siapa yang perlu mandikan anak-anak kerana banyak urusan rumah tangga yang lain perlu diuruskan juga.


Salam kasih sayang

Dapatkan panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/ persediaan awal bekerja di rumah. Saya sudah kalian bila lagi?

Wednesday, June 29, 2011

Perjuangan diteruskan

Teks: http://www.masayuahmad.com/
Foto: Tanisha Vesudavan

Pejam celik-pejam celik hari ini sudah 30 Jun 2011, saya belum habis lagi mendaki, tetapi catatan masa untuk bulan ini sudah hampir tamat. Apa yang perlu saya buat? Bertenang, dan teruskan pendakian seperti biasa sehingga sampai puncak. Dan mula semula mendaki bukit yang lain. Tidak mengapa jika lambat, tetapi saya perlu selesaikan juga. Ada dua kemungkinan saya perlu pecut dan segera tamatkan larian, atau teruskan seperti biasa walaupun perlahan tetapi konsisten.

Dalam perlumbaan arnab dan kura-kura, arnab memecut dengan laju, dengan kata lain dia terlampau yakin dapat menyudahkan dengan mudah. Jadi si arnah berehat sebentar, dengan anggapan bahawa si kura-kura tidak akan berjaya.
Kura-kura tidak pernah erti putus asa, teruskan juga, walaupun perlahan-lahan ia tetap maju ke depan. Lama-kelamaan dia maju ke depan, bukan sahaja sampai, malah dapat pula mengalahkan si arnab yang bongkak dan terlalu yakin diri.
Konsisten itu perlu, usaha juga perlu, sabar dan terus bergerak juga perlu. Apa yang tidak perlu dalam kisah tauladan ini ialah jangan terlalu memandang rendah pada orang lain. Begitu juga dalam bisnes, jangan memandang enten kepada pesaing, mungkin dalam diam, pesaing sedang melakukan perkara luar biasa. Mungkin dalam tidak menunjuk-nunjuk ada satu sisi kejayaan yang akan ditempa. Nilai-nilai moral ini selalu ada dalam apa sahaja kisah tauladan, kisah insipirasi, kisah orang yang berjaya. Lalu kita sebagai orang biasa-biasa ambillah sisi positif untuk diserap masuk dalam pendakian kita.

Salam kasih sayang

Klik di sini http://www.janawangdirumah.com/ jika mahu bekerja di rumah seperti saya. Buat secara sambilan atau sepenuh masa.

Tuesday, June 28, 2011

Iktibar masa yang bergerak

Teks: Masayu Ahmad


Sudah lapan pagi, lihat lagi 8.30, sekjap 9 pagi kini sudah 9.42 pagi bersamaan 29 Jun 2011. Masa terus bergerak dengan konsisten. Biar ia sedetik-sedetik, lama-lama sudah suku, setengah, sudah satu jam. Pagi, tengahari, petang, malam, dinihari, pagi semula. Mari ambil iktibar daripada masa

Sifat masa tidak bertangguh, terus bergerak. Ia tidak berhenti rehat, tetapi terus menerus berjalan dalam satu pusingan. Selesai satu pusingan, bergerak lagi. Tiada istilah penat, mahu rehat.
Masa tidak bising. Hanya bising apabila ia dijadikan sebagai satu alat, supaya berbunyi dan berdering, agar manusia disedarkan. Ia tahu akan tugas, terus bertugas walau hujan, ribut, tsunami sekalipun
.

Mari kita serap dan jadikan iktibar, terus bergerak dan tidak bertangguh untuk menyelesaikan matlamat. Boleh berehat kerana kita sudah fitrah manusia, perlu rehat dan kemudian menyambung semula perjuangan. Rahat pula tidak berlebih-lebih, melepak tidak tentu fasal, asyik berangan tetapi satu kerja pun belum selesai. Jika lihat orang yang berjaya sentiasa sibuk dan masih mampu mengurus masa dengan baik.

Salam kasih sayang, dapatkan ebook panduan bekerja di rumah http://www.janawangdirumah.com/
Saya sudah, anda bila lagi? Buatlah persediaan dari sekarang!

Monday, June 13, 2011

Apa motivasi pagi anda!

Teks: Masayu Ahmad

Jam sudah 9.03 pagi, makanya saya sudah selesai menulis awal pagi, menyusu dan menidurkan kembali Arissa, menjemur pakaian, sarapan dan mengemas dapur, menguruskan Hakim ke sekolah. Itu sahaja, apa pula rutin anda hanya ada dua situasi berikut:

Wanita bekerjaya

Bangun awal, menyiapkan diri, menyiapkan anak-anak, menghantar ke rumah pengasuh, nurseri, menghantar anak sekolah. Memecut laju sampai ke pejabat. Situasi awal pagi sangat berkait rapat dengan situasi anda apabila tiba ke pejabat. Barulah boleh bernafas semula dan mula menjalan tugas. Apa kaitan pagi dan motivasi, sama ada anda berada dalam keadaan lelah kerana melayan si kecil yang menumpahkan air, mengada-ngada mahu itu dan ini, buku sekolah anak tertinggal dan sebagainya.
Surirumah

Surirumah biasanya akan menyiapkan sarapan, menguruskan anak sekolah, dan apabila selesai semuanya akan kembali rutin mengemas rumah. Jika ada anak-anak kecil melayan mereka sebagaimana biasanya. Walaupun surirumah mempunyai masa yang lebih fleksibel dalam urusan harian, tetapi 7 hari seminggu 24 jam, tugasnya tetap berputar. Ia selesai, datang semula. Sinki penuh, sinki kosong, kain bertimbun, kain berbasuh, masak sarapan, tengahari dan malam. Untuk tidak jemu, surirumah perlu kreatif dalam mengendalikan urusan ini.

Friday, June 10, 2011

Tenangkan diri jangan stres-stres!

Saya ingin berkongsi perenggan ini:

Why we love stress

Most likely you are addicted to stress because of adrenaline rush-the "look what can i do syndrome. You're so productive! You do it all, get it all-mother, wife, worker with boundless energy 24/7.

However, having plenty of physical energy should not be confused be vital, focused energy. The critical question you must ask is, How do you distinguish a stress addict from a healthy high-energy person?

And here's the answers: the physical energy of a stress addict is always moving forward, living in the future, accomplishing the next task on the addict's to do list, or worrying about what will happen later, rather than experiencing reality in the present. In contrast, a high energy person intensifies her present to experience it fully
Page 4, Addicted to Stress: A women's 7 Step Program to Reclaim Joy and Spontanety
 By Debbie Mandel

Thursday, June 9, 2011

Balasan isteri solehah

Sumber: Arkib Utusan Malaysia 16/10/2001


Iktibar



Pada satu hari, Rasulullah s.a.w. menjenguk Fatimah yang sedang menggiling tepung. Rasulullah hairan kerana ketika itu baginda melihat anaknya itu menangis lalu bertanyakan sebabnya.

Kepada baginda, Fatimah mengaku dirinya menangis kerana kesibukan tugasnya sebagai seorang suri rumah.

Oleh itu, Fatimah memberitahu ayahnya bahawa dia ingin memiliki seorang pembantu bagi menolongnya melaksanakan kerja di rumah.

Mendengar kata-kata dan permintaan anaknya itu, Rasulullah berkata, ``Sesungguhnya Allah ingin mencatatkan kebaikan, menghapuskan keburukan dan mengangkat darjatmu jika engkau menunaikan tugas-tugas seharianmu sebagai seorang isteri.''

Rasulullah bersabda lagi bahawa seorang wanita yang dapat berperanan sebagai isteri yang baik bagi suaminya, serta sebagai ibu yang baik bagi anak-anaknya, maka Allah memberinya darjat yang sangat mulia.

Dalam kesempatan lain baginda juga menjelaskan, jika seorang ibu meletakkan minyak di rambut anaknya dan kemudian menyikatnya serta mencuci pakaian mereka, maka pahala yang diperoleh laksana amalan memberi makan seribu orang yang lapar dan memberi pakaian seribu orang yang tidak mempunyai pakaian.

Sememangnya bagi sesetengah wanita yang bergelar isteri, mereka mungkin tidak menyedari bahawa setiap apa yang mereka lakukan dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang ibu atau suri rumah mempunyai rahmat yang cukup besar di sisi Allah.

Tetapi malangnya, kesibukan tugas di pejabat sering sahaja dijadikan alasan sehinggakan soal-soal rumah tangga, sesetengah isteri lebih selesa menyerahkannya kepada pembantu rumah atau orang gaji.

Nasihat yang diberikan oleh Rasulullah kepada Fatimah itu seharusnya dijadikan iktibar terbaik kepada kaum wanita yang bergelar isteri dan ibu.

Tanggungjawab mereka tidak pernah berakhir walaupun mereka sudah memegang jawatan tinggi dalam pekerjaan.

Justeru adalah sesuatu yang malang jika ada di kalangan wanita itu yang menganggap soal menguruskan rumah tangga dan anak-anak hanyalah urusan duniawi tanpa menyedari betapa tinggi nilainya di sisi Allah.

Rasulullah juga pernah memberi contoh mengenai amalan mana yang lebih penting antara berjihad dengan menjaga orang tua di rumah.

Contoh itu diberikan pada satu hari ketika Rasulullah sedang berkumpul dengan para sahabatnya dan di depan mereka lalu seorang pemuda yang gagah dan sasa.

Para sahabat berkata, ``alangkah bagusnya jika keperkasaan pemuda ini digunakan untuk berjihad di medan perang sabilillah.''

Mendengar kata-kata para sahabatnya itu, Rasulullah bersabda, ``Andainya pemuda itu masih mempunyai orang tua di rumah, ia lebih baik menggunakan kekuatannya untuk mengurus orang tuanya daripada berjihad. Atau, jika dengan keperkasaannya itu dia bekerja mencari nafkah buat dirinya sendiri agar tidak bergantung pada orang lain, itu jauh lebih baik daripada jihad.''

Demikianlah hebatnya pembalasan Allah terhadap sesuatu pekerjaan yang baik tetapi kita memandang remeh terhadapnya.

Justeru jadikanlah pesanan Rasulullah ini sebagai iktibar, agar kita benar-benar menjadi insan yang mencari kebahagiaan dunia demi mencapai kesejahteraan di Akhirat.

Wednesday, May 25, 2011

Berlari mengapai awan

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Saya masih bergelumang dengan manuskrip serta hiruk pikuk anak-anak. Si comel Arissa sudah gagah meniarap. Cepat sungguh masa berlalu. Sempat tak sempat sudah bergolek, sekejap-sekejap sudah berguling. Mahu snap gambar Arissa pun tidak sempat.

Ok, sekarang sudah 3.37 petang. Sekejap tadi sudah berdesup ambil Hakim. Saya sudah lega Hakim semakin lancar membaca. Jadi sibuk, sibuk pun, nasin baik Hakim mudah mencerap.

Insya-Allah tahu hadapan Arif dan Aiman akan menyusul. Hakim sudah darjah satu. Jadi nanti tinggal saya dan Arissa sahaja. Harapnya masa menulis saya lebih banyak dari sekarang.

Sekarang waktu paling produktf ialan sebelum subuh hingga jam 8 pagi.  Sarapan sudah disediakan ibu mertua, malam giliran saya. Ahad, Selasa, Khamis giliran saya masak tengahari, manakala Isnin, Rabu adalah mertua. Jumaat dan Sabtu kadang-kadang saya masak, kadang-kadang bersama-sama.

Banyak cabarannya untuk tahun ini. Banyak projek penulisan, ia datang juga bersama cabaran.

Ibaratnya larian berhalangan berpagar. Selepas bunyi das tembakan, mula memecut, sampai satu pagar, lompat, lari lagi, ada pagar lagi, lompat lagi, lari, lompat. Ada pagar yang jatuh, ada juga lompatan yang cantik.

Ibaratnya pagar itu adalah cabaran. Bagaimana kita menghadapi cabaran. Jika motivasi adalah tinggi maka pagar itu berjaya dilepasi dengan baik. Jika motivasi merudum, pagar itu juga akan rebah sama. Larian juga perlu konsisten, tidak boleh separuh jalan. Mahu atau tidak perlu teruskan juga.

Apabila kita sudah beranak pinak, sudah tentu kita perlu meneruskan perjuangan meneruskan membesar, mengasuh dan mendidik. Tidak boleh ambil keputusan mahu buang anak, mahu serah kepada orang lain, atau kalau sudah mengandung, putuskan balik tidak jadi teruskan kehamilan.

Begitulah dalam apa sahaja perjuangan, sebagai isteri, ibu kepada anak-anak kita perlu teruskan. Perjuangan saya dalam penulisan, perlu diteruskan juga sebagaimana yang sudah dirancang.

Perkara gembira, atau sebaliknya kita serap sebagai cerminan diri agar melakukan yang terbaik dalam apa jua perkara.

Sangat penting untuk terus konsisten berlari, melompat dari satu pagar dan pagar. Larian tidak boleh diundur, pagar perlu dilepasi dengan sempurna, malah larian perlu ditamatkan hingga garis penamat. Tidak boleh pura-pura pengsan atau berpatah balik.

Mari kita teruskan apa sahaja perjuangan kita hari ini, untuk matlamat di sini, lebih-lebih lagi untuk di sana

Salam kasih sayang

Dapatkan ebook Panduan bekeja di rumah : http://www.janawangdirumah.com/

Juga buku Jana RM Dari Rumah:

1. Melalui Mall Karangkraf, klik pautan di bawah:


http://mall.karangkraf.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=2581

2.Melalui kedaibuku.com.my, klik pautan di bawah:

http://www.kedaibuku.com.my/index.php?page=shop.browse&option=com_virtuemart&Itemid=3

3. Melalui MPH Online, klik pautan di bawah untuk membeli

http://www.mphonline.com/books/nsearch.aspx?do=detail&pcode=9789675711015

4. Melalui Alaf21, klik pautan di bawah untuk membeli:

http://www.alaf21.com.my/prodDetails.asp?idpr=537

Sunday, May 22, 2011

Isteri gembira bila suami...

Teks: Masayu Ahmad

Petang-petang begini sangat sedap jika ada keropok lekor dan air teh o panas. Kembali segar bugar, sementara menanti fajar menyinsing.

Ok berbalik kepada topik di atas. Hari ini sudah Ahad, esok sudah Isnin. Hujung minggu sudah hampir habis, bermula semula minggu bekerja yang penuh 'sibuk dan 'kelam kabut'.

Saya percaya petang begini, ramai isteri-isteri yang sibuk membuat persiapan untuk lima hari bekerja. Sama ada menyelesaikan 'gunung pakaian', membantu 'memantau kerja sekolah anak-anak 'menyetereka pakaian' seumpama kedai dobi, juga pilihan bersantai-santai selepas seluruh 'rumah' sudah dikerjakan.

Jika bermula hari bekerja, memang tidak menang tangan dibuatnya. Kerana saya dahulu wanita bekerjaya juga.

Buat suami-suami apa kata

1. Apabila sampai masa pulang, tepat masa sampai di rumah. Ambil peranan isteri, buru-buru ambil semua pakaian kotor dan selesaikan.

2. Ringan beban pertama, apabila pakaian sudah diurus, maka isteri dengan lajunya akan mula memasak masakan makan malam.

3, Buat suami, selesai pakaian, boleh juga ambil penyapu terus kemas rumah, mana yang tidak sempat isteri kerjakan.

4. Jadinya ada masa si isteri menguruskan anak-anak kecil, mahu pun anak-anak sekolah. Waktu petang biasanya, masa yang amat singkat, buru-buru anak-anak dikerah mandi, berpakaian, bersedia untuk solat dan mengaji quran.

5. Buat suami, jika rajin lagi, sudilah mengurut isteri yang keletihan sepanjang hari. Lenguh-lenguh rasa badan menguruskan rumah tanggan sepanjang hari. Itu pun jika sudi. Akan tersebar senyum gembira si isteri, tidak perlu hadiah yang mahal, hanya urutan boleh memberi rasa segar dan bertenaga semula. Pastinya isteri gembira menguruskan rumah tangga keesokan harinya.

Inilah motivasi paling mujarab buat isteri. Jika buat kejutan dan boleh pula berganding bahu bersama-sama, setiap isteri rasa gembira dengan penghargaan yang diberikan. Tiada motivasi terbaik buat isteri, melainkan mendapat suami yang 'ringan tulang. Terima kasih wahai suami yang rajin, ia adalah anugerah yang terindah.

Tuesday, May 17, 2011

Corat coret kasih sayang

Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google


Masih di sini, berjuang dengan masa melunaskan manuskrip, mengejar tarikh akhir. Berjuang dengan tiga kanak-kanak riang, seorang bayi riang yang semakin montel, suka tersengih-sengih. Berjuang dengan warga emas tenang, meniti hari-hari di usia emas. Bersama berjuang dengan en.suami tersayang agar siapa-siapa di sekeliling mendapat kasih sayang terbaik.

Kadangkala apabila kesibukan 'ribut' melanda, saya selalu mengingatkan hati. Sabar, sabar, sabar. Sambil basuh pinggan pun mahu menangis juga dibuatnya, apakan tidak mengenangkan meja kerja dan manuskrip yang berlumba-lumba menyahut mahu dilunaskan segera.

Namun segera saya sabarkan hati, buat satu-satu. Sabar, sabar, sabar. Itulah ayat penyedap rasa. Apabila rasa kepenatan, saya berlari sebentar merehatkan diri dan hati. Usai tenang, bersegera semula bangkit dan menyambung perjuangan.

Apa lagi saya mahu. Mahu suami, Allah beri, mahu anak, nah berderet-deret juga Allah beri. Syukur, syukur. Mahu kasih sayang orang tua, masih lagi ada ruang untuk berbakti. Mahu anak perempuan, pun Allah beri.

Aduhai betapa tidak bersyukurnya saya. Apabila jiwa memberontak rasa tidak cukup masa, kembali mengambil wuduk dan tenangkan diri. Aduhai kecil sahaja masalahnya. Sungguh propa jiwa saya, heh!

Mari kita teladani ambil pengajaran wanita dulu-dulu.

Basuh kain guna tangan sahaja, mana ada mesin basuh.

Mahu memasak perlu bersusah payah, ambil air di telaga, kayu api perlu dicari.

Kita? Wanita moden, ada peti sejuk yang boleh disumbat banyak makanan. Ada dapur cantik tunggu hanya dipetik sahaja, menyala terus apinya. Tinggal hanya sedikit usaha untuk memasak 'rasa kasih sayang' buat santapan keluarga.

Mari kita niatkan semula, ikhlaskan hati. Insya-Allah segalanya mudah. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!

Salam kasih sayang

http://www.masayuahmad.com/

Wednesday, May 4, 2011

Bangun, bangun jangan malas-malas!

Teks: Masayu Ahmad
Blog: http://naufalsayang.blogspot.com/ (Panduan bekerja di rumah, Wahm, Sahm, Soho)
Foto: Google



Arissa masih lagi tergolek molek atas katil. Setiap pagi mengejutkan ibu, usai kenyang lena semula. Memang sedap badan Arissa sekarang, asyik tersengih-sengih kalau di tegur. Semalam baru meniarap sepenuhnya. Tapi kepala masih berat untuk diangkat. Selepas beberapa kali berusaha mula keletihan dan lentok semula.


Itulah kan bayi, tiada erti putus asa dan malas dalam proses membesar. Tidak malas untuk bangun pagi menyusu, tidak malas mengejutkan ibu bangun seawal yang boleh. Siapa yang lebih malas? Ibu lah, aduh letihnya mahu bangkit. Tetapi perlu bangkit juga, banyak tuntutan yang perlu dilunaskan.

Usai mengejutkan Hakim, menjemur pakaian, membantu mertua di dapur. Biasanya saya hanya tolong yang mudah-mudah. Setiap pagi sudah terhidang sarapan. Sangat konsisten mertua, itulah cara orang lama yang perlu diteladani orang muda seperti saya.

Tidak pernah mengeluh penat, setia memasak sarapan, tengahari dan malam. Boleh dibilang dengan jari membeli di kedai. Selangs sehari kadang-kadang hampir setiap hari membeli barang basah. Setiap hari memasak tanpa jemu. Akurnya saya, perlu memasukkan jadual itu dalam rutin harian. Tidak dapat tidak perlu membantu. Nanti jadi menantu hantu. ;P

Proses pembelajaran sentiasa ada jika kita melihat daripasa sisi yang baik. Jika dilihat dari sisi yang kurang enak. Bangun awal pagi, diselubung banyaknya kerja perlu diselesaikan. Takkanlah pula mengundur semula ambil selimut dan tidur semula.

Bangkit buang perasaan malas jauh-jauh, usai separuh rutin selesai. Alhamdulillah selesai juga. Sekarang ini Hakim sudah ke sekolah, Arissa sekejap lagi perlu dimandikan, sarapan sudah siap, mengemas sedikit dan saya perlu menyiapkan kelengkapan untuk berangkat esok. Tiga hari sahaja.

Saya mahu kongsi tiga nilai moral yang perlu saya serap dalam rutin di atas.


Pertama, keluarga adalah produk surirumah atau suami isteri. Jadi anak-anak adalah didikan paling awal dan asasnya pembentukannya yang boleh dilihat hasil 10 hingga 20 tahun ke hadapan.

Ke dua, suri rumah tradisional tiada pilihan mahu membeli di kedai. Mereka tekun menyediakan masakan kasih sayang buat keluarga hinggalah hari-hari tua mereka. Namun ia masih dilakukan dengan penuh kasih sayang. Sebab itulah sehebat manapu masakan restoran mahal atau hotel mewah ia tiada tandingan dengan masakan emak di kampong. Percikan kasih sayang diserap masuk ke dalam adunan masakan dan mendarah daging di dalam diri kita.

Ke tiga, lakukan dengan sempurna dan terbaik. Saya masih ingat pesan arwah emak hingga kini.

“Kalu nok masok, masoklah betul-betul. Hide biar cukup lekap. Denga lauk, nasi, air.”

Maksud emak jika memasak, biar ia masak hingga orang yang makan kekenyangan dan teringat-ingat masakan itu. Menghidang juga tidak boleh ambil mudah, asal hiding sahaja ia perlu ada kreativiti. Walau masakan yang simple sekalipun tetap nampak berselera.

Dapatkan buku Jana RM Dari Rumah di sini- http://www.http//nilamberkat-kedaibukuonline.blogspot.com/


Dapatkan juga ebook Panduan Bekerja Di Rumah Untuk Wanita di sini - http://www.janawangdirumah.com/

Layari Panduan Kesihatan & Kecantikan; http://www.masayuahmad.blogspot.com/
Sertai saya di facebook - http://www.facebook.com/#!/masayuahmaddotcom

Saturday, April 30, 2011

Mana manisnya sebagai ibu dan isteri

Teks: Masayu Ahmd

Masing-masing punya bahagian, masing-masing punya tanggungjawab dan amanah. Selamat bercuti dan menikmati hari bersama keluarga. Semalam ke Besut ziarah adik beradik, hari ini mahu pulang ke rumah tok ayah.

Semalam di tv3 ada satu rancangan yang menayangkan masakan istimewa temerloh, ikan patin masak tempoyak. Aduhai terliur-liur saya. Berborak dengan mertua semasa makan malam, sedapnya kalau ada patin boleh buat masak termpoyak.

Tadi, usai saya membuka plastik yang berisi ikan yang dibeli atuk kanak-kanak riang. Wallah sungguh terharu, seekor patin segar bergolek di dalam plastik. Aduhai, terharu dan tersentuh hati. Orang tua melihatkan kasih sayangnya yang tidak berbelah bahagi. Malunya dengan khidmat saya yang tidak seberapa, tetapi kasih sayang mereka melimpah-limpah dengan cucu-cucu.

Arissa selalu menemankan mok dan atuk. Berborak dan berbual cara Arissa. Itulah kan dua generasi berbeza. Walau jauh usia, ia hanya didekatkan dengan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.

Saya kadangkala ada juga mengadu kepenatan kepada suami. Aduhai masa menulis sekarang begitu terkejar-kejar. Tetapi selalu pula en.suami mengingatkan bahawa ini, sahaja masa yang ada untuk berkhidmat. Mungkin mereka dijemput bila-bila masa sahaja. Itulah kan, saya selalui diseru-seru syaitan, berbisik-bisik. Penatnya, letihnya. Letih kita sahaja yang kita tahu, letih kita sahaja yang kita adu. Walhal orang tua kita lagi letih dan penat melayan, membesar dan menjaga kita sewaktu kecil. Selalu juga cepat-cepat istigfar. Sudah ada peluang untuk berkhidmat, buat sahaja. Jangan mengada-ngada. Bukan mudah mencari peluang sebegini. Urusan dunia tidak akan habis sampai tutup mata. Setelah tutup mata sudah tidak ada pelung lagi untuk membuat itu dan ini. Menyesal itu dan ini.

Apabila dapat mengembirakan orang tua, rasa juga nikmatnya melihat wajah ceria mereka. Ia tidak memerlukan wang ringgit. Hanya memerlukan ruang masa dan sedikit tenaga. Semoga saya sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk menyelesaikan ini dengan redha dan penuh kasih.

Salam kasih sayang, esok pulang ke sini, saya mahu masak ikan patin masak tempoyak istimewa. Patin kasih sayang.

Wednesday, October 27, 2010

Suri rumah adalah hebat, mengapa ramai yang tidak suka!

Teks: Masayu Ahmad

Apabila bergelar suri rumah ramai yang memberi pelbagai persepsi. Ini antaranya.

1. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya boleh jadi gila.
-Habis tu kenapa kahwin, adakah kerana orang lain kahwin kita pun kahwin. Berapa ramai yang sudah menjadi suri rumah sakit mental? Apa yang saya lihat mereka mempunyai dunia sendiri dengan anak-anak. Bangun pagi ibu ada, balik sekolah ibu ada, mahu makan ibu masakkan. Kasihan bagi yang menilai suri rumah macam tidak ada apa-apa. Ingat tak lagi pada air tangan ibu kita, sampai sekarang masih lagi kita teringa-ingat akan masakan ibu. Termasuklah saya. Mereka adalah suri rumah, wanita tradisional yang dulu tinggal di kampung dan kebanyakan dari kita sudah berjaya sekarang. Terima kasih kepada status suri rumah.

2. Saya tidak boleh urus anak-anak, sebab nanti saya akan makin serabut. Lebih baik saya kerja.
Oh, sungguh kasihan yang mempunyai ibu-ibu yang memberi pandangan sebegini. Kahwin mahu, mengandung sembilan bulan, sanggup. Bersalin dengan penuh sukar, sanggup. Tetapi mahu urus anak-anak sendiri tak sanggup. Kasihan anak-anak. Terpaksa diswastakan kepada bibik, pengasuh, atau berkongsi kasih dengan penjaga di taska yang menjaga 10 orang anak-anak lain juga. Kasihanilah mereka.

3. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya tak ada pendapatan, tak boleh beli belah, tak boleh nak ke sana ke sini. Dunia saya macam cacing kepanasan.
Semua ini boleh dilakukan hanya di hujung jari sahaja. Cari peluang itu.

4. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti minda saya tidak terbuka.
Janganlah melayan movie sahaja, laman face book sahaja. Banyak perkara yang boleh kita pelajari dengan menghadiri kelas ilmu, seminar dan baca buku-buku bermanfaat.

5. Saya tidak boleh jadi suri rumah, nanti saya dipandang rendah oleh ipai duai, jiran tetangga, adik beradik. Setiap kali balik mesti mahu tayang kereta, baju baru, beg baru, barang kemas baru, gajet-gajet baru i-phone versi ke 10 ;D

Kalau kita meletakkan kehidupan sebagai perbandingan dengan kemewahan dan meterial atau kepuasan kaca mata orang lain. Oh, memang penatlah mahu melayan. Islam adalah sederhana, sederhana segala segi, carilah ia. Maka kalian akan temui jawapan sebenar.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Sunday, October 17, 2010

Jadilah bidadari syurga dan rumah tangga, Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka!

Teks: Masayu Ahmad


Rumah ku syurga ku, rumah tempat terbaik sesebuah institusi keluarga bermula. Sebuah kerajaan kecil, yang perlu dijaga dibajai. Banyak perkara yang bermain di fikiran dan ia seringkal berasak-asak mahu diluahkan. Ok, mungkin entri kali ini ada kaitan dengan setiap pandangan yang ingin saya lontarkan. Kelak jika saya rajin akan saya kupas mengikut susunan dan kesinambungan yang lebih baik. Hari ini sekadar menyatakan pandangan, ulasan dan peringatan buat diri sendiri.

Matlamat wanita sebenar

Sudah tentu ingin menjadi penghuni syurga, malah mahu kekal juga sebagai bidadari buat suami. Dianugerahkan cahaya mata sebagai penghibur dan juga untuk mewarisi dan memberi kebaikan dunia dan akhirat.

Anak-anak terabai

Ketika berada diluar saya suka mencerap sekeliling, dari sudut pandangan hati. Alangkah rasa sedih melihat muda mudi anak-anak yang tingkahnya kurang beradab. Mana mahu salahkan siapa, ibu bapa, masyarakat atau corak pendidikan yang diberikan.

Saya masih tradisional dalam hal ini, pendekatan agama masih lagi langkah asas dan ia adalah perlu untuk pencerapan anak-anak ketika masih di dalam kandungan dan bayi.


Dilema wanita

Ok, apa kaitan wanita dan pendidikan anak-anak. Kerana ibu adalah pemula terbaik sejak awal kandungan. Malah bapa tidak boleh melepaskan 100 peratus tanggungjawab tersebut kepada ibu sahaja. Harus ada kerjasama dan toleransi dalam usaha ini.

Fasa perkembangan keluarga

Jika dicerap melalui pengalaman sendiri dan juga pengalaman sekeliling, kita dapat melihat beberapa fasa dalam tempoh awal permulaan keluarga.

Fasa perkahwinan
Permulaan ke jinjang pelamin, menyatukan dua hati. Matlamat baru bermula.Jika dilihat kedudukan ekonomi pada masa ini tidak ada masalah. Kerana ke dua-duanya sudah bekerja dan mempunyai pendapatan untuk menyara keluarga. Kelahiran anak pertama membuka ruang baru dalam hidup berkeluarga. Pada yang bijak sudah merancang awal ketika fasa-fasa seterusnya akan berkembang.

Fasa pengembangan keluarga

Anak pertama, ke dua, ke tiga dan seterusnya. Pada masa ini ibu bapa mula memikirkan perancangan terbaik hala tuju keluarga. Sama ada ekonomi iaitu kewangan, pendidikan anak-anak, simpanan, pelaburan.

Dilema akan bermula

Proses pembesaran anak-anak, sedikit sebanyak mengambil faktor kewangan mengambil kira. Bayangkan pendidikan awal kini, jika mahu selesa kosnya juga mencecah ribuan ringgit untuk tempoh setahun. Pendaftaran awal sekitar RM500 hingga RM1000. Itu tidak mengambil kira bayaran bulanan. Untuk seorang anak perlu mengambil kira kos permulaan RM200 hingga RM250 ketika usia bayi, iaitu selepas habis pantang, 3 bulan sehingga usia 3 tahun. Kita lihat seperti berikut:

3 bulan- 3 tahun:
Peruntukan bulanan RM200-250 (penjagaan)

Pendidikan awal
Usia 3 tahun 6 tahun
Pendaftara RM500-RM1000:
Bulanan RM200-300


Kos ini tidak termasuk makanan, pakaian dan perkara-perkara lain. Itu sekiranya anak-anak adalah seorang. Apa pula dua, tiga dan seterusnya.


Berapa orang anak?
Pandangan pakar kesihatan usia 25 hingga 35 tahun adalah tempoh yang sesuai untuk hamil dan melahirkan anak. Lima orang adalah jumlah yang banyak dan sesuai untuk famili moden kini. Tetapi dua dan tiga adalah pilihan ibu bapa kini. Ini berdasarkan pandangan saya semata dan tiada fakta yang jelas (perlu merujuk dahulu).

Apa yang saya mahu sampaikan sebenarnya?

Empat perkara yang saya mahu sampaikan, bilangan anak, merancang hala tuju keluarga, pendidikan dan sandarana ekonomi keluarga.

Empat perkara ini perlu difikirkan sejak sebelum berkahwin lagi. Namun dilema yang paling ketara akan bermula setelah anak-anak bertambah, perlu memikirkan kos pendidikan, pengurusn keluarga dan sumber pendapatan.

Dilema wanita

Anak satu dan dua pada saya tidak akan menjadi masalah. Ia akan bermula tuntutan mengimbangi keluarga dan kerjaya apabila umur sudah semakin meningkat dan anak-anak mula mengambil perhatian khusus. Jelas sekali perkara ini tidak boleh diambil mudah.

Juga sama ada meneruskan kerjaya untuk keperluan asakan ekonomi, atau mula kembali berada di rumah kerana ahli keluarga terutama anak-anak yang sedang membesar memerlukan perhatian yang tidak sedikit.

Ini berdasarkan pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain. Situasi kelam kabut dalam pengurusan akan bermula. Sejauh mana super mama boleh lakukan untuk mengimbangi ke semuanya sekali. Ya, benar ada wanita hebat luar sana boleh melakukannya. Namun setakat mana? Dan tidak semua wanita mampu bergelar super mana, sedikit sebanyak ia akam kembali kepada fitrah wanita agar kembali berada di rumah.

Apa pilihan?

Pilihannya adalah sandaran pendidikan, kemajuan IT kini perlu sebaiknya digunakan untuk meningkat sumber pendapatan keluarga. Dengan kata lain, masih mencari sumber pendapatan walau di mana sahaja anda berada.

Tahu batas-batas
Batasannya ialah, kita adalah muslimah yang sudah diberikan panduan yang boleh dan tidak boleh. Masih boleh memberi sumbangan dan pada masa yang sama tahu batasannya.

Apa batasannya

Apa berada diluar kita sudah tahu bahawa kita sudah berkahwin, tahu menjaga aurat dan tahu batas pergaulan sosial.

Apa sudah jadi keadaan sekarang
Berlumba-lumba menunjukka perhiasan diri, aku cantik, bergaya, berpendidika, gaji besar dan juga pangkat besar. Tidak salah semua ini, asalkan kembali kepada apa peranan asal wanita itu sendiri.

Apa peringatan?

Perempuan Mudah Masuk Syurga Tetapi Ramai Di Neraka


Bagi isteri hanya 4 syarat untuk mereka ke syurga “Apabila seorang isteri mengerjakan solat 5 waktu, mengerjakan puasa sebulan, memelihara kehormatannya (aurat) serta mentaati suaminya, nescaya dia akan masuk syurga”. (Riwayat Imam Bazzar melalui Anas r.a)

Daripada Anas, Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: “Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai.” (Hadis Riwayat Ahmad)
Nabi sedih ramai wanita penghuni neraka

Saidina Ali berkata: "Saya dengan Fatimah pergi menghadap Rasulullah SAW. Kami dapati beliau sedang menangis, lalu kami bertanya kepadanya, apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?"


Baginda SAW menjawab: "Pada malam aku diisrak hingga ke langit, di sana aku melihat perempuan dalam keadaan amat dahsyat. Dengan sebab itu aku menangis mengenangkan azab yang diterima mereka."

Ali bertanya: "Apakah yang ayahanda lihat di sana?" Rasulullah SAW menjawab: "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak. Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair di-curah ke dalam halkumnya (tekak).

"Aku lihat perempuan yang digantung kedua kakinya terikat, tangannya diikat ke ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala. Aku lihat perempuan yang memakan dagingnya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Aku lihat perempuan mukanya hitam dan memakan tali perutnya sendiri.

"Aku lihat perempuan yang telinga pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat daripada api neraka, otaknya keluar daripada lubang hidung, badan bau busuk kerana penyakit kusta dan sopak.

"Aku lihat perempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar berbagai kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing, kala dan ular masuk ke kemaluannya, mulut dan pelepasnya (punggung). Malaikat memukulnya dengan corong api neraka."

Fatimah pun bertanya kepada ayahandanya: "Ayahanda yang dikasihi, beritakanlah kepada anakanda, apakah kesalahan yang dilakukan oleh perempuan itu?"

Rasulullah menjawab: "Fatimah, adapun perempuan tergantung rambutnya itu adalah perempuan yang tidak menutup rambut daripada bukan muhrimnya. Perempuan tergantung lidahnya ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati suaminya.

"Perempuan yang digantung susunya adalah perempuan yang menyusukan anak orang lain tanpa suaminya. Perempuan kedua kakinya tergantung itu ialah perempuan yang keluar dari rumahnya tanpa izin suaminya.

"Perempuan tidak mahu mandi daripada suci haid nan nifas ialah perempuan yang memakan badannya sendiri, juga kerana ia berhias untuk lelaki bukan suaminya dan suka mengumpat orang.

"Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka kerana ia memperkenalkan dirinya kepada orang asing, bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat lelaki lain.


"Perempuan diikat kedua kakinya dan tangannya ke atas ubun-ubunnya, disuakan ular dan kala kepadanya kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak mengerjakannya dan tidak mandi janabah.

"Perempuan kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan rupanya seperti anjing ialah perempuan yang suka membuat fitnah dan membenci suaminya.

Seterusnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menyakit hati suami dengan lidahnya pada hari kiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat di belakang tengkoknya."

Abu Bakar as-Sidik mengatakan, aku dengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Perempuan menggunakan lidah untuk menyakiti hati suaminya ia akan dilaknat dan kemurkaan Allah."

Usamah bin Zaid menceritakan, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku berdiri di atas syurga, kebanyakan yang masuk ke dalamnya adalah golongan miskin dan orang kaya tertahan di luar pintu syurga kerana dihisab. Selain daripada itu ahli neraka diperintahkan masuk ke dalam neraka, dan aku berdiri di atas pintu neraka, ku lihat kebanyakan yang masuk ke dalam neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya aku saksikan kebanyakan ahli neraka adalah perempuan."

Rasulullah SAW ditanya, mengapa ya Rasulullah? Baginda SAW menjawab: "Perempuan mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ihsannya, Jika engkau membuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia belum berpuas hati dan cukup." (Hadis riwayat Bukhari)

Ulasan:

Carilah jawapa terbaik dalam urusan hari ini, agar kita kekal dalam kebaikan untuk hari-hari mendatang.

Salam kasih sayang

http://www.janawangdirumah.com/

Tuesday, September 28, 2010

Cara mengekalkan motivasi suri rumah

Teks: Masayu Ahmad


Apakah caranya untuk mengekalkan motivasi suri rumah? Saya sendiri dalam dan sentiasa berada dalam keadaan turun naik. Situasi sekarang saya berada dalam mood super motivasi. Apakan tidaknya, banyak berita yang membuatkan saya tersenyum hari ini, tidak semua boleh disampaikan di sini. Apa sahaja yang berlaku, sejak bulan puasa sehingga sekarang banyak membantu untuk saya kekal konsisten berusaha.

Pernahkan saya merudum. Ya, pernah. Saya juga sebagaimana suri lain, tidak dapat tidak akan merasa juga perasaan merudum, malas dan tidak bertenaga.
Antara dilema wanita atau suri rumah yang tidak akan pernah habis.

Rutin sama yang membosankan

Bangun pagi, menyediakan sarapan, mengemas rumah, mengurus anak-anak. Waktu pagi adalah puncak kritikal bagi sesiapa sahaja sama ada suri rumah atau wanita bekerjaya.

Apa tindakannya.

Ubah rutin yang sama, mulakan dengan mendengar motivasi di tv (jangan amalkan selalu takut melekat hingga ke tengahari).

Siram pokok-pokok dan bercakap dengan tanaman hijau. Saya dalam mood angan-angan ingin membeli beberapa pasu pokok untuk halaman depan (masih dalam angan-angan).

Baca buku motivasi

Setiap kali saya mendesak diri menyiapkan manuskrip atau projek baru, saya baca, baca, baca dan baca buku tersebut (buku panduan penulisan). Alhamdulillah, saya kembali dengan momentum.

Jika kalian masih dalam persediaan bekerja dari rumah jadikan buku Jana RM Dari Rumah sebagai buku panduan. Baca, baca dan baca hingga lunyai. Bukan sekali tetapi sampai puas hati.

Rehat jika penat
Anda letih, banyak kerja di rumah juga di pejabat. Berehatlah, kasihan tubuh dan mental kerana didesak. Tidur awal dan bangun awal. Rasakan tenaga baru untuk permulaan baru. Jadikan setiap hari adalah tahun baru dengan semangat yang berkobar-kobar.

Thursday, July 22, 2010

Cara melayan emosi dan motivas turun naik

Teks: Masayu Ahmad

Tidak mudah sebenarnya untuk mencapai bebas kewangan, bebas tekanan dan bebas segala-galanya. Perjuang menjadi seorang wahm atau soho memang tidak mudah. Tetapi pendakian adalah jalan-jalan yang perlu dilalui. Pahit, manis, emosi jatuh, perasaan tenggelam timbul, motivasi merudum adalah perkara biasa. Mana ada kejayaan dalam masa satu hari.

Seorang bayi lahir sudah tentu banyak perkara yang dicerap, dirangsang, dipelajari dan dipengaruhi. Ya, tidak semua wahm akan sukses dan tidak semua soho akan gagal. Banyak faktor yang mempengaruhi

Sokongan suami

Suamai adalah pengiring utama sebelum suri mengambil keputusan mahu bekerja dari rumah atau memulakan usaha sendiri. Suamilah sandaran kewangan pada masa-masa getir. Suami juga adalah tempat berkongsi rasa bangga apabila kalian berjaya.

Sandaran kewangan

Kewangan adalah salah satu faktor penting mengapa yang mahu menjana pendapatan sampingan atau sepenuh masa. Matlamat usaha perlu realistik dengan apa yang ingin dicapai.

Fasa 1

Dua tahun pertama adalah tahun-tahun pengenalan bagi saya sebelum sebagai wanita bekerja dari rumah. Tetapi setahun sebelum berhenti, setiap hari minggu saya adalah menghadiri bengkel penulisan dan juga seminar-seminar yang berkaitan dengan bidang yang dipilih. Saya mahu ulangi ada 6 matlamat dan 1 misi yang perlu saya selesaikan dalam Fasa 1 ini, iaitu selama dua tahun.

Fasa 2

Fasa 2 akan bermula September 2010 dan termasuk kiraaan bulan-bulan berikutnya selama dua tahun lagi  dalam pembangunan karier saya. Sama ada saya sukses atau tidak, adalah terpulang pada selesainya 10 matlamat dan 1 misi saya dalam tempoh fasa 1. Insya-Allah. Saya masih dalam proses permulaaan dan perkembangan, bukan lagi kejayaan. Mari sama-sama bergandingan dengan saya, senaraikan matlamat kalian untuk fasa 1 dan fasa 2. Sama-sama kita usahakan.


Salam kasih sayang
http://www.masayuahmad.com/

Menulis matlamat, lagi dan lagi


Teks: Masayu Ahmad
Pic: Google

Berapa kali dalam setahun kalian menulis matlamat, awal tahun, hujung tahun atau tengah tahun. Matlamat adalah salah satu cara untuk kita mengurus kehidupan. Apa yang ingin dicapai secara peribadi, keluarga, kerjaya, kewangan, ibadah dan apa sahaja.

Menulis matlamat

Menulis matlamat adalah salah satu cara untuk memberi gambaran tepat apa yang anda inginkan. Mungkin akan dicapai dalam jangka masa pendek atau panjang. Apa matlamat bagi seorang wanita, habis belajar, sambung belajar, berkahwin, siapa jejaka idaman, berapa pendapatan setahun, apa aset yang diinginkan, di mana tempat untuk kehidupan hari tua, mahu kerja swasta, kerajaan atau kerja sendiri.

Senaraikan

Senaraikan apa matlamat kalian, seorang suri rumah mempuyai matlamat mahukan anak-anaknya perlu khatam quran sebelum usia lima tahun. Itu adalah matlamat. Seorang wanita berkarier, mahukan pendapatan 20 ribu hingga RM 50 ribu sebulan itu juga matlamat.

Apa strategi

Apa strategi yang akan anda lakukan apabila sudah mempunyai matlamat. Strategi sudah tentu mendorong dan membantu anda melalui jalan-jalan yang betul, jalan yang menyokong, laluan yang mencabar untuk mencapai matlamat

Kepuasan

Kepuasan adalah salah satu misi penting dalam mencapai matlamat. Jika seorang suri rumah sudah berjaya melatih anak-anaknya khatam dan menghafaz quran pada usia yang masih muda, satu kepuasan yang tiada nilainya. Seoarang usahawan wanita mencapai sasaran pendapatan RM10 ribu sebulan, itu juga satu kepuasan apabila mencapai apa yang diinginkan.

Saya ingin berkongsi, apa yang ditulis oleg Dr. Irfan Khairi dalam bukunya Nota Jutawan Nota Motovasi

Menulis matlamat, secara tidak langsung ia akan dirakamkan ke dalam minda (secara sedar). Kemudian akan diproses untuk mencari peluang-peluang mencapai matlamat tersebut.

Menulis sekali tidak mencukup, perlu ditulis berulang kali. Tulis lagi, lagi dan lagi. Tulis semula matlamat.

Wednesday, July 21, 2010

Apa yang membuatkan wanita gembira dan bahagia

Teks: Masayu Ahmad

Sink sentiasa bersih dan wangi

 Sangat seronok apabila bangun pagi, sebelum memulakan memasak hidangan sarapan, dapur dalam keadaan berkilat cantik. Sinki sentiasa kosong dan bersih. Satu tenaga luar biasa yang muncul. Antara perutan yang boleh dilakukan ialah, mempastikan dapur dalam keadaan bersih sebelum menutup operasi pada malam tersebut.

Tetapi bagaimana pula seorang wanita bekerja yang sentiasa sibuk dan kepenatan. Tidak memasak tidak semestinya sinki sentiasa berada dalam keadaan kosong. Satu terapi pagi wanita apabila melihat sinki sentiasa bersih dan kosong, ia membuatkan diri rasa tenang dan relaks. Berbeza keadaannya apabila dapur sudah lama tidak di lap, pinggang mangkuk periuk belanga penuh di singki untuk diselesainkan. Antara tip ialah, mengamalkan terus membersihkan dapur selepas memasak dan selesai menjamu selera. Mohon kerjasama setiap ahli keluarg menguruskan pinggan mangkuk yang digunakan sendiri.

Pengurusan pakaian yang teratur

Antara keluhan biasa ramai wanita ialah, sudah membasuh pakaian tetapi menjadi masalah ialah melipat, menggosok dan menyimpan dengan teratur. Paling tidak digemari pula, sudah canti-cantik bersusun, anak-anak dan suami suka hati pula mengambil dan membiarkan keadaan tidak seperti asal.

Juga keadaan timbunan pakaian yang tidak berbasuh dan sudah selesai dibasuh. Ada wanita yang gemar menguruskan pakaian mengikut hari-hari tertentu dan ada pula setiap hujung minggu. Apa pilihan kalian, pengurusan pakaian adalah antara keutamaan penting agar rumah sentiasa nampak kemas dan bersih. ;D


LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin